Posted by: y4ku24 | August 4, 2009

This Month’s Feature: Kisah Kulop dan makhluk 3D (Part 1 of 2)

[Update blog: Sedar-sedar, dah masuk Ogos, dan aku tak tulis entri TMF bulan Julai lagi! Tapi takpe, kita bahagikan kepada 2 part, part 2 adalah TMF untuk Ogos. Part 1 adalah bentuk cerpen. Oh ye, aku ada ubuh option rating di bawah setiap entri. Kalo sudi rate la ye. Thank you! Selamat membaca!]

Bagi yang tidak suka akan perbincangan kompleks berkenaan sains, aku janji, entri kali ini tidak sekompleks mana. Malah aku rasa korang akan suka baca entri ini. Aku akan cuba terangkan dalam bentuk cerita semenarik mungkin! Tapi sebelum masuk ke isi cerpen, terpaksa aku terangkan sedikit asas tentang dimensi. Kepada yang tahu asas 3 dimensi, boleh terus kepada subtopik ‘Kehidupan makhluk 1 dimensi’.

Apekebende dimensi?

Kalo korang bukan major bidang sains pun korang pasti tau yang kita ini berada dalam alam 3 dimensi. Apa benda dimensi nih? Menurut Encik Wikipedia, dimensi  sesuatu objek atau ruang (space) ialah nilai minimum koordinat yang diperlukan untuk menspesifikasikan satu-satu titik di dalam objek/ruang tersebut. Senang cerita, apa-apa objek/ruang mesti ada dimensi, dan kita guna koordinat/paksi (paksi-x, paksi-y, dan lain-lain) untuk terangkan tentang objek dan ruang tu.

3 dimensi bermaksud kita ada 3 paksi. Orang selalu bagi nama paksi ni x, y, z. Nak bagi nama apa-apa pun boleh, paksi-anjing, kucing, tikus ke, tapi tak praktikal, sebab orang lain semua guna x, y, z saja.

Syarat untuk buat paksi ialah, setiap paksi kena berada 90 darjah (darjah berbentuk L) di antara satu sama lain. Jadi kalo kita nak lukis ketiga-tiga paksi x, y, z nih, kita boleh lukis camni:

 

Kalo korang perasan, paksi-paksi ni memang 90 darjah antara satu sama lain. Nak buat lagi satu paksi selepas paksi-z tak boleh, sebab dah tak mematuhi syarat ’90 darjah antara satu sama lain’ tadi.

Kita yang duduk dalam alam 3D ni bermaksud kita ada panjang, lebar dan tinggi. Sebab ada ketiga-tiga benda ni, maksudnya kita ada isipadu/volume, macam kotak dalam imej di atas tu. Kalo dalam dunia 2D yang hanya ada paksi x dan y, seperti lukisan dalam kertas, dia hanya ada panjang dan tinggi saja. (Walaupun sebenarnya kertas memang ada lebar, tapi sebab nipis sangat, kita anggap takde.) Untuk benda-benda 2D, diorang hanya ada luas, tapi takde isipadu.

Kalo dunia 1D yang hanya ada paksi-x lagi boring, sebab ada panjang saja! Dia pun boleh bergerak ikut paksi-x saja, dalam bentuk satu titik. Hanya boleh pergi kiri dan kanan. Berbeza dengan benda 2D yang boleh pergi kiri kanan, atas bawah. Tapi lagi bes kalo duduk dalam dunia 3D, sebab boleh pergi kiri kanan, atas bawah, depan belakang.

Kehidupan makhluk 1 dimensi.

Ada seekor makhluk yang duduk dalam dunia 1D.

Dah la boleh jalan kiri kanan saja, kalo ada member dia ada kat kanan dia, selagi member dia tak gerak ke kanan, dia sendiri takleh nak gerak ke kanan! Sebab diorang takleh nak jalan atas bawah, so selalulah jadi traffic jam. Kalo dia ada member sebelah kiri jugak, dia ‘terkurung’ selama-lamanya di antara member-member dia ni. Bosan gile!

Sebab kehidupan makhluk 1D bosan sangat, kita pergi ke kehidupan makhluk 2D pulak. Tapi sebelum tu,

4D wujud ke?

Bila aku sebut pasal 1D, 2D dan 3D, mesti ada yang terfikir, 4D, 5D dan lain-lain wujud ke? Hm, tak mustahil kalo dimensi lebih atas dari 3D wujud. Yang ni aku akan bincang lebih lanjut kemudian insyaAllah. Kalo ada 4D, apa kelebihan makhluk 4D berbanding makhluk 3D (atau 2D atau 1D)?

Nak tahu kelebihan makhluk 4D berbanding kita yang makhluk 3D ni, kita leh cuba bandingkan kelebihan kita dengan makhluk 2D. Untuk mudah faham, mari ke cerpen ‘Kulop dan makhluk 3D’!

-Kisah misteri seorang makhluk 2D bernama Kulop- (Act 1)

Ada seorang makhluk ni, kita panggil dia Kulop ar senang cerita. Kulop ni sebesar kita, tapi duduk dalam dunia 2D. Seolah-olah lukisan dalam kertas. Bayangkan sehelai kertas mahjong besar menegak, itulah dunia dia. Dia tahu gerak kiri kanan, atas bawah je. Depan belakang bagi dia tak wujud.

Kulop ni kerek, selalu buat hal. Satu hari dia ditangkap merempit, jadi dia dimasukkan ke dalam penjara. Kalo nak masukkan makhluk 2D macam Kulop ni dalam penjara supaya tak boleh lari macamana? Senang je, buat petak dinding keliling dia. Jadilah dia terperangkap. Cuma kesian kat dia, kita tebuk satu lubang kat paras mata ar, kasi dia nampak luar, dan Pak Jaga pun boleh nampak dia kat dalam dari luar.

“Padan muka ko Kulop, aku dah lama nak tengok muka ko dalam penjara! Wahaha!” gelak Pak Jaga.

Kulop tersengih sorang-sorang.

“Heh heh, ko ingat aku tak boleh terlepas?” balas Kulop sambil senyum sinis.

Rupa-rupanya, Kulop ada planning baiiik punya, ala-ala Prison Break, tapi lagi macho.

-Dunia misteri Kulop- (Act 2)

Sebulan sebelum Kulop kantoi merempit, ada sesuatu yang amat aneh yang berlaku di dalam hidup dia. Ketika dia sedang lepak-lepak main gitar dalam dunia 2D dia, tiba-tiba dia terdengar satu suara.

“Oi!”

Kulop pandang ke kiri kanan, atas bawah, tak tau dari mana arah suara tu.

“Oi, ko tak nampak ke aku?”

Pelik gile, suara ada, tapi tak nampak langsung orangnya.

“Di mana ko? Jangan main nyorok-nyorok wei!” Kulop sound.

“Sapa yang nyorok, aku kat depan ko nih!” jawab sumber suara tu.

“Abis, apsal aku tak nampak ko?” tanya Kulop.

“Sebab aku makhluk 3D. Aku sekarang duduk kat dunia aku. Aku nampak ko, tapi ko tak nampak aku” jawab sumber suara tu. Rupa-rupanya dia makhluk 3D.

“Ada dunia 3D?” Kulop menyoal sambil garu kepala 2D dia. “Bukan ada 2 dimensi je ke dunia nih? Sapa nama ko? Kalo ko berani, jelmakanlah diri ko kat dunia aku, aku nak tengok rupa sebenar ko!” cabar Kulop.

“Haha, dunia 3D ada. Nama aku Meon, dan aku boleh jelma ke dunia ko. Cumanya ko pasti susah untuk faham rupa bentuk aku sebenar!”

“Apsal lak?”

“Sebab ko hanya mampu nampak sebahagian dari rupa bentuk sebenar aku!”, lalu Meon pun mula ‘jelmakan’ diri ke dalam dunia Kulop…

—————

Okeh, kalo korang nak fahamkan situasi ini, bayangkan MRI, mesin yang selalu doktor guna tu. Kan benda alah tu boleh ‘belah’ badan manusia, boleh tengok sekeping demi sekeping? Contohnya scan kepala manusia:

Kepala kita 3D, tapi MRI tu belah menegak supaya dapat tengok dalam bentuk 2D. Dan kalo korang perasan, imej tu dari kecil (stat dari bahagian telinga) dia jadi besar, pastu jadi kecil balik bila sampai ke hujung telinga lagi satu.

Itu sebab Meon kata nak ‘jelma’ diri dia sebenar ke dalam 2D susah! Nak tak nak kena sekeping demi sekeping…

—————-

Meon pun pada awalnya masukkan hujung jari tangan kanan dia, dan sikit-sikit masukkan lengan dia.

“Wow! Dari satu titik kecik (hujung jari tengah) jadi 5 titik (time ni dah masuk semua jari, bayangkan keratan rentas jari), pastu bergabung jadi titik lagi besar! (keratan rentas tangan, pastu lengan) Makhluk apakah ini!” Kulop bermonolog.

“Itu baru sikit, aku tak tunjuk saiz terbesar badan aku lagi! Aku dah cakap, kalo ko nak tengok kesemua bentuk badan aku sekali gus mustahil!” jawab Meon dengan riaknya.

“Fuh, hebat ko Meon. Walaupun aku tak tahu apa itu 3D dan macam mana ko boleh jelma jadi macam-macam bentuk, tapi ko memang power!” jerit Kulop.

“Haha, tau takpe. Tapi ko jangan terkejut, aku bukan saja boleh buat tu, aku boleh buat banyak benda lain yang ko makhluk 2D tak boleh buat!”

“Pergh! Apa lagi?”

Aku boleh nampak keseluruhan badan ko. Ko tak boleh sorok apa-apa dari aku. Ko sorok barang belah kiri ko, mungkin member 2D ko kat sebelah kanan ko tak nampak apa yang ko sorok, tapi aku nampak! Malah, yang lagi besnya, bukan saja aku nampak kiri kanan ko, aku siap boleh nampak DALAM badan ko lagi!

“Wo, rileks bro. Ni yang aku cuak nih! Cuak cuak pun, teruja gak!” balas Kulop…

————-

Nak faham perbualan kat atas, cuba bayangkan orang lidi gemuk macam kat bawah ni:

 Source: deviantart.com

Source: deviantart.com

Yang gemuk kat tengah tu Kulop. Dia makhluk 2D, jadi badan dia tak sekompleks mana. Boleh la bayangkan Kulop seperti orang lidi gemuk kat atas, cuma kena modify sikit untuk mudah faham.

Satunya, mata dia kita kena ubuh kat sisi kepala dia. Senang cerita, satu kat kiri, satu kat kanan, macam sesumpah/chameleon. Kalo mata dia kat dalam kepala macam imej kat atas, dia hanya boleh nampak DALAM kepala dan badan dia! Jadi kena ubuh di sisi.

Disebabkan Kulop dan member-member dia dalam imej tu hanya boleh nampak kiri kanan atas bawah, nak bagi diorang tak nampak antara satu sama lain mudah, ubuh line/dinding antara diorang, betul tak?

Dan seperti Meon sebutkan tadi, member Kulop kat sebelah kanan TAK boleh nampak apa yang Kulop pegang kat sebelah kiri, sebab dihalang oleh badan Kulop.

TAPI, kita yang hidup dalam 3D ni boleh nampak dengan mudah keseluruhan badan Kulop. Kiri kanan atas bawah. Malah ‘dalam’ badan Kulop pun kita boleh nampak!

Katakanlah kita tambah jantung (berbentuk heart) kat badan dia, sebagai satu-satunya organ dalam badan yang Kulop ada. Jadi kita boleh perhatikan jantung tu berdegup dengan mudah. Tak perlu bedah pun, nampak terus!

——————–

“Wei Kulop, apsal jantung ko lemah semacam? Ko ni tak bersukan ke?” Meon bertanya.

“Eheh, kantoi lak. Aku ni spesis makan tido makan tido je…Erm, apa lagi ko boleh buat?” Kulop cuba tukar topik.

Aku boleh jentik ko, sentuh ko, tumbuk ko dari dunia aku tanpa aku perlu jelma ke dalam dunia 2D ko. Dan ko sendiri tak boleh lari dari aku kalo aku nak buat dajal kat ko. Bukan kata badan luar ko, jantung ko pun aku boleh cucuk, dan ko tak boleh buat apa-apa! (Nak sorok jantung dia dari Meon tak boleh, dalam badan kira dah tersorok lah tu bagi makhluk 2D!)Yang besnya, ko hanya rasa ada ‘kuasa luar’ yang buat benda alah tu. Muahaha!” Meon balas. (Kalo bayangkan kita ni Meon, memang boleh sentuh, jentik, cucuk dan lain-lain Kulop tanpa masuk dunia ‘kertas mahjong’ dia!)

“Alamak…Meon, kita geng kan? Aku takde buat apa-apa masalah dengan ko. Kita jadi member ar ek?” Kulop semakin cuak.

“Haha, nampak jantung ko berdgup kencang tu. Tau pun cuak. Takpe, nasib baik aku ni jenis tak suka pedajal orang. Bak kata bapak saudara Spiderman, with great power comes great responsibility! Cewaah! Kita jadi member ar. Walaupun aku malas nak masuk dunia ko, tapi aku nampak ko sentiasa. Jadi ape nak aku tolong bagitau la nanti.”

“Orait bro. Terima kasih. Kita jumpa lagi nanti. Assalaamualaikum”

“Waalaikumsalaam.”

-The Prison Break plan- (Act3)

Fast forward ke masa sekarang, dan Kulop ada di dalam penjara. Kiri kanan atas bawah, semua  dinding. Memang tak boleh lepaskan diri. Tiba-tiba Kulop teringatkan Meon.

“Meon oh Meon, where are you?” dia berbisik dalam bilik penjara.

“Aku ada ni ha. Nampak ko kena tangkap. Padan muka, sapa suruh merempit.” Meon balas.

“Ala bro, aku termerempit. Pasni sumpah tak buat dah! Tolong la aku keluar dari penjara nih. Ko jentik Pak Jaga tu kasi pengsan, pastu ko pecahkan dinding ni cukup la. Jaga-jaga dunia aku bukan boleh nampak ko pun, maksudnya diorang tak boleh tangkap ko.”

“Oklah, malas aku nak sembang panjang, tak nak entri ni jadi berjela pulak. Aku tolong ko kali ni je. Tapi aku tak nak apa-apakan Pak Jaga tu. Dia baik, ko yang jahat. Aku guna satu lagi kelebihan yang aku ada yang aku tak cerita kat ko lagi.”

“Yey! Apa dia kelebihan tu?”

Aku boleh tarik ko ke dunia aku, keluar dari dunia 2D ko, pastu masukkan ko balik ke dunia 2D!

“Meon, ko memang poweeeer!”…

———————

Sebab Kulop ni makhluk 2D dan setebal kertas mahjong yang amat nipis, jadi kita boleh ‘tarik’ dia ke dunia 3D kita. Seolah-olah macam kita nak tanggalkan sticker dari kertas ar. Dah tertanggal, kira sticker tu dah masuk dalam dunia 3D kita la, walaupun badan dia masih 2D jugak. Bila dia dah masuk dunia kita, dia ‘hilang’ sementara dari dunia dia! Tapi lepas tu bila kita masukkan sticker tu balik ke atas kertas, dia ‘muncul’ balik ke dalam dunia 2D!

Got the picture?

———————

Lalu Meon pun tarik Kulop ke dunia 3D dia. Kulop hilang dari dalam bilik penjara!

Terbeliak mata Pak Jaga!

“Ah sudah, aku tak lepas tengok mamat ni, camne boleh tiba-tiba hilang?!” Pak Jaga bermonolog.

Dah Kulop hilang sebentar, akhirnya Meon masukkan Kulop balik ke dunia 2D, tapi kali ini di sebelah Pak Jaga, di luar bilik penjara.

Terbeliak lagi mata Pak Jaga!

“Ya Allah, sihir apa dia guna nih!” fikir Pak Jaga, kaku tak terkata, badan keras membatu, cuak punya pasal.

“Terima kasih Meon!” ucap Kulop tanda penghargaan, dan terus cabut lari, tengah Pak Jaga kaku, muka pucat.

“Sori Pak Jaga, dia dah janji dengan saya tak nak buat lagi,” Meon menegur.

Mendengar suara ‘misteri’ Meon itu, Pak Jaga terus pengsan, terkejut entah dari mana asal suara tak tahu.

“Aiseh, lupa pulak Pak Jaga tak tahu kewujudan aku. Fuh, nasib baik jantung dia bergerak lagi. Kalo tak, terpaksa aku jentik jantung dia, bagi gerak balik,” Meon menghembuskan nafas lega….

*     *     *     *     *

Mak aih, boleh tahan panjang cerpen aku. Ada nak aku simpulkan, dan persoalan tentang 4D pun masih tergantung, tapi aku pun letih juga tulis panjang-panjang. Takpelah, kesimpulan dan apa yang boleh kita ber’naruhodo’ (apa maksud naruhodo boleh lihat entri ‘The Naruhodo Factor’ aku sebelum ini) dari entri ini aku simpulkan di dalam Part 2. Kalo dah baca Part 1 ni, tak sah kalo tak baca sambungan die!

Buat masa ini, bolehlah korang fikir-fikirkan berkenaan fenomena ini.

Aku tahu mungkin sedikit kompleks bagi yang susah untuk bayangkan. Jadi jika ada soalan, jangan segan-segan tanya ya! Kalo tak di ruang komen pun, di emel aku.

Akhir sekali, sebagai penutup tirai, korang boleh tengok trailer Flatland The Movie nih (aku pun tak tengok lagi movie nih), mungkin dari situ korang boleh lebih faham beza antara dunia 3D dan dunia 2D (cuma dalam kes cerita tu, makhluk 2D dia ada kiri kanan depan belakang, tapi takde atas bawah). Enjoy!


-y4ku24-

=====================================

Rujukan: Hyperspace oleh Michio Kaku


Responses

  1. salam
    penat jugak menghadam artikel ni….

    x sabar nak tunggu part 2 hehehe

  2. **seperti lukisan dalam kertas, dia hanya ada panjang dan tinggi saja.(Walaupun sebenarnya kertas memang ada lebar,….**

    heh, bukan kertas ader pjg dan lebar ker, xder tinggi? either that or I’ve been lied to all my life^^

    neway, menarik entrynyer..

  3. Apa yang digambarkan adalah konsep Allah, mukjizat, alam jin, alam ruh, dan alam-alam yang lain.

    Seperti ketika bertemu Nabi Musa, ketika baginda minta Allah menjelmakan diri.. ternyata kita di dunia (alam 2D) tak mampu memahami rupa Allah.

    Begitu juga mukjizat, bagaimana Allah boleh memberikan kelebihan kepada orang-orang tertentu, dengan melanggar sunnatullah, kerana semua milik Allah

  4. @ KA: salam. terima kasih kerana bersabar sampai ke akhir.😉

    @ Zamri23: salam ukhwah Zamri23. erm, bab term pjg lebar tinggi itu, mungkin yang selalu digunakan ialah pjg dan tinggi. mungkin kesilapan teknikal di situ. huhu. tapi yang saya nak tekankan ialah, kertas tak cukup satu ‘sifat’.🙂

    @ zacharias: you are right on track.😉

  5. aku rasa ko cuba nak bangkitkan persoalan bahawa dunia 4D ialah alam ghaib betul tak?

    jin, malaikat, manusia, haiwan, tumbuhan, planet dan segala makhluk dibatasi ruang (ghaib dan nyata), namun Allah tidak sekali-kali. Maha Suci Dia dari dibatasi sebarang dimensi ruang dan masa.

  6. Salam Br. Luqman.

    Konsep 90 darjah itu hanya terpakai untuk dimensi 1,2, dan 3 sahaja. Untuk dimensi yang lebih tinggi daripada itu, konsep kaliantara (inner product) dan keberdikarian darjah satu (linearly independent) digunapakai. Maknanya, sekiranya empat paksi diambil dan mereka saling berdikari darjah satu serta nilai kaliantara keempat-empat paksi tersebut adalah sifar maka boleh dikatakan mereka berdimensi empat. Dengan demikian, kita tidak perlu lagi memeningkan kepala untuk menyembilan-puluhkan sudut antara keempat paksi. Memang mustahil untuk menyembilan-puluhkan sudut antara keempat-empat paksi ini. Jadi apa yang kita boleh buat untuk menerokai ke dimensi yang lebih tinggi ialah dengan mempelajari konsep kaliantara dan keberdikarian darjah satu.
    walau apa-apa pun, cerita di atas adalah benar dan kalau boleh diedit lagi sehingga menjadikannya lebih mantap dan ringkas.

    wassalam
    dari kejauhan
    Ibnu Salleh

  7. akhirnya brjaya jgak menghadam entry ni..

    tp yg membuatkan sy lebih fhm ialah trailer 2, wpun cuma 2 min je.. sbb ape? sbb kt guna lbih byk pancaindera untk hayati..

  8. @ tgera: salam ukhwah. ya, aku nak sentuh bab tu, tapi ada juga bab lain.

    @ Ibnu Salleh: salam. apa yang Ibnu Salleh ingin bangkitkan lebih kepada teori matematik, walaupun ianya menarik juga. saya bangkit soal 90 darjah ialah kerana itu merupakan cara ahli matematik dahulu ‘membuktikan’ kononnya hanya ada 3 dimensi dalam alam ini.

    saya kurang berminat untuk berbincang secara mendalam (mana taknya, saya pun blur!🙂 ), kerana ini blog untuk orang umum (laymen). itu juga sebab kenapa saya buat dalam bentuk cerita (nak shortcut takut ada yang tak faham).

    walau bagaimana pun, menarik juga perbahasan ‘kaliantara’ dan ‘keberdikarian darjah satu’ tu. Ibnu Salleh ada bincangkan ia di dalam blog? kalau ada boleh beritahu saya, saya linkkan dari blog ini.

    masakan tidak cerita di atas tak benar, saya berpandukan buku karangan Michio Kaku!😀

    wassalaam.

    p.s.: rasa macam kenal Ibnu Salleh ni siapa. anda mengajar di UIA dalam bidang matematik?

    @ ina: isk isk, penat2 tulis berjam-jam, trailer 2 minit dapat nama..huhu.😀

  9. En Luqman,

    Bila nak sambung part II?

    Ke pasal orang dah tau jawapan, jadi malas nak sambung?

  10. hihi, baru balik berresearch seminggu, nak lepak sat sebelum sambung. insyaAllah akan tulis juga.🙂

  11. Ok.

    Bape lama lagi baru nak balik malaysia? Di malaysia ni lagi banyak dimensi dari di oversea.

    Contoh: kalau di oversea 2D sahaja. Hitam v putih. Islam – bukan islam.

    Kat malaysia 3D. Ada faktor depth. Islam minum arak. Islam pakai tudung dan skirt. Islam pakai tudung baju ketat dsb.

  12. Baru lepas tgk cite Night at the museum 2. Ada scene dia masukkan objek 3D dalam lukisan (2D). Kenapa kalau kita cuba masuk dalam 2D jadi sekeping… kalau 2D masuk 3D tak jadi solid object?
    (Sebab dalam scene tu bila objek daripada lukisan 2D tu masuk 3D, dia jadi solid object)

  13. @inda: saya tak tengok lagi cite tu, tapi 2D masuk 3D macam sticker yg amat nipis masuk 3D la, so akan jadi sekeping.

    3D masuk 2D actually takkan hanya jadi sekeping, tapi 2D akan nampak sebahagian keratan rentas 3D. jadi sebenarnya masuk dalam gambar tu saja dia nak bagi sedap cite je tu!😀

  14. Assalamualaikum. Saya masih tak faham la yang bro cakap kita boleh letak heart kat dalam badan dia / boleh lihat dalam badan dia. Let’s say kalau kita colour badan dia, adakah itu bermakna kita masih boleh lihat dalam badan dia? Lepas tu saya tak berapa faham penglihatan flatlanders ni.

  15. waalaikumsalaam. salam ukhwah Qubezo.

    hm, bila kita nak cerita pasal makhluk 2D nih, kita tak boleh berfikir secara makhluk 3D. cuba fikir analogi KERTAS.

    penglihatan org 2D, sebab seperti sekeping kertas je, hanya nampak satu line je, umpama kita tengok kertas dari sisi. itu saja penglihatan diorang! jadi kalo kita colour tepi kertas tu warna hitam, nampaklah hitam. sekarang ni, kalo kita nak tengok sekeliling sisi kertas tu dalam 2D, kenalah pusingkan kertas tu kan? ataupun kertas tu statik, kita pusing keliling kertas tu, tapi kena pusing dalam keadaan hanya nampak sisi, sebab dunia org 2D camtu! samalah dengan makhluk 2D, dia hanya dapat tengok sebelah saja badan member dia, tak dapat tengok seluruh badan.

    tambahan pulak, dekat dalam kertas tu ada tulisan. tapi sebab org 2D hanya dapat tengok SISI saja, diorang tak akan nampak tulisan atas kertas tu! cuma org 3D boleh nampak dengan jelas.

    erm,kalo fikir pasal colour badan dia, akan jadi lagi kompleks, so tak perlu fikir sampai situ la ye.

    terima kasih kerana bertanya.🙂


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: