Posted by: y4ku24 | July 14, 2009

Kisah aku dan soya

Kalo korang nak tau, antara makanan Jepun yang pelajar Malaysia kat sini paling susah nak makan ialah Natto. Natto ni senang cerita ialah fermented soya beans. Kacang soya basi. Ni dia ha Natto:

Tengok pun dah boleh buat korang muntah.

Bau hapak.

Berlendir dan melekit lagi. Ada hati pulak syarikat-syarikat natto ni nak ubuh expiry date. Bukan dah basi ke?!! Nak expiry date apa lagi!?

Orang Jepun suka natto, tapi ada juga sebahagian kecil yang tak suka. Siddiq Cerdas…eh silap, Crayon Shinchan suka natto gak.

Foreigners pula ramai sangat yang tak suka. Kalo orang luar datang Malaysia tak suka Durian, orang luar datang Jepun tak suka natto!

Tapi dalam banyak-banyak orang luar, sama macam Durian, ada juga spesis yang suka makan natto. Aku salah seorang spesis tu. Aku sudah ‘kebal’ dengan natto. Dulu tak boleh makan kalo takde sos soya, tapi sekarang makan macam tu pun boleh.

Antara sebab dah menjadi kelaziman pula untuk aku makan natto ni ialah natto ni bagus untuk penghadaman. Bukan main-main cakap, memang kalo makan terus ada kesan! Sangat membantu di dalam ‘bilik termenung’. Itu sebab aku sudah jadi suka nak makan natto nih.

Tapi bila fikir balik, ada lagi satu sebab aku suka benda alah ni. Kacang soya sendiri sebenarnya adalah kawan karib aku sejak kecil!

Me and soya, we go waaay back. Sejak aku bayi lagi. Ya, lepas susu ibu, aku tak minum susu lembu atau kambing, aku minum susu soya! (Demanding tu!)

Semua gara-gara sebab time tu aku alergik susu lembu dan kambing. Muka aku jadi gatal-gatal. Kecik-kecik dah gatal (Lain beno bunyinye…). Bila gatal, aku mulalah garu guna kuku. Kadang-kadang sampai berdarah. (Sayang sungguh gambar aku time muka berkudis akibat digaru ada di Malaysia, kalo tak korang boleh nampak betapa aku masih kiut walaupun muka penuh kudis!)

Jadi Ummi (mak aku) sarungkan sarung tangan bayi untuk elak aku garu. Tapi aku pulak gi garu guna sarung tangan tu! Berdarah balik! Akhir sekali Ummi terpaksa ikat tangan aku kat sesi. Berteriak dan meronta-rontalah aku, sebab muka gatal gile, tapi tak boleh nak garu sebab tangan kena ikat.

Bila fikir balik, aku tak boleh bayangkan betapa terseksanya batin seorang ibu terpaksa ikat tangan anak dan melihat anak sendiri meraung dan menderita sebab gatal muka. Terima kasih Ummi, jasamu sentiasa dikenang…(nak ucap happy mother’s day dah terlambat la pulak)

Di sinilah Mr. Soya Bean comes to the rescue. Setelah berdiskusi dengan doktor dan mendapati susu biasa adalah punca muka aku gatal, aku diberi susu soya sebagai minuman harian. Dengar dari Ummi time tu takde susu soya dalam kotak lagi (kalo ada pun tak sesuai untuk bayi), jadi terpaksa beli susu tepung kacang soya. Mahal lak tu. Kecik-kecik dah pandai sedut duit mak bapak. Ish ish.

Semenjak itu, aku jatuh cinta dengan soya . Semua produk soya aku suka. Tempe, taufu, yong taufu, taufu fa, lagi-lagi susu soya. Keluarga aku tahu betapa buasnya aku tang minum susu soya. Kalo diorang pesan suruh beli susu soya, paling minima aku beli dua. Satu untuk keluarga, satu untuk aku sorang. (Tak pun beli satu, tapi aku yang habiskan sorang-sorang)

Bab susu lembu atau kambing?

AlhamdulIllah, bila dah besar alergik tu dah takde, tapi aku kurang berminat untuk minum secara terus susu jenis ni. (Tak boleh sebut benci, sebab susu adalah minuman kesukaan Nabi s.a.w.) Cuma aku suka makan dengan cereal sahaja. (Tu pun kalo tak habis diratah cereal tu beramai-ramai dulu)

Itulah kisah cinta aku dan soya. ‘Penyelamat’ aku dan sumber kalsium aku sejak kecil. Unik dari orang lain. Setakat ni takde pula dengar kes orang seperti aku lagi. Korang kenal sapa-sapa?

Kesimpulannya, makan dan minumlah soya, ia baik untuk kesihatan! [Pesanan dari Persatuan Penggemar Soya Malaysia dan Internasional, atau nama pendeknya, PPSMI]

-y4ku24-


Responses

  1. Assalamualaikum wbt…

    Bercakap tentang soya saya teringat dengan kisah ketika di tingkatan 3.Pada masa itu ada seorang guru Sejarah yang bernama Cikgu Nordin yang selalu promote ‘tempe’ ketika mengajar Sejarah sampai budak-budak kelas gelar cikgu Nordin cikgu Tempe.Cikgu Nordin selalu cakap “Kalau nak pandai kena makan tempe.Budak Cina di sekolah ni pun makan tempe goreng yang di kantin.Kamu budak Melayu kalau nak pandai kena juga makan tempe”.

    Sekian,wassalam.

    p/s:Gomennasai.Komen terpanjanglah pula.

  2. salam buat sahabat karib soya ^^

    ye,air soya memang sedap…damai pun suka ^^

  3. salam;

    x sangka, da gak makanan mcm tu,huhu

    mmg adik beradik soya ni bagus, x dinafikan lagi, btul kate ‘atiqah, wpun sy duk kat utara, tempe gak di cari

    sy nk share gak citer pasal soya ni, x tau la kesahihannya, citer nya cm ni,
    antara sy ngan adik beradik yang lain, sy bleh dikatakan agak cerah berbanding yg lain, pastu tanye la mak, mak ada petua ape2 ke mase pregnant kan sy, pastu mak kate mak kerap minum air soya je sepanjang 9 bulan tu

    hehe, bleh praktikn ke???

    skadar berkongsi =)

  4. saya pun suka soya!
    tapi taktau la boleh telan tak nato tuh…huhu

    *ina* – saye pernah tengok diskusi doktor di TV..dah lama dulu…katanya minum soya tak membantu untuk lahirkan baby putih..hehe

    mgkin soya membantu jadikan baby sihat dan kuat dan pandai mcm empunya blog nih..hihi;)

  5. @ ‘Atiqah: waalaikumsalaam warahmatUllah. ntah la, mungkin ada betulnya. tapi selain natto, saya makan/minum soya sebab sedap, bukan sebab kesihatan sangat! huhu. :p

    p.s.: takpe je komen pjg2, lagi pjg lg saya suka!πŸ™‚

    @ damai: salam. oh, seorang lagi ahli PPSMI!πŸ™‚

    @ ina: teori menarik tu. patut la orang msia cam saya kulit kuning langsat. sebab parents suka minum teh tarik agaknya…

    @ nusk: spesis sama la kita!πŸ˜€

  6. masa mengandungkan ujai, akak banyak minum soya sbb masa tu tak boleh nak minum susu lembu. tapi bila lahir, tengok ujai takde la cerah mana pun. banding dengan akif – dan waktu pregnantkan akif, lagi banyak minum susu lembu banding susu soya – akif lagi cerah. cuma ujai mmg suka minum susu soya. sangat suka. akif pun. (mungkin sebab akak selalu beli susu soya sebab akak sendiri suka susu soya, hehehe)

    tapi… ada dengar juga, susu soya tak berapa baik untuk orang lelaki… tak pasti pula kenapa…

  7. Salam.

    Untuk pengetahuan Br. Luqman susu soya tidak mengandungi banyak kalsium. Tetapi ia mengandungi protein yang baik untuk pembinaan otot yang kekar. Ia juga sesuai untuk bayi-bayi yang tidak dapat bertoleransi dengan laktosa seperti br. Luqman masa kecil. Oleh kerana kacang soya hanya mengandungi kalsium tidak larut, maka ada pengilang menambahkan kalsium tambahan kepada tepung susu soya.
    Dakwaan bahawa susu soya tidak baik untuk lelaki adalah kurang berasas. Ianya masih lagi di peringkat kajian ilmiah dan satu kesimpulan yang baik belum ditemui.
    Walaubagaimana pun, kita dinasihatkan untuk meminum susu soya yang dihasilkan di rumah kerana dikhuatiri susu soya yang dijual di kedai mengandungi carrageenan, agen pemekat yang boleh menyebabkan alahan.
    Seperkara lagi…natto iu bukan soya basi ya…tapi soya yang ditapaikan lebih tepat. Basi merujuk kepada lebihan dan juga terbiar.

    dari kejauhan

  8. thanx nusk, dpt satu ilmu baru… mgkin crita sy ni suratan dan kbetulan je kot… hehe

  9. @a.z. haida: oo, keluarga akak pun suka soya ya? bagus2. welcome to the club!πŸ˜€

    @ rumus365: salam. terima kasih Ibnu Salleh atas input. hm, disebabkan diskusi ini santai, jadi memang saya tidak buat apa-apa kajian sebelum menulis, sekadar entri ringan. tapi alhamdulIllah dapat juga ilmu baru.

    oh, ada kata kerja ‘tapai’? saya ingatkan nama makanan saja! agak susah nak terjemah fermented, itu yang ubuh ‘basi’ terus. hihi.

    saudara Ibnu Salleh ni hebat juga info berkenaan soya ya. adakah anda ahli majlis tertinggi PPSMI?:D

  10. Salam.

    Sebenarnya hampir semua kata dasar bahasa melayu bukan kata kerja. Ini kita mesti ingat. Penambahan imbuhanlah yang menjadikan kata dasar itu kata kerja. Sebagai contoh, {makan,jalan, penting,rasa, …} bukan kata kerja. Tetapi setelah ditambahkan imbuhan barulah ianya menjadi kata kerja. Ini bermakna imbuhan memberikan nyawa dan roh kepada kata nama untuk hidup.

    Jadi tapai ialah kata nama. Tetapi ianya boleh diberikan roh dengan mengimbuhkannya. fermentation=penapaian, manakala basi walaupun biasanya digunakan untuk makanan atau idea yang lapuk dan berkulat, tetapi kesengajaan tidak wujud. Lebih kepada terbiar dan alam serta waktu menjadikannya berkulat.

    Tetapi penapaian adalah satu proses yang melibat agen yang dinamakan sebagai ragi dan wujud kesengajaan di sini. walaupun alam dan waktu memainkan peranan, namun ragi menjadi mangkin kepada proses ini. Pada masa yang sama waktu sangat diambil kira.

    Satu hal lagi, basi lebih tepat jika digunakan untuk menerangkan “margin”. Sebagai contoh, basikan kain itu seinci, atau perbelanjaan kita biar ada basi.

    sekian br. luqman…hihi..bukan pejuang anti-ppsmi tetapi pencinta bahasa melayu sahaja.

  11. salam…

    hahaha…u n ur soya…sbnanye..den pn da suko da soya nih…da trikut-ikut dongan abg den sorg ni ha..hehe..ske2..

  12. bau natto aku buleh tahan lagi. tapi tak berani nak makan. lebih baik makan tempe je~

  13. nampak cam sodap jek! balik msia buat la gerak nato.. leh sy cuba! hehe =)

  14. opss.. gerak = gerai . typo la pulak

  15. salam…hurm.. saya pulak alergik sket susu soya nih.. kalau susu lembu ok..huhu… sbb pe ek? mgkn sbb sometime perahan kacang soya tu meninggalkan ‘serbuk’.. (erm, ye ke?) u all ada rasa mcmtu x?
    apa-pun, sbb tu Allah jadikan ada mcm2 jenis susu, sbb DIA tahu hamba2Nya bukan sepesen je..(^;^)

  16. erkkk….entri ini…sungguh menunjukkan kerakusan anda dengan soya-soya sedunia..isk isk isk..

    ibu mengandung kalau minum soya, anak jadi putih melepak walaupun mak ayahnya tak la putih mana..

    p/s : itu gambar..adusssss

  17. salam..
    penulis tulis:”Tengok pun dah boleh buat korang muntah.Bau hapak.Berlendir dan melekit lagi.”

    mmg tgk cm nk muntah..(mintak maaf natto!!x de niat nk menghina mknn.huhu,,)

    TP…cm ner penulis boleh makan natto tu?? konpius btul…

  18. what a coincidence.aku pon suka natto.tapi kena carefull sbb ada natto yang letak sake.ces.

    masin dan berlendir yg sedap tuh.huhu.

  19. @ Ibnu Salleh: thanks for the info!πŸ™‚

    @ abidasman: bagus3.

    @ batuterang: kena try bro, manfaat die lagi besar dari bau dia!πŸ˜‰

    @ Rynn: erm, tak sedap. tapi kalo tambah kicap jadi sedap..sikit. kalo gi jusco kat msia ada kot, tak pasti lak.

    @ hakima: salam. alergik ke tak suka? kalo serbuk tu biasalah, pandai2lah tapis. hihi.

    @ iliana: kalo diri sendiri cam saya ni minum pun tak putih2, susah gak la nak terima kenyataan mak ayah minum anak boleh putih!πŸ˜€

    @ fauziah: salam. tu saya sebut, dari segi taste dia mmg tak sedap pun, tp mcm orang minum teh pahit utk ubat sembelit, kadang2 kita makan/minum bukan sbb sedap tak sedap, tapi sbb ada khasiat kesihatan. saya suka atas sbb tu, bukan sbb sedap. huhu.

    @ safiruz: selalunya itu dalam tare (soya sauce cair) dia. natto biasa setakat saya tau mmg takde letak pape, mmg soya saja.

    tang masin tu pelik gak la, slalu ingat ‘aku rasa ubuh kicap je, ada terletak garam sekali ke tadi?’..πŸ˜€

  20. erm..yup2 u n ur soya..(shinchan geleng2)

  21. Salam’alaikum wbt

    Bro, first time menjejakkan langkah disini. Sekadar info, saya sampai ke sini dari blog sahabat blogger saya Balqis. Saya bukan stalker. Okay, saya mengaku saya suka membaca kisah student yang belajar di Jepun, tapi saya bukan stalker insyaAllah. Yoroshiku ne.

    Selama ni dengar orang berkata buruk mengenai makanan Jepun, esp Natto. First time dengar org foreigner yang suka. Hebatlah bro!

    Saya pun..nak cubalah one day. InsyaAllah.
    ‘Aqilah
    http://nuraqil.iluvislam.com/

  22. waalaikumsalaam warahmatUllah.

    Sis Aki, salam ukhwah. takdelah namanya stalker kalo sekadar masuk blog orang. nama pun terbuka.πŸ™‚

    bab natto ni, bukan saya saja suka, ada je student Malaysia lain yang suka/boleh makan, cuma yang saya tau tak ramai mana.

    anyway, yoroshiku!

  23. soya basi…erk!

  24. salam..terarik sungguh dgn blog ni…sbb sy mmg penyuka soya…n pencinta abadi soya…
    persoalannya..sy pnh dgr org kata soya ni baik utk kaum hawa tp kurg baik utk kaum adambetul ke?,,,,ade sesape ble bantu sy huraikan???


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: