Posted by: y4ku24 | July 2, 2009

‘Ajumma, kakka jyuseyo!’: Adventures in Seoul, Korea

Terjemahan: Mak cik, kasi murah la sikit!

First year aku di Jepun, aku ke Korea bertiga bersama senior dan member. Misi utama, membeli-belah dengan sakan! Sampai sekarang aku sendiri tak faham kenapa itu misi utama aku ke sana, tambah-tambah lagi aku ni bukan orang yang suka sangat bab membeli belah ni. Mungkin sebab peer pressure kot time tu. Nyesal ada jugak, sebab tak gi jalan-jalan lebih.

Dalam feri dari Hakata (Pulau Kyushu) ke Busan (Selatan Korea)

Dalam feri dari Hakata (Pulau Kyushu) ke Busan (Selatan Korea)

Senior aku dulu buat degree di Korea, so jalan-jalan Seoul ni bawah ketiak die je. Bahasa Korea dia pun tak berkarat lagi, so masih releven apa yang dia cakap. Untuk membeli belah di sini, hasil tunjuk ajar dia, kitorang dapat membeli belah secara optimum (baca: sakan).

Kat situ bukan aku beli belah barang je, aku melahap juga. Memang murah berbanding Jepun ni. Steamboat dia, kimchi dia, fuh! Ada satu makanan ringan yang aku suka. Peanut Butter Squid. Pergh, sedap wo! Camne boleh kena combination tu, aku pun pelik. Tapi memang sodap!

Makan-makan bersama bapa angkat senior

Makan-makan bersama bapa angkat senior

Minum-minum bersama guide, bro Faiz (paling kanan)

Minum-minum bersama guide, bro Faiz (paling kanan)

Antara first lesson Bahasa Korea yang aku dapat dari senior aku ialah ayat di atas, digunakan ketika membeli belah. Sampai sekarang aku ingat. Sebab entah kenapa aku selalu konfius antara ‘ajumma’ dan ‘ojingo’. Pernah sekali aku tersebut ‘Ojingo, kakka jyuseyo!’. Ojingo ialah sotong dalam Bahasa Korea. Ojingo sedap dimakan, ajumma jangan dimakan! (Nasib baik dia tak perasan. Kalo tak aku pulak jadi Peanut Butter Ojingo dia.)

Bagi budak-budak yang belajar di Jepun yang nak ke Korea (atau sesiapa pun), aku ada beberapa tips untuk korang, dalam bab membeli belah di sana:

1) Tukar duit selain dari di bank.

Ini mungkin diketahui umum. Jika perlu tukar di bank pun, tak perlu tukar banyak. Sekadar keperluan. Pastu elok tukar di money changer dan lain-lain. Lebih untung.

2) Mintak kurangkan harga.

Jangan mudah beli dengan harga yagn ditawarkan. Selagi boleh mintak lagi kurang. Penjual orang Korea jauh lebih senang untuk tawar menawar berbanding di Jepun. Kalo reti cakap bahasa Korea cam senior aku, siap boleh ngada-ngada lagi, “Ala mak cik, boleh la bagi lagi murah…” Kalo ada kawan di Korea dan dia jenis tak segan nak ngada-ngada, korang akan save banyak duit (pastu guna la duit tu belanja die lak).


3) Cakap English!

Grammar bahasa Korea dan bahasa Jepun mirip satu sama lain, itu sebab orang Korea senang pick up bahasa Jepun. Lebih-lebih lagi penjual-penjual di sana, sebab memang ramai pelanggan dari Jepun yang datang. Di signboard kedai pun akan tertulis yang diorang leh cakap bahasa Jepun. TAPI, jangan sekali-kali guna Bahasa Jepun!

Kenapa?

Sebab bila korang cakap bahasa Jepun, dia tau yang korang dari Jepun. Orang dari Jepun BANYAK DUIT, so dia akan naikkan harga bila kita tanya! Aku nak beli spek dulu, time tengah tunggu spek siap, orang Jepun masuk kedai dan tanya harga satu spek dalam bahasa Jepun. Harga yang diorang tawarkan kat dia hampir 2 kali ganda harga spek aku! (Aku guna khidmat bahasa Korea senior, so selamat duit aku)

Sekurang-kurangnya kalo korang cakap bahasa Inggeris, diorang akan anggap korang dari negara lain. Of course paling baik kalo korang boleh cakap bahasa Korea lah.

4) Beli belah time lewat malam!

Berbeza dengan Jepun, kedai beli belah sana tutup lewat. Bukan calang-calang lewatnya. Dalam pukul 3, 4 pagi! Time tu, pekedai dah letih dan nak balik. Kalo pergi time tu, bukan saja senang dapat barang murah, memang senang juga untuk menang tawar menawar!

Style kitorang dulu, gi jalan-jalan waktu pagi sampai petang, balik tempat tidur dan tidur sampai lewat malam, pastu naik teksi (tambang standard Malaysia, bukan macam Jepun yang mahal gile) malam-malam ke kompleks beli belah! Woha!

Jalan-jalan (sebelum misi beli belah sakan)

Baju dan jaket yang diborong time misi beli belah lewat malam!

*     *     *

Papehal pun, kalo ada guide dan tau jalan-jalan sana, memang korang boleh enjoy melancong, dalam masa yang sama boleh save banyak duit. Jangan tertukar ojingo dengan ajumma udah!

-y4ku24-

P.S.: Rakan-rakan dari Korea yang membaca blog ni, kalo ada tambahan tips yang bes-bes, boleh la share ye.


Responses

  1. apsal muka macam budak hingusan sket? :p

    apepon, akan guna tips ini dalam masa terdekat. itu pon jika keadaan mengizinkan.

  2. haha, nama pun 1st year, hampir 6 taun yang lepas.
    dah lulus exam tu, gi la berjalan sakan, belanja diri sendiri.

  3. salam….

    dulu berkesempatan berkunjung ke korea selatan…

    tp yela 10 thn dulu….x berapa ingat

    lgpun ikut travel agency x adventurous….

    n peluang berjumpa dgn ajumma ni xdela kot…

    anyway tips yg berguna…

  4. salam
    owh…ojingo!!!
    hehe~
    lama x view sini… sorry sikkk
    erm, betol2…khidmat money changer lg untung dan x menyusahkan!
    adi pun suka tukar duit kt money changer jer
    (kalo pergi kt tmpt byk mney changer la…)

    erm, a. Luqman suka ojingo jgk ek???
    jom kita g mencadat (ek?) ojingo~
    jom!!!

    (^_^)V
    smile in peace!

  5. @ KA: salam. mmg kalo ikut travel agency tak bes, sbb tak dpt rasa first hand betul budaya di sana. saya pun pergi 6 tahun yang lepas, agak lama juga.

    @ Candle Lilly: salam. er, mencadat tu apa?🙂

  6. lebih kurang mcm memancing…
    tp just guna tali je…
    erk, tp x sure org pggl mencadat ke ape…
    rasanya da betui la tu…huhu~

    • rasanya tertinggal huruf n di situ.

      mencandat……desu~

      • opppssss….ye ke???
        sorry~
        slmt smpai mksd…
        arigato…

        (^_~)V
        peace!

  7. oo..cm2 eh…
    oppa,kamsa hamida~
    huhu..2 je pn yg org tau sbut n eja..yg len men sbut je..

  8. ala abidasman tu..oppa2 je pndai..kn?

  9. *Annyong…kankakugo no koto nomu choayo!
    (How do u do…suka sgt bahasa korea)

    *he..he..ayat korea + jopun

    demo atashi no nihongo wa mata heta desu. Korekara onegai itashimasu
    (tapi nihongo pun teruk lagi….)

    Note : sumer ayat di atas belajar dari kdrama & jdorama…^_^

  10. Lupa nak cakap : Jelesnya u dah sampai to both of my dream country…!!!!! *_*

  11. @ abidasman~&adk y4ku24: oppa tak sedap, ojinggo sedap…

    @ JY-rin: Annyong haseyo. Luqman imnida. Chalputakkamunida~ (Hi, nama saya Luqman. Sila tunjuk ajar)

    salam perkenalan. ok dah tu. drama n anime tempat utk belajar bhs jepun n korea sambil berhibur. stress-free!🙂

    meh la datang Jepun, tp sediakan duit byk2 la. kalo budget duit tak byk, rasanya elok ke korea. jauh lg murah dr jepun. leh guna tips di atas!😉

  12. salam anhyeong haseyo luqman….

    insyaAllah bulan 7 ni akan berangkat ke korea

    hehehe…gi seoul dgn jeju island… =)

    ada tips kat seoul nak gi mana??

    • erm, yg saya boleh bg adalah yg di atas je. mungkin bes kalo pergi satu tempat miniature world di sana, semua bangunan terkenal dunia ada. saya tak tau nama tpt dia, sbb tak berkesempatan utk pergi. boleh la cek di internet.

  13. asalammualaikum boleh cerita tak bajet ke korea berapa

  14. waalaikumsalaam. hm, terlalu subjektif, perlu diperhalusi.

    dari jepun/msia? apa tujuan pergi? hanya di seoul? tumpang rumah member? etc.

    saya aritu dr jepun, hanya di seoul, separuh jln2, separuh shopping, dlm 4-5 hari. duduk rumah member. 5manyen dah cukup dah.

    • Jawapannye agak kurang rauda faham…sebenarnya rauda nak kesana tp kkawan yg suka mlancong belum pernah ke sana lagi… jadi rauda sedang mcari jika ade yg pernah ke Seoul…kire nak tambah tips sbb sana mcm2 de shopping, salji, tmpt2 bsejarah, n de MASJID & MAKANAN HALAL. rauda nak tgk orang kite gak yg sturdy kat sana, n teringin gak nak bmalam n mrasai duduk di negara orang…Sekarang yg rauda tgh nak tahu berapa budget dr K.L ke Seoul?, berapa nak tukar duit RM ke harga duit Korea? mak ai panjang lak..maaf ye..

      • hm, kalo dari Malaysia susah sikit saya boleh beri nasihat, sebab saya ke Korea dari Jepun. Tapi yang boleh saya sebutkan, harga di sana lebih kurang Malaysia, jadi untuk budget makanan contohnya, bolehla budget sekali makan dalam RM10 untuk makanan biasa.

        masjid Seoul berada di tempat bernama Itaewon, boleh cek di internet. masjidnya ada di atas bukit, dan disekeliling masjid ada kedai-kedai halal. untuk restoran halal lain selain tempat itu, bolehlah tanya saudara2 Islam di sana nanti ya.

        saya pasti kalo raudha search blog2, pasti ada blog pelajar korea. jadi boleh bertanya lebih lanjut dengan mereka (tempat yg bes utk dilawat, hotel murah, dll)

        selamat mengembara!

  15. wahhh!! bestnya sudy kat oversea. sigh..
    saya teringin nak pi korea. tp tunggu kumpul duit dulu ah. ahahaha..
    doakan saya dapat g sana jugak.hehe


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: