Posted by: y4ku24 | April 8, 2009

Funny, true story: Buah apakah itu??

Source:

Buah Tin (Source: musnaz.blogmas.com)

Satu ketika dahulu di bangku sekolah, selepas solat maghrib, aku berdiskusi dengan bapa saudaraku tentang Tafsir Quran. Beberapa surah-surah pendek di baca tafsirnya. Akhirnya beralih ke Surah At-Tiin.

Wat tiini waz zaituun..(Demi buah Tin dan buah Zaitun),

bunyi ayat pertama surah itu.

Aku berhenti.

Lalu bertanya kepada bapa saudaraku soalan yang selalu berada di pemikiranku selama ini.

“Pak Long, zaman dulu-dulu dah ada ke buah-buahan dalam tin?”

Pak Long aku menjawab dengan tergelak besar sampai terkeluar air mata. Siap bagitau kat Opah aku sekali. Dia pun sama-sama gelak. Cis.

‘Kelas Tafsir’ hari tu diakhiri dengan belajar pasal buah Tin…Oo, baru ku tauuuu..

-y4ku24-


Responses

  1. salam~ ye ke p.long??bkn cik X?haha

  2. alahai~ terlebih bijak pun susah juga ya~ anak cyber la katakan ;p

  3. salam..
    pernah dgr citer ni..
    tp, pak long tu siape? belah mane?
    perak ke johor?

    • salam.
      pak long tu bukan gelaran sebenar. bapa saudara belah perak.🙂

  4. anak-anak yang cerdik cepat memberi respon dan suka membuat perbandingan…yg penting kita yg dewasa sering memberi ransangan…pengalaman masa kecil yg seronok! boleh cerita nnti2 kpd anak cucu…teruskan menulis

  5. sebut pasal buah tin nie..
    ada kat mne yek?? boleh dmkn yek??

    • buah tin ni, kat timur tengah byk la. msia takde rasanya. paling senang nak peroleh ialah bila orang blk haji atau umrah. selalunya diorg akan bwk blk, sekali dengan buah kurma.

  6. Salam..

    Aisee…. huhu… Lucu-lucu, innocent sungguh masa tu! Ya, nasib bertanya, kalau tidak sesat jalan, hehe…

  7. hihi, teringat lak citer ustaz hasrizal bila anak dia bangga2 kat cousin dia, “Nama Abi ada dalam Quran”..sekali nama Abu Lahab daa..😛

    • @ Balqis: salam. segan bertanya sesat jalan.😉

      @ ZaliZabrina: haha. kalo sama pun, nama yang dilaknat…patut lagi malu :p

      @ adiknya^^: salam. dah org mention baru fikir nak bwk balik~~(=3=)

      @inda: tak tau lak nama English dia. yang tau kalo tak silap buah zaitun ialah olive.

  8. salam…
    cara lain utk mudah mndptkn buah tin — bila org jordan blk ^^

    kt msia kte slalu dpt rs buah tin yg dh kering…
    tp skali dpt buah tin yg fresh, mashaAllah, sdap sgt!!!!!! juicy n ada rs tersendiri..jauh lg sdap dari buah koktel dlm tin tu ~~

  9. buah tin ni fig kan? ichijiku?

  10. yup…btl la tu..

    tin = fig

  11. salam,

    ahaks, hilang ngantuk tgh study ni…hai, susah jg kalo genious sgt ni :p
    btw, t’inginnyer rase buah tin fresh…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: