Posted by: y4ku24 | May 8, 2009

Naruto dattebayo!

I have a confession. Aku suka baca komik Naruto. Bukan anime, tapi komik. Kepada yang tak suka atau tak pernah baca komik ni, aku rasa korang miss salah satu nikmat dunia!

Aku pernah jadi pembaca One Piece, pastu aku stop.

Aku pernah jadi pembaca Eye Shield 21, pastu aku stop juga.

Tapi tang Naruto, walaupun dah muda bengka (perkataan ciptaan sendiri) pun, aku takleh nak stop! Lagi-lagi style aku sekarang ialah, kumpul keluaran banyak-banyak, pastu baca seharian! Fuh, masyuuk!

4 watak utama komik ini (source: www.wallcoo.net)

4 watak utama komik ini (source: http://www.wallcoo.net)

Sebab apa aku suka sangat Naruto? Sebab dia ada keunikan tersendiri yang di komik lain aku tak jumpa. Kepada yang masih mentah dengan Naruto ni, mari aku story kat korang kenapa Naruto ni unik dan kenapa korang patut baca komik ni…

Keunikan pertama: Walaupun tajuk komik ialah nama seorang budak bernama Uzumaki Naruto, karakter dia punyalah ramai dan ada keunikan tersendiri. Malah, sepanjang cerita komik ini, hampir semua karakter akan di follow up. Yang dulu hanya budak hingusan, sekarang dah beso-beso belaka, dan lain-lain. Jadi komik ini tak tertumpu kepada hero saja. (by the way, kat Jepun memang ada tempat bernama Naruto)

Keunikan kedua: Teknik ninja yang dimiliki karakter-karakter ninja komik ini juga unik-unik belaka. Antara yang paling aku minat ialah seorang karakter bernama Shikamaru yang boleh kawal bayang-bayang. Tambah dengan IQ tinggi dia, fuh, memang time dia lawan tersangatlah bes!

Keunikan ketiga: Aku minat sorang lagi watak bernama Itachi. Dan aku yakin ramai yang suka mamat nih. Memang macho tak hingat. Tapi dia ni dalam geng jahat bernama Akatsuki. Antara komik yang boleh menyebabkan korang suka kepada watak orang jahat! Cool!

Kumpulan Akatsuki (Itachi 4 dari kiri. Source: http://www.animebay.net)

Tapi yang best of the best komik ni ialah,

Keunikan keempat: Keberanian Kishimoto Masashi (pelukis komik ini) untuk membunuh watak-watak utama komik ni! Dan ya, bila aku cakap bunuh, memang karakter tu mati.

@ Kiok.

@ Temui ajal.

Bunuh terus, takde tiba-tiba datang balik macam Dragonball. Goku dah mati PUN orang panggil dia balik untuk tolong diorang. Dah mati tu mati ar, apa nak hidup-hidup balik lak!

Ini kekuatan besar yang aku rasa ada pada komik Naruto. Watak utama yang dibunuh bukan saja watak jahat, tetapi watak baik juga. Dan disebabkan kita sudah follow lama watak-watak ni, boleh feeling wo bila dia mati! (tapi cover ar tak nangis) Jadi, bila ada saja adengan fighting, korang akan berdebar-debar sebab korang tak tau watak yang baik atau jahat yang akan menang! Now that’s a two thumbs up!

Kadang-kadang seri, kadang-kadang orang jahat atau orang baik lari selamatkan diri. Tapi itu pun tak selalu. Jadi ada kelainan berbanding komik-komik seperti One Piece, yang hero dia dah kena belasah sampai nyawa-nyawa ikan pun, last-last boleh menang juga.

Kesimpulannya, Naruto bes. Lagi bes dari Siddiq Cerdas!

Undilah Naruto! (^-^)V

-y4ku24-



Responses

  1. Salam..ooo patut la anak remaja ustazahlina pun teramatla sukanya Naruto ni..mula-mula ustazahlina bising juga..apasal la dah “muda sedikit bengka” pun masih nak berkatun…(persepsi ibu bapa tanpa Naruhodo..betul ke?) tapi sbnrnya yg penting ialah bagaimana kita melihat sesuatu dari perspektif yg positif dan membina…

  2. SETUJU. tapi apsal dah 2 minggu tak keluar-keluar nih? musykil

  3. aaaa… dah lama saya tak follow manga.. kes duduk asrama n xsuka baca manga dalam bentuk soft copy~ jadi lagi layan anime je banyak~

    btw.. dah kata cam gini tiba-tiba rasa nak baca~ aa.. tidak~
    p/s adakah sangat tak manis remaja perempuan menonton anime n membaca manga?

    • @ ilina: salam. bab naruhodo tu, saya tak pasti. huhu. tapi dari segi ianya membina daya kreatif, mungkin juga.🙂

      @ zacharias: welcome to the club.😀 tang tak keluar tu, kena tanya kishimoto masashi la.😛

      @ c’s: haha, ‘terkena umpan’. saya rasa ok je remaja perempuan baca manga, cuma sangat tak manis kalo remaja perempuan CUBA TIRU perangai watak-watak manga tu!😀 bab ni lelaki pun sama la. heh heh.

  4. Sensei aku pernah kongsikan gambar dia bercuti di tempat itu. Uzumaki Naruto ada pusaran air semulajadi di laut. Patutlah ada simbol ‘berputar’ ya di pusat Naruto.

    Hai.. ;p

  5. Aku sedang menahan diri daripada membaca komik ni buat sementara waktu… T_T

  6. jap.. tp naruto still hidup kan?

  7. [komen ini mengandungi SPOILER! jangan baca kalo takmo tensen!]

    salam
    ni mesti kes terharu dan sedih teramat sangat skang konoha dah mcm kehabisan ninja2 yg terrer..

    dah keluar kan yg baru?

    p/s: teringat citer doraemon(komik jepun pertama yg dibaca) punya la x sabar nak tunggu abad ke 21….masa kecik2 dulu la tp dah masuk ….sama jer….x macam dlm cite doraemon pun hahahahhaa

    anyway memang membina kreativiti

    suka itachi, shikamaru and neji (plus hinata) power diorg mmg kewl and diorg sendiri pun mmg cool kecuali hinata hehehehe

    • @ Sangpelangi: aiseh, rasa cam nak ke sana ar, tp jauh di selatan la pulak…

      @ batuterang: sabar, sabar. tunggu skit je lagi! gambare!🙂

      @ c’s: haha, itu kena cek sendiri la! tapi papehal, sebab dlm komik sekarang tengah klimaks, maka makin MENGGANAS la kishimoto ni mematikan watak-watak bes! fuh!

      @ KA: salam. bro, mintak maaf sebab aku terpaksa edit komen ko. spoiler sangat!😀 karang orang yg baru nak stat baca pun hilang mood. tapi papehal klimaks dia mmg superb!

      • hahaha alamak terlupa lak
        tu la terexcited lak sampai terlupa hahahaha
        anyway mmg klimaks abis la citer

        btw katak mmg kewl….
        paling kelakar slug ….ntah camna nak lawan pun x tahu hehehehehe

      • @ c’s: boleh tanya member2 lain. sini tak boleh bgtau, nanti yang baru nak baca hilang mood nak baca!😀

        @ zacharias: hihi, memang diorang semua cool. tapi the genius behind it of coz Kishimoto sendiri. pandai betul buat cerita dan karakter. kalo tengok guide book naruto, korang akan tau betapa DETAILnya di buat kampung konoha tu! tabik spring!

        @ KA: biasa ar tu, bila cite naruto nih memang leh jadi excited. tapi betul, aku pun rasa siput tu lagi membebankan tuan dia ada la!😀 dalam banyak2 binatang, Kishimoto tu boleh buat KATAK jadi cool tu! Genius!😉

  8. adeh.. tensen la cm gini mau cek2.. xpe, mntak org yang dh mmg kipas nak mati naruto cekkan~ klu dah mati bru bce..

  9. Karakter aku paling suka adalah Jiraiya, Itachi dan Kakashi. Derang ni kuat, terer dan bijak/ lawan pakai akal.

    Karakter aku paling tak suka, sasuke. Walaupun dia mungkin kuat, tapi macam over-rated la pulak.

    Binatang yang paling best, of course la katak. Katak ada jari, buleh pegang pedang. Binatang lain, guna apa yang ada je

  10. fuhh~~s
    mgt naruto btol nieh.
    bgs2.hehe
    lyn gak naruto nih..anime la tp
    sbb dnlod free.komik kne bli.heh

  11. Salam

    Hey..entri pasal naruto plak. Ni kalau kena gaya ni, habis sume peminat naruto datang kasi komen kat sini nih, haha.

    Aku tiap-tiap minggu follow. Setiap malam sabtu sebelum tidur mesti usha website narutofan.com tengok ade update ke tak, hehe. Memang beristiqamah la orang kata :]

    Skanni tengah tunggu apa akan jadi pada akatsuki pasnie….

    • @ pirokla: ada je manga dia kat internet. tapi nak donlod susah la, kena baca online.

      @ ainohikari: salam. haha, kantoi semua peminat naruto! menjadi hujah kukuh aku utk terus ‘beristiqomah’!😉
      akatsuki memang macho abis. nama team tu pun gempak. BULAN MERAH. pergh…rasa cam nak beli je baju diorang tu, stylo abis!

  12. ~NARUTO~

    yeayyy!!!!

    (^_^)V
    smile in peace!

  13. salam

    aku lmbt kenal naruto. tapi dgn kemajuan teknology, aku leh baca naruto dari awal sampai la da latest. mmg best!

    favourite fight: chiyo vs sasori (manga mahupun anime, mantap!)

    vote for gaara-yg-baik! tapi dier kurang air time plaks.. hehe

    • salam. welcome to the club!😉 bab figthing, mana2 yg involve shikamaru aku suka!😀

  14. damn..luv it..hu2

  15. Salam bro…

    Macam abg Amin la plak. hohoho. ade collection lame2 tak?

    pc masuk virus dulu, hilang ch 1 – 400… huhu.

    • salam syphoon.

      dah sama batch n sama sekolah dulu, saya rasa batch kitorg generasi kaki manga! (dulu hantu dragonball). oo, tak buat koleksi la plak. tp kalo cek kat internet ada je tempat baca online.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: