Posted by: y4ku24 | June 8, 2009

Rahsia kenapa Abu Lahab tak masuk Islam sampai ke sudah

“Kuliah kali ini kita nak sentuh sedikit tentang tafsir Al-Quran”, ujar Ustaz Zaitun, ustaz undangan ke program kitorang.

“Kita baca sikit surah Al Masad, atau panggilan lainnya surah Al Lahab,

[1] Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab*, dan binasalah ia bersama! [2] Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. [3] Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang. [4] Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. [5] Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.

Para ulama telah menyebutkan bahawa ayat pertama surah ini merupakan bukti Al-Quran itu adalah mukjizat!

Ha!?? Camne pulak tu?

Terpinga-pinga. Aku tak nampak perkaitan antara keduanya.

Setahu aku, surah ini merujuk kepada peristiwa ketika Nabi s.a.w. memulakan dakwah secara terang-terangan kepada kaum Quraisy, dan Abu Lahab telah menempelak baginda time tu. Atas sifat kurang ajarnya Abu Lahab, maka diturunkan surah ini yang merupakan laknat khas lagi istimewa dari Allah kepada Abu Lahab!

Tapi, mana perkaitan surah ini dengan mukjizat Al-Quran? Ramai di antara kitorang masih blur.

“Kerana dengan laknat Allah di dalam ayat tersebut, Allah telah memastikan bahawa Abu Lahab kompem tak akan masuk Islam!”

Hmm, dah nampak dah sikit. Tapi masih tak nampak perkaitan mukjizat dan laknat Allah tersebut.

“Begini,” sambung Ustaz Zaitun. “sebagai musuh ketat Islam ketika itu, jikalau Abu Lahab ni pandai, dia akan ishtiharkan yang dia memeluk agama Islam. Kerana semua orang yang baru memeluk Islam itu suci dari segala dosa, dia boleh pertikaikan ayat di atas!”

“Mungkin dia boleh sebut: ‘Macamana kamu kata wahai Muhammad yang semua orang Islam suci dari segala dosa setelah masuk Islam, dalam keadaan ayat Al-Quran seperti di atas kekal sehingga kiamat, dan aku ini dilaknat forever walaupun sudah masuk Islam!’ “.

MasyaAllah, naruhodo!

“Maka dengan turunnya ayat di atas, Allah telah chop Abu Lahab kekal kafir hingga akhir hayatnya, dan ini adalah bukti mukjizatnya Al-Quran…”

Fuh, para ulama dahulu memikirkan tentang ayat-ayat Al-Quran sehingga tahap tu. Hebat! Terkesan sungguh dengan cara tafsiran camni. Bangganya aku dengan ulama-ulama kita yang otak geliga!

AlhamdulIllah, satu lagi ilmu baru yang sukar untuk aku lupakan.

-y4ku24-

==========================================

* Abu Lahab (yang bermaksud Bapa Bara Api) ialah nama gelaran kepada salah seorang bapa saudara Nabi s.a.w,kerana diketahui bahawa bapa saudara Nabi s.a.w. ini panas baran orangnya.

Rujukan: Tafsir Quran keluaran Saba Islamic Media.



Responses

  1. Subhanallah, subhanallah, subhanallah…

    Perkongsian yang mencerahkan minda di pagi-pagi hari ini…

    Kesimpulannya, janganlah menjadi seperti Abu Lahab – terlalu ego, sombong dan bongkak sampai menempah nama dalam Al-quran dan dicop trus kafir sehingga akhir hayatnya trus kompen masuk neraka w/out negotiation lagi!

    Memang patutlah Al-quran itu mukjizat paling kabir. Maha Suci Allah.

    Thanx warung kampung, utk perkongsian yang menyegarkan ini!

  2. subhanallah..

  3. Salam,

    Ulama’ dahulu sangat-sangat mengagumkan pemikiran mereka. Lihat saja dalam masalah fiqh, mereka boleh berfikir perkara-perkara sekarang yang belum berlaku di zaman mereka.

    Kita sekarang hanya mampu berfikir sekeliling kita sahajakan.

    Jemput ke blog, salam ukhuwah!

  4. salam buat yang mendengar kuliah ^^

    hebat entri kali ini…membuat Damai duduk terfikir sejenak dua jenak…

    Ya Allah,hidup dan matikanlah kami dalam iman dan islam…ameen…

    selamat menulis entri yang hebat2 lagi ^^

    • @ Balqis: Sama2. Isi menarik untuk di bawa di dalam usrah.πŸ™‚

      @ en_me: Salam perkenalan. terima kasih kerana menjenguk!

      @ Farid: Salam ukhwah dari Jepun. terima kasih atas info tambahan.

      @ damai: salam. kuliah ni hampir 4 tahun yang lalu saya dengar, tapi masih segar di ingatan. kredit kepada ulamak2 kita, semoga menjadi pahala berterusan untuk mereka.

      • @y4ku24: Oh, itu pasti. InsyaAllah… (Hehe, singgah baca2 jer, tapi entry menarik, terus terkomen… =)

  5. wow! Tak pernah pulak terfikir pasal ni walaupun dah banyak kali baca terjemahan surah tu.

    Betapa bodohnya itu Abu Lahab.

    Thanks coz sudi berkongsi..=)

  6. alhamdulillah, dpt tahu satu ilmu baru… terima kasih kerana berkongsi…

  7. salam y4ku24

    pemikiran dahulu, walau tiada segulung ijazah di genggaman, namun pemikiran setaraf doktor falsafah. manusia kini, sebaliknya pula. al-Quran dikatakan segar sepanjang zaman itu adalah benar. turunnya di zaman Nabi s.a.w namun, kisahnya masih hidup sehingga kini.

    maka, laknatlah bagi sesiapa yang mengatakan bahawa berpegang kepada al-Quran itu kolot.

    apa bezanya antara Qarun dengan Qarun moden?

    p/s: khabarnya baik sahaja. oh ya, saya sedang bercuti dan baru selesai menjalankan tugas sebagai ‘wedding planner’ hehe ;p

    • @ Rynn: betapa ulama dulu baca guna hati kan?πŸ™‚

      @ syahidah: alhamdulIllah. sama2 kongsikan bersama…

      @ iliana: salam. takde beza Qarun dulu dengan Qarun moden. Kisah2 di dalam alQuran sebagai peringatan supaya kita tak ikut seperti mereka2 yang dilaknat, kerana putaran sejarah pasti berulang.

      p.s.: harap2nya wedding berjalan seperti dirancang. dah leh rancang orang punya tu, lagi2 la utk diri sendiri punya kan?πŸ˜€ anyway, tahniah kepada Iliana, kerana komen anda adalah komen yang ke-1000! tepuk tangan!πŸ˜€

  8. salam…

    Entry yang bagus…simple tapi membawa maksud yang mendalam…..

    kita dah bace pentafsiran surah al-masad….melihat camne ulamak mentafsirkan surah tue….tapi sebahagian ulama’ pula mengistinbatkan makruh kalau bace surah tue ketika solat…coz sebagai beradab dengan Rasulullah…kerana Abu Lahab tu bapa saudara Baginda.

  9. Subhanallah…mukjizat terbesar yg tidak boleh disangkal…cuma pemikiran manusia yg masih dangkal tidak dapat memahami sehingga ke tahap itu..Alhamdulillah kita ada ulama dan cerdik pandai yang sentiasa berusaha mencerahkan minda…terima kasih atas perkongsian..moga ada bnyk lagi pembongkaran mukjizat al-Quran

  10. Salam y4ku24,

    Lama tak mengomen. Kadang singgah baca dan berlalu je…

    Ulama dulu membaca dan menafsir dengan mata hati yang terbuka… itu yang mudah faham sbnrnya. Kita…? Err… menafsir juga, tapi hanya dgn mata kasar saja.😦

    • @ hang tuah: salam ukhwah. thank you for the input! alhamdulIllah, dapat lagi satu ilmu baru.πŸ™‚

      @ ustazah ilina: saya takde banyak, tapi yang saya fikirkan unik insyaAllah akan saya post-kan di sini. takleh sekali gus, takut habis idea nanti, warungkampung tutup kedai!πŸ˜€

      @ suara: salam kak su, terima kasih kerana masih sudi komen kembali.πŸ™‚ Ulama dulu berusaha untuk merungkai ilmu-ilmu alQuran kerana bagi mereka, itu satu ibadat dan dapat pahala. patut kita contohi mereka.

  11. subhanallah~ sesungguhnya besar mukjizat Al quran tsbt..

    suara, xpelah kte xmampu nak tafsirkan, yang penting kte jgn rse ego nak blaja dgn orang yang alim .. n iA, ilmu x tinggi pun, kita baca dgn mata hati, moga nur Al Quran smpi ke hati kita itu lebih baik kan?

    cam tgk mak2 nenek2 kte xdelah pndi sgt bab agama nih, tapi amalnya masya Allah, tekun! kita nih tau byk, pk pun bagus, tapi kebykannye buatnye tidak..*mengata diri sendiri* hehehe

  12. Salam broπŸ™‚
    Wow, sungguh hebar dan mendalam makna disebalik ayat suci Quran kan. That why, we are encouraged untuk mengkaji and berfikir kan.

    Thanx for sharing this knowledge.πŸ™‚ Ive been reading this ayat2 but didnt fully understand it before. Now I understandπŸ™‚

  13. @ c’s: ya, kita takleh suka2 hati tafsir, mmg kena menuntut. saya berani kongsi ni pun sebab dapat ilmu dari ustaz, bukan main ckp sendiri aje.

    @ the dreamer: Salam. so nice to get a comment from you!πŸ˜€
    yup bro, baaaanyak lagi khazanah yang kita tak temui di dalam Quran ni. yg byk dpt rungkai ialah ulama2, sbb diorg baca guna mata hati.πŸ™‚
    insyaAllah, I have another one to share in the future!

  14. salam ziarah…tersenyum baca. jzkk atas perkongsian.=)

  15. […] Kalau korang suka entri ini, korang pasti akan suka entri lagi satu ini, yang juga menceritakan tentang mukjizat di dalam al-Quran (kenapa Abu Lahab kompem tak masuk Islam […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: