Posted by: y4ku24 | March 18, 2009

Bahasa binatang tempat orang

(source)

(source)

[Perbualan berikut telah ditokok tambah secara ekstrem. Readers discretion is advised]

Satu hari, aku menyertai kelas perbualan Bahasa Jepun bersama rakan foreigners lain. Aku, orang Amerika-Itali bernama Ferrerro Rocher dan orang Jepun, Kimura Takoyaki.

Topiknya, BUNYI BINATANG.

(Perbualan diterjemah ke dalam Bahasa Malaysia)

“Seperti korang tahu, kalo dalam English, kucing kami bunyinya ‘Meow meow’. Kalo Bahasa Malaysia bunyi camne?”

“Meow meow gak, tapi ejaan dia ‘miau miau’.”

“Oh, takde la beza ye.”

“Kucing Jepun bunyi camne?”

“Nya~ nya~”

“Wargh haha! Ada ke bunyi ‘nya~ nya~’! Tu bukan bunyi kucing, itu cam bunyi hantu mengilai! Wahaha!”

“Wargh haha!” (sambil ketuk-ketuk meja)

“Cis…Abis tu kalo anjing kat Amerika bunyi camne?”

“Woof woof”

“Hei, jangan nak tipu, bukan korang sebut ‘the dog is barking’ ke? Dah tu ‘bark bark’ la, apsal ‘woof woof’ lak? Kalo ‘woof woof’, kenapa tak panggil ‘the dog is woofing’ je?”

“‘Bark bark’ untuk anjing kurap je.”

“Ooo”

“Ooo…dah tu anjing Jepun camne?”

“Er, wang~ wang~!”

“Wargh kah kah! Wang~ wang~? Ape hal anjing korang? Budget comel la mintak sedekah!”

“Wahaha! Hadoi~, senak perut aku gelakkan bahasa ko, Takoyaki oi.”

“Cis…Abis, anjing Malaysia bunyi camne?”

“Kong~ kong~!”

“Kong~ kong~?! Wargh ha ha!!!!”

“Wargh ha ha!! Apekejadah anjing korang, tak sihat ke? Wahaha!” (sambil tendang-tendang meja)

“Haah tak sihat, sebab semua anjing kurap! Kalo batuk teruk pun panggil ‘Batuk anjing’! Wahaha!!” (tanpa disedari gelakkan bahasa sendiri)

“Hadoi, pecah-pecah perut aku bincang dengan korang nih! Anjing Jepun baik kasi duit kat anjing Malaysia ar, suruh dia gi beli ubat.”

“Okeh okeh, last call nih! Arnab Jepun n Amerika bunyi camne ek?”

“Er, ………”

“Erm, ………”

“Ha, arnab kat Malaysia senyap camtu gak! Samalah kita!”

-y4ku24-


Responses

  1. lawak ahh!~

  2. satu hari ba’a terfikir, kalu aku cakap dalam hati, aku ckp melayu. wahhh…kalu org cina ckp dlm hati? ckp bahasa cina…
    kalau kucing ckp dalam hati???

  3. erk.. tak paham la plak point entry ni..
    ke… entry ni comedy shj…

  4. sempoi la entri kali ni…
    buat kurang stress saya yang dok mengadap buku b.mandarin tok test khamis ni.

    hadehhh~ sakit perut gelak..

    agak-agaknya la kan..anjing dengan arnab tu semua kalau tengok korang pun diorang dok gelak..ada ke patut nak tiru bahasa diorang tak ambil kursus dulu..ni la jadinya..parah parah~

  5. hahahaha
    thanx for the article…

    hilang stress tgh study utk exam hari hehehe
    (alamak kantoi sempat baca blog waktu nak exam hahahaha)

    kesian anjing kat malaysia

    btw persoalan yg menarik azhar ahmad =P

    • @ puding caramel: thanks! ceria ceria selalu!😉
      @ azhar ahmad: saya pun tak reti nak jawab, tp kalo nak ngada2 tambah soklan; anjing jepun jumpe anjing msia tanpa translator, agak2 diorg lost in translation tak?
      @ khalifwaabidullah: memang takde point! letih ma buat entri berat, nak gak wat entri ringan (dah la siap pun cepat). buat entri berat sokmo karang cepat tua!
      @ iliana: ada satu lagi spesis anjing kat msia, yg suka jual kain; ‘kaing kaing’!😀
      @ KA: patut ubuh disclaimer ‘blog ini tak bertanggungjawab atas keputusan exam anda’ lagi elok rasanya…

  6. entri ni kena pada masanya (sebab ramai orang nak xam bce)..

    p/s : sy pnh bce kaing2 tu dlm ujang kan..anjing tu kena lempar dengan apa ntah dr posmen..

    p/p/s : kaing tu nama gelaran kwn sy juga hehe ;p cian~

  7. salam..

    wakakaka…btw,y4ku24…my mom says..nape x tny bunyi itik?coz kt uk dlu itik bunyi ‘quack!quack!’..tp blek msia bunyi itik ‘pap!pap!’..hehe..

    p/s:agak2 bunyi itik jpun lak cmne??

  8. *sakit perut tahan gelak*

  9. haha!lwk r


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: