Posted by: y4ku24 | March 23, 2009

This Month’s Feature: Loji Nuklear kat Malaysia? Biar betul!

Caution: Radioactive material.

Caution: Radioactive article! (source)

[Nota blog: Anggaplah siri Naruhodo Factors yang lepas adalah TMF untuk bulan lepas. TMF kali ini akan berbicara sedikit tentang jurusan aku!]

Ada satu soalan kuiz untuk korang. Ini berkaitan dengan gempa bumi, jadi mungkin untuk readers di Malaysia tak terkesan dengan maklumat ini. Cumanya soalannya menarik, jadi try la jawab.

Soklan: Pada suatu hari, Sang Kancil berjalan-jalan di bandar Jepun (dia tersesat sampai ke Jepun). Tetiba gempa bumi besar terjadi, dan Sang Kancil terpaksa menyelamatkan diri sebelum ditimpa batu bata atau serpihan kaca dari bangunan. Di depan Sang Kancil hanya ada 3 bangunan terdekat:

1) Convenience store 77 (rival 7 eleven).

2) Stesen polis.

3) Stesen minyak.

Dalam ketiga-tiga bangunan ini ke manakah patut Sang Kancil lari menyelamatkan diri?

Walaupun story cam bentuk teka teki lawak basi, tetapi info ini berguna sekiranya berlaku gempa bumi, jadi cuba korang jawab!

Jawapannya adalah no.3. Ha, biar betul!?

Ya betul, sumpah tak tipu. Persoalannya, kenapa?

Kepada kebanyakan korang yang jawab no.1 atau no.2, cuba bayangkan balik cara korang fikir.

“Ish, tak-kan-lah stesen minyak, nanti tak pasal-pasal meletup!”

Cara korang fikir tak salah. Rasanya SEMUA fikir camtu. Tapi, bila aku cakap semua, aku maksudkan termasuk orang yang reka stesen minyak tersebut!

Bila bercakap soal stesen minyak meletup, kita bercakap soal keselamatan. Dan pereka stesen minyak lebih-lebih lagi faham yang diorang kena reka struktur bangunan yang boleh menampung minyak, tetapi bila gempa bumi berlaku, boleh bertahan tak meletup!

Maka terciptalah stesen-stesen minyak versi Jepun yang tahan lasak dan tahan gempa bumi. Bentuk stesen minyaknya takde la pelik, cam bentuk UFO ke hape, sama je bentuk dengan yang Malaysia punya, cuma strukturnya lebih tahan lasak, supaya tak mudah meletup. Dan memang kerajaan Jepun sendiri pun memastikan pengawasan yang ketat bab pembinaan bangunan seperti stesen minyak ini.

Nak cerita punyalah tahan lasaknya stesen minyak Jepun nih, pernah satu ketika, apabila berlaku gempa bumi besar di Tokyo yang meragut beribu nyawa, ada satu stesen minyak di situ yang HANGUS terbakar, tapi tak juga meletup!

Okeh, kenapa aku bawak cerita gempa bumi ini ialah sebab, ia juga berkaitan dengan tajuk loji nuklear kita. Tentang keselamatan di loji nuklear. Sebab ini bidang aku, jadi aku rasa aku perlu story sikit la kat korang tentang loji nuklear.

Loji nuklear

Contoh loji nuklear

Mungkin semua sedia maklum, bila berbicara tentang loji nuklear dan kemungkinan Malaysia dengan usaha dari Malaysian Institure for Nuclear Technology Research (MINT), korang mesti terfikir “Ish, selamat ke?”

Dulu aku suka juga fikir camtu, tapi bila mendalami bab ini, baru aku sedar, bukan kata tak berapa releven soalan tu, malah sebenarnya jika ditanya kepada orang MINT soklan tu, aku rasa ‘kurang sopan’.

Untuk kami di sini yang mengambil jurusan ini, bila ingin berbicara tentang keselamatan loji nuklear, bukan habis sekadar satu lecture, malah perlukan satu semester nak bincang tentang keselamatan loji nuklear! Dan bukan satu saja kelas, malah ada juga kelas ‘advance’ dalam mempelajari sistem keselamatan loji nuklear!

Safety management, maintainance policy, strict safety requirements dan lain-lain.

Untuk ambil contoh negara Jepun, bab ini memang teramat strict. Kadang-kadang untuk mendapat satu kelulusan berkenaan loji nuklear memerlukan masa berbulan untuk kerajaan sini berikan, bukannya boleh semberono saja orang di loji nuklear buat suka hati.

Bukan itu saja, akan ada masa tertentu di mana semua kerja-kerja loji akan dihentikan semata-mata untuk memeriksa kebocoran, keadaan struktur bangunan dan lain-lain. Dan memandangkan Jepun negara gempa bumi, maka lebih ketat dan keraplah pemeriksaan dibuat, ditambah dengan sistem yang memberhentikan kerja-kerja loji secara automik ketika gempa bumi berlaku.

Bab keselamatan loji nuklear, terutamanya di Jepun ini tak boleh disangkal lagi. Malah seorang pensyarah di sini dengan konfidennya menyebutkan,

“Sekiranya berlaku gempa bumi, larilah ke loji nuklear!”

Jadi atas sebab-sebab di atas, mungkin korang boleh faham kenapa bertanyakan samaada loji nuklear selamat ke tak itu suatu soalan yang ‘kurang sopan’. Silap-silap pekerja MINT tu boleh menangis di tanya soalan tu. Macam gi rumah member Islam time raya, pastu tanya “Makanan yang ko buat ni halal ke?”. Toksah tanya, memang itu jadi priority dah!(Entah kena entah idak analogi aku nih)

“Abis tu, kemalangan cam kat Chernobyl dan Three Mile Island tu apa cer? “

Kemalangan nuklear terbesar di Chernobyl

Kemalangan nuklear terbesar di Chernobyl

You have a point there. Memang benar, itu kemalangan loji nuklear yang meragut banyak nyawa, dan terkesan sampai sekarang. Tapi jom kita kaji.

Eksiden loji nuklear yang boleh dikatakan besar ialah dua di atas tu je. Ada beberapa eksiden loji nuklear yang lain, cam kebocoran dan lain-lain, tetapi tidaklah seteruk mana. Dibanding dengan loji nuklear yang beratus-ratus jumlahnya (tengok list di sini. Malaysia ada tu!), kalo hanya ada dua kemalangan besar kira boleh kita kata rekod kemalangan yang amat sikit.

Yang kemalangan itu pun, tak berlaku semudah yang disangka.

Kita ambil contoh kes kemalangan Three Mile Island. Kemalangan yang berlaku sebenarnya bukanlah sekadar kesilapan teknikal ‘bodoh’, tetapi adalah rentetan pelbagai kerosakan yang secara kebetulan pula berlaku secara serentak! Sori ar, kenyataan dia panjang, malas lak aku nak translate. Boleh faham kot kalo tak translate pun:

There was a relatively routine blockage in what is called the plant’s “polisher” – a kind of giant water filter. The blockage caused moisture to leak into the plant’s air system, inadvertently tripping two valves and shutting down the flow of cold water into the plant’s steam generator. Like all nuclear reactors, Three Mile Island had a backup cooling system for precisely this situation. But on that particular day, for reasons that no one really understands, the valves for the backup system weren’t open. Someone had closed them, and an indicator in the control room showing they were closed was blocked by a repair tag hanging from a switch above it. That left the reactor dependent on another backup system, a special sort of relief valve. But, as luck would have it, the relief valve wasn’t working properly that day either. It stuck open when it was supposed to close, and, to make matters even worse, a gauge in the control room that should have told the operators that the relief valve wasn’t working was itself not working!

Apa yang terjadi hari itu bukan sebab satu kerosakan, tetapi 5 malfunction yang tiada kaitan antara satu sama lain kebetulan berlaku secara serentak! Kalaulah kerosakan-kerosakan tu jadi berasingan, benda tuje. macam kena gigit nyamuk

Cumanya sebaik-baik penjagaan pun, eksiden yang luar biasa camni boleh juga berlaku. Tapi dari situ kita belajar. Kapal terbang pun sama. Takkan dalam beribu-ribu penerbangan setiap tahun, bila ada secubit yang berlaku kemalangan, kita terus chop naik kapal terbang ‘merbahaya’!

“Abis tu, elektrik yang disalurkan ke rumah-rumah nanti, tak merbahaya ke? Bukan elektrik itu pun radioaktif jugak ke?”

Soalan ini aku dapat tahu dari rakan seperjuangan Malaysia yang berada di lab yang sama. Ada pekerja TNB yang bertanyakan soalan ini. (Dia risau tak pasal-pasal dia pulak termandul kot) Terima kasih kerana tak segan bertanya. Aku cuba jawab untuk korang juga faham, sebab dulu pun aku ada juga terfikir masalah ini.

Untuk tak pening-pening, loji nuklear ada dua jenis, satu namanya Pressurized Water Reactor (PWR, atau reaktor air bertekanan) dan Boiling Water Reactor (BWR, atau reaktor air didihan). Dua-dua reaktor/loji nuklear ini ditunjukkan di bawah:

Loji nuklear jenis Pressurized Water Reactor (PWR)

Loji nuklear jenis Pressurized Water Reactor (PWR) (dari wikipedia)

Untuk kedua-dua loji, bahagian bahan radioaktifnya ialah kat control rods. Tapi yang kita nak dari rods ni bukannya gelombang radiasi dia, tapi haba yang terhasil dari bahan radioaktif tu! Jadi bila salurkan air di dalam bahagian oren tu, air akan jadi panas. Tapi sebab tekanan tinggi dalam bahagian oren, jadi suhu air boleh lebih dari 100 celsius dalam keadaan tak mendidih. Dengan air di bahagian oren yang panas tu, dapatlah panaskan aliran air kat bahagian biru tu. Sebab bahagian biru tu tekanan biasa saja, jadi senang menjadi wap. Bila jadi wap, wap tu disalurkan ke turbin yang akan berputar dan hasilkan elektrik.

Jadi, radiasi yang keluar dari rods tu kalo ada pun hanya ‘terperangkap’ dalam bahagian oren tu je. Elektrik yang dihasilkan di loji nuklear tak guna radiasi untuk hasilkan elektrik, tapi guna wap air, hasil dari haba yang terkeluar dari rods tu!

Boleh follow apa aku cakap ni tak? (Tak faham jangan segan bertanya ye)

Loji nuklear jenis Boiling Water Reactor (BWR)

Loji nuklear jenis Boiling Water Reactor (BWR) (dari wikipedia)

Loji BWR lagi senang proses dia. Rods yang keluarkan banyak haba akan memanaskan aliran air sampai menjadi wap (kali ini tekanan biasa, so senang jadi wap). Wap tu disalurkan ke turbin, dan akhirnya menghasilkan elektrik melalui generator. Untuk kes ini, ada kemungkinan sikit radiasi sampai ke bahagian turbin, tapi tu pun sikit sangat untuk memberi apa-apa kesan kepada turbin. Dalam kes ini pun, elektrik terhasil bukan sebab radiasi tapi pergerakan turbin!

Kesimpulannya, untuk dua-dua kes, elektrik yang terhasil tiada kesan radiasi!

Senang cerita, kita takut sangat dengan loji nuklear bukan sebab apa, tapi sebab kita tak ambil inisiatif untuk kenali cara ianya berfungsi. Tak kenal maka tak cinta!

Oh ya, lagi satu point. Aku pernah saksi sendiri air yang digunakan di loji nuklear. Sebab yang diorang guna adalah air suling, airnya jernih lagi biru! Kalah air paip rumah aku!

*     *     *

Oklah, in the end kalo aku masih tak dapat meyakinkan korang tentang betapa selamatnya loji nuklear, aku bagi korang satu teori aku yang pasti korang akan rasa selamat setelah mendengarnya. Teori superhero.

Apa persamaan superhero seperti The Incredible Hulk, Spiderman serta sebahagian ahli X-Men? Diorang adalah superhero-superhero yang mendapat kuasa ajaib kesan dari radiasi!

Sekiranya kebocoran berlaku = Banyak gelombang radiasi akan mengalir ke luar.

Bila banyak kesan radiasi = banyaklah superhero yang muncul.

Banyak superhero = Keselamatan dan keamanan manusia sejagat terjamin.

Jadi,

BANYAK RADIASI = KESELAMATAN!

(Fuh, bes betul teori aku. Lagi power dari E=mc2!)

I rest my case!!

-y4ku24-

=========================================

Rujukan: Buku Outliers oleh Malcolm Gladwell.


Responses

  1. artikel yg mudah difahami…sy nk tanye, bknlh soklan yg serius,knapa en luqman tertarik dgn bidang ni ye??

    sbnanye, psikologi manusia mengatakan nuklear itu bahaya, jd ape2 je yg da perkataan nuklear akn menggerunkan mereka…

    hmm…nuclear…sbut pasal nuclear ni sy berangan2 further stdy dlm nuclear medicine…ape pn sebenarnya, semua yang kt buat kene ‘safety first’…

    ok,en luqman gambatte kudasai in your course.

  2. btol3..agree dgn ina…minda kte da set ‘nuklear’ 2 BAHAYA..so,kcut prot r dgr pkataan 2..br sdr pmikirn kte ni smpit sket…hehe..

  3. salam….ooo….naruhodo ~~

    that part at the end —- nice try (x blh byg klu ada org yg bpegang dgn formula tu lps ni)

  4. wow, entri yang mudah difahami.
    aku ingat kot entri ini akan memberatkan kepala, tetapi penerangan kau mudah faham.

    bravo2.

    p/s:best teori superhero tu.

  5. wah, teori superhero tuh..
    aman la dunia ni kan??
    hehehe..

    best info..
    tak sangka plak loji nuklear ni selamat yek..
    nk tanye..
    ada ke side effect utk pekerja kt loji nuklear tu??

    • @ ina: hm, soklan tu susah juga nak dijawab. senang cerita, telah ditakdirkan begini.🙂 nuclear medicine pun menarik juga, jika ada minat dlm bidang tu.
      anyway, thanks for the wish!

      @ abidasman: mmg ada bahayanya, sama juga cam pekerjaan engineering yg lain. tetapi setiap yg bahaya manusia telah buat sehabis baik utk counter masalah tersebut!

      @ adiknya^^: salam. haha, tak caya udah. :p

      @ batuterang: best kan? aku dah cakap dah…:D

      @ izan: psl side effect, good question. kalo kita kat luar loji pun kita kena radiasi gak, iaitu radiasi dr alam semesta. tp sbb sikit sgt, so mmg takde kesan. utk masuk loji nuklear, semua wajib pakai pengukur dos radiasi yg diserap. utk pekerja loji pun, ada ukuran had yg ditetapkan yg boleh diterima pada masa yang tertentu (diukur dr pengukur dos), so selagi tak melebihi had tu, insyaAllah takde pape kesan. dia jadi masalah kalo kena radiasi kuat pada masa yg agak lama (walaupun kalo kuat sgt pd masa yg singkat pun akan ada kesan yg besar, dan boleh bawa maut). contohnya time ambil gambar X-ray pun ada radiasi gak, tapi sebab sekejap je, so takde side effect yg serius.
      Sama ngan gula la kot radiasi ni. :p

  6. last year aku gi attend Radiation Protection for Officer dekat MOSTI (dulu2 MINT).. dan berkesempatan masuk dalam “loji” nuklear Malaysia.

    Sebenarnya adalah terlalu kecik tenaga nuklear yang kita janakan dekat Malaysia ni. Setakat kajian dan belajar saja. Belum sampai tahap aplikasi dalam kehidupan. Dan keselamatan sgt2 lah benda yang paling konfiden as long as you follow the rules..

    Aku keje dengan kilang hard disk.. Dan memerlukan alat measurement menggunakan radiation. Jadi, kepada seluruh manusia2 di luar sana, terlalu banyak aplikasi penggunaan radiasi dalam kehidupan kita. Hampir semua bidang perlu pakai sekarang ni. Tiada yang bahaya..

    Cumanya, Bahaya kalau kita tak belajar.

    Sekarang dah tak keje engineer dah..

    • thanks for the info bro! aku pun tak pernah ke MINT, tp dgrnya begitulah, masih tahap permulaan lg. kalo tgk entri ‘A is for atom’ aku sebelum ni mmg ada sebutkan byk lapangan yg radiasi sudah menjadi satu benda yg amat penting.

      salam ukhwah!🙂

  7. salam
    entri yg menarik tentang nuklear.pernah melawat kashiwazaki kariwa hatsudensho.di sana menggunakan BWR untuk menghasilkan tenaga elektrik.

    p/s:teori superhero,lagi satu teori yg menarik.

  8. In general, we, human being accept the same level of risk every time we do something.

    Risk = probability x consequence.

    There are things with high consequence of failure (like nuclear plant = multiple fatality), so we reduce the probability of occurrence with putting in all the prevention barrier (strict safety requirement, design consideration, system redundancy etc).

    There are things with high probability of occurrence, but at low consequence, many of us would take the risk. Example: Eating outside, where one may get food poisoning.

    In the end, we take the same risk that we are comfortable with. There are times when ‘mitigation’ or escape route come into consideration. For example, people regard flying as being higher risk than driving, despite the fact that there are more casualties due to road accident than air crash every year. This is due to the perception that we are ‘in control’ of the situation while driving. However, flying makes us losing our ‘control’ of the situation, hence depending totally on other people (pilot’s) competency.

    All in all, with good safety consideration etc, we can insyaAllah bring down the risk level for a nuclear reactor down (high consequence, low probability).

    There are still things that is Allah has determined that may hit us. However, that shall not put us off from putting all the practical (cost and HSE wise) barriers in.

    *apa aku merepek nih

    • @’atiqah jasni: salam. di Jepun memang lebih byk BWR, tp di US byk PWR. dua2 ada kelebihan/kekurangan masing2, so takleh ckp BWR lebih bagus, atau PWR lebih bagus. (ramai juga yg berminat ngan teori superhero tu ye. huhu)
      @zacharias: salam bro, lama tak dengar cite.🙂 thanks for the input, although a bit hard to digest.😛

  9. Salam y4ku24…

    Ternganga kak su baca teori superhero tu kejap. Ternganga sbb tergelak. Adeh… Macam-macam kamu nih… 😀

  10. hahahhaa menarik teori superhero…
    senang hidup kita kalau ramai jd superhero huhuu

    anyway berkaitan nuclear ini…lecturer kat sini masa ajar pasal physics nuclear medicine…dia ada sebut sebab org terlalu takut sgt dgn perkataan nuclear ni…

    diorg terpaksa tukar nama NMR (Nuclear Magnetic Resonance) kepada MRI (Magnetic Resonance Imaging)…sebab org fobia dengan nama nuclear..

    klu yg berminat nak tahu berapa banyak dos yg dibenarkan boleh search nama badan ni

    International Commission on Radiation Protection (ICRP)

    anyway entri yg menarik

    • KA
      MRI tu memang takde guna apa2 nuklear atau bahan radioaktif…sebab tu nama dia magnetic resonance imaging…
      kita guna magnet untuk observe partikel air dalam badan manusia..supaya boleh hasilkan gambar2 untuk tujuan diagnostik
      sekadar perkongsian..

  11. salam…

    erk, terkena dgn saya…
    pernah sekali saya dan rakan2 tersesat ke pusat kajian gen di UKM. kami punyalah takut sampai sanggup tahan nafas dan berjalan jauh2 dr tempat tersebut sbb takut udara tercemar dan terkena panahan nuklear gen!
    huhu~ betapa jahilnya hamba Allah ini…

    lps baca article above, i start to realize…
    sudah lama tindak balas nuklear ni ada since resolusi big bang lagi kan sampaila sekarang…
    bumi pun berasal dari pertembungan dan gabungan sebanyak 10 planet kalau adi tak silap…
    tp, yg paling merangsangkan bumi adalah semasa pertembungan dgn satu planet yg penuh dgn ferum…sbb dlm Quran Allah dh bgtahu Dia akan turunkan hujan besi ke atas bumi…ya! bg ahli fizik, mungkin akan mengatakan mustahil unsur2 besi terwujudkan di permukaan bumi…
    tp, mmg inilah yg berlaku tatkala pertembungan tersebut, planet yg penuh dgn unsur ferum tersusuk ke dalam bumi.namun, terdapat outliers yg berterbangan bebas di permukaan bumi…para saintis mengatakan mungkin outliers2 inilah yg dikatakan dlm Quran…Subhanallahillazim….
    adi tertarik akan nuklear kejadian alam ini…

    (^_^)V
    smile in peace!

    • @KA: wah, tak tau pula MRI asalnya NMR! nice info. merci!

      @candle lilly: salam.
      terkena ye, huhu…
      berkenaan ferum, mmg ada teori yg mengatakan ianya dtg dari luar, dan bukan terhasil dari tindak balas di bumi.
      wAllahua’lam.

      thank you for the info!

  12. nice explanation..
    siap ade gamba gerak2..
    boleh jd lecturer nih! kalo student ngantuk, boleh bg diorg teori superheroes tuh😛

  13. terima kasih dengan penjelasan yang menarik dan berguna…
    cuba cerita lagi …apa yang dikaitan senjata nuklear pula …
    mungkin inilah salah punca perbalahan manusia di zaman ini dan pemikiran kita yang ke arah negatif mengenai nuklear .

    • salam ukwah saudara mohdazren! berkenaan kaitan nuclear dengan senjata nuklear, ada termuat sedikit di dalam video entri “A is for atom”. saudara boleh lihat di situ. of coz kami di universiti tidak belajar tentang ini, maka perlu kaji sendiri juga.🙂

  14. artikel menarik! isu susah yang diulas dengan mudah. boleh jadi Feynman Melayu nih.

    ni, saudara ni buat research tentang apa? boleh cerita sikit. Kepingin nak tahu nih.

  15. salam ukhwah tepungpelita. Feynman Melayu? heh heh, jauh lagi tu. tak dapat nak kejar.

    research saya mengkaji tentang sejenis material bernama metallic glass (bentuk bahan cam aloi biasa, tetapi struktur dalam bukan kristal, tapi amorphous), dan kesan radiasi yang dipancarkan terhadap bahan ni. kena jawab persoalan ini untuk grad nanti!😛

  16. Salam…
    Artikel yang sangat ringkas, padat dan menarik.
    Untuk tujuan public awareness saya mohon share. THanks For The Info!

  17. salam ukhwah Radioact33v. Your are most welcome! Share jgn tak share!😀

  18. Assalamualaikum akhi.

    Teringat kembali kepada entri ini, mungkin anta boleh update sikit tentang letupan di loji nuklear ekoran gempa bumi dan tsunami di Sendai semalam. Mungkin ada yang boleh dikongsi bersama…

    Syukran in advance

  19. waalaikumsalaam ustaz.

    thank you for the interest. saya yakin tidak akan ada official report berkenaan kebocoran tersebut buat masa ini, kerana kerajaan sana masih menumpukan perhatian kepada misi menyelamatkan mangsa. sekiranya ada apa-apa perkembangan terbaru, ana cuba kongsikan bersama.

  20. […] Pendapatnya itu ada logik, kerana itu mereka yang yakin dengan keselamatan di loji nuklear. Boleh klik sini untuk baca […]

  21. […] kali ini, iaitu kebocoran radiasi di loji nuklear Fukushima. Walaupun pernah aku tuliskan di dalam entri sebelum ini tentang betapa selamatnya loji nuklear di Jepun sehingga pengajarku menyebut “Sekiranya […]

  22. Salam ‘alaik…
    Mnta share bley?

  23. atiqah: Walaikumsalaam. Tak perlu mintak kebenaran dah, ada tertulis di disclaimer. CUMA, mungkin tak berapa kena sekarang ini untuk disebarkan artikel ini, kerana maklumat ini BERTENTANGAN dengan situasi yang berlaku di Jepun sekarang. Mungkin akan menimbulkan kekeliruan.

    Pokoknya, jepun mengalami beratus (malah beribu) gempa bumi kecil/sederhana setahun, dan memang loji nuklear boleh bertahan. malangnya kali ini gempanya yang TERBESAR, maka ‘logiklah’ sekiranya loji ‘tertewas’ kali ini.

    kita merancang, Allah jua yang menentukan.

  24. again, preparations were made for ‘worst credible scenario’ that the engineers/ scientists/ designers could think of at that particular moment, and from time to time when they do safety review.

    what can be a worst credible scenario in one place, may not be applicable to another.

    for example, if i were to open a nuke plant in the middle east, my worst credible scenario could be a terrorist attack, and the mitigation will be different from the earthquake in japan.

    Apa pun, we work with limited knowledge that we have, and of course, Allah knows more than we would ever do.

  25. entri tahun 2009..da grad mungkin sekarang.
    perkongsian yang menarik. memang sangat berbakat jadi pensyarah supaya anak2 murid mudah faham dengan analogi, terutama teori superhero ;p

    dalam kelas takde belajar macam mana radioactive materials been used to generate electric. Alhamdulillah baca kat sini. Thanks for sharing🙂

  26. Oh yes btw, I really love this analogy…dan senyum sorang baca. good enuf to explain how the agency really take care of the safety matter🙂

    “Jadi atas sebab-sebab di atas, mungkin korang boleh faham kenapa bertanyakan samaada loji nuklear selamat ke tak itu suatu soalan yang ‘kurang sopan’. Silap-silap pekerja MINT tu boleh menangis di tanya soalan tu. Macam gi rumah member Islam time raya, pastu tanya “Makanan yang ko buat ni halal ke?”. Toksah tanya, memang itu jadi priority dah!(Entah kena entah idak analogi aku nih)”

  27. […] berlaku gempa bumi, larilah ke loji nuklear!” kata seorang pensyarah berkaitan teknologi nuklear di sebuah universiti di […]

  28. penerangan yang sgt best! (best sbb mudah hadam = mudah faham)

    p/s: teori superhero tu pun best jugak🙂

  29. […] berlaku gempa bumi, larilah ke loji nuklear! kata seorang pensyarah berkaitan teknologi nuklear di sebuah universiti di […]

  30. well written and well said (again!)

  31. salam…kalau saya nk share kat FB boleh x..??

  32. As, shera & Qider: Salam ukhwah🙂

    sofia: boleh sangat, tiada masalah. sila lihat disclaimer (kanan atas)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: