Posted by: y4ku24 | March 4, 2009

The Naruhodo Factor Part 1

4 tahun yang lalu, aku menerima satu nasihat yang amat berharga dari seorang senior. Dia cakap nasihat itu diterima daripada seorang professor Jepun di Universiti dia. Nasihat professor itu cukup simple, tetapi penuh bermakna:

“Kalau kamu belajar sesuatu tetapi tidak sampai ke tahap kamu menyebut ‘naruhodo!’, maka kamu tak belajar apa-apa…”

Apakah maksud naruhodo?

Kepada korang yang tahu/sedang belajar Bahasa Jepun, mungkin korang familiar dengan istilah ini. Jika diterjemah secara langsung kepada Bahasa Inggeris, korang akan dapat perkataan ‘indeed‘. Hm, macam tak berapa kena. Sebab rata- rata orang Jepun atau pelajar Malaysia di Jepun akan guna perkataan ‘naruhodo!’ ini dengan maksud ‘oh begitu!’/’patutlah!’/’so that’s it!‘.

Perkataan ini selalunya digunakan apabila kita memahami sesuatu dari penerangan orang/mempelajari sesuatu yang baru, atau apabila teranjak paradigma (cara kita melihat sesuatu) diri sendiri. Ianya tidaklah se’gah’ perkataan ‘Eureka!’, sebab eureka lebih kepada penemuan besar barangkali.

Tapi bagi aku perkataan naruhodo ini meraikan perkara-perkara kecil dalam kehidupan yang mungkin kita selama ini ambil acuh tak acuh, tetapi terbuka minda apabila mengetahui tentang hakikat sebenar/kebenaran. Cuma ianya of course kena datang dengan sendiri tanpa diundang la, bukan sekadar sebut sahaja. Tak yah sebut pun takpe, asal rasa feeling terpandai skit dah cukup!

Mungkin sedap juga jika digelar situasi ini The Naruhodo Factor (selamba badak air je aku reka teori sendiri).

Aku bagi korang contoh simple ‘naruhodo factor’ yang aku perolehi baru-baru ini*:

Aku rasa korang semua kenal dengan Arqam bin Abi Al-Arqam kan? Kepada yang tak kenal, beliau adalah sahabat Nabi s.a.w. yang telah menjadikan rumah beliau sebagai tempat untuk Nabi berdakwah secara senyap-senyap pada awal kedatangan Islam di Mekkah.

Bila kita sebut ‘senyap-senyap’, bermaksud ianya perlu dirahsiakan dari pengetahuan umum tentang tempat, malah orang yang terlibat dalam ‘misi’ ini, betul tak? Jom kita tengok balik nama sahabat tersebut. Arqam bin Abi Al-Arqam. Dalam Bahasa Arab, perkataan ‘Abi’ bermaksud ‘Bapa’. Jadi nama sahabat tersebut menjadi Arqam anak lelaki (bin) bapa Al-Arqam!

Nama bapa Al-Arqam tidak dikenali! Sebab apa? Sebab begitu tinggi kerahsiaan Nabi s.a.w. dan para sahabat ketika itu, sehingga nama sebenar tuan rumah sampai sekarang kita tak tahu! (Barangkali di tanah arab ramai orang bernama Arqam, jadi susah nak kantoi)

Naruhodo! (Oh patutlah!) Kita belajar sirah Nabi ini sejak kecil, tapi aku tak pernah terlintas pun tentang perkara ini!

Baru-baru ini pun aku telah merasai satu lagi anjakan paradigma yang cukup menakjubkan. Punyalah kuat pengaruh informasi tersebut, sehingga tercipta satu kata-kata cam bes: Ditampar kebenaran. Ya, aku ditampar kebenaran. Sakit pulak tu! (Selamba tapir je aku reka perkataan sendiri.)

Kalo korang perasan, entri-entri blog aku ini banyak juga isinya tentang naruhodo factors, semuanya asal dari diri sendiri merasai ke’naruhodo’an perkara tersebut. Dan disebabkan selalunya naruhodo factors ini sesuatu yang bila kita rasai akan terasa nak sebarkan kepada orang lain, maka aku muatkannya di dalam blog tak seberapa aku ini. Terasa puas bila dapat berkongsi.

Aku sedia maklum entri-entri aku bukanlah penemuan hebat. Bukan juga teori bombastik. Tapi aku harap ia sekadar cukup untuk membuat korang sengeh sorang-sorang sambil berkata ‘Ooo,camtu rupanya…!’, sambil angguk-angguk tanda setuju. Korang akan lagi puas jika disebarkan kepada member korang yang lain. Tapi bila aku sebut sebarkan, yang aku maksudkan ialah maklumat tersebut la, bukan blog aku! (Tapi kalo nak sebarkan blog aku pun boleh gak. Ehem..) Kita dapat pahala berterusan, member dapat ilmu bermanfaat yang baru insyaAllah.

Kepada mereka yang ada naruhodo factors unik  hasil pembacaan/penemuan sendiri yang ingin dikongsikan bersama di dalam blog aku, aku terima dengan tangan yang terbuka. Sepenuh kredit aku akan bagi kepada korang, jangan risau!

As conclusion, let’s find the naruhodo factors in everything that we are learning, be it our studies or our interests. It will reveal to you the pleasures of finding things out!

=========================================================

* Dari program Summer Camp 2008 ‘Bukan Kerna Nama’ yang dibawa oleh Ustaz Hasrizal a.k.a. Saifulislam. Boleh ikuti pengisian beliau di ikon Bukan Kerna Nama di sebelah kanan entri ini.


Responses

  1. I see… ( naruhodo gak ni )

    Agak-agaknya tuan rumah ni,

    1. Faham sesuatu yang baru –>> oh, naruhodo…
    2. Tiba-tiba, Aha! —>> nak tulis dalam entri baru lah/ nak kongsi lah.

    Betul tak? Hehe.

    Naruhodo factor dengan Aha! factor. Aha! factor banyak artikelnya dalam internet, tapi tidak naruhodo factor (mungkin yang pertama barangkali). Kalau rajin skit (ke banyak?), boleh tulis buku🙂 . Wat cam The Tipping Point dan adik-beradiknya tu.

    By the way, dah baca dah buku The Tipping Point tu. Thanks for the recommendations. Best! Nak baca next plak…

  2. salam…

    membaca entry kali ni, mmg teranjak paradigma… mungkin sedikit yang saya nampak seseorang yang mengalami tanda-tanda ‘naruhodo’ ni adalah seseorang yang banyak memikirkan sesuatu secara positif (tp x semestinya berfikir secara -ve tu salah)…

  3. salam Luqman..

    wahhh tiba-tiba jadi bersemangat untuk terus mengembara mencari ilmu. itulah kekuatan Warung Kampung ini, memberi manfaat setiap kali membaca..saya link kan di blog saya, kira sebarkanlah tu kan kan..

    insyaallah blog akan jadi medan perkongsian ilmu..

    • @inda: erm, boleh dikatakan begitu, cuma tidaklah semuanya baru sekarang jumpa! sekadar sedikit pemerhatian diri selama ini. sebelum ini pun takde blog saya bercerita kepada org juga, cuma kali ini cuba memanfaatkan blog utk sebarkan.😉
      seperti ‘eureka’ mungkin ‘aha!’ factor lebih kepada penemuan/idea baru. bagi saya la (yg bukan major bahasa ni), naruhodo factor ni boleh guna utk sekecil2 benda, termasuk apabila kita memahami sesuatu ilmu yg pernah belajar dgn lebih mendalam.
      p.s.: thank you also for the recommendation of the ‘The self deception’ book. very nice ‘paradigm shift’ book!😀

      @ ina: salaam. benar kata saudari. teori2 agung sains timbul kerana para saintis BERTAFAKUR dengan persoalan terhebat: WHY?

      @ nurfatihah: terima kasih kerana menziarah. salam ukhwah. jgn segan2 utk memberi komen/pendapat ye!🙂

      @ iliana: salam. menuntut ilmu itu tuntutan agama tercinta jua. thank you for the link!🙂

  4. salam…

    ‘naruhodo factor’=kepuasan menuntut ilmu.. betul tak??
    kadang2 sesuatu ilmu tu kite terima je tanpa banyak soal… kalau macam ni, susah sikit la nak dapat factor ni. kan?
    sebab factor ini didorong dengan rasa ingin tahu yang mendalam yg buatkan kite mencari apakah sebabnya sesuatu itu terjadi…

    seronok dapat naruhodo factor ni, rasa puas sebab rasa pandai sikit.. hehe…

    p/s: best artikel nih… teruskan berkongsi ilmu yer.. =)

    • salam. betul betul betul!😀

  5. NARUHODO~

  6. Salam tuan rumah..

    Oh..begitu maknanya ya..

  7. emm macam mana intonasi penyebutan ‘naruhodo’ tu ye…

    • @ibnurashidi: salam ibnurashidi. terima kasih kerana menjenguk.🙂
      @ibkembai: Bahasa Jepun dari segi sebutan kebanyakannya sama dengan sebutan Bahasa Melayu. Jadi sebutannya na-ru-ho-do!😀

  8. […] kesimpulan dan apa yang boleh kita ber’naruhodo’ (apa maksud naruhodo boleh lihat entri ‘The Naruhodo Factor’ aku sebelum ini) dari entri ini aku simpulkan di dalam Part 2. Kalo dah baca Part 1 ni, tak sah […]

  9. […] mengikuti siri 'The Naruhodo Factor' ini, bolehlah merujuk keempat-empat siri sebelum ini, iaitu Siri pertama, siri kedua, siri ketiga dan siri keempat. Tapi sekiranya korang malas nak baca artikel sebelum ini […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: