Posted by: y4ku24 | June 17, 2009

This Month’s Feature: Apa yang korang makan tu? (Part 2 of 2)

[Update blog: Sambungan TMF bulan lepas. Fu~h, akhirnya! Payah betul nak modify artikel ni supaya jadi tak berat, sebab pasni aku harap kita sama-sama amalkan. Tapi jangan risau, isi dia menarik. Banyak masa aku abis tulis artikel ni, harap korang sudi baca sampai abis! Semoga bermanfaat untuk semua. ]

Gambar hiasan (source: www.geekologie.com)

Gambar hiasan (source: http://www.geekologie.com)

Satu nikmat besar kat Malaysia ialah, bila nak beli makanan, asal ada cop halal Jakim saja kita mudah untuk sambar je. Tapi kalo kat luar negara, of course tak semudah itu. Kitorang kat sini perlu sentiasa cek status kehalalan ramuan sesuatu produk di belakang pakej produk tu.

Dan ini antara benda paling awal yang diajar kat aku oleh member baik aku, Bos, ketika first time jejak kaki aku kat Jepun, iaitu bagaimana untuk detect ramuan kat packaging yang 1) sah-sah haram sebab ada lemak babi, daging, arak dan lain-lain dan 2) yang duduk di antara halal dan haram (syubhah) sebab tak tahu samaada dari tumbuhan atau haiwan, cam shortening dan emulsifiers/perisa tambahan.

AlhamdulIllah, rata-rata budak Malaysia kat sini rajin tengok bahagian belakang paket untuk teliti ramuan yang ditulis, sebagai langkah mematuhi hukum Islam yang menuntut kita makan makanan yang halal. Dan aku fikir perkara yang sama dilakukan oleh students di UK, US, Ukraine, Aussie dan mana-mana lagi negara yang majoriti penduduknya non-Muslims.

Tetapi, semenjak  kerajinan aku meneliti status halal ramuan produk di sini, lama-lama aku telah jumpa satu lagi ‘rahsia’ yang selama ini aku tak pernah tahu atau ambil peduli. Rahsia yang, kadang-kadang tu menggerunkan!

Orang Malaysia kat sini sudah masak dengan budaya orang Jepun yang health concious. Diorang lagi concern pasal kesihatan dari sedap ke tak makanan tu! Mungkin korang akan pelik bila first time tengok, di bahagian menu ada tertulis sekali berapa kalori hidangan tu!

Aku suka guna kenyataan di bawah untuk terangkan kat orang Jepun tentang beza budaya kat Jepun dan kat Malaysia:

“Kalo orang Malaysia, sedap ke tak nombor satu, baik untuk kesihatan nombor dua, tapi kalo orang Jepun, baik untuk kesihatan nombor satu, sedap ke tak nombor dua!”


Tapi aku rasa atas dasar concern tentang status ke-healthy-an makanan kat sini jugaklah yang menyebabkan ada undang-undang consumerism yang aku tak pasti ada atau tidak di Malaysia. Contohnya dibahagian hadapan air kotak tenusu akan ditulis 乳飲料(milk based drink) untuk beri amaran kepada mereka yang sensitif kepada produk tenusu dan ditulis juga 炭酸飲料(carbonated drink) untuk air bergas. Yang ni di Malaysia mungkin ada.

Peratus fruit juice sebenar

Tapi hat yang ni aku rasa takde kat Malaysia. Kalo student Jepun, aku yakin korang perasan tulisan 果汁(fruit juice) kat bahagian depan setiap air kotak/botol buah-buahan. Ya, di Jepun ada tulis kandungan peratus jus buah-buahan sebenarnya yang digunakan dalam jus buah-buahan!

Walaupun dia tulis besar-besar ‘Jus Oren’, sudah menjadi amalan aku untuk tengok kandungan peratus fruit juice sebenar yang dia guna. Kadang-kadang tu 100% (aku suka beli), kadang-kadang 50% (boleh la tahan lagi). Tapi yang tak boleh blah ada gak yang 0.1%! Maksudnya kalo dalam botol 500ml tu, hanya 0.5ml saja jus sebenar! Setitik je la kot.

Ada jugak kat sini yang 無果汁(no fruit juice)! Takde langsung jus oren sebenar, tapi diorang still tulis kat label ‘Jus oren’. Siap ada gambar oren besar-besar lagi. Tak rasa pelik?

Abis, kalo bukan jus sebenar, die guna ape?

Apa lagi kalo bukan bahan kimia! Man-made flavours. Kalo terbalikkan kenyataan no fruit juice, die jadi 100% perisa kimia!

Ramuan ikut turutan kuantiti

Ha, yang ni menarik, sebab akhirnya aku perasan cara ramuan ditulis ialah mengikut kuantiti ramuan tu. Lagi banyak ramuan tu, lagi duduk kat depan turutan la dia.

Kalo contoh jus buah-buahan kat atas tu, akan ada lagi satu ramuan walaupun die sebut 100% jus, iaitu 香料(flavouring?). Benda alah ni diubuh untuk panjangkan jangka hayat jus supaya tak mudah basi.

Tapi sudah menjadi kemestian, untuk jus, 香料 ni duduk di bahagian paling belakang ramuan. Sebab kandungan dia sikit je. Kalo dia tulis 香料 tu ramuan awal, jangan beli produk tu, amat bahaya untuk kesihatan!!

Sikit demi sikit, barulah aku sedar, rupanya semua produk mengikuti cara tulisan ramuan yang sama. Dan bila mula sedar benda ni, aku dapat tahu realiti sebenarnya apa benda yang aku makan!

Okeh, aku nak balik ke contoh jus kat atas. Kadang-kadang ada produk mango mixed juice 100%, sebagai contoh. Jus ni bercampur antara buah mangga, epal dan anggur. Kalo aku tanya korang, dalam ketiga-tiga buah tu, mana satu paling banyak, mesti korang sebut mangga kan?

Kadang-kadang betul, tapi selalu yang aku nampak ialah salah! Kalo tengok turutan ramuan jus dia, anggur nombor satu, mangga last!

Kenapa?

Kompeni tu ubuh nama mix manggo juice untuk highlight buah mangga, sebab sini mangga mahal (bukan negara iklim tropikal). Jadi kalo highlight mangga, produk tu lebih nampak luxurious/branded sikit. Walaupun memang rasanya mangga, tapi realitinya kandungan anggur dan epal paling banyak, sebab anggur dan epal lagi murah!

Korang dah perasan benda ni, mari kita tengok contoh produk lain dari perspektif turutan ramuan.

1) Air kopi dalam tin

Kalo bab minuman, memang takkan ditulis air sebagai ramuan utama. Takyah sebut, orang dah tau dah (cuma kalo air tu air susu, dia akan sebut). Kat Jepun penuh dengan produk kopi dalam tin. Soalannya di sini, kalo air kopi dalam tin, apa kandungan ramuan yang pertama?

Kopi? Salah.

Gula? Betul!

Cubalah cek sendiri nanti…

2) Potato chips

Yang ni pun menarik. Of course, dah nama pun potato chips, so ramuan utama ikut turutan ialah kentang. Kalo kat Jepun ni akan ada tulis 遺伝子組換えでない(not genetically modified), atas kejayaan consumer Jepun membangkang penggunaan tumbuhan yang dimodify di dalam produk makanan.

Yang menarik tang potato chips ni, kalo flavour dia pelik-pelik sikit, cubalah tengok list ramuan dia. Tu dia, mungkin tiga empat ramuan utama dia kita tau la (kentang, gula, garam), tapi lepas ramuan tu semua bahan kimia! Kadang-kadang tertulis sampai berbelas-belas yang kita sendiri tak tahu camne nak sebut chinese character dia!

Bolehlah cek sendiri nanti…

3) Coklat

Aku kaki coklat dulu. Orang isap rokok, aku isap coklat. Aku dengar dulu coklat memang bagus untuk belajar, sebab ada glukosa. Bagi tenaga kat otak. (Boleh rujuk entri ‘From Kit Kat to Kitto Katsu!’ aku)

Tapi beberapa taun lepas aku pernah kena ‘warning‘ tentang tahap gula aku time buat medical checkup kat universiti. The culprit: Coklat!

Apa ramuan utama coklat?

Koko? Salah.

Gula? Betul!

Punyalah gula ni penting dalam pembuatan coklat, bitter chocolates/coklat pahit PUN ramuan utama dia gula! How about that for a shocker!

Apa kata cek sendiri nanti…

Benda turutan ni, walaupun tak dapat kepastian 100%, tetapi aku yakin ianya betul. Antara lainnya adalah sebab, contohnya jus mangga yang aku sebut tadi. Nampak gayanya seolah-olah diorang tak boleh nak mengelat tang ramuan. Di depan air kotak boleh sebut air jus mangga, boleh ubuh gambar mangga besar-besar, tetapi akhirnya mereka kena tulis juga berapa jumlah jus yang digunakan, dan ikut turutan pula buah mana yang paling banyak dulu. Mungkin memang benda ni undang-undang kat sini, so nak tak nak kena patuh. Tapi sebab kita selalu tak perasan, takde kesan pape pada penjualan sangat…

So students in Japan, pasni boleh la cek ingredients. Aku tak pasti ‘hukum’ ni ada kat Malaysia atau tidak (asyik carik chop Jakim je, tak tengok belakang dah!). Mungkin juga ada. Jadi orang Malaysia boleh juga perhatikan pasni!

gambar hiasan (source: www.motherearthnews.com)

gambar hiasan (source: http://www.motherearthnews.com)

Contoh penulisan ramuan negara lain

Time aku duduk di UK pun ada keunikan sendiri, emulsifiers/perisa tambahan ditulis dalam bentuk kod, iaitu ‘E codes‘, sebab banyak sangat. Tak ingat dah, tapi antara yang masih aku ingat ialah E471…dan E320 (Walaupun yang belakang tu bukan kod E, tapi nombor siri Mercedez lama Ayah aku kat sana). Bebudak UK boleh story lebih sikit kot bab ni, aku pun dah lupa. (Rynn, care to share?)

“Hm, let’s see…E217, E302, E561, E980, E443, E470…Yes lah, E471 takde! Boleh makan!!” sorak kita, blinded by the fact ada 20 kod-E lain kat situ, meaning ada 20 jenis perisa tambahan, dan apa-apa perisa tambahan tak baik untuk kesihatan!

Apsal lak tak baik? Semua dari tumbuhan ape…

Minyak masak dari tumbuhan gak bro/sis, tapi takde plak kita nak gi minum benda alah tu.

Kenapa nak kisah pasal benda ni? Asal halal cukup la!

Soalan yang bagus. Kenapa perlu kisah pasal benda ni? Now here comes the best part. Dalam menceritakan tentang bab makanan, Al-Quran menyebutkan:

‘Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. ‘

[Al-Baqarah: 168]

Keyword besar di sini: HALAL LAGI BAIK.

AlhamdulIllah, bab halal ni, semua pass insyaAllah. Tapi aku pun baru sejak kebelakangan ini sedar, dalam bab makanan, halal itu hanya separuh dari tuntuan Islam!! Bila fikir camni, baru ‘terjawab’ kenapa orang Islam yang patuh menjaga kehalalan makanan masih kena stroke atau kena kencing manis, dan orang kafir yang suka makan oink-oink boleh hidup sampai ke usia satu abad!

Hm, apa beza lak halal dan baik?

Halal itu hukum Islam (syariatUllah), baik itu hukum alam/law of nature (sunnatUllah)

Mana-mana hukum yang wujud daripada saranan atau larangan dalam Al-Quran dan As-Sunnah (termasuk tutur kata dan tindakan Nabi s.a.w.), itu termasuk di dalam kategori syariatUllah. Manakala saranan atau larangan yang kita perolehi daripada logik akal dan pemerhatian hukum alam termasuk di dalam kategori sunnatUllah. Untuk menjadi seorang Muslim yang cemerlang dan taat, kita kena seimbang dua-dua hukum ni dengan baik.

Dalam entri ini apa yang aku nak highlightkan ialah, bab syariatUllah alhamdulIllah kita jaga, tapi sungguh kurang antara kita yang jaga bab sunnatUllah. Nak sihat tubuh badan, dalam masa yang sama diredhai Allah s.w.t., kita kena implimen dua-dua sekali.

(AlhamdulIllah aku berpeluang ber’roommate‘ dengan seorang kenalan yang menjaga dua-dua secara konsisten. Sepanjang aku duduk dengan dia selama hampir 3 tahun, seingat aku, dia tak pernah jatuh sakit. Badan sihat, stamina tinggi, otak geliga!)

Bab syariatUllah-sunnatUllah dan betapa ianya penting dalam kehidupan Muslim ni boleh baca dengan lebih mendalam di blog sifu aku, SaifulIslam.com.

Kesimpulan

Sekali lagi aku tegaskan, aku bukan anti produk-produk di atas, jauh sekali nak halang korang dari makan benda tu(aku pun makan, nak halang orang apekebendenye). Cuma aku nak ajak kita sama-sama sedar apa benda yang kita makan, dan makanlah dengan cermat. Jangan satu hari nanti korang jadi cam aku, tertanya-tanya kenapa tahap gula badan tinggi, atau wujud penyakit-penyakit pelik, dan tak tau apa puncanya, padahal badan kita yang bergerak secara automatik ni (bab ni pun alhamdulIllah) dah tak tahan nak tapis dah, setelah bertahun-tahun dibekalkan junk food aje.

Syarikat-syarikat makanan ubuh pengawet untuk bagi makanan tahan lama, ubuh perisa untuk bagi sedap. Tak boleh salahkan diorang seratus peratus, sebab itu antara kriteria utama pelanggan, sedap dan tahan lama! Cuma malangnya, pengawet yang asalnya untuk ‘kebaikan’ makanan tu akhirnya menjadi ‘keburukan’ sebab jadi bahan makanan kita jugak.

Mungkin kita rasa sekali kita makan tak banyak mana pun, tapi dalam buku ‘50 facts that should change the world(aku pun tak baca lagi) ada sebut:

PEOPLE in industrialised countries eat between six and seven kilograms of food additives every year. A ham sandwich can contain up to 13 E-numbers (E-code).

(Source: rakuten.co.jp)

(Source: rakuten.co.jp)

Allah bagi kita nikmat tubuh badan for free (siap bergerak secara auto lagi), kita lak yang gi jahanamkan. Aku pun apa kurangnya, bila kena warning baru nak sedar. Amanah kesihatan badan amanah besar tu, kena sama-sama jaga. Muslim yang sihat lebih disukai RasulUllah s.a.w. daripada Muslim yang tak.

Jadi, aku rasa konotasi ‘bedal saja, asalkan halal!’ perlu diperbaiki.

‘Bedal saja, asalkan halal lagi baik!’

Prevention always is better than cure. Always.

-y4ku24- (tahniah kerana habis ke garisan penamat)

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.

Responses

  1. artikel yg memberi kesedaran… sbb sy percaya ramai gak yg tahu ‘HALAL LAGI BAIK’, cuma blum ada kesedaran…

    tp, sy bersyukur, wpun skarang kebanyakan masyarakat hanya mementingkan halal shj, itu 1 prkmbngn yg +ve, sbb sy prnh dikelilingi masyrkt yg x brapa ambil berat ttg halal @ tdk…

    cuma bg yg dah peka dgn halal, tmbah lag 1, lagi baik….

    mak sy pn penah pesan, makan yg elok2, kalu x nk fikir diri sndiri pun, fkir la generasi kt akan dtg…

  2. Assalamualaikum..

    Otsukaresama,
    aku teruja betul bila baca bab makanan ni. Thanks bro dapat terangkan dengan bahasa yang paling mudah apa sebenarnya kriteria yang perlu kita ambil berat untuk makanan ni.

    Buat pengetahuan semua, kat Jepun ni, kalau perasan, ada cara senang nak detect jus tu 100% ke tak. In case kalau terlupa pakai cermin mata ke, nak bergegas ke, aku dah test cara ni boleh diguna pakai.

    Kalau nak beli 100% juice, cuba tengok gambar buh kat kotak tu terbelah ke tak. Kalau terbelah, maknanya, jus tu 100%. Kalau buah tu penuh sebiji, takde belah, maknanya tu bukan 100%.

  3. Wah.. akhirnye part 2 dah kuar! hehehe.

    alamak, rasa terpukul pulak dgn entry kamu kali ni. Saya kat UK ni, pun tak kesah sgt pasal segala E codes tu, asalkan ada tanda “V”, pasti boleh di makan. V = Vegetarian.

    Tapi pernah sekali, masa first year, baru je datang sini. Makan eskrim ada tanda V, sekali tu ada alcohol.. adoi aii! rasa bersalah giler sebab cuai. huhu..

    sekarang ni, kalau membeli barang makan, pastikan ada tanda “V” dan alcohol free. tak pernah pulak risau pasal segala jenis bahan kimia lain yang masuk ke perut..seram pulak bila kamu ckp kita mgkn dah termakan 6-7kg food additives every year.. kalo 3 tahun? wuwu…

    oh! oh! insaf!

  4. @ ina: ‘kalu x nk fikir diri sndiri pun, fkir la generasi kt akan dtg…’ fuh, mendalam tu!

    @ cucutokjanggut: waalaikumsalaam. ha, pasal detect jus tu, betul betul betul! nice input!🙂

    @ Rynn: ah yes, the ‘V’ code. dulu time saya takde, lupa pulak sekarang ni ada system tu. and yes, seperti saya tulis, bila fikir2kan blk, mmg agak scary banyak betul additives yang kita makan tanpa disedari!
    as ina said, dah pass kriteria halal, kita ke arah baik pulak…my favourite ‘junk food’ now? kacang n kismis!😀 (as for coffee…it’s still my favourite drink!)

  5. salam..
    pertama skali, bestnye tgk makann tu walaupun gmbr hiasan tu.. nmpak menarik. same menarik dgn topiknye.
    panjang, dn penuh dgn informasi. suke bc blog ni.. dn terus mnjadi bhn bc utama time ade mase luang.hehe

    sy kalu bli mknn, dh x ingt ape dah..main amik je.malah, x tgk pun ade sijil halal atau x.. maklum la duk malaysia..mesti ade tande halal(gamaknye)..tp, lps ni kene mesti tgk gak nih..penting walaupun duk malaysia.hehehe. halal lg baik.

    keduanye, btul ke paras gule bro tinggi? kene jaga2 tu..
    ermm, coklat sbenarnye bgus, ade antioxidant, dan ape lg ntah..lupe.cume kndungn gule tu yg jd kurg bagus.gula memang bahaya. tp, depend pd individu gak. mak n ayah sy, mmg suke mkn gule.(maklum la org kelate) minuman mmg manis x terkate,tp, alhmdulillah, x de diabetes. tp, sesetengah org yg begitu jaga mknn die, yg mane x mkn manis, ade diabetes..pelikkn.

  6. aku slalu baca kandungan ikut urutan terbalik.sbb biasa nye benda2 yang tak boleh makan ni..diorg suka tulis last last!!tensen je usha aiskrim ke…coklat ke…mee segera kee…puas la baca dari awal ..ingatkan bolah makan.rupenye last skali ingredient dia adalah shortening.haha

    hidup utk makan ,bukan makan utk hidup.

  7. Assalamualaikum, tajuk yang sangat membantu dan menginsafkan. Kita sering mengutamakan yang HALALAN (bagus la tu) tetapi sering terlupa TOYYIBAN. Thanks. family ustazah suka sangat buat iceblended buah-buahan atau sayuran. Mee kuning pun ustazah buat sendiri. jemput singgah ke dapur ustazahlina http://resepiumi.blogspot.com/.

    Teknik detect % jus tu boleh jugak ke diguna pakai utk mana2 produk jus terutamanya di malaysia ni. thanks..🙂

  8. Didoakan semoga luqman san sihat dan sejahtera..dapat la kami baca entry yg ber Naruhodo mcm ni. berbaloi masa yg banyak digunakan untuk tulis entry ni. Jazakallah Khair🙂

  9. salam.
    makanan yang di makan akan menjadi darah daging manusia itu sendiri. baik makanannya, baiklah keturunannya. buruk makananya, maka begitu jugalah keturunannya.

    (^_^)V

  10. @ fauziah: salam. saya rasa baaanyak lagi blog/website yang lebih bermanfaat untuk dibaca. blog ini blog santai dan bersembang saja. kebanyakannya pun dari pendapat individu. jadi anda tak perlu percaya atau ikut apa yang saya tulis jika difikirkan tak perlu!🙂

    bab tahap gula tinggi tu, saya rasa mungkin sbb ianya ikut standard di jepun. org jepun minum teh dan kadang2 kopi pun tak bergula!

    kalo ikut konotasi ‘you are what you eat’, patut la org2 kelantan muka manis2, sbb suka manisan!😀

    @ shah: my bro shah, antara pengkomen lelaki blog ni. thanks for the support!

    itu cara aku gak dulu, tgk dr belakang. dr situ perasan, ‘kenapa diorg tak ubuh benda2 alah ni kat bhgian depan?’..n the ‘secret’ was revealed!😀

    @ ustazah Ilina: Waalaikumsalaam. terima kasih ustazah atas link resepi. bila hidup bujang ni, boring gak la asyik kari kurma kari kurma!🙂

    teknik detect tu kat msia mungkin tak boleh guna. sbb tulis peratus pun setahu saya takde. tu yg banyak jenis rasa jus oren tu, setengah tu cair, setengah tu pekat.

    amiin. semoga ustazah dan keluarga pun sihat sejahtera sokmo. bab ini juga mungkin boleh ustazah selitkan dalam kelas ustazah (mana2 tajuk sesuai).

    laa syukran ‘ala waajib! (tidak perlu berterima kasih atas kewajipan (berkongsi ilmu)!)😀

    @ Candle Lilly: salam Candle Lilly. salah seorang lagi pengkomen yang kerap. terima kasih atas komen2 anda. saya alu2kan komen2 provokasi/berlainan pendapat juga! (^-^)V

  11. Assalamualaikum..
    Mula-mula tengok gambar bento yang comel ingatkan Encik Luqman nak bercerita pasal bento tapi rupanya tidak.(chotto ochikomu..huhuhu)Tapi apa pun entri yang menarik bab makanan.Alhamdulillah terasa banyak hikmah berada di negara yang minoriti orang Islam.Baru ‘concern’ pasal makanan dan minuman.Terima kasih atas entri yang menarik ini.

  12. Salam,

    Alhamdulillah dapat juga habis baca satu entri. Lepas tu terus bergegas buka peti ais. Check, jangan tak check! ;p

    Okay, jus di Ukraine memang lain. Pertama nak baca ramuan satu hal (since tak belajar term-term kimia makanan dalam Ukraine, agak mengambil masa yang lama untuk baca satu-satu) Tapi alhamdulillah kepekatan jusnya memang pure, kalau kata guava jus tu, memang pekat, kalau tapis memang ada mendaknya. Dia cuma tulis peratus puree yang digunakan but tak ikut turutan ramuan apa terbanyak. I think sama macam di Malaysia.

    As for E pula. That’s the first thing yang senior ajar mula-mula jejak kaki di Ukraine. Siap ada buku nota salin and bawa gi kedai time tu. Kalau nak canggih lagi memang ada mobile software Halal yang senaraikan all the non Halal E and other non-halal ingredients macam gelatin etc. Boleh cari di http://www.GuidedWays.com kot. Bukan E471 jer, banyak lagi rupanya. (Sekarang dah lupa, sebab dah tahu produk mana yang boleh and tak boleh, hehe)

    Then lagi satu yang diperhatikan ada liquor atau tidak. Benda ni selalunya ada dekat ramuan chocolate. Since memang selalu makan chocolate and selalu buat hadiah bagi kwn2 maka memang selalulah tengok.

    Tetapi dalam banyak-banyak benda yang dititkberatkan kat Ukraine ni, satu jer yang saya perasan orang Ukraine paling concern. Peratus lemak dalam makanan/minuman especially produk tenusu. Kata kena halalan toyyiban kan? Maka, peratus lemak tu kadang-kadang dipampang lebih besar dari jenama produk tersebut. Dan kalau disusun dekat rak, peratus lemak yang kurang paling atas, peratus lemak yang banyak, barisan paling bawah. Sampailah kami semua become aware and conscious juga. Contohnya kalau nak buat tiramisu, guna whipped cream, cream cheese. Setiap satu tu ada peratus lemak dia, whipped cream ada 26%, 56% – cream cheese plak ada yang 60%, 80%. Jadi kalau campur semua ramuan tu tuk satu tiramisu, bayangkan berapa banyak lemak yang kita dah consume. Tambah gula lagi. Kadang-kadang beli air susu biasa dalam kotak tu buat makan ngan cereal pun ada tulis peratus lemak besar-besar. Huhu… memang menyemak fikiran juga kadang-kadang. Tapi kalau tak kisah nak makan lemak banyak-banyak, takyah ambil berat pun takpe. Silakan, lagi lemak, lagi berkrimkan? (Tapi orang Ukraine memang kuranglah sakit-sakit jantung dan darah tinggi ni semua)

    Nak cerita pasal makanan ni memang banyak. Tq encik luqman untuk perkongsian. Tapi tulah bila balik mesia balik, tak terfikir dah apa yang kita masukkan dalam mulut, lemak ke tak lemak ker, adeh! Lepas ni kena praktikkan, halalan toyyiban, balqis! (tahniah kerana terkomen panjang sangat)

    entri pelik = lain dari yang lain. Inilah salah satunya! =)

  13. @ ‘Atiqah Jasni: Waalaikumsalaam. entri pasal bento? hm, bento saya tak selawa tu, sekadar nak tunjukkan kat viewers yang orang jepun ni makan guna MATA! (bekalan tu utk anak2 bwk sekolah je pun, tp punya semangat hias mcm2!)😀
    sama2 kita ke arah toyyiban pula!

    @ Balqis: Salam. tahniah, rasanya anda pengkomen kedua terpanjang, selepas malaya!😀
    yes, liquor tu penting gak la. pernah termakan coklat yg ada liquors sbb si pemberi tak tau liquor tu arak. huhu. (berlakunya adengan ludah coklat beramai-ramai lps tu).
    bab lemak tu, sini takde, tp slalu ada tulis 3.5 kalo susu tu 100% susu. ntah ape maksud die saya pun tak tau.
    saya suka keunikan, tu yg go to great lengths utk hasilkan entri yg unik, terutamanya entri TMF! terima kasih kerana setia membaca!🙂

  14. alhamdulillah… kalu duk kat malaysia ni.. tak kisah dah isi dalam makanan tu, asalkan ada tanda HALAL jakim… huh… terus makan dengan berselera… hihi.. apa2, artikel ini buat saya terbuka ati nk cek len kali beli barang… syukran…🙂

  15. salam luqman,

    saya ingin kongsi kod2 E ni kepada semua

    be4 dat bahan2 seperti alcohol(liquor,sherry, wine etc), gelatine, lard, rennin and whey…x leh

    E120
    140
    141
    153
    160
    161
    252
    422
    430
    431
    432
    470
    471
    472
    473
    474
    475
    476
    477
    478
    491
    492
    494
    542
    570
    572
    631
    632
    635
    913
    920
    921

    semua di atas bermula dgn E

    just to informed that wanted to go for holiday in europe…

    hope it helps


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: