Posted by: y4ku24 | June 3, 2009

Komik(?): Siddiq Cerdas dalam ‘Jalan-jalan’

[Siri Siddiq Cerdas datang lagi! Tetapi kali ini juga tanpa gambar! Siapa sudi lukiskan dipersilakan, sebab aku malas nak lukis. Heh heh. Tapi kali ni bonus, sebab panjang sikit.]

Suatu hari, abang saudara Siddiq Cerdas, Roy, yang balik bercuti dari belajar di Jepun (promote Jepun skiiit) datang menziarahi rumahnya. Setelah makan tengahari, Roy mengajak Siddiq Cerdas menaiki sports car yang dibelinya di Jepun.

Siddiq: Wow! Abang Roy beli kereta Starline tu! Tereris ar abang!

Roy: Haha, tau takpe. Jom jalan-jalan!

Siddiq: Yay!

[Di dalam kereta, Roy terus start engine]

Roy: [Muka excited gile] Let’s gone!

Siddiq: …..Abang tak nak baca doa naik kenderaan dulu ke?

Roy: [Berpeluh sambil tersengih-sengih] Er, abang dah baca…dalam hati.

[Time jalan-jalan, Roy bawak kereta laju, drift sana, drift sini. Siddiq Cerdas buat muka dek saja]

Roy: Macam mana Tadika Genius? Dapat ramai kawan tak?

Siddiq: Dapat. Semua orang jadi kawan Siddiq…[sambil menadah tangan, dan mulut terkumat-kamit membaca sesuatu, sejurus selepas menjawab soalan Roy]

Roy: Siddiq belajar rajin-rajin tau, nanti besar nanti boleh pergi luar negara macam abang.

Siddiq: Ok…[dan terus menadah tangan sambil mulut terkumat-kamit]

Roy: Eh, apa yang Siddiq baca tu? Bukan dah baca doa jalan ke tadi?

Siddiq: [Sambil buat muka selamba] Siddiq bukan baca doa, Siddiq mengucap syahadah. Sebab abang Roy bawak laju, jadi kalau apa-apa terjadi, ucapan terakhir Siddiq ialah syahadah…

Roy: Ok ok, abang Roy bawak perlahan…[Menangis insaf]

[Akhirnya mereka sampai kembali ke rumah.]

Roy: Ok Siddiq, abang akan balik Jepun dah minggu depan. Ada Siddiq nak pesan apa-apa? Mainan ultraman ke, game pokemon ke?

Siddiq: Ada! Nak pesan abang Roy jaga diri baik-baik ya!

Roy: [Menangis insaf lagi] Baiklah…(sempat lagi dia bagi sedas…)

-y4ku24-


Responses

  1. salam bro…bro ker tulis nih?

    • salam arsaili. er, ye. kenapa?🙂

  2. insaf. terima kasih adik siddiq

  3. bijak betul Siddiq! =)

    • @ puding: akak insaf? ha, tau takpe! <– Siddiq yang cakap, bukan saya!

      @ Rynn: Siddiq bijak? ha, tau takpe! <– Siddiq gak yang cakap.

  4. Sidiq mmg baik… huhu (insap)

  5. salam..
    best la crite siddiq ni.. insaf100X
    terima kasih kerana entri sprti ini.
    btul2 menarik..
    smbung la lg bro..:)

  6. salam.

    insyaAllah minggu depan akan keluar lagi satu.🙂
    tapi sebenarnya rasa kurang bes sbb hanya tulisan. kalo bentuk lukisan lagi kelakar, sebab ada ekspresi muka sekali.

  7. yeay. x sabar tunggu keluaran baru siddiq.
    erm, tp,yg x de lukisan pun dh bgus. i can imagine siddiq’s facial expression tru ur words.. tp, klau ade lukisan, of course lg best.. bro melukis la plak..hehehe

  8. tak tau la fauziah perasan ke tak, ini bukan siri pertama siddiq. cuba carik dalam kategori ‘komik’. ada tiga siri siddiq yang saya pernah lukis (tp jadi makin malas nak lukis, sbb makan masa)

    enjoy!🙂

  9. sebagai manusia yang baca komik, walaupun takde lukisan, saya masih boleh tersengih2 bila membayangkan part abg roy–>>[menangis insaf]..approach yang menarik🙂


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: