Posted by: y4ku24 | August 13, 2009

Kain pelikat iklannya di situ rupanya…

“Fairuz, cuba ko tengok budak yang bawak beg plastik McD tu. Ko rasa dia perasan tak yang dia secara tak langsungnya jadi tukang promote McD? Secara percuma lak tu!” aku tanya, time lepak menikmati ice cream di dalam mall suatu ketika dulu.

“Haah ek” junior aku balas.

Aku pun baru perasan yang kita ni sebenarnya sebahagian dari ‘agen’ pengiklanan korporasi-korporasi besar nih, dalam kita sedar tak sedar. Biar apa-apa brand pun, lambang brand tu mesti di tempat yang orang lain boleh nampak.

Kalo beg seperti Gucci, lambangnya di bahagian luar beg.

Kalo baju seperti Adidas, lambangnya di depan atau belakang baju.

Malah beg plastik kedai restoran pun akan ubuh lambang dia kat luar plastik!

Pakar pengiklanan menyebut yang branding ni bersifat dua hala. Satunya sebagai menyebarkan maklumat tentang brand tersebut, manfaat kepada syarikat tu. Lagi satunya, lagi feymes brand tu, lagi pengguna brand tu jadi bangga sebab memiliki barangan tu. Sense of pride. Jadi dua-dua dapat manfaat (walaupun aku masih rasa yang syarikat tu lagi dapat banyak manfaat).

Kesimpulannya, apa-apa syarikat pun akan cuba tak sembunyikan lambang iklan dia. Jadi kalo orang lain tak suka sangat brand tu pun, tapi sebab orang tertarik dengan design baju/beg tu, boleh tahu terus yang baju/beg tu brand apa, untuk gi beli pastu.

Satu hari, aku perasan yang dunia kain pelikat pun tak nak kalah dalam dunia pengiklanan nih. Cuma sedikit pelik. Kalo brand pakaian lain, seboleh-bolehnya nak ubuh chop brand dekat dengan paras mata. Contohnya brand jeans ubuh kat luar poket bawah dari tali pinggang, paling dekat la dah tu. Tapi brand kain seperti Gajah Duduk, Mangga, Atlas dan lain-lain ubuh brand dia kat bawah belakang, menjauhi paras mata.

Mula-mula aku tak faham.

Aku bukan anti brand ni, tapi time orang solat duduk la diam-diam, ni buat kaco...

Aku bukan anti brand ni atau kain pelikat lain, tapi time orang solat engko duduk la diam-diam, ni buat kaco...

Akhirnya baruΒ  aku sedar sebabnya, bila satu hari aku bersolat belakang orang berkain pelekat. Syarikat kain pelikat ubuh brand diorang kat situ (salah satu) sebabnya bila solat, pandangan mata kita ke arah lantai! Jadi bagi mata mereka yang suka merayap sana sini (baca: tak khusyuk), pasti akan ternampak brand tu! Lagi-lagi kalo design kain dia lawa.

“Boleh tahan lawa design kain mamat depan ni. Oh, brand X rupanya…Pasni leh gi beli…”

“Oh, tiga orang depan aku pakai brand yang sama. Mesti sebab kain dia sedap…”

“Imam pakai brand Y rupanya. Patutlah cantik semacam…”

(Sempat buat analisa time tengah solat tu!)

Aduhai, ada juga syarikat yang nak buat kaco time orang nak solat nih. Syaiton manalah yang dapat idea ganggu orang solat nih. Pastu kita pulak jenis suka pakai supaya brand tu duduk kat luar, lagi berjayalah misi!

-y4ku24-


Responses

  1. dah tulis comment panjang2 tadi, pastu ada error plak.. kena taip skali lagi..

    macam tu ke brand pada kain pelekat? haha.. ni awak tersedar atas pengalaman sendiri ke? hihi.. tapi tak baiklah kan buat iklan macam tu. mengganggu konsentrasi.

    nasib baik telekung sembahyang takde brand sana sini. tapi belum tentu boleh khusyuk juga. ada renda dan sulam berwarna warni. tetap menarik perhatian.

  2. salam…………. laa kain telengkung pun ade brand tau nasib baik letak kat dalam tapi telengkung versi mahallah sekarang nie ade klau nak solat tarlirik lirik mata kai telengkung tu bagi kaum perempuan memeng cantik……….. eh! lari dari tujuan asal………

  3. hmm..

    betul gak idea ko…

  4. jangan jadi alasan taknak solat jemaah dah la…hoho!

    one of many ways the devil will try to disrupt our concentration…

  5. kain tu salah ke @ kite yg xsalah? hu2.. sy rs kdg2 kita yg buat dri kita disusahkn.. “dh tw akn jd begitu, msh buat lagi keje gitu..” patut tok imam gna jubah. putih j. hu2..

    alat dah bg, trpulang bgmn nk gnakn..

    *pendpt sy j. hrp kwn2 blh btulkn.. =)

  6. @BudakPantai: yup, atas pengalaman sendiri. ter’tak khusyuk’ sekejap. huhu.

    @Ct Liha: salam. nasib baik adidas atau brand lain takde nak fikir buat telekung brand diorg. kalo tak akan mula timbul riak sebab pakai telekung branded!πŸ˜›

    @tgera: tu la, aku pun rasa betul gak.πŸ˜€

    @Majid & bulan: Salam ukhwah. erm, aku rasa tukang buat kain yang salah! haha. entri ni sebenarnya aku nak ajak korang 1) pakai label tu belah dlm, supaya tak kaco org belakang. 2) dah tau ini salah satu cara nak elakkan kita tak khusyuk, beringatlah supaya tak terpandang ketika solat.πŸ™‚

  7. Maka beramai-ramai kaum adam memakai kain pelikat, bubuh brandnya belah dalam. Tapi ironinya, pakai pula tshirt adidas atau nike yang banyak tulisan-tulisan. Ralit pulak orang belakang dok tenung dan baca.

    Telekung hari ini amat nipis dan boleh tembus cahaya. Ada sesetengah muslimah yang tidak menyedari perkara ini. Masa nak solat, bantai jek pakai baju per sebab menyangka tak per lah, ada pakai telekung. Baju warna-warni di sebalik telekung, dengan deretan tulisan, itu pun boleh mengganggu khusyuk….

    p/s: Cuba sahabat buat kajian, entah-entah cop brand jubah pon diletakkan di bahagian bawah, belakang. Hek3. Imam pakai jubah pn tak dapat selamatkan keadaan…. ^^

  8. jubah jenamanya kat belah belakang, atas….

    (best entri ni)

  9. ade ke… jubah jenamanya kat belah belakang, atas, letak belah dalam lagi….

    (best entri ni)

  10. manusia yang selalu meletakkan kesalahan/kelemahan sendiri pada orang lain ni biasanya manusia yang merasakan diri sendiri lebih baik dari orang lain. hairan. sehingga tak khusyuk dalam solat pun hendak diletakkan kesalahan itu pada orang lain. muhasabah diri. adakah solat yang didirikan itu berpaksikan keikhlasan? jika ya, maka tidak akan timbul tafsiran2 picisan seperti ini.

  11. Assalamualaikum wbt…
    Entri yang menarik.Bukan cop kain pelikat sahaja yang boleh mengganggu konsentrasi orang yang solat berjemaah malah corak dan warna sejadah juga boleh mengganggu orang yang sedang solat.Apa pun rasanya syarikat pengeluar kain pelikat tak berniat pun nak ganggu konsentrasi orang yang solat berjemaah.
    Wassalam..

  12. bersama2 lah kita pakai kain pelikat belah label tu dok atas.

    buat apa bagi free advertisement.

    juga, jangan pakai baju ada tulisan kat belakang bila solat. nanti kesian orang belakang terbaca.

  13. @cikgu_eya & zacharias: tahniah kerana mampu menganalisa isi entri dengan baik.πŸ™‚

    @REM: brand jubah biasa memang terletak di bahagian atas.

    @malaya: mohon maaf kerana entri saya sekali lagi tak dapat membuat malaya membaca perkara yang tersirat yang ingin disampaikan.
    (ish ish, picisan sungguh tafsiranmu Luqman…)

    @’Atiqah Jasni: waalaikumsalaam warahmatUllah. mungkin bunyi entri seperti merungut, tetapi orang proaktif menumpukan usaha pada perkara yang boleh DIUBAH (circle of influence) daripada perkara yang dia tiada kuasa untuk mengubahnya (circle of concern).πŸ™‚ bagus juga anda bangkitkan tentang sejadah, walaupun mungkin lebih susah untuk diubah berbanding memakai brand kain di bahagian dalam.

  14. cobaan-cobaan… nasib bek kusyuk tu bukan syarat sah solat, … kalu tak, tak sah sokmo solat…ish ish ish.. moga2 solat kita sentiasa diterima oleh-Nya… V(“,)

  15. punyalah mencari di mana cerita kain pelikat tu ;p

    satu lagi publisiti best, macam awak dah buat la..cerita pasal kain pelikat cap gajah duduk dan mangga..kan dah masuk internet dah jenama tu..free je..

    teringat telekung orang pergi haji..nama negara di bahagian belakang juga..naruhodo [awak juga yang ajar]!

    saya pun baru sedar kenapa begitu..nice entri!

    p/s : kalau keluar exam soalan branding macam ni, senang-senang jawab..arigatou ^^

  16. @d’udin: betul tu, nasib baik khusyuk bukan sah solat. kalo tak, takde yang sah solat saya rasanya. oh!

    @Iliana: nama negara time haji tu memang tak boleh nak elak la. sebab semua pakai telekung, mustahil boleh cam kalo nampak belakang telekung je. kalo laki at least boleh nampak kepala, n boleh tahu dia orang mana.

    saya rasa itu untuk elakkan dari orang tua yang terpisah jadi sesat larat sbb ketua rombongan tak dapat carik balik. huhu.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: