Posted by: y4ku24 | July 28, 2009

Makhluk asing? Hmm…

[Update blog: Dah lama tak buat entri untuk ajak korang berfikir. Jom sama-sama kita kasi otak bergerak sikit!]

Samaada korang ni skeptic (tak percaya) atau believer (percaya) bab makhluk asing nih, aku nak cuba bincang persoalan ini pada sudut pandangan lain.

Aku nak bincang perkara ini bukan atas platform biasa, tetapi atas platform yang unik. Aku nak sama-sama kita bincang dari sudut filem!

Aku suka tengok filem-filem barat yang bes, lagi-lagi yang bermesej dan membuat aku berfikir, macam ‘The Da Vinci Code’ dan ‘Angels and Demons’ yang keluar baru-baru ini.

Hm, suka lagi Da Vinci Code...

Hm, suka lagi Da Vinci Code...(Source: westdaletheatre.wordpress.com)

Ah, tolak ke tepi apa yang aku suka, apa kata kita cuba teliti perkaitan senarai filem-filem di bawah yang baru keluar semenjak dua menjak ini:

1) War of the worlds (2005) – Kisah manusia lawan makhluk asing. Adaptasi dari filem lama.

2) Aliens VS Predator – Reqiuem(2007 ) – Kisah dua spesis makhluk asing bergaduh kat bumi.

3) The day the earth stood still (2008) – Kisah makhluk asing datang nak lenyapkan manusia sejagat. Adaptasi dari filem lama.

4) Star Wars The Clone Wars (2008) (serta adik beradik dia) – Perang bintang. Korang semua tahu kot, takyah aku terangkan.

5) Star Trek (2009) – Kisah pengembaraan manusia di angkasa lepas, sambil berjumpa makhluk asing.

6) Monsters VS Aliens (2009) – Kisah makhluk asing datang serang bumi, pastu orang bumi mintak bantuan raksasa kat bumi.

7) Transformers 1 & 2 (2008/2009) – Kisah makhluk asing berbentuk robot yang datang dari angkasa lepas, setengah tu baik (autobots), setengah tu jahat (decepticons).

(Source: awards.paramountpictures.com)

Makhluk asing paling cool! (Source: awards.paramountpictures.com)

Yang ni paling tak boleh blah, terselit juga di dalam filem ni!:

8 ) Indiana Jones and the Crystal Skull (2008) – Takleh bagitau apa kaitannya, sebab abis spoiler!

Dah korang perhatikan sendiri pattern ni, dari sudut filem korang boleh jawab persoalan wujud ke tak benda alah tu dengan mudah. Dah jawab persoalan kat atas tu, ada lagi satu soalan yang lebih penting untuk difikirkan:

KENAPA? WHY? LI MAZA? NANDE?

Kenapa filem-filem suruh kita bermindset begitu? Yang lebih menghairankan, makin menjadi-jadi pula filem-filem sebegini setahun dua ini (2008 dan 2009 saja berapa ketul. Itu pun belum kira semua betul-betul). Kenapa?

Something’s fishy (ada yang tak kena)…

Korang cuba fikir-fikirkan. Baru-baru ini pada awal tahun aritu (aku rasa) aku dapat jawapan. Tapi sebabkan jawapan aku agak kontroversi, aku tak tulis kat sini. Kalo ingin berdiskusi lebih mendalam bab ini, bolehlah emel aku secara private di y4ku24@hotmail.com. Aku boleh bagi jawapan kat situ.

Dipersilakan untuk menulis komen masing-masing, tapi harap jangan terlalu kontroversi, kalo tak, mintak maaf, aku terpaksa censored mana yang patut . Aku fikir sembilan sepuluh kali untuk tulis entri ini, sebab entri sebegini bukannya fakta, tapi sekadar teori konspirasi (conspiracy theory). Itu sebab aku tak letak jawapan kat sini.

Ya, kalo fikir betul-betul, persoalannya nampak ringan, tapi sebenarnya agak berat! Good luck mencari jawapan!

Sebenarnya jawapan aku ada kat dalam entri ini, cuma korang kena cari! (Ala-ala Da Vinci Code skit! Heh heh) Cuba baca tempat-tempat yang korang jarang baca…(Yang dah jumpa atau dah tahu, jangan la gi spoil lak. Tak rock ar camtu!)

-y4ku24-


Responses

  1. salam..saya kurang berminat cerita yg fantasy sangat..ahahaha suka yg realistic …umm

  2. salam.. lamanya tak menyinggah kat sini.. bz sket.. hehe..

    makhluk asing? for me, tak mustahil je makhluk ni wujud. Kuasa Allah kan tiada bertepi.. tapi seram jugak kalau tiba-tiba dorang menyerang bumi macam dlm cite2 tu.. haru beb! huhu..

  3. salam…xtahu nak cari jawapan huhu

  4. salam..

    (censored)

    (sapa rajin, try search…u’ll get the answer)

  5. @ arsaili: salam. filem2 seperti di atas sebenarnya tak termasuk di dalam kategori fantasi, tp lebih kepada fiksyen sains, iaitu sesuatu yang mungkin berlaku pada masa akan datang, dgn kecanggihan teknologi dan lain2.
    tp saudara arsaili jangan risau, saya pun lebih suka menulis tentang yang realistik! ini sekadar cubaan sahaja…

    @ BudakPantai: salam. ya, semuanya tidak mustahil. the truth is out there.😉

    @ damai: salam. klu saya tu agak besar rasanya. tak perlu pecah kod rahsia atau pape, cuma cuba baca di tempat yang jarang dibaca!😀

    @ adiknya^^: salam. tahniah dah tahu jawapan, tp jangan la spoil untuk orang lain jawap teka teki nih! disebabkan itu, maaf, anda org pertama kena censored komen. heh heh.

  6. Jumpa~😀

  7. emel baa satu. autobots-lets roll

  8. salam..
    sje nk kingsi cite r en..bnde ni time org kcik2,zmn tdika lg…

    org pnah tny ayh dlu…ayh prcaya zodiak x?then,ayh kate no…ayh x caya zodiak…then i asked another question..ayh pcaya alien a.k.a makhluk asing x?..ayh kate…alien ada kt mne2…lbeh kurg r…kire nye…ayh pcaya dgn kwujudn makhluk asing nih…

  9. @ inda: congrats!😉

    @ azhar ahmad: roger and out!

    @ abidasman~: salam. kamu kena ingat, Ayah jawab soklan tu kat kamu yang masih kecik zaman tadika. kalo orang lain mungkin jawapan Ayah lain!

  10. haha.best aa blog ko nih.macam2 boleh asobu.dah tahu kana.tp..maknanya aku kena delete 101 aa dr blog aku pulak.yabai2..hhee

  11. salam

    saya pernah mengikuti dokumentari bernama (censored) dan diorg ada bg jawapan yg lain drp yg biasa kita dgr…

    semuanya teori konspirasi….
    dan benda alah bermula sejak teknologi jerman masa perang dunia ke-1 or 2….lupa lak

    tak tahula betul atau tak

    tp ini cara utk control ind manusia…
    dgn mereka dan mengawal atas dasar bersatu utk menentang makhluk asing ini

    (censored)

    maaf panjang….tp kalau saudara rasa perlu penenrangan lagi saya emel kat saudara

  12. @ shah: dah tau, bagus2.🙂 kena delete 101? kenapa pulak?

    @ KA: salam. KA, anda orang kedua terpaksa saya censored beberapa tempat, supaya teka teki kekal misteri. maaf ya!

    papehal, kepala otak kita sama dalam bab ni😉

  13. hahahaha..takpe2…boleh censored…

    percaya tak masa mula2 tulis komen tue…saya tak perasan jawapan Da vinci Code tue…

    leps baca reply luqman….baru prasan…eh eh rupanya kat situ

    hahaha

  14. walaupun namenye makhluk asing (M.A), tapi kite seolah2 tidak asing lagi dengan teori kewujudan M.A ni…
    kewujudan filem2 ni memng meninbulkan tanda tanye.

    filem2 yg melibatkan makhluk asing ni dikeluarkan dari pelbagai sudut. meaning, dari cerita M.A yg serius kepada yg buleh dilayan kanak2. (e.g. aliens and lilo n stitch for the latter)

    satu lagi persoalan yg timbul, mengape range target audience adalah besar?

    eh! panjang la pulok….

  15. @Majid: salam perkenalan.🙂 betul, genre dia dari lawak sampai ke serius sampai ke ganas. hm…

  16. salam…saya xtahu jwpnnya,tp nak sangat tahu..
    boleh bagitahu dekat sini?

  17. xtahu: salam. boleh emel saya di y4ku24@hotmail.com. jgn risau, emel awak akan terselamat dari disalahgunakan.🙂

  18. adakah sebab pengeluar filem2 ni amerika, jadi amerika mahu tonjolkan kepada dunia bahawa merekalah yang akan menyelamatkan dunia? teka sahaja……taktahu betul ke tidak….

  19. ana: salam ukhwah ana. you are on the right track.🙂


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: