Posted by: y4ku24 | July 30, 2009

Good morning Mr. Fuji!

IMG_2389

AlhamdulIllah, setelah hampir 6 tahun bertenggek di Jepun, akhirnya berjaya juga aku menawan Gunung Fuji*! 2 orang kawan Jepun aku pun akhirnya ‘secara sah menjadi orang Jepun’, setelah mendaki Gunung Fuji bersama. (Aku pulak tak sah jadi orang Malaysia lagi, sebab tak naik lagi Gunung Kinabalu)

Nak tengok matahari terbit (dan bersolat subuh) di atas gunung punya pasal, seperti kebanyakan pendaki lain, aku dan dua member Jepun lain mula mendaki seawal 1.30 pagi. (Itu pun sudah kira lewat dah)

Di permulaan pendakian

Di permulaan pendakian

Ketinggian Gunung Fuji: 3,776m (dari paras laut)

Ketinggian mula mendaki dengan kaki sendiri: lebih kurang 1,700m

Masa yang diambil untuk mendaki: 6jam (1.30am-7.30am)

Masa yang diambil untuk turun: 3jam (10.30am-1.30pm)

Gunung Fuji dan Jepun.

Mungkin korang semua tahu, Gunung Fuji tersangatlah signifikan di Jepun. Bukan saja lambang gahnya sebuah negara, tetapi juga mempunyai nilai spiritual yang tinggi, kerana Gunung Fuji merupakan antara 3 gunung suci bagi orang Jepun. Boleh baca lanjut berkenaan Gunung Fuji di sini.

Fuji-san di belakang duit kertas 1000yen baru

Fuji-san di belakang duit kertas 1000yen baru

Goraikou (ๅพกๆฅๅ…‰) di atas Gunung Fuji.

Antara main attraction apabila memanjat gunung fuji ialah melihat terbitnya mentari pagi. Memang mengujakan! Dan fenomena melihat mentari terbit ini dikenali di kalangan orang Jepun sebagai goraikou. Memang sebenarnya ini je main attraction Gunung Fuji pun, sebab kat atas puncak takde pape. Ada kawah besar je, sebab Gunung Fuji adalah gunung berapi (yang masih aktif).

R0016871

Tatkala menikmati goraikou, mereka (orang Jepun) tak terlepas dari menyebut

“Uwa, sugei**!!!!”

Aku pula tak terlepas dari mengucapkan “SubhanAllah…”, melihat pemandangan yang sungguh terkesan dek hati. “Ya Allah, bagaimana terdapat hamba-hambaMu yang masih menafikan kewujudan Pencipta, bila melihat pemandangan indah sebegini?”, aku bermonolog.

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. [A-li ‘Imraan:191]

Bagai berjalan di atas awan...macam game super mario...

Bagai berjalan di atas awan...macam game super mario...

Jika korang berniat untuk panjat…

1) Bersedialah mental dan fizikal. Serius tak tipu. Kalo datang pakai kain pelekat dan last time bersenam setahun lepas, mungkin susah korang nak berjaya sampai atas. Be prepared!

2) Kelengkapan yang korang kena ada termasuklah bekalan air banyak sikit (1-2liter), gula-gula atau coklat untuk bekalan glukosa, bekalan baju sejuk (dekat atas jauh berbeza suhunya dengan bawah), bekalan oksigen bimbit (ada dijual dalam 500yen), dan bekalan makanan. Elok kalo sebelum naik tu, buat bento (bekalan makanan) terus untuk di makan kat atas, sebab di atas makanan mahal, dan mungkin pilihan terhad.

3) Kalo pelajar di Jepun ada rombongan ke sana naik bas ke tempat mula mendaki guna kaki sendiri. Tapi kalo korang pergi secara individu, aku rasa elok gi naik bas. Orang yang datang naik kereta ramai tak hingat, silap haribulan korang kena parking jauh gile dari tempat mula mendaki! Kebetulan nasib kitorang hari tu baik, ada parking di bahagian atas, kalo tak…

4) Dah nampak pemandangan-pemandangan lawa, sebutlah “subhanAllah!” ye, bukan “sugei!!”.

Aku yakin ada readers lain yang sudah memanjat Fuji-san juga. Bolehlah berkongsi tips sekali. Sekiranya ada pertanyaan, boleh diajukan di bahagian komen, insyaAllah aku (atau readers lain) boleh tolong jawapkan.

Mt. Fuji conquered. Mission accomplished.

Next destination: Gunung Kinabalu! (insyaAllah)

-y4ku24-

====================================

* Orang Jepun sebut Fuji-san. Walaupun sama dengan cara menyebut nama orang (contohnya Luqman-san), -san di sini bermaksud gunung. Sekian terima kasih.

** Sugei, atau perkataan asalnya sugoi bermakna hebat/terer gile/power sih, dan seangkatan dengannya. Time tengok pemandangan lawa atau teruja tengok benda yang mengagumkan, orang Jepun (dan orang Malaysia pun terikut sekali) suka guna perkataan ni.


Responses

  1. Petikan sebuah perbualan dengan kawan aku kat YM:

    Kawan:
    bro
    12:46 PM
    apakah persamaan najib dgn abu jahal?
    12:46 PM

    Aku:
    ntah la
    12:48 PM
    yg aku tau
    12:48 PM
    abu jahal hensem, najib tak hensem
    12:48 PM

    So Ape kah jawapannya?

    Kawan:
    dua2 pernah masuk kaabah
    12:48 PM

  2. salam bro..wahhh tahniah…dh menawan gunung…aktiviti yg sihat

  3. slm ziarah

    alhmdulilah, tahniah dah slmt mendaki Gunung Fuji dgn selamat..hehe

    kalau daki sendiri kne seawal pukul 1.30am??
    awalnya, tak rumit ke perjalanan nanti??

  4. salam

    selak kembali surah anNaba’..

    gerun membayangkan gunug fuji di hari sangka kala ditiup nanti…hancur jadi debu!

    ya Ghaffar, ighfir zunubana!!

  5. ada duit 1000yen baru? bila keluar?

    ustaz dah pernah tawan fuji-san
    akak pula dah pernah tawan gunung kinabalu
    mmg ada hajat nak tawan fuji-san
    ingat nak daki sebelum balik mesia tahun lepas,
    tapi masa tu tgh mengandung baby asim
    dan sebelum tu, tahun 2006 masa ustaz daki, akak tgh mengandung si akif
    so, sampai ke sudah tak pernah daki fuji-san
    cuma sampai di kaki fuji-san je
    5th station pun tak pernah sampai
    sebab masa akak pergi natsu 2008, 5th station tutup untuk upacara ape kemende entah
    adela jugak unsur2 frust,
    tapi pasti ada hikmah la tu…

    goraikou kat puncak gunung kinabalu pun subhanallah, masya Allah, mmg sangat mengujakan…
    unforgettable.
    (yelah, gunung kinabalu (4095m) kan lebih tinggi dari fuji-san (3776m) deshou)

    nota kaki: dan ye adik-adik,
    di jepun, gunung fuji disebut fuji-san
    bukan fuji-yama…

    (huh, maaf, ni dah jadi macam mini entry blog pulak)

  6. Assalamualaikum wbt…
    Pertama sekali nak ucapkan tahniah kerana berjaya menawan Gunung Fuji.
    Boleh saya tahu laluan mana yang Encik Luqman gunakan untuk memanjat Gunung Fuji??
    Laluan Gotemba-guchi,Fujinomi-yaguchi,Subashiri-guchi,Kawaguchiko-guchi??

    p/s:hebat stamina Encik Luqman…

  7. @ zacharias: er, ingatkan kot dua orang pernah naik gunung fuji…tak nampak perkaitan dengan entri…:)

    @ arsaili: salam. terima kasih. memang aktiviti yg sihat, tapi kalo hanya naik sekali seumur hidup mungkin tak boleh dikategorikan sebagai ‘aktiviti’.๐Ÿ˜€

    @ izan: salam. terima kasih. kalo nak tengok matahari terbit mmg kena mula dari malam. itu sebab kena sediakan lampu suluh sekali. (yang saya pakai kat kepala tu.)

    @ adiknya^^: salam. amiin. se’suci’ mana pun gunung itu…

    @ a.z.haida: takde baru pun, yg terbaru je. akak pernah tawan kinabalu kire lagi hebat la tu. dah takde rezeki, ada hikmah insyaAllah.๐Ÿ™‚
    takpe buat mini entri pun kak, ini warungkampung, bukan warung saya seorang!๐Ÿ˜€

    @ ‘Atiqah Jasni: Waalaikumsalaam warahmatUllah. terima kasih.๐Ÿ™‚ kami ikut laluan gotemba-guchi. jalan balik tak feymes, sbb jarak dia lebih panjang.
    p/s: bukan dah pernah naik jugak ke? sama lah tu…tak tau la ‘Atiqah, tapi kitorg blk2 takde yg lengoh2/sakit2 kaki. pelik gak. banding dengan blk main tournament bola…seminggu jalan kenkang!

  8. subhanallah…

    cantiknya…

    bestnya…

    segala-galanya indah belaka…

    bersyukur masih dikurniakan nikmat melihat untuk melihat keindahan alam =)

  9. salam.. subhanallah.. lawa sangat! sy memang suka gunung ganang nih.. tapi bab nak panjat tu lemah sket.. kalau turun sy suke..hehe.. takde ke train or laluan kenderaan terus smpai ke puncak?

  10. @ ina: memang cantik dan mengujakan! alhamdulIllah berpeluang ke sana…

    @ Rynn: salam. takde tren atau cable car cik kak. memang kalo nak naik kena guna kaki je. yang kagumnya ramai warga emas yang naik juga! tamparan hebat kat diri sendiri. huhu.

  11. Subhanallah! cantik betul! semasa ke sana, Alhamdulillah sempat jugalah say n family ke Fuji-san, tapi tak dpt daki pun sbb tgh winter. dapat tgk dari bukit yg menhadap Fuji-san jek and dpt tangkap gambo kat kawaguchi lake. hee.. itu pun terasa sungguh indah Fuji-san tu!!! MasyaAllah!

  12. assalamualaikum saudara.
    saya pasti perasaan saudara tatkala sampai di puncak (sampai di puncak ka?) terharu dan tak terkata (agaknya… )
    saya dah sampai ke puncak kinabalu, tapi baru sekali. tahap kesabaran dan mental saya betul-betul diuji ketika hampir sampai ke puncak, hingga rasa putus asa dan menangis. ditakdirkan akhirnya saya sampai juga di puncak pada jam 6 pagi (itu kira lambat sebab sebelum jam 8 semua pendaki mesti turun), dengan air mata yang kali ni air mata kesyukuran dan perasaan yang tak tergambarkan. saya ingat nak daki sekali lagi dan kali ini saya mahu betul-betul nikmati saat pendakian tu.
    ertinya, saya dah jadi warganegara yang sah kan? dan saya memang tinggal di sabah… ^__^V

  13. nor: waalaikumsalaam. pengalaman paling berharga ialah, bersolat subuh di lereng2 bukit, sambil diperhatikan org Jepun yang lain. dapat tawan kinabalu lagi power, sbb kinabalu lagi tinggi! tahniah!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: