Posted by: y4ku24 | April 20, 2009

Komik(?): Siddiq Cerdas in Pemandangan Indah

[Kalau ada yang mengharapkan dapat baca komik kali ini, aku mohon maaf. Tengah ultra malas nak lukis. Tapi idea comic strip ada. Jadi kali ini aku tulis perbualan sahaja. Comic strip tu, aku bagi korang berimaginasi ikut kreativiti masing-masing!]

Suatu hari nan indah, Siddiq Cerdas berehat-rehat di tepi pantai bersama rakannya, Alif.

Siddiq: Alif, bila awak tengok pemandangan lautan yang indah ni, ditambah pula dengan pemandangan matahari yang hampir tenggelam di ufuk sana, are you thinking what I am thinking?

Alif: Oh, maksud awak, betapa indahnya ciptaan alam Allah ini?

Siddiq: Tak, saya sedang fikir benda yang lebih penting dari tu.

Alif: Hm, betapa isi alam ini mengikut sunnah yang telah ditetapkan Allah?

Siddiq: Erm, tak juga. Ada yang lagi penting.

Alif: Ha, apa yang lagi penting dari itu!?

Siddiq: Tu ha, matahari nak tenggelam dah. Kita tak solat Asar lagi. Jom balik!

Alif: (Isk isk…tak sangka boleh terinsaf juga..)

MORAL: Nak nikmati ciptaanNya melalui FIKIR, jangan sampai terlupa untuk ZIKIR!

-y4ku24-


Responses

  1. boleh bayangkan macamana rupa Alif kat ayat last tu… kuikui…

  2. mula-mula baca suspen lepas tu senyum sendiri..hmm memang kreatif dan kritis! skrip yang mantap sehingga tergambar lukisannya dalam fikiran

  3. rasanya x yah ada komik pun dah best =D

  4. mmmmemang best kalau tak de gambar pun tak pe boleh imagem harap2 ada banyak lagi…………. p/s ade lagi ke??? Sekian Wassalam………

    • ada. tungguuu!!:D

  5. Luqman san, ustazah nak cuba student buat nota dalam bentuk komik utk tajuk sirah (hijrah rasulullah)… ada pandangan…🙂

    • hm, untuk buat komik mungkin susah, tapi mungkin boleh gunakan gabungan ilustrasi dan mind mapping. kebanyakan kita bila dengar kisah sirah Nabi saw tak tahu betapa jauhnya jaraknya antara dua kota itu, ditambah pula dengan bukit bukau, batu kerikil dll di tengah2 jalan. saya sendiri teranjak paradigma bila berkesempatan untuk umrah di sana. sayu sendirian melihat betapa peritnya satu ketika dahulu RasulUllah meredah padang pasir di sekililing, sedangkan kita hanya naik kenderaan yang jauhnya dalam 5 jam, di jalan konkrit pulak tu. saya rasa jika bab ini ustazah ilina tekankan beserta peta tanah arab dan di mana letaknya mekkah dan madinah mungkin memberi lebih impak.
      lagi satu ialah berkenaan 23 tahun RasulUllah berdakwah. kita sekadar hafal sahaja dan mungkin rasa apa2, sedangkan anak murid ustazah sendiri mungkin baru lepas umur SEPARUH dari 23 tahun itu! betapa lamanya baginda saw berdakwah!

      my two cents

  6. jazakallah khair ya luqman san…alhamdulillah…nak cari gambar2 yg releven…betul tu…belajar sirah bukan setakat nak tingkatkan domain kognitif mereka shj tetapi aspek afektif (penghayatan..perasaan) nye tu yg perlu dibangkitkan…mcm komik luqman san di atas ni.. 🙂

  7. Assalamualaikum.

    Lama tak komen kat sini.

    Wah Wah! Entry ni boleh compliment conteng-conteng ana di artikel ZIKIR YANG BERHAJATKAN FIKIR di http://saifulislam.com/?p=5397

    • @ ilina: afwan.🙂 tapi dalam hal komik saya ini bab efektif tu saya tak pasti. huhu.

      @ abusaif: Waalaikumsalaam.

      Hihi, ada ada saja ustaz ni. entri ni yang conteng-conteng!🙂 kena pula timing ya.😛


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: