Posted by: y4ku24 | April 6, 2009

Tulis jangan tak tulis!

Korang kenal Roald Dahl? Mesti ramai yang tak. Takpa, aku perkenalkan dia sikit. Dia adalah seorang penulis buku Bahasa Inggeris kanak-kanak terkenal. Hasil karya beliau termasuk anekdot diri sendiri, novel fiction kanak-kanak serta poems. Sebelum J.K.K. Rowling, dia ni dan Enid Blyton feymes dalam genre ni. Ini muka dia.

Source: pub.tv2.no

Time kecik-kecik di Scotland dulu aku no.1 fan buku-buku dia. Boleh kata kebanyakan buku dia aku dah baca. Hasil karya dia termasuk ‘Matilda’, ‘James and the Giant Peach’ dan ‘The Big Friendly Giant (BFG)’. Bab penulisan dia memang masyuk betul. Penuh feeling dan poetic. Itu antara sebab apa aku sangat suka baca buku dia.

Tapi selain buku fiction, dia juga hasilkan buku kisah kehidupan sendiri. (Time dulu takde blog, kalo nak cerita anekdot sendiri kena tulis buku!) Dan salah satu cerita kisah hidup dia yang paling aku ingat ialah tentang nasihat dia kepada mereka yang ingin berkecimpung dalam dunia penulisan, terutamanya penulisan buku kanak-kanak seperti dia. Tapi aku rasa nasihat ini sebenarnya releven untuk semua orang.

Nasihat dia simple.

Write down every idea the moment it comes to your mind before you forget.

Sediakan nota kecil dan pensil, dan bawalah ia merata-rata. Idea atau epiphany (ilham) datang tanpa diundang. Kadang-kadang tengah tidur terbangun dapat idea, tengah jalan-jalan dapat idea. Dan kalau idea tu tak ditulis, kemungkinan besar kita akan terlupa!

Dia tak segan memberitahu yang dia menyesal sebab banyak idea-idea dia sebelum ini yang gempak akhirnya tak dapat direalisasikan kepada novel semata-mata kerana ketika moment dia dapat idea tu, dia tak ambil peduli untuk menulis.

“Ah, takpe, aku mesti ingat punya…” Berapa kali kita pernah sebut ayat ni, dan akhirnya terlupa? Hm..

Di akhir nasihat, dia menceritakan kisah hidup dia yang amat menarik. Satu ketika, sedang dia makan angin memandu kereta dia di countryside (atau Bahasa Malaysianya, sebelah negara), dia dapat satu idea gempak untuk satu novel fiction. Tentang kisah seorang budak dan pengalaman dia melawat kilang coklat.

Idea bes nih! Dia tahu yang dia wajib tulis sebelum idea tu hilang! Cari punya cari, malangnya dalam kereta dia time tu kertas tadak, pen pun tadak!

Ah sudah!

Dia cukup risau takut-takut idea tu hilanng. Akhirnya Roald Dahl telah menggunakan kaedah yang pelik untuk pastikan idea itu tak terlepas.

Dia berhentikan kereta, buka bonet depan, dan di bahagian enjin kereta yang berhabuk tu dia tulis ‘a boy and a chocolate factory’!

Maka lahirlah buku best seller beliau, Charlie and the chocolate factory yang akhirnya telah difilemkan dan dikenali satu dunia!

Ya, filem itu hasil dari habuk kereta Roald Dahl!

Tapi sayang dia dah meninggal dunia pada 1990 ketika usia 74 tahun dan tak sempat tengok hasil tulisan habuk dia menjadi filem.

Begitu penting idea ditulis supaya tak dilupai selama-lamanya. Cubalah try nasihat Roald Dahl ni. Bawa notepad dan pensil merata-rata. Aku dah dan sedang try sekarang ini. Dah lusuh dah pun notepad aku, dibawa ke hulu ke hilir. Tapi sekali sekala bila bukak balik,

“Pergh, aku pernah fikirkan idea ni dulu?! Nice!”

Memang berkesan. Tapi jangan sekadar tulis atas kertas biasa. Nanti kertas tu hilang, sama la gak tak tulis langsung. Lebih-lebih lagi kalo dapat kat orang lain, abis kena curi lak idea tu! Lagi teruk.

Walaupun aku baru saja berkecimpung di dunia blog, kepada rakan-rakan bloggers yang blog korang lebih kepada beri input kepada orang lain, aku nasihatkan agar ditulis idea-idea yang datang kat kepala korang tu. Cukup sekadar tulis tajuk dan ‘save as draft‘ di blog pun takpa, asal nanti bila tengok tajuk tu ingat balik apa yang nak ditulis. Draft tajuk aku pun bertimbun. Cuma rajin ke tak je penuhkan tajuk tu dengan isi. Heh heh.

Just in case korang tak tau, bab tulis menulis supaya tak mudah lupa ni juga termaktub di dalam ayat terpanjang di dalam Al-Quran. Berkisar tentang tulis menulis ketika bertransaksi hutang piutang.

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas)…[Al-Baqarah: 282]

Kesimpulannya, tulis jangan tak tulis!

-y4ku24-

p.s.: Kepada yang berminat tentang Roald Dahl dan karya beliau, bolehlah ke official website beliau di sini.


Responses

  1. mantap lah!

  2. Matilda…buku pertama karya Roald Dahl yang dibaca sebagai latihan membaca Bahasa Inggeris.Gaya penulisan beliau ringkas tetapi mempunyai mesej yg bagus.Bercakap pasal mencatit ilham tu,saya akan catit ilham saya di atas kertas tisu jika terlupa membawa buku nota or stick note ketika berjalan-jalan.So far adalah sehelai dua kertas tisu yang diselitkan di buku nota saya sekarang.

    • Bagi saya, ‘The Witches’ adalah antara yang bes, sbb agak menggerunkan! Tapi Matilda pun bes juga. sudah difilemkan rasanya.
      Ada satu lagi cara yg lebih mudah dan susah nak hilang: tulis dlm notepad handphone.πŸ˜‰

  3. Sah ya akhi … peringatan kepada yang sering lupa dan yang sambil lewa… tidak melihat apa yang berlaku di sekelilingnya sebagai i’brah… bila kita mula mencatat..sebenarnya kita mula mendidk diri kita berfikir secara lebih kreatif dan kritis… macam kami ni cikgu2 mmg ada buku nota tapi setakat tulis maklumat meeting..n things to do… bila kita mencatat seperti idea luqman san ni ..kita boleh monolog…muhasabah diri…tulis peristiwa menarik…kali pertama menulis buku catatan harian yg agak lengkap dan panjang ialah sewaktu menunaikan haji…Alahmdulillah masih ada lagi tersimpan… Jazakallah Khair

  4. …melatih diri untuk lebih berdisiplin, bila tercetus sesuatu idea, terus catatkan…

  5. salam Luqman

    kaedah itu saya selalu gunakan..tapi, saya simpan dalam henfon..balik, terus masukkan dalam laptop..tapi, lepas tu, yang saya kembangkan bukan yang saya draft tu, yang lain pula jadinya hehe..

    kalau rasa idea yang datang tu tak larat nak ditulis, saya akan rekod guna henfon juga..

    p/s : idea yang datang secara tiba-tiba tu jangan dipersia-siakan..mahal tu harganya

  6. wah, betul tu…antara mahu atau tidak..huhu..

  7. roald dahl..klu x belajar literature sek men dlu mmg x tau wujud nye dia..tp betul la..whatever he wrote sgt2 lah menarik..

  8. pasal menulis idea2 yang datang ni saya teringat pepatah cina lebih kurang begini “sekabur-kabur tulisan adalah sebaik-baik ingatan”. Jadi, menulis sewaktu idea tengah datang adalah sebaik2 tindakan .

  9. hmm..bce entri ni mingingatkn sy pd 1 tazkirh yg pnah sy dgr..dsampaikn oleh kwn sy mse kt skola dlu..tp,dsebabkn mse 2 sy x bw buku utk write down ape yg dsampaikn,jd agk kabur2 jge r cite nye..

    kalo x silap,ianya mrupakn kata2 dr slh sorg shbt baginda..dmana shbt tsebut sgt mnggalakkn n mnyarankn spy kte mnulis sgl ilmu yg kte plajari krn ilmu 2 ibarat lembu n tulisn 2 ibarat tali nya..kalo x dtambat dgn tali,maka akn lari r lembu tsebut..namun jika dtambat dgn kemas,maka x akn hilangla lembu tsebut..aplikasikn balik pd ilmu td..

    btol kn sy kalo2 cite sy ni ad slh nye..sbb sjujur nye mse 2 sy mmg x wt nota psl tzkirh ni..=p

  10. Matilda antara movie favourite saya sebab tonton time umur 6 tahun rasanya. Sangat best. Lepas belajar literature form 5 barulah tau it’s the work from the same author as The Sound Machine (ke? dah lupa tajuk betul dia.)

    Thanks for sharing!

  11. salam…
    i’m one of the silent reader of ur blog…πŸ™‚
    just nak bgtau, i’m very “moved” by this entry…
    saya jenis yg suka let go of my ideas…
    haha… x de laa idea bernas sgt ke ape…
    tp sayang laa kan~
    mane tau 1 day boleh jd mcm Roald Dahl! V(^^)

    hmm… saya link entry ni kat blog saya tau~
    hope u don’t mind…

    tQ~πŸ™‚

  12. @Atirah: Salam perkenalan. terima kasih atas komen. sila2πŸ™‚

  13. betul2, ilham yg dtg mase kt tgh syok wat keje lain tu mmg sgt bnilai dan perlu dsave cepat…kalo x lupe la jawabnye hehe

    (tgh ‘bersilat’ wat thesis ni lagi la kene b’ingat) =)
    doakan sy =)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: