Posted by: y4ku24 | March 16, 2009

Belajar fizik melalui manga?! (The Naruhodo Factor Part 4)

[Mohon maaf kepada readers yang mungkin pening-pening kepala, sakit-sakit pinggang, muntah-muntah darah (?) membaca entri-entri naruhodo factor ini. Mungkin perbincangannya agak serius. Takpa-takpa, ini last part untuk ‘The Naruhodo Factor’, dan kali ini lebih kepada trivia menarik tentang apa yang aku belajar di Jepun berkenaan ‘The Naruhodo Factor’ ini. Penuh dengan gambar kali ini. Let’s gone!]

Time awal-awal datang ke Jepun dulu, seperti budak-budak lain, aku hadapi masalah belajar dalam bahasa asing. Lecturer sememangnya orang tempatan, buku teks yang digunakan juga, dah la Bahasa Jepun, penggunaan bahasanya serius! Rasa macam robot yang tulis. Tapi, demi harapan agama, bangsa dan negara, aku gagahkan juga…(poyo) Kebetulan aku dan member seperjuangan dapat beberapa orang kawan Jepun, jadi kami pun mula bertanya kaedah-kaedah yang mereka guna untuk menyiapkan repot-repot kelas fizik mekanik.

Lalu aku diperkenalkan dengan buku rujukan di bawah. Sejak dari itu, ia telah mengubah paradigma aku tentang pembelajaran ilmu di Jepun! Tersingkap salah satu punca naruhodo factor mereka!

ajspajo

Siri asas FIZIK (versi mekanik)

Okeh, kita teliti elok-elok. Of course, satunya, bahasa pengantar tak berubah, masih Bahasa Jepun. Kedua, penggunaan karakter manga. Ketiga, cara dia promote buku ini. Kita tengok tajuk dia satu persatu.

Di bahagian kotak merah: Diterangkan dengan penuh sopan dan menarik walaupun tidak pernah belajar di sekolah menengah.

Dari bahagian atas: Perkara-perkara asas fizik mekanik yang patut diketahui bagi pelajar universiti.

Untuk tulisan merah di bahagian tengah: Disyorkan untuk:

  • Mereka yang resah kerana tak faham pembalajaran di universiti.
  • Mereka yang tidak berpeluang belajar fizik di sekolah menengah.
  • Mereka yang mempunyai asas fizik ketika di sekolah, tetapi ingin belajar lebih lanjut.
  • Mereka yang inginkan markah penuh untuk fizik di universiti/sekolah menengah.

Fuh, sungguh menggoda! Tapi aku masih ragu-ragu. Ye ke bagus? Ke macam iklan di paket roti yang ada inti krim, kat luar gambar, tu dia, krim dia melimpah-limpah keluar. Bila beli, krim dia secoet je. Cis!

Tapi kebetulan kawan Jepun aku tu dah siap repot, dia bagi aku pinjam. Balik-balik rumah, aku bukak.

WOW!

Memang jauh beza dengan buku teks! Samalah kat mana-mana pun, buku teks kelas starting muka depan dah tak menarik, black and white, yang bes tu kadang-kadang bila tengok penulis buku, “Lor, buku tulisan lecturer ke? Cis!”

Tapi buku-buku rujukan sini superb. Okeh, aku cerita balik buku di atas. Satu kelebihan buku ini yang aku tak terjumpa kat Malaysia (time pra-universiti dulu) ialah:

1) Pengolahan ayat yang seolah-olah penulis sedang berbicara dengan kita.

“Jom kita masuk lebih lanjut tajuk ini!”

“Jika ianya diterangkan sebegini, lebih mudah fahamkan?”

dan lain-lain adalah contoh ayat di dalam buku tu. Memang diterangkan dengan bahasa simple. Boleh enjoy sambil baca, tak pressure “Apekejadah istilah ni? Adus, kena bukak wikipedia gak…”

2) Kewujudan maskot.

Jepun ni negara maskot. Kalo boleh semua benda nak adakan karakter maskot. Sampai pejabat polis setiap prefektur ada maskot sendiri!

Dalam buku ni pun ada seekor maskot kiut. Kerja dia bertanya soalan-soalan ‘bodoh’ yang sebenarnya RAMAI orang (termasuk aku) salah anggap, dan sebabkan itu mungkin salah persepsi tentang tajuk tu. Time tu penulis akan cuba explain lebih lanjut, sebagai jawapan persoalan maskot tu. Atau pun maskot ini menjadi orang yang akan menegaskan satu-satu teori untuk pembaca faham yang teori itu penting.

3) Penuh dengan lukisan.

Sebab tajuknya fizik mekanik, lagi-lagi pentinglah wujudnya lukisan untuk mempermudahkan pemahaman tentang hukum alam seperti graviti dan lain-lain. Buku teks universiti biasa kekurangan bab ini. Kalau ada pun, lukisan mesti kena macho, CG dan lain-lain. Ntah kenapalah buku-buku teks kena semua ‘serius’. Kalo Richard Feynman hidup lagi sah-sah kena kritik (dan aku jadi batu api kat belakang). Buku-buku rujukan camni rileks je lukis guna tangan. Tapi mesej yang nak disampaikan jelas!

4) Bukan hanya untuk pelajar universiti.

Buku seperti ini, semua orang boleh baca, sebab buku camni memang deliver apa yang ditulis di muka depan buku. Bagi yang bukan pelajar universiti/bukan jurusan fizik, dia tidak rasa kekok untuk baca, dan bagi pelajar fizik, di setiap tajuk ada bahagian-bahagian advance untuk memperdalamkan ilmu. Dua-dua golongan boleh ber’naruhodo’! Win-win situation!

Yang besnya, tak tau la orang lain, tapi aku sendiri tak rasa diperbodohkan dengan soalan-soalan ‘bodoh’ maskot, sebab memang soalan-soalan camtu kita terlepas pandang sebelum ini. Kalo rasa ego tinggi pun, anggaplah asas-asas ini ditujukan kepada orang awam, jadi baca sajalah bahagian advance!

*     *     *

Sejak dari pengalaman itu, aku giat ke library dan kedai buku untuk memburu buku-buku begini. Siri buku-buku rujukan camni memang berlambak kat sini. Semua tajuk-tajuk catchy/ada daya penarik.

Siri Faham melalui manga (マンガでわかる). Siri Belajar dari kosong (ゼロから学ぶ). Siri Faham melalui gambar (絵でわかる). Siri Boleh diterima! (納得できる). Macam-macam ada! Cuma tak semua sebes yang disangka. Jadi dalam banyak-banyak ini pun, ada beberapa saja yang aku beli/baca. Contoh siri yang mungkin jadi rujukan yang baik aku listkan di bawah.

Belajar MATRIKS melalui manga

Siri fahami MATRIKS melalui manga

Siri buku manga ini baru beberapa tahun yang lalu keluar. Dan mungkin sebab penjualan memberangsangkan, dari hanya 2, 3 tajuk saja, sekarang mungkin lebih dari sepuluh! Yang uniknya buku ini, memang 80% manga, berplot dan bercerita! Tapi sambil cerita, sambil sikit-sikit belajar tentang tajuk itu. Untuk mereka yang sudah faham asas, boleh ke bahagian advance buku. Memang boleh baca sambil enjoy!

Belajar dengan mudah PEMBEZAAN DAN PENGAMIRAN

Siri belajar dengan mudah PEMBEZAAN DAN PENGAMIRAN

Buku di atas ini nampak seperti biasa, tapi dalamnya padat dengan cara mudah untuk belajar. Buku ini agak lama, tu yang kulit depan dia tak berapa catchy. Tapi dalam buku ini ada maskot semut. Sama juga peranannya, encik semut ni akan mengingatkan kembali asas di sekolah menengah atau menegaskan poin-poin penting.

Siri belajar tentang BUNYI dengan mudah

Siri belajar tentang BUNYI dengan mudah

Siri ini boleh penuhi satu, malah dua rak! Setiap buku menerangkan tajuk dengan sopan santun, dibantu lukisan-lukisan sempoi seperti di muka depan (mamat pakai spek tu maskot siri buku ini!). Tapi aku rasa siri ini lebih kepada pembacaan awam dari rujukan pelajar universiti.

Siri fahami FIZIK MEKANIKAL DAN GELOMBANG melalui gambar bergerak

Siri fahami FIZIK MEKANIKAL DAN GELOMBANG melalui gambar bergerak (percuma DVD)

Siri buku ini juga agak baru. Setahu aku baru ada 2 atau 3 tajuk. Mengajar fizik melalui animasi bergerak yang ada dalam DVD percuma dia. Unik. Aku takde siri buku ini, tapi nampak menarik. Cuma sedikit mahal berbanding siri buku yang lain.

*     *     *

Apa rahsia buku-buku ini boleh menambat hati? Aku rasa ialah bagaimana topik itu ditonjolkan. Buku-buku yang terjual di kedai biasa, walaupun untuk pelajar universiti, tetapi tajuk-tajuknya sungguh tidak menggerunkan orang untuk pegang dan belek-belek. Dengan kewujudan lukisan-lukisan sempoi/manga, elemen ‘takutkan tajuk’ itu secara psikologinya terhakis sedikit.

Contoh lagi satu buku belajar melalui manga yang aku pernah beli:

Paling mudah untuk faham di dunia! Manga Super string theory

'Paling mudah untuk faham di dunia!' Manga Super String Theory

Tu dia, cerita tentang Super String Theory yang kompleks tu pun boleh diceritakan dalam bentuk komik! Dengan aksi-aksi lawak tiga watak dalam buku ni, tanpa korang perasan, korang tengah baca pasal teori yang membingungkan para saintis masakini!

Itulah kuasa manga! Bila hilang dinding psikologi yang sesuatu subjek itu susah, maka lebih mudah kita peroleh naruhodo factor, betul tak?

There you have it. Salah satu (cuma salah satu je) rahsia komuniti Jepun celik ilmu pengetahuan dan berminat membaca.

Tapi, the catch is, it’s all in Japanese!

Jadi, apa tujuan aku tulis dalam blog ini? Ada dua.

Untuk pelajar Malaysia di Jepun, nasihat aku, jangan kedekut duit untuk membeli buku-buku rujukan. Buku teks sahaja TIDAK memadai. Elaun beli buku tahunan bukan untuk korang simpan masuk forex, tapi untuk korang beli buku! Jadi gunalah sebaik-baiknya. Kalau tak nak beli buku tu pun, rajin-rajinlah ke library untuk pinjam buku-buku ni.

Untuk readers di Malaysia, terutamanya mereka yang berminat untuk membuat buku, aku syorkan korang mulakan trend buku life-long learning yang penuh naruhodo factors seperti di atas, untuk pelbagai lapisan komuniti. Jangan tertumpu pada satu golongan sahaja, walaupun mungkin menjurus kepada bidang masing-masing.

*     *     *

Bercambahnya buku-buku naruhodo factors di Malaysia.

AlhamdulIllah, sekali sekala balik Malaysia, semakin banyak kelihatan buku-buku yang tajuknya catchy (walaupun isi dalamnya belum terjamin berkualiti), seperti:

Ehem ehem...

Ehem ehem...catchy sungguh!

Tapi banyak tajuk-tajuk ini menjurus kepada agama, motivasi dan busines. Itu pun semua masih berbentuk ‘profesional’, tidak berbentuk ‘sempoi’. Yang berminat bab itu akan teruja untuk beli, tapi aku rasa orang awam tidaklah begitu tertarik untuk beli. Kita kena pecahkan dinding ini!

Memandangkan setakat pemerhatian aku tidak meluas lagi fenomena buku sempoi yang sarat dengan naruhodo factors di Malaysia, terutamanya bab jurusan sains, aku rasa ini peluang keemasan pelukis professional tempatan seperti Tembakau (wink wink😉 ) bersinergi dengan guru-guru berbakat di Malaysia untuk menghasilkan buku-buku yang boleh menarik para pemuda membacanya.

Kesimpulannya, erm..Aiseh, tak reti pulak nak simpulkan pulak. Pandai-pandailah korang simpulkan sendiri!

-y4ku24-


Responses

  1. oyooo…

    saya pernah jumpa siri manga macam ni di pesta buku UUM hari tu. siap dah alih bahasa kepada BI..untuk subjek statistik..memang seronok baca..tengah pening-pening, terus gelak-gelak..hilang tensen..

    saya pernah baca buku ‘teh tarik kurang manis’. main amik je buku tu. tup tup macam ralat pula sebab isinya berkisar rumahtangga. tapi, lepas baca, orang cakap saya ‘sikit’ tak betul sebab asyik gelak sorang-sorang. memang sempoi buku tu dan bermanfaat la juga sebagai peringatan huhu

    p/s : report dari blogger, entri yang lalu TMF loji nuklear..ditarik balik ye~

    • @ iliana: memang Jepun bukan keseorangan dalam usaha ini. Saya rasa buku-buku Bahasa Inggeris juga banyak berbentuk life-long learning yang tidak memeningkan kepala. cumanya kena rajin carik!😉

      @ yem^^: itu salah satu sebab yg saya simpulkan aje. mungkin ada sebb yg lain juga…

      @ penjepun: bagi aku menghafal kanji adalah antara elemen yang susah dalam mempelajari BJ. tapi sebenarnya, untuk kanji-kanji yang asas, semuanya boleh dikaitkan dengan makna dia. nak terang semua nanti jadi satu entri pulak, so aku bagi satu contoh: matahari ialah 日. bulan pula 月. masih tak berapa susah, sebab leh relate dengan objek tu sendiri. tapi kalo yang abstrak, cam TERANG camne? well, sbb matahari terang, n bulan pun terang, jadi jika digabungkan, terhasillah kanji terang! (明るい)
      yang kompleks2 tu, kena hafal je la, aku pun tak tau short cut.

      @ damai: salam. saya dah tak layan manga sgt dah, cuma NARUTO takleh tinggal…heh heh.

  2. WOW!! seronoknya dapat blajar benda berat dalam gaya sempoi…

    patutla orang jepun boleh baca bhn bacaan yang berat2 kat mana2 je ek..contohnya, kat dalam keretapi..baca macam baca komik je.bahasa yang diguna plak bahasa ibunda yang memudahkan lagi proses pemahaman… bijak2…

    kalau kat sini, nak baca subjek yang berat, kena duduk betul2 kat meja, tenung lama2, perhati setiap huruf dan perkataan dengan kening berkerut untuk faham..tapi, tu pon belom tentu faham. hahaha…

    harapnya, slps ini akan ada penulis2 buku muncul menghasilkan buku2 dalam bidang sains dlm bntuk yg sempoi dan difokuskan kpd orang ramai yang berminat nak tahu..bukan semata2 kerana nak exam yer…=)

  3. weh macamna ko blaja kanji ek? aku amik jepun gak skang ni…susah betul nak ingat tulisan kanji… ko amik masa berapa lama nak belajar dan cam betul2 tulisan2 kanji ni? 4 tahun? sembilan bulan? nk mintak petua sket dari ko…

    tq

  4. Salam buat pembaca manga ^^

    Oooo…patutlah orang jepun pandai2 ^^..subhanallah…

  5. Assalamualaikum..

    naruhodo..

    macam nie baru berhikmah betui tak. kalau gaya penyampaian terlalu kaku dan ekslusif sampai orang tak faham, tak hikmah namanya.

    haha.. so far x de pulak pening2 baca entri kat blog ni. Thanks Bro

  6. hmm….sgt menarik…subjek kesayangan sy ialah fizik…tp buku2 cm tu x da kat malaysia…sy dh jatuh cinta ngan sume buku2 tu…huhu

    • @ina: ada je buku2 english yg sama taraf, mungkin boleh dicari di kinokuniya, etc…

  7. wah best!

  8. Alhamdulillah seronok baca bahan yang penuh dengan keNaruhodoan… dari Factor 1 hingga 4 semuanya dapat difahami dengan mudah…dan terdetik dalam hati… “mcmana aku ingin menjadi guru yg lebih berNaruhodo … mungkin dalam bahasa lainnya Naruhodo ni boleh diertikan sebagai MAKRIFAH… dan …HIKMAH.. iaitu apabila seseorang itu memahami dan mendalami sesuatu itu dengan tepat dan betul barulah dia boleh menyampaikan dengan cara yang paling berhikmah iaitu paling tepat dan sesuai… Jazakallahu khair perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat… Maaf blog ini telah di link kan ke blog ustazahlina untuk manfaat lebih ramai lagi terutama adik-adik yang masih di bangku sekolah supaya mereka juga dibantu untuk dapat berfikir seperti pelajar universiti yang hebat… Barakallah Fik

    • La syukran ‘ala waajib (tidak perlu berterima kasih di atas kewajipan (berkongsi ilmu)).🙂 Cikgu pendidikan Islam saya dulu kadang2 buat kuiz dan lain2 selain dr cara belajar biasa, supaya kelas ada kelainan dan tak boring dr semasa ke semasa. Mungkin sesetengah topik sesuai dibawa dgn kaedah begini. Saya fikir kita dpt belajar cara mereka berfikir dgn ‘soalan2 bodoh’ yg mereka tujukan, cuma tak patut kita menghina pula soalan itu. Dgn menghargai soalan dan si penanya soalan, pd masa akan dtg mereka tak segan silu bertanyakan soalan2 lain.

      Contoh yg mungkin ustazah lina sendiri akan tergelak: Apabila membaca Surah At-Thin, saya bertanya bapa saudara saya, “zaman dulu ada BUAH-BUAHAN DALAM TIN ke?” Tergelak besar bapa saudara saya tu!😀 itu contoh2 soalan jujur dr pelajar, yg akan dipendam sekiranya si pendidik tidak menunjukkan minat utk menerima soalan2 begitu. (Logik juga soalan saya, kerana di Malaysia mana ada buah Tin! jadi dari situ saya belajar benda baru)

      ttg link ustazah, mmg blog saya ini ditulis supaya semua lapisan masyarakat dpt membacanya.🙂

      Akhir sekali, mungkin entri2 saya yg lepas ini dpt sedikit sebanyak membantu ustazah lina:
      – ‘Jepun dan konsep Gakkouhoumon’ > boleh ajak muallaf (saudara baru) dtg sebagai guest speaker contohnya.
      – ‘TMF Genuis Muhammad di dalam peristiwa Perjanjian Hudaibiyah’ > sedikit bahan Sirah. cumanya mungkin ustazah boleh tapis mana2 bahagian yg difikirkan susah utk pelajar sekolah rendah untuk memahami.🙂
      – ‘Matahari berorbit’?
      sekadar tambahan.
      – ‘Aku tak nak jadi cikgu, aku nak jadi pendidik!’

      wAllahua’lam

  9. Subhanallah menariknya! Memang mereka gunakan visual factor to improve learning dengan sebaiknya kan?

    I wonder..kalau ada buku learn anatomy manga-style? mesti senang lagi nak ingat nama2 muscle tu.

    Sebenarnya saya pernah juga terfikir nak menulis nota anatomy, esp nama2 muscles yang pelbagai by drawing them manga-style (dalam bentuk manusia) and implant their features as their personality (Jepun kan byk bermain dengan personality..tsundere la dll) mesti SAYA senang ingat. Namun..saya tak reti lukis haha. Tapi bolehla saya research on this more now that I know sth like this exist!

    Thanks for sharing bro. sorry membebel di sini..

  10. […] bolehlah merujuk keempat-empat siri sebelum ini, iaitu Siri pertama, siri kedua, siri ketiga dan siri keempat. Tapi sekiranya korang malas nak baca artikel sebelum ini pun tak mengapa, boleh je terus baca […]

  11. […] dan kritikan membina, kerana topik ini pernah aku bangkitkan pada entri sebelum ini (Rujuk: ‘Belajar fizik melalui manga?‘). Sebelum aku mengomen panjang, elok juga aku perkenalkan sedikit tentang komik […]

  12. macam mna blh dapatkan buku2 n?

  13. salam ukhwah atiez.
    memandangkan saya tak tahu atiez ni student di Jepun atau di Msia, saya bg dua versi jawapan:
    1) Kalau belajar di Msia: Malangnya, buku begini masih tiada dalam pasaran. Saya tak pasti sekiranya ada atau tidak buku anak tempatan sebegini. Kalau ada tlg bgtau ya!
    2) Kalau belajar di Jepun: Buku begini merata-rata ada. Cuba cari di kedai buku sekolah dulu. kalau takde, boleh order dekat seikyo (coop) sekolah je. tak pun, di kedai2 buku cam maruzen atau jyunkudou.

  14. subhanallah..hebat betul.terima kasih atas perkongsian pintar.ini…kan best kalau kat malaysia pun ada buku camni?confirm sy akan beli

  15. sama2.
    saya sebenarnya dalam proses membuat buku seperti ini. mungkin akan mengambil masa, tetapi akan dicuba sedikit demi sedikit.
    actually, bila ke kedai buku malaysia, sudah nampak bibit-bibit timbulnya buku seperti ini, contohnya yang menerangkan tentang subjek sejarah melalui penceritaan dengan banyak lukisan kartun.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: