Posted by: y4ku24 | February 18, 2009

A is for atom

[Update blog: Kata tak nak tulis, akhirnya tulis juga. Hampes. Tapi kali ini sebab nak perkenalkan video saja, jadi tak memakan masa. ]

Seorang saintis terkenal dunia dan pemenang Anugerah Nobel dalam bidang fizik, iaitu Richard P. Feynman (pasal dia ini aku cerita di entri akan datang) pernah berkata:

“Sekiranya atas sebab tertentu SEMUA ilmu sains dihapuskan, dan kita hanya mampu menurunkan SATU AYAT sahaja kepada generasi akan datang, apakah kenyataan (ilmu sains) yang mempunyai paling banyak informasi dan disebut dengan perkataan yang paling ringkas? Saya percaya kenyataan itu adalah Fakta Atom atau Hipotesis Atom, iaitu

‘semua benda diperbuat daripada atom- zarah kecil yang bergerak secara konsisten, menarik antara satu sama lain apabila sedikit berpisah, tetapi menolak antara satu sama lain apabila dihimpitkan bersama’

Maka hanya dari kenyataan di atas, terlampau banyak informasi tentang dunia yang boleh kita garap, sekiranya ditambah sedikit imaginasi dan tafakur.

Ada beberapa readers yang ingin tahu bidang yang sedang aku ceburi. Senang cerita, aku sedang research bab nuklear. Bukan bom nuklear (banyak orang salah faham!), nuklear as in nukleus, atau atom, bab ‘basic‘ dalam sains tulen. Basic sebab ia adalah asas semua jasad di alam semesta. Menarik tu memang menarik, tapi kompleks tak hingat!

Bagi memahamkan para readers tentang bidang aku (dan tak memeningkan korang), aku rasa elok lihat saja video di bawah. Penerangan dia cukup bagus, tapi sebab ianya dalam Bahasa Inggeris, mungkin ada tempat yang susah sikit nak faham. Jangan segan nak ulang semula kalau tak faham. Take you time!

Sebab apa aku bangkitkan benda ini adalah supaya kita sama-sama bertafakur sebentar, memikirkan tentang alam semesta ciptaan Tuhan ini.

Semua benda asasnya sama: Atom yang ada neutron, proton dan elektron (kalo tak faham atau tak ingat, jangan risau, akan diterangkan dalam video tu nanti). Tetapi dengan hanya berbeza bilangan neutron, proton dan elektron, kita dapat semua jasad di dunia ini!

Dari sekeras-keras benda kepada selembut-lembut benda.

Dari seberat-berat benda kepada seringan-ringan benda.

Dari selutsinar-lutsinar benda kepada yang tak lutsinar.

Semua asasnya sama!

Cuba korang fikir dalam-dalam tentang fakta ini. Pasti korang akan kagum dengan Penciptanya. SubhanAllah!

Okeh, tanpa membuang masa, terimalah, A is for atom. Jika ada part yang kurang faham, boleh kita bincangkan bersama. [Setiap part dalam 7-8minit]


Responses

  1. hanya dengan satu perbezaan bilangan neutron, suatu bahan boleh bertukar daripada keadaan yang stabil kepada keadaan yang tidak stabil (radioactive)…sedia maklum, bahan radioactive adalah bahan yang berbahaya kepada hidupan/manusia…tetapi Maha Suci Allah, itulah bahan yang digunakan untuk meng ‘diagnose’ sesuatu penyakit dlm diri kt, wujudnya ia adalah untuk membantu kt… untuk mendalami bidang ini, boleh la search ‘medical physics’ or ‘radiation biophysics’ or ‘nuclear medicine’ etc… bidang2 ini lebih tertumpu kepada aplikasi dalam bidang perubatan…

    ‘ satu2 bnda buruk yang datang kepada kita, kekadang kita lupa untuk melihat hikmahnya ‘

    • @ ina: thanks for the additional info! cuma kenyataan terakhir tu mungkin saya kurang setuju, sbb stereotype kita nampak bahan radiasi ni ‘benda buruk’. bg saya, radiasi sama je spt pisau. kalo baik penggunaannya, kita dpt manfaat, kalo sebaliknya, kita dpt keburukan. tp secara amnya, kita x sebut yg pisau ni ‘benda buruk’ bukan?:D tp tak salahkan sesiapa, sbb 1st word kita dgr psl nuklear nih ialah nuklear bomb! samalah kalo omputih dgr islam dr tindakan teroris!😉

      @adam: fuh. setelah mencari,alhamdulIllah terjumpa semula🙂 berkenaan subjek quantum dan atom, cuba bukak google video, pastu type ‘Particle physics for non-physicists’. ini bukan video animasi, n bukan video ringkas. video ni adalah kelas fizik utk mereka yg belajar fizik SEMATA-MATA NAK belajar (life-long learning). so, mmg senang nak faham. agak pjg, so kena cekal, ataupun cuba carik apa yg diingini dlm part2 dia. enjoy!😀

      @yem^^: betul tu, kalo cikgu2 fizik guna video2 spt ini, sudah pasti lebih senang utk difahami! [Perhatian cikgu2]😀

      @hakima: terima kasih atas penambahan dan peringatan ttg hadis tersebut. byk lg rasanya video2 spt ini yg boleh dimanfaatkan dlm kelas. lg2 bab camni, sbb terlalu kecil utk perhati sendiri dan perlukan imaginasi! kalo imaginasi murid2 lain dgn yg sepatutnya, maka murid tu akan silap la tafsiran smpai abis belajar!

      @’atiqah jasni: salam.semoga bermanfaat!🙂

      @sangpelangi: mmg entertaining vid tu. jgn risau utk ulang, in the end utk diri sendiri faham juga! saya berulang kali tgk, satunya ada part yg tak berapa jelas, satu lg sbb nak belajar cara video tu mengajar supaya org mudah faham!😀

  2. bro, nk tny sket. ada tak rujukan² atau vid yg terang cara mudah quantum mecanik dlm atom?
    setahun dulu ada sentuh sekejap, tp kurang paham.. berminat gak nk tau..

  3. wah, menarik video nih.. walaupon kena tunggu lama nak upload, tapi berbaloi..hehe…

    teringat pulak masa blajar psl atom, electron, radioaktif masa kat skolah dulu. kalo dapat tonton video ni masa belajar dulu, mesti lagi senang nk faham… saya ade jugak blajar sikit2 pasal radioaktif yg guna untuk tujuan perubatan@diagnosis..
    kagum dengan kekuasaan Allah yang menciptakan sesuatu pasti dengan tujuan dan hikmahnya.. tanggungjawab kita lah samada nak guna untuk tujuan yang baik ataupon sebaliknya… (^_^)

  4. subhanaLlah…maha suci Allah yang menciptakan segala-galanya atas muka bumi ini utk manusia manfaatkannya.. hatta sebesar biji atom.. teringat pada kalimah atom @ zarrah dlm surah yg biasa kita hafal kecik2 dulu.. ‘brgsiapa yg bbuat kebajikan dia akan lihat (hasilnya d akhirat). dan brgsiapa yg bbuat kejahatan dia juga akan lihat (hasilnya)’..lihat, betapa benda yg paling kecil pun ada nilainya.. bahkan amat bernilai. dari sebiji atom, boleh menghasilkn se’biji’ giant yg amat2 kita plukn.. thanks, bro ats pdedahan.

    syukran for da video.. boleh buat ‘selingan’ bahan pengajaran buat anak2 murid saya.. wah, satu video dah bleh cover subject chemistry form4 chapter2 and physic form 5 chapter 4..moga bmanfaat.. thanks a lot..arigatou!

  5. salam..
    menonton video tu sepeti menonton animasi ‘superman’.satu bentuk revision bagi subjek 物理、物理化学 dan 無機化学..
    syabas saya ucapkan..

  6. Haha. Kadang-kadang aku tergelak dengan telatah Prof. Atom tu.
    Pandailah pembuat dokumentari ni. Tak mudah bosan. Ada juga yang aku tak faham dan ulang banyak kali baru faham.

  7. Brader kenkyu(research) pasal apa ye?

    Dulu aku `blank` dengan uncertainty principle,heisenberg,schrodinger ,double slit experiment.Mungkin sebab dalam bahasa jepun(alasan).Tapi sebenarnya aku rasa mungkin sebab sensei biasanya suka setsumei(explain) dalam bahasa matematik yang lagi la tak paham.Menerangkan sesuatu yang tidak difahami menggunakan bahasa yang saya kurang faham !(Macam kes ajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris).

    Tapi sejak`dipunggah` youtube dan internet,rupanya banyak video yang menerangkan konsep yang susah dalam bahasa `layman` seperti aku nih.

    Subhanalllah kan ,bagaimana teori fizik/sunnatullah berubah apabila skala dikecilkan ke dunia atom.Gyaku ni ieba(reversely speaking?),Ada kemungkinan hukum alam yang berbeza juga wujud apabila skala dibesarkan secukupnya (universe?..rupanya ada banyak universe toka?)….apa aku merepek nih…

    • salam bro.
      aku research psl ‘radiation effects on materials’. pening gak ar. tp time blajar quantum mechanics dulu, agak blank juga tajuk2 tu. tp selain youtube spt yg ko ckp, kelebihan di jepun ni juga selain buku ‘formal’ yg sememangnya boring, byk buku2 ‘life-long learning’ yg boleh kita carik di kedai utk mudahkan pemahaman. psl ni pun insyaAllah ada masa nanti aku nak cite gak, walaupun ko sendri mngkin dah tau!😀

  8. salam..
    kebetulan baru habis shiken 原子力..
    interesting video…..alangkah bagusnya kalau semua jugyou pakai video macam ni ….

    thank you for sharing this video ^_^

    • @eyeme: salam. your welcome!
      @iliana: salam cik iliana. hm, boleh juga ye guna kat manusia. take your time tgk video tu, bukan utk periksa, utk tingkatkan pengetahuan sendiri.🙂
      @abidasman: salam. your welcome!

  9. salam en.luqman..

    wah, masuk dah kepakaran dia..hehe..ilmu harus dikongsikan bersama kan..

    ayat yang di’bold’ tu, sangat menarik, saya suka (^_^) jika difikirkan, manusia juga seperti atom kan..bila ada sedikit jurang, perjalanan persahabatan lancar (tak banyak masalah), kalau terlebih rapat, fuhhh~ boleh jadi masalah lain tu..

    video macam tu harus diperbanyakkan..senang sikit nak faham. tunggu en.luqman la pula yang buat hehe..

    p/s : akhirnya berkesempatan juga untuk membaca entri ni..tapi, pencernaan saya tu pastinya kurang berbanding orang dalam kos ni. jadi, tak berani nak komen sangat..

  10. salam..
    em..4 dis entri…btol3..mmg cover bab atom n radioactive..thanks 4 showing me dis video…it helps mse nk revise spm dlu..thanks bro..

  11. its ok…perbezaan pendapat itu biasa untuk menjadikn kt lbih baik… =)

  12. salam…
    thanks a lot en.Lokman for the vid of atoms above!
    really appreaciate them!

    (^_^)V

    • @candle lilly: salam. you’re welcome. er, selalu org silap, ejaan nama saya LUQman ye..hihi.

  13. oppss..!!!
    sorry.. i don’t mean it…
    ok, En. LUQman, next time i’ll b aware!

    (^_^)V
    smile in peace!
    >for Palestine???

  14. nak maklumat lanjut layari blog ini…byk cite psal proton exora…..n bagi pendapat anda..

    http://prodas.wordpress.com/ (msg dari y4ku24: website ini tiada kaitan dengan entri atom ni. harap maklum)

  15. Salam, awak budak sn nuc ke?? thn bape??

    • salam perkenalan Bella. yup, saya budak sn nuc, Masters 2nd year. pun begitu, research saya tak deal secara langsung dengan bahan radiasi. cuma mengkaji radiated samples.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: