Posted by: y4ku24 | March 13, 2009

‘Surely you’re joking, Mr. Feynman!’ (The Naruhodo Factor Part 3)

[Start of Part 3 of 4]

Bukan senang nak ajar sains tulen dalam keadaan suasana kelas tidak menjadi hambar. Lagi-lagi sebab sains tulen penuh dengan persamaan itu, hukum ini. Formula itu, fungsi ini.

Tambah pula yang sains tulen ini banyak cerita pasal benda yang tak nampak. Inersia la. Graviti la. Atom la. Elektrik la. Imaginasi kena tinggi beb!

Tatkala aku sedang menggaru kepala memikirkan cara pengajaran sains secara efektif, aku selalu cuba merujuk dua orang yang aku senaraikan di bawah. Mereka ini pemangkin kewujudan Naruhodo Factors aku dalam bidang sains!

Sudah pasti bukan mereka saja, malah termasuk tenaga pengajar di sekolah/universiti, tetapi kerana karya dua saintis ini senang untuk didapati dan bukan ramai yang tahu pasal mereka, kepada yang berminat nanti, bolehlah mencarinya di kedai/internet. Jika ada nama lain yang korang ingin syorkan, bolehlah dikongsi bersama.

Dua orang yang aku senaraikan di bawah ada satu persamaan yang teramat penting sebagai seorang pendidik.

KELEBIHAN MEMPERMUDAHKAN SESUATU YANG SUSAH.

Kebanyakan hasil karya diorang yang boleh kita dapati tidaklah membincangkan secara kompleks teori fizik, malah jarang sekali teori-teori ini keluar di dalam pengolahan sains diorang. Tetapi yang besnya ialah, mereka mengolah sains dalam bentuk semua orang boleh faham. Penuh dengan naruhodo factors. Maka dari situ boleh menimbulkan minat kita terhadap bidang tersebut. Orang kebanyakan dapat timbul minat, orang bidang sains akan lebih faham bidang mereka.

Sains mereka berpijak di bumi nyata. Bukan sekadar mengajar teori bernombor, tetapi aplikasinya jelas ditunjukkan. Aku rasa aspek ini banyak cikgu sains terlepas pandang, lebih-lebih lagi di peringkat universiti.

1) Richard P. Feynman

Ahli fizik yang boleh main bongo. Satu benda yang pelik!

Ahli fizik yang sukakan alat muzik. Satu benda yang amat jarang!

Bukan, dia bukan cikgu aku, malah aku tak pernah jumpa pun dia. Tapi dia adalah seorang genius dalam bidang fizik yang dikagumi ramai. Salah satu teori dia yang diabadikan di dalam bidang sains ialah Feynman diagram, serta beberapa yang lain.

Cuma kita di Malaysia tak kenal dia. Aku pun kenal dia di Jepun, melalui buku-buku yang mengenang kehidupannya setelah dia meninggal dunia disebabkan kanser. Mungkin sekarang dah ada buku-bukunya di tanah air.

Yang aku boleh cakap, dia ini memang superb. Sebagai saintis, DAN sebagai pendidik. Hanya melalui pembacaan bukunya, akan terasa yang dia betul-betul tengah ajar korang! Dan banyak fakta basic yang selalu kita ‘ambil sambil lewa’ yang mampu dia terangkan dengan begitu jelas. Punyalah berbakat cara dia mengajar, rakan-rakan sejawat akan ikut kelas dia semata-mata ingin tahu cara mengajar student yang efektif!

Bab geniusnya dia ni, dari kata-kata seorang lagi ahli fizik, Hans Bethe:

“There are two types of genius. Ordinary geniuses do great things, but they leave you room to believe that you could do the same if only you worked hard enough. Then there are magicians, and you can have no idea how they do it. Feynman was a magician.”

Bab ke’terrer’an dia mengajar, aku cuba bagi satu contoh untuk korang kenali dia. (Tulis banyak-banyak karang, langsung berjela jadi entri aku)

Buku Surely you must be joking, Mr. Feynman!

Buku 'Surely yo're joking, Mr. Feynman!'

Ketika dia berpengalaman mengajar di Brazil, di depan majlis perpisahan dia sebelum pulang ke Amerika, dengan selambanya dia mengkritik kaedah pembelajaran di sana (ketika itu). Baginya, no science was thought it Brazil! Dia bagi contoh dengan mengeluarkan satu buku sains, pilih secara rawak muka surat, pastu baca dari situ (sorry ar dalam English, malas lak nak translate. Huhu.):

“Triboluminescence. ‘Triboluminescence is the light emited when crystals are crushed’… This is not science! You have only told what a word means in terms of other words. You haven’t told anything about nature. Instead, if you were to write, ‘When you take a lump of sugar and crush it with a pair of pliers in the dark, you can see a bluish flash. Some other crystals do that too. Nobody knows why. The phenomenon is called triboluminescence.'”

Nampak perbezaan? Cara dia ajar, rasa macam terus nak balik rumah dan try buat! (Di Malaysia bagaimana ya? Hmm..)

Banyak lagi permata ajaran dia yang termuat dalam buku-buku dia seperti ‘Six easy pieces’* dan ‘Six not-so-easy pieces’**. Aku pun tengah baca, sebagai revisi pelajaran sains yang basic.

Yang membezakan dia dengan ahli fizik yang lain ialah, dalam genius-genius dia, dia ni happy-go-lucky (sempoi). Kehidupan dia penuh dengan aktiviti selain research dan mengajar. Amat berbeza dengan ahli fizik lain seperti Einstein dan Newton. Dua orang ni genius, tetapi dua-dua jenis ‘pelik’. Diorang takde life. Asyik sibuk mengkaji je, tak cuba enjoy apa yang diorang kaji, iaitu alam semulajadi itu sendiri!

Tu sebab aku suka mamat ni, walaupun sedikit menyedihkan ialah, dia ni atheist, dan salah seorang yang terlibat dengan pembinaan bom atom (boleh baca pengalaman dia di dalam buku di gambarajah atas).

2) Michio Kaku

The 2nd Einstein dan hasil karya beliau

'The 2nd Einstein' dan hasil karya beliau. (source)

Seorang lagi ahli fizik yang terkenal. Buku-buku dia yang best sellers amatlah mudah untuk dihadam oleh sesiapa yang berminat untuk tahu (Ayah aku ahli sains sosial, tetapi boleh faham konsep sains yang diterangkan, atas kelebihan saintis ini mengolah teori).

Dia juga selalu keluar TV, dokumentari dan lain-lain untuk menceritakan tentang teori alam. Cara penerangan dia bersemangat, mudah faham dan amat menarik. Cubalah cari di google video atau youtube, mesti ada.

Pun begitu, aku sendiri tak pernah dengar dia mengajar di kelas, maka aku tak boleh nak terangkan secara detail. Di masa akan datang aku cuba kupas sedikit buku Hyperspace dia.

Antara kata-kata dia yang aku suka (yang aku alter sikit):

“Kalau kamu faham tentang prinsip Newton, kamu akan boleh ice-skating tanpa sebarang masalah. Saya boleh berice-skating sebab saya faham prinsip Newton!”

Gabungan teori dan aplikasi. Fuh, mantap!!

*    *    *

Dalam perjalanan akademik aku dari sekolah rendah hingga ke menara gading, aku terjumpa satu kaedah untuk menguji tahap kefahaman diri sendiri yang paling berkesan. Kayu ukur aku adalah ini:

Cuba ajar benda tersebut kepada orang lain.

Sebab selagi kita tak master tentang benda tu, kita tak boleh nak cerita kepada orang lain! Dan aku sebut ajar ni bukan sekadar orang tu buat-buat faham, tapi sampai orang tu dapat Naruhodo Factor! Bukan sekadar menghafal istilah ‘Triboluminescence’ seperti yang Feynman bagi di atas, tetapi sehingga orang faham betul-betul, “Oh, begitu dong! Faham bangeeeet!”

Luqman, ko cerita semua benda ni dalam entri-entri ko, ko nak tunjuk ko bagus ke?

Bukan bukan bukan.

Aku nak test tahap kefahaman aku sendiri! Jika orang blur-blur baca entri aku, maksudnya aku sendiri tak faham apa yang aku cakap! Jadi ianya lebih kepada menguji diri sendiri. Yang paling bes, sebab nak sampaikan kat orang, lagi-lagi la kita belek-belek semula rujukan, untuk pastikan apa yang disampaikan sahih! Kita sendiri dapat revise ilmu-ilmu yang lama! Itulah nikmat memberi. It’s a win-win situation!

Yang besnya semua lapangan ilmu boleh guna kaedah ini. Be it tentang dakwah/ilmu agama, ilmu sains sosial, ilmu sains tulen dan lain-lain.

AlhamdulIllah aku dikurniakan rezeki berjumpa orang-orang hebat selama ini, dan dari mereka aku dapat banyak tunjuk ajar.

Pada suatu malam yang indah, aku dan seorang sahabat dipelawa senpai (senior) Jepun lab kitorang makan sushi. Selepas habis makan, terus dia membayar. Time kitorang pun nak hulur duit, dia menolak.

Kalo kamu rasa ingin menghargai pemberian aku ni, nanti kamu buat benda yang sama kat junior-junior kamu”

That is exactly what I am trying to do. Aku cuba nak ‘belanja’ korang, sebab aku pernah ‘dibelanja’ oleh ramai orang di atas aku!

Pass-the-good-things-on-to-others.

Part terakhir Naruhodo Factor ini, aku akan persembahkan korang salah satu keunikan strategi orang Jepun menyuntik Naruhodo Factor ke dalam masyarakat mereka, supaya bukan sekadar orang yang berjurusan itu sahaja yang faham bidangnya, tetapi orang lain pun mudah faham.

[End of Part 3 of 4]

==============================================================

Rujukan buku: ‘Surely you’re joking, Mr. Feynman!’ oleh Richard P. Feynman

* Buku ini amat bagus untuk pelajar yang baru mula belajar tentang kimia dan fizik. Cikgu-cikgu sains sekolah menengah, aku syorkan buku ini!

** Aku rasa sesuai untuk peringkat universiti, walaupun aku pun tak baca lagi!


Responses

  1. salam…

    mungkin lpas ni gambar yang ada kat atas tu akan jd gambar en luqman plak…sy percaya en luqman bleh jd ‘great teacher’ kalu merujuk artikel2 yg en luqman keluarkan…i’m proud of u…bleh mntak autograf la psni…hehe

  2. menarik!!!
    blaja fizik mmg sgt2 perlu imaginasi yang tinggi.. masa blajar fizik dulu, pening kepala.. tak paham sebab susah nak visualize kan bnda tu.tp dapat A1 gak ms SPM.pelik2…
    sekarang, dunia fizik memang dah lama sy tinggalkan, tp kadang2 terasa jugak macam nak blajar balik… kalau ade kesempatan nak jugak cari buku2 yg disarankan diatas.. =)

    memang betul, kalau nak tgk kite faham ke tak, kite kena ajar orang lain smpai faham…sebab kadang2 rasa mcm dah paham dah, bila kawan soh ajar, sendiri konfius & pening… huhu..

  3. WOW!

    nampaknya, kategori ‘naruhodo factor’ ni sama hebatnya dengan TMF.

    di sini, kaedah pembelajaran lebih kepada teori. tapi, soalan 100% aplikasi. bila dapat je kertas soalan, semua telan air liur. dalam hati, ‘arghh..apa ni? mati la~’

    pembelajaran yang dikaitkan dengan persekitaran, itu paling baik saya rasa. sebabnya, jika konsep itu jelas, semuanya akan turut jelas.

    pastinya soalan ‘terangkan analisi SWOT’ dengan ‘macam mana kamu cari pasangan menggunakan analisi SWOT’ ini membawa impak yang berbeza.

    kadang-kadang, perkara tu adalah aktiviti harian kita. tapi, disebabkan kita tak faham, kita tak sadar yang sebanarnya kita dah buat ‘live eksperimen’ banyak kali.

    saya suka kata senpai tu. mendalam sekali..

    • @ ina: salam. walaupun memang mereka menjadi sumber inspirasi, tetapi perbezaan mereka dengan saya bagai langit dan bumi! malu pula dibanding dengan mereka. tapi bagi saya, biar set matlamat tinggi, jadi sentiasa nak berusaha ke arah itu, betul tak?

      @ yem^^: fuh A1 tu, kalah saya! kalo nak kembali ke zaman fizik tanpa perlu pening2 psl nombor, saya syorkan sgt2 baca karya dua orang ini. yem^^ akan enjoy baca for sure! pastu sampaikan kat org, so boleh kekal lagi lama dalam otak!😉

      @ iliana: anggaplah siri Naruhodo Factor ni satu TMF besar! tp jgn risau, ada TMF lg satu utk bulan ni, psl bidang sendiri skit! bulan ni byk lak sains tulen, bulan dpn masuk sains sosial blk…
      ada pernah dgr time di sek men dulu, di sek lain ada cikgu fizik yg siap bwk bebdk gi padang bola utk belajar TENDANG SWING bola buat curve melalui aplikasi fizik! Fuh! ‘analisa SWOT utk cari pasangan’?? ehem ehem…
      kalo suka dibelanja, belanja la org lain pula…;)

  4. bagus la cikgu macam tu, sebab memang dia nak pelajar faham, bukan sekadar mengajar sebagai tanggungjawab tugas.

    saya teringat juga, ketika eksperimen fizik bab momentum, kami kena buat tentang perlanggaran kereta. dah siap buat apa yang dalam buku, kitorang pun apa lagi, segala eksperimen sendiri jadinya. tiba-tiba cikgu marah, dia cakap ‘kenapa kamu ni main-main? tak serius? rosakkan barang makmal’

    terus senyap semua..bukankah itu aplikasi kami sendiri? kami pun nak x-factor juga. kami bukan main-main kereta tu, tapi kami modify sikit litarnya. tersekat perkembangan minda kami~

    (macam mengadu dengan pengarah pendidikan pula hehe)

    harap Luqman tak buat macam tu nanti ye (^_^)

    p/s : insyaallah akan dikongsikan nanti. erk ada dua entri hutang yang meminta penjelasan ekstra ni..owhhh~ masa masa~

  5. betul!!
    kt akan mengagumi seseorang yang ‘lebih’ dari kita, tapi dalam masa yang sama kt juga perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.
    kt jg perlu ada matlamat yang tinggi & dalam masa yang sama kt bersungguh-sungguh membina usaha ke arah itu…insyaAllah boleh cemerlang…

  6. michio kaku tu cam kat discovery channel je. rancangan die ‘QUESTION EVERYTHING’. bes gak la. die bagi theory ‘getah’ = universe existence n expand.

    hmm setuju american mmg ckp style feynmann

    what is matrix?
    matrix is when you drop a stone into a glass fill with water, the water is called matrix..

    • salam perkenalan nmw🙂
      ya, michio kaku tu memang terkenal skrang. ‘einstein’ zaman sekarang. dia pernah buat dokumentari tentang TIME. menarik juga, tapi saya pun tak tengok lagi😛


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: