Posted by: y4ku24 | June 1, 2009

‘The price is right’ versi alat-alat lab

[Kepada yang tak tau, ‘The price is right’ adalah gameshow di Amerika (kat Jepun pun ada) di mana peserta cuba teka berapa harga sebenar barang (selalunya barang antik) yang dia sendiri bawak, setelah diperiksa oleh pakar. Kadang-kadang peserta pun terkejut dengan harga barang sendiri, sebab tak sangka semahal tu!]

Mesin X-ray Diffraction. Mahal tak hingat! (Source:www.uq.edu.au)

Mesin X-ray Diffraction (XRD). Harga mahal tak hingat! (Source:www.uq.edu.au)

Berresearch di lab universiti Jepun memang bes. Aku rasa macam satu nikmat, sebab dapat guna ‘sesuka hati’ alatan-alatan/mesin yang harganya mahal. Silap-silap aku rasa kalo balik ke Malaysia tak berkesempatan aku nak guna alat mesin tu lagi. Mana taknya, bukan kata kitorang budak universiti je, researcher luar negara yang lain pun kadang-kadang datang ke research facility di Jepun semata-mata untuk guna satu alat kat sini!

XRD lah, SEM lah, XPS lah. Semua mahal-mahal! Itu yang rasa macam gameshow ‘The price is right’ bila kitorang cuba agak harga die.

Kalo cerita bab ‘The price is right’ di lab nih, ada dua versi.

1) ‘The price is right’ bila first time jumpa

Bila first time berpeluang berjumpa alat/mesin-mesin gempak tu, soalan yang lazim ditanya oleh semua student ialah,

“Berapa harga benda alah ni?”

Dengan bangganya penyelia/technician akan sebut harga-harga mesin tu, yang menyebabkan korang sebut “Heeeee…!” (“Mak datok!” versi Bahasa Jepun)

“Alat ni ada dua je kat Jepun. Harganya X00,000,000yen (baca RM Xjuta)!”

Pergh! Bangga gile aku dapat bersua muka dengan benda yang harga juta-juta nih! Of course, dah harga setinggi tu, silap la dia nak bagi main-main dengan benda alah tu. Dia yang akan tunjuk demo. Tapi dapat tengok benda tu berfungsi pun sudah cukup teruja!

NIFS

NIFS

Baru-baru ini aku ke National Institute for Fusion Science (NIFS) untuk buat research selama seminggu. Harga mesin yang aku guna kat situ pun bukan calang-calang. Walaupun tak sampai berjuta, tapi RM Xratus ribu jugak la!

2) ‘The price is right’ bila mesin/alatan rosak.

Ini versi lagi satu. Bila ada mesin rosak, soalan cepumas di atas tu bukan pelajar yang bertanya, kali ni supervisor yang tanya kita.

“Engko tau tak berapa harga benda ni?!”

Separuh menyoal, separuh marah. Macam ajak-ajak ayam je nak suruh jawab atau tak.

Hm, yang rosak kali ni mentol je, walaupun mentol ni memang bentuk pelik dan fungsi dia lain daripada mentol biasa. Mentol untuk kesan tekanan vakum udara.

“Er…..(saya ingin teka) RMXratus?”

And the answer is…!

(soundtrack berdebar sikit)

“Kepala hotak ko RMXratus. Benda ni harganya RMXribu!”

“Wow!” aku jerit dalam hati. Tak pelik kalo Thomas Edison (bapa mentol) pun sama-sama menjerit “Mama grandpa!” (“Mak datok!” versi omputih).

[Amaran: Untuk situasi ni, korang dilarang keras menyebut “Heee!” di depan muka supervisor. Kesannya, korang boleh imaginasi sendiri.]

Itulah kehidupan sebagai researcher di sini. Ada kalanya ‘The price is right’ yang bes, adakalanya ‘The price is right’ versi yang tak diundang/versi the timing is not right.

Harap-harapnya beberapa bulan lagi ni takdelah sekali lagi terkeluar dari mulut aku:

“Alamak, rosak la pulak benda alah ni…”

Ya tuan-tuan puan-puan, kita bertemu kembali dalam rancangan ‘The price is right’ versi tak bes….!

-y4ku24-


Responses

  1. Mentol tu dirosakkan penulis ke?

    Best, best ber-researching kat Jepun. One of the reasons masuk lab sekarang ialah mesin-mesin yang akan digunakan untuk research tahun ini.

    Mesin SEM pun guna gak!

    Yang tak bestnya mesin mahal-mahal ni, semuanya super sensitif.

    PS: Sangat best masuk lab dan bengkel sebab kena pakai baju bengkel, huhu.. comot dengan lubricant semua, takmo balik rumah dah.

    • kak inda,moshikashite pakai tsunagi msuk bengkel?hehh!

      kat lab sy ade sebijik sensor tekanan(atsuryoku sensa-)yang saiznye seperti sebiji skru kecik. Setiap kali nak sambungkn sensor tu ke tube detonation, setiap kali tu jugaklah sempai akn pesan..”hati2..benda tu harga mahal..ber-man2..uchi no kenkyuushitsu ha okane nai kara, ki wo tsukete ne!
      cuak gak la memula..xpsl2 klo rosak, melayang duit sendri.

  2. Hahaha! “Mama Grandpa”! I like!

    Bestnyer kamu dapat tgk live mesin2 jutaan ringgit tu berfungsi depan mata.

    Dekat my school, ada satu fMRI machine.. utk scan otak dan segala aktivitinya.. hehe.. harganya million pounds jugak rasanye.. tapi stakat buat bachelor degree je, tak berpeluang nak main2 (sampai rosak) dgn mesin tu…

    ape2 pun, ambillah peluang ni untuk belajar betul2 sementara kelengkapan yang canggih-manggih ada dpn mata.. balik msia esok, ntah ada ntah tidak mesin2 macam tu kan..

    • waaa.. dah jumpa mesin best! kitorang takat pre clinical jumpa corpse n tgk lcd je~

      cmni2.. engineer die kena wat mesin2 tuh ade own feed back macam badan manusia.. kalau pressure die nek ke ape, die ade detector n ade compensator n regulator die sendiri.. except klu dh chronic @ acute yang teruk tuh, baru die kena concern technician.. *bingung-mula terase pelik die idea sendiri-bingung lagi sok xm*

  3. first response ….heeee!!!!!

    second response……eeeemmoooo!!!!

    hahaha

    tp kewl giler alat2 lab tue…..

    best klu dpt guna….

    huhu

    tp citer menarik….santai dan kelakar

  4. salam..

    huuu….mesin XRD kt lab saya ‘not function’.. kata science officer..saya sendiri x sure apa yg myebabkan dia not function tu..tapi katanya kne tggu alat ganti dr jerman.. research tgendala..huhuhu…nak nangis!

    seronok mmg seronok bila bpeluang guna alat2 mahal mcmtu.. yg harganya berjuta…maintainance pun beribu…huhu..

    • @ inda: ya, saya yang buat rosak mentol tu. kalo tak, takde kena marah ngan supervisor. huhu. yes, the keypoint here is ‘supersensitive’. pelik la diorang ni, kalo dah benda tu mahal, buat la dia resistant skit dengan kerosakan. kompeni saja nak suruh org beli lagi dari die la tu!

      @ rynn: hah, budak medik kalo cakap device mahal, takleh lari dari MRI/fMRI la. pernah masuk benda alah tu, cuak gaks. huhu.

      @ KA: ‘eeeemmooo!!!’? first time dgr. apa maksud die? emosi? atau bahasa orang sana? skrang kat sini cerita bes la, dulu time kena marah, berbirat gak telinga.😀

      @ kiminoegao: kalo saya kekadang kena pakai baju kuning yang ada simbol radiasi. tak buat pape sangat pun, tapi rasa macho abis! yang bab suruh hati2 tu, biasanya akan ada dilemma besar bila nak guna alat2 camtu. kalo pepandai buat, takut rosak, kena marah. tapi kalo takut sangat, suma tanya, kena marah gak, ‘kamu ni bab tu pun tak reti buat sendiri’! macam2…:)

      @ hakima: salam. kalo tak function sebab mesin yang masalah, boleh tahan lagi la. kalo tak function sebab diri sendiri tu yang parah tu…:)

  5. hahaha
    tu respon ciptaan sendiri hohoho

    anyway dlm bhs jepun ada satu ekspresi yg bunyi mcm tu kan? hmm…x silap saya maksud dia bestnya…macam tu la

    hmmm….setakat ni saya rasa org putih x byk sgt ekspresi yg special mcm yg jepun ada….x tahu la kalau ada…

  6. “heee!”
    atau
    “eeeh!” ?

    hmm, apa2 pun akak mmg tersenyum sengsorg baca entry ni🙂
    nasib baik akak buat MA tak payah pakai alat canggih manggih yang mahal.
    kalau tak, tak tau la jugak kot2 ter’rosak’ ke, kena pulak ngadap sensei yang garang tahap monster ultraman
    kimoiii…

    • “heee” atau “eeeh”, adik beradik la tu. huhu.

  7. wow, menarik nye….. di lab saya, apparatus nak wat experiment pun mahal2.. time nak gune, asyik2 kene tegur jek ngn sempai suruh gune elok2, sbb benda tu mahal….
    tapi saya paling suka tgk mesin NMR…..
    (perkataan heeee, pun slalu kami ckp terutamanya bile dgr harga satu2 mesin..)

    • @ c’s: fuh, tengok corpse tu. dulu kaki tengok CSI, kononnya nak amik jurusan doktor gak. last2…:P

      @ syahidah: kena guna elok2, tak nak jadi ‘I AM LEGEND’ versi alat-alat lab sebab rosakkan!😛


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: