Posted by: y4ku24 | April 29, 2009

That tiring, tiring two years…

Bulan depan aku pindah rumah baru. Kembali duduk sorang-sorang untuk setahun.

Tengah kemas-kemas barang, mulalah jumpa macam-macam. Antaranya ialah, majalah batch aku ketika di Ambang Asuhan Jepun (AAJ). Pada akhir-akhir pengajian di situ, setiap pelajar diwajibkan untuk menulis satu artikel pendek sebagai kenangan bersama. Of course kena tulis dalam nihongo (Bahasa Jepun).

Aku tulis artikel di bawah, tentang keperitan hidup di AAJ. Setahun terakhir di sana, macam nak pecah kepala dibuatnya. Senpai (senior) dan kohai (junior) yang belajar di situ, faham bebeno la pengalaman yang aku tuliskan di bawah!:

img_22861

Translation:

Man mempersembahkan: Keperitan hidup di AAJ!

6am: Bangun, solat dan mandi.

(Kadang-kadang terbangun lewat, jadi perkara di atas tak dibuat) [Stress meter naik sedikit]

8am-12pm: Belajar belajar dan terus belajar. Ketika rehat 10 minit di antara kelas pun dioptimumkan dengan mengulangkaji untuk kuiz kanji.

12pm-2pm: Makan (15minit), solat (15minit), selebihnya untuk mengulangkaji. Di sesi petang ada ujian subjek sains lak!

2pm-6pm: Kembali belajar belajar belajar. Lepas pukul 5pm ada ujian ulangan (sebab ujian sebelumnya tak pass. Padan muka diri sendiri). [Stress meter sudah separuh]

6pm-8pm: Rehat, solat, main bola, makan malam. [Stress meter tak naik banyak]

8pm: Mula ulangkaji semula! Minggu depan ujian fizik dan kimia. Oh ya, kerja rumah matematik pun kena siapkan. Perlu hafal kanji dan ulangkaji tatabahasa nihongo yang baru gak! Esok punya matapelajaran pun kena buat persediaan! Aaargh!!! [Stress meter dah kelip-kelip macam lampu Ultraman!]

3am: Tidur (akhirnya!)

Diari hidup di atas dikali dengan setahun = Keperitan hidup di AAJ!

Kesimpulannya: KALO LU SURVIVE AAJ, GUA TABIK LU. LU MEMANG TERERIS! (Gua tabik kat diri gua sekali)

-y4ku24-


Responses

  1. haha..majide teringat kisah2 lama..nan nen buri no hanashi deshita ke??

    • @imam: ore ni taishite 6 nen buri gurai. (kalo utk saya dlm 6 tahun)😀
      @arsaili: huhu. rasanya nak belajar bahasa ni memang kena banyak sabar dan tekun. bab tu yang susah tu!

  2. salam…pernah ambil elective japanese…i almost gagal….rasanya tak gifted dalam bahasa ni…lepas tu terus lupakan ahaha kanji hikana katakana apa ker benda tuh..ahahaha

  3. tabik spring r..hehe
    kirenye bhs jepun kne pass dulu la bru bleh gi jepun yek??
    bestnyer..
    blajr 3rd language gak tp Mandarin jer r..
    msh di thp belajr ag..huhu

  4. keperitan tu rasanya dah terbayar la kan..apapun tahniah moga menjadi inspirasi generasi yg baru…cantik tulisan jepun tu… hand writing ke print

  5. Stress meter dah kelip-kelip macam lampu Ultraman!]

    Ultraman Taro beraksi!….

    kira masa tu paling kuat semangat hehehe

    mcm ultraman, masa energy banyak tak kalah pulak raksasa tue…tp bila nak kalah…semangat tinggi terus menang
    tu yg berjaya dapat gi jepun gak ….menarik artikel ni

  6. @izan: sebelum ke sini kena pass exam baru boleh lepas ke sini. dan grade yg kita peroleh akan sedikit sebanyak tentukan universiti yang layak untuk kita pergi.
    belajar kanji sekali? kalo master kanji, hanya dengan tulisan boleh faham sikit-sikit bahasa jepun.🙂

    @ustzh ilina: alhamdulIllah, terbayar juga.🙂
    er, itu tulisan sendiri.😀

    @KA: ultraman masuk AAJ pun belum tentu dia boleh ‘menang’!😉

  7. chumel nye la itu note..nampak mcm enjoy je, bila baca terjemah, hehehe (^_^)/

    apa pun, tahniah sebab berjaya juga meloloskan diri~

    go go go!!!

  8. uhh…en luqman bawak majalah kat AAJ ke Jepun???

    nak tanya…kat sana en luqman ambik mod ape?

    coursework/research/mix?

    sama ke sistem kat sane ngan m’sia?

    • memang bawak majalah tu. kenangan di AAJ!
      seperti yang tertulis di ‘diriku’, jurusan saya ialah mekanikal engineering. tapi sekarang last masters insyaAllah.
      sistem di sini berbeza sedikit. antaranya, di sini tak pentingkan pointer. cuma ada A B C D. tp utk foreigners, boleh minta universiti kirakan.

  9. aduhai.. natsukashi tahap dewa bila baca entri ni. Walaupun baru setahun lebih tinggalkan AAJ, maji hotondo akan rasa benda yang sama. Kurou datta! Rasa nak gelak pun ada bila belajar ayat bunpou yang baru, ada jugak yang buat contoh ayat ” AAJ no seikatsuwa shinu hodo taihendesu”.

    p/s: Dulu tym 1 nen kat AAJ, rasa risau ngan benkyou sampai tak keluar riadah dan main2. Bila dah tahu uruskan diri, sibuk macammanapun tym 2nen, petang2 mesti main. Paling kurang pun main badminton.

  10. Ya Akhi… besarnya harga sebuah pengalaman dan kenangan.

    Travelog Tarbiyah Sakura di KLIBF10 tahun depan pastikan hasil nukilan anta. Kalau kurang, kita combine jadi penulis bersama, nak?

    Kelopak Sakura di Hujung Mata… cewah!

    • Ya ustaz, dengan bahasa sempoi blog ana ni, ana rasa awal-awal dah kena reject! huhu. darah sastera Ayah ana mengalir dalam darah adik beradik ana yang lain.😀
      But it is always an honor to accept such an invitation from you. I’ll take the challenge insyaAllah!🙂
      ‘Kelopak sakura luruh di negara orang, buah durian luruh di negara sendiri, lebih baik di negara sendiri’ (kelopak sakura boleh buat teh sakura je, durian boleh makan buat tempoyak yop!) cewah!!😀

  11. man anak saya baru dpt tawaran aaj di um…tengah duk orientasi ni skarang..tu melawat blog student ex aaj…agak2 apa nasihat nak bagi kat anak…tough sgt ke program ni…dia dpt 12a result spm baru2 ni…harap2 bleh survive…

  12. salam, Luqman-san.. tu tulisan hiragana @ katakana @ kanji? ~cantiknye tulisan…cane praktis?

  13. @mazri: tahniah diucapkan! saya rasa dengan keputusan seperti itu, insyaAllah tiada masalah dari segi matapelajaran sains. cuma di AAJ perlukan kecekalan sepanjang 2 tahun di situ. saya rasa elemen penting untuk menjadi motivasi besar anak encik untuk belajar bahasa ini ialah, perlu wujudnya MINAT kepada Jepun dan nihongo itu sendiri. bab tips belajar nihongo ini saya ada selitkan di dalam ‘this month’s feature’ saya bulan ini. sekiranya anak encik mazri perlukan nasihat yang lebih detail, boleh kontek saya terus melalui email. insyaAllah saya akan cuba membantu. boleh juga dapat nasihat dari para senior yang lain di blog ini.🙂

    @hakima: salam. tulisan itu campur semua! sebab setiap tulisan ada fungsi masing2. tak lawa mana pun, standard je tu. bab praktis, di AAJ dulu memang from scratch la, macam belajar alif ba ta. jadi sebab semua dah besar, so tulisan tu jadi lagi lawa skit la. heh heh. dan sebab tiap2 hari ada test/kerja rumah, so memang terasah la juga. :p

  14. erk, tidur 3 pagi?

    huhu.. nmpk org perit blaja nih.. bru terasa diri x perit mne.. adeh

    tension jugak rotate bende sme SETIAP HARI.. skg nih pn lebey kurg sme.. cume ble imbas2 wktu asrama dlu lagi disaster..

    hrm.. skg amk master ade cmni jugak ke?

    • kalo master, sibuk cara lain pula. lepas ini masuk alam kerja pulak akan sibuk cara lain.
      papehal, walau sibuk pun, kena la enjoy!😀

  15. ibt pun same..pressure betul time tu.
    bile dh dekat nk monbu tu setiap hari kene stay skolah smpai pukul 10,11 mlm.. taihen datta.

    tp,alhmdulillah..Allah mentakdirkan untuk berada di sini juga..ade hikmah tersembunyi,insyaAllah..

    • semua sama rasanya.😀 aisyah sekarang di daigaku mana? nannensei?

  16. wow! bagus juga belajar sampai tengah malam ya…nanti tentu awk dah biasa kerja hingga lewat malam…
    ermm..best nye….
    err..memandangkan ada org malay yang belajar di nippon (jepun),bolehlah ajar sya bahasa nippon (jepun)…hehe…

  17. wah..wats a busy life.
    lebih kurg dgn sy punye life.
    ingtkn sy punye course je busy..huhu.
    semua org pun busy dgn cara diorg.
    ape2 pun, tahniah sbb dh berjaya.
    berbaloi dgn penat lelah..

  18. sempai mmg sbijik arr ngan ape yg ktorg ngah hlalui skng(sy 1nensei skng kat aaj).. mmg aaj no seikattsu xkn brubah kot smpai bile2.. maintain jek di smbung oleh kohai2..haha

  19. @ puteri mahsuri & fauziah: yup, sibuk tahap gaban. thanks for the wish!

    @ ayap: haha, tau takpe. memang takkan berubah. tp dah lepas aaj, insyaAllah kat jepun tak setough tu, walaupun kena maintain gak la study.

    gambatte koi!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: