Posted by: y4ku24 | March 11, 2009

The Naruhodo Factor Part 2

[Sambungan The Naruhodo Factor Part 1]

Aku rasa, bab Naruhodo Factor ini, selain ilmu yang disampaikan, ada dua lagi elemen penting: Keinginan mendalam orang yang menerimanya, dan kesungguhan orang yang memberi ilmu tersebut.

Yang menerima, sapa lagi, kitalah. Jadi tak perlu lagi aku sebut kepentingan kita berminat untuk menerima ilmu-ilmu.

Tapi kali ini aku nak cerita pasal orang yang memberi. Ya, para cikgu/guru/pendidik/pensyarah dan yang seangkatan. Aku rasa teramat penting untuk diorang ini memiliki aura keinginan nak sampaikan ilmu kat orang, baru senang kita peroleh Naruhodo Factor. Aura camni berjangkit. Dengan semangat cikgu yang ajar, tambah dengan idea-idea cikgu tersebut untuk buatkan pembelajaran menarik, memang akan terasa aura ilmu datang kat kita!

Tapi realitinya, tak semua cikgu sebegini. Aku faham semua cikgu tidak perfect, memang itu hakikat, tapi sesetengah cikgu aku rasa memang tidak menunjukkan kesungguhan untuk improve cara dia mengajar.

Barisan pelakon Boston Public

Barisan pelakon Boston Public

Aku dulu suka tengok drama Boston Public. Cerita realiti sekolah di Amerika, yang penuh dengan cikgu-cikgu passion dan karisma yang bagi mereka mengajar itu satu kepuasan, tetapi berhadapan dengan murid-murid bermasalah. Bukan senang nak cari cikgu-cikgu sebegini! Tapi ada seorang cikgu tua di sekolah tu, dah mengajar selama 60 tahun. Satu hari, dia komplen kat guru besar:

“I don’t understand the kids nowadays Harry (nama guru besar, kalo tak silap aku), I have been using the same method of teaching for 60 years, but it never failed me before!”

“That’s the problem with you Kulop (nama dalam drama tak ingat), you have been teaching the same method for 60 years.”

jawab guru besar tu sambil buat muka macho.

Jenis cikgu camni, susah la kita nak dapat naruhodo factor dari dia. Silap-silap, makin belajar dengan dia, semakin lampi (lambat pickup) kita jadi!

Selain cikgu di atas, beberapa watak cikgu yang aku rasa mungkin susah kita dapat naruhodo factor dari mereka, aku listkan di bawah. Mintak korang faham yang aku tiada niat untuk mengutuk/mengkritik mana-mana guru/cikgu secara individu, sekadar contoh rawak (tak berkat kutuk-kutuk guru sendiri wo. AstaghfirUllahal aziim…). List ini tiada kaitan dengan yang hidup atau mati:

1) Cikgu Buku Teks

Baca sejebik dari nota/buku teks. Kalau nota/buku teks diorang hilang, gamaknya boleh jatuh pitam, atau kena stroke. Kekadang tu rasa diorang boleh je explain lebih lanjut, tapi entah kenapa, diorang lebih suka to be on the safe side kot.

2) Cikgu Papan Hitam

Cikgu begini, muka mereka kita susah nak cam kalo jumpa di luar, sebab selama berada dalam kelas pun, asyik membelakangkan kita dan pandang papan hitam saja.

3) Cikgu Pengkritik

Cikgu yang betul-betul jenis cikgu yang bahaya. Ada pernah aku sebut sebelum ini berkenaan cikgu sebegini, iaitu cikgu yang suka memperlekeh murid-murid apabila mereka tak faham. “Ha? Benda ni pun kamu tak boleh hafal lagi? Cikgu selamba rock je boleh hafal, kenapa kamu tak boleh?”.

Dah nama pun dia dah mengajar bertahun-tahun subjek yang sama, janganlah pergi bandingkan diri sendiri dengan pelajar yang baru belajar formula tu minggu lepas!

Kalau mereka terus begitu, para pelajar akan ‘tertutup hati’ belajar dengan mereka, dah asyik berbirat telinga dengar herdikan dan perli mereka.

4) Cikgu Penglipur Lara

Aku sangat setuju ada baiknya sekali sekala para guru bawa topik perbincangan yang sedikit lain atau lain terus dari topik pelajaran, tetapi kalo 10 minit bab topik, dan yang selebihnya cerita pengalaman hidup dia atau cerita-cerita ringan yang lain, it doesn’t serve the purpose! Last-last yang ingat ialah cerita pengalaman dia ke Hawaii la, cerita nostalgia dia sebagai pelajar la. Nota pelajaran satu sem 5 muka surat je. Itu pun penuh dengan muka doraemon, dik cerdas, mickey mouse, hasil lukisan sendiri time professor tengah cerita pengalaman dia menjelajah dunia.

Bende ni cam chickedis, makan sikit sedap la, tapi kalo makan banyak-banyak jadi muak dan memudaratkan. Pastu kalo pelajar tidur kena marah pulak tu. Aik, yang cikgu cerita tadi tu bukan bedtime story ke?

Dan jenis-jenis cikgu yang lain (korang ada yang nak tambah lagi ke?). Sayang, mereka ini semua ada ilmu yang menggunung tinggi, tetapi aku fikir cara ilmu itu nak disampaikan tak berapa kena. Kadang-kadang nampak dari raut wajah diorang yang diorang malas nak mengajar hari itu. Raut wajah boring.

Boring tu berjangkit. Kalo kita boring untuk menyampaikan ilmu tersebut, inikan lagi orang yang menerima…”

Nasihat Ustaz Hasrizal pada aku. Sungguh bermakna!

Note to myself: Luqman, bila jadi tenaga pengajar nanti jangan jadi macam contoh-contoh di atas!

Di part 3 artikel ini, aku cuba bagi korang contoh-contoh pengalaman diri sendiri belajar dengan pendidik (dalam bidang sains terutamanya) yang bagi aku cream of the cream. Mereka punyai ilmu DAN bakat mengajar. InsyaAllah satu hari nanti aku ingin jadi seperti mereka.

[End of Part 2 of 4]


Responses

  1. Dari hati jatuh ke hati.
    Pentingnya lah kan untuk orang yang mengajar tu menjiwai apa yang nak di sampaikan tu~

  2. salam saya ada satu lagi
    cikgu yang mengajar diri sendiri…hmm
    xde pelajar yang dengar…

    artikel menarik….
    =D

    • @ cucutokjanggut: betul betul betul!
      @ KA: salam. haha, ada juga camtu!

  3. memang betul.. cara cikgu2 sampaikan ilmu pon penting jugak supaya menarik minat orang nak dengar dan mereka mudah faham..

    saya pun nak tambah lagi satu jenis cikgu… cikgu yang mencuri masa pelajarnya.. dalam erti kata lain, tak ikut jadual yang dah ditetapkan.. suka hati nak masuk dan keluar kelas bila.. macam kite ni takde keje lain pulak nak buat…
    bila cikgu masuk lambat, pelajar bengang sebab dah tunggu lama.. bila dah bengang, ilmu pon susah nak masuk.. bila dah habis waktu, buat dek je pulak…panas2… (alamak, terbuat luahan perasaan pulak..hehehe..)

  4. memang x dinafikan ada guru-guru yang seperti itu,nama pun manusia, kadang2 sampai student x boleh belajar (contoh tambahan: cikgu yang terlalu cepat panas)… apapun krn kt juga manusia, kt cuba cari penyelesaian dalam aspek kt sbgai pelajar, cari alternatif lain untuk perbaiki kefahaman dalam subjek tersebut.adab dengan seorang guru jgn dipandang enteng. keberkatan itu penting.sebagai guru pula, jgn terlalu lpas tgn dlm tanggungjawab ‘mendidik’ walaupun kt mempunyai pelajar yang mempunyai iQ yang tinggi(disebabkan kamu pandai, kamu cari lah sendiri) @ rendah(suka kamu la, nk belajar, belajar, x nk bukan masalah sy). “kerana kita semua manusia”

  5. salam singgah buat yang menulis ^^

    makin tinggi belajar,makin banyaklah jenis2 cikgu yang kita jumpa..ada yang kita suka,ada yang kita kurang suka…ada yang suka kita,dan tak kurang juga yang sebaliknya…tapi,semua itu yang buat kita lebih peka dan kenal tentang insan sekeliling kita ^^

    walau apapun cara seseorang cikgu tu mengajar,kita terima sahaja…kerana dialah perantara antara kita dan ilmu….tapi,ada satu jenis cikgu yang Damai agak tidak berminat caranya…iaitu cikgu yang pilih kasih…aduhai,kadang2 rasa putus asa dan malas nak belajar,sebab murid yang disayang itu juga yang akan dipandang…huhu Ya Allah,ampunkan daku…

    ~~tiba2 teringat nasyid ‘lilin seorang guru’ ^^ ~~

    • @ yem^^: curi masa ni, susah saya nak terima gak. macamana nak berkat gaji kalo masa yang patut diajar diambil sambil lewa. isk isk isk…rileks yem^^, jangan emo. hehe😀

      @ ina: cikgu baran..hoho,sejak masuk univ ni takde la pulak. ya benar, disiplin sebagai pelajar kena jaga. bab pendidik, memang suatu yang susah untuk selaraskan penerimaan ilmu terhadap para pelajar yang pelbagai tahap. cuma seperti saya sebut, ada yang berusaha, ada yang tak. yang berusaha, walaupun mungkin akhirnya kurang berhasil, amatlah dihargai.
      @ damai: salam. oh, cikgu pilih kasih. lagi sakit hati kalo yg terang-terang. kena bersabar je la…

  6. gaji tak berkat satu hal, pastu tak mintak maaf pun sebab datang lambat.tak professional… =(

    tapi, apa2 pun dia masih cikgu kite… kena lah hormat jugakkan… kalau marah2 ni, tak berkat pulak ilmu… masalah lain pulak yang timbul..huhuhu…

    (sebenarnya ade jugak mengadu ke pihak atasan tentang pensyarah yang curi masa ni.. tapi setakat ni, takde tindakan yang diambil pon.. hurm…)

  7. Aku anggap entri ni, sebagai luahan ikhlas dari seorang yang pernah bergelar pelajar, dan bakal menjadi seorang pengajar. Ramai yang takut menegur guru, seperti takutnya akan duduk si sultan. Sedangkan, kalau ditegur, situasi bertukar ke lebih baik.

    Murid tak suka melabel cikgu begitu dan begini. Tapi, segelintir mereka memberi ruang untuk mereka dilabel.

    Aku nak tambah senarai.

    Cikgu panas berapi: Cikgu yang terbawa-bawa dengan masalah peribadi dalam urusan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Marah yang tidak bertempat, contohnya tersalah sebut nama cikgu, terus dibaling kasut dari jauh. Aku pernah kena.. ;_(

    Cikgu Mat Bunga:
    Dengan murid perempuan, layanannya alahai lembut selalu. Senyum bermadu. Dengan murid lelaki, cebik mencuka, suara ke laut perginya.

    p/s: Cikgu yang tak tepat masa *(dalam komentar kau itu), tambahkan terus ke senarai dalam entri. Jangan terlepas poin. Hehe.

  8. kamu bakal pengajar? really? .:shock:.

    macam ni la, apa kata kita back to basic bak kata Luqman sendiri dulu (hehe). manusia ni pelbagai ragamnya. jadi, kaedah penyampaian juga pelbagai la juga. jika di universiti, kita boleh guna kaedah mix and match, pilih lect yang kita suka. tapi, kalau di sekolah, huhu ngadap la juga (yang ni, cikgu kena ada environment sensitivity yang tinggi.

    saya suka spesis cikgu sempoi :
    pembelajaran disampaikan secara bersantai, aplikasi persekitaran – pelajar pun mudah faham. bukan ke itu kualiti yang diperlukan, pemahaman bukan penghafalan. pembelajaran yang terlalu terikat dengan teori ni, kureng sket la (bermain dgn fakta, bukan persekitaran)

    saya suka ayat seorang lect saya, ‘just treat this class as your playground’

    • @sangpelangi: adus, cikgu panas berapi. ntah camne la dia dgn anak2 dia..huhu.

      @iliana: nice quote from your lect! mmg cikgu sempoi semua murid suka, cuma kena muhasabah blk, sempoi2 diorg, tersampaikah misi diorg? bg saya, kalo cikgu strict pun, asal dia pandai menyampaikan naruhodo factors kepada semua, itu sudah cukup bagus. yup, bakal pengajar. bakal ajar anak2 sendiri nanti…heh heh.:D

  9. kita semua adalah guru… pada diri kita dan juga orang lain, YOU are my TEACHER because i learnt something from this blog tq.. guru yang baik akan sentiasa muhasabah diri bukan syok sendiri. Ada satu lagi jenis guru yang murid saya berikan GURU YANG HAPPENING

    • @ilina: salam ukhwah. betul tu, kita semua adalah guru🙂

  10. have you ever think, maybe they were really into ‘teaching will all their hearts’ once upon a time, and maybe they got tired of it coz after all those years, the students weren’t listening even he/she taught with passion..

    I think that’s also a reason why teachers lost their magic in teaching..teaching became a ‘work’, not a ‘passion’ anymore..

    • that maybe the cause. cuma saya rasa kalo memang cikgu tu ada passion, saya yakin akan tersampai juga kepada sekurang-kurangnya beberapa orang muridnya. sebab let’s face it, tak semua orang suka subjek sains, atau sejarah, etc. jadi memang misi cikgulah untuk bagi subjek tu menarik. kat sini perlu juga kepada communication skills, selain passion.
      saya yakin kalo ada passion, kerja apa2 pun boleh jadi menarik. pernah dengar kisah lelaki yg kerja sebagai nurse, tp sbb tu passion dia, tiap-tiap pagi tak sabar2 nak gi kerja!😀

  11. awak bakal pengajar jugak ke? hoho.. same here. tapi mengajar di universiti ye?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: