Posted by: y4ku24 | February 13, 2009

y4ku24 the Cartoonist

[Nota: AlhamdulIllah, akhirnya sampai juga ke entri yang ke-50! Fuh, baru 50 dah termengah-mengah. Terima kasih semua atas sokongan dan komen-komen yang konsisten dari kalian. Wa caya sama lu! Kalau ada jumpa di KL nanti, boleh aku belanja kopi di warung yang real!]

Memandangkan ini adalah artikel yang ke-50, aku nak tuliskan ranking top 5 most viewed articles di warungkampung. Kepada readers yang tak baca lagi bolehlah cuba belek-belek, semoga bermanfaat:

1) TMF: The Hidden Messages in Water

2) TMF: Genius Muhammad bin Abdullah di dalam Peristiwa Perjanjian Hudaibiyah

3) Parenting Tips: Antara Ayah dan Alex Ferguson

4) Let’s learn the Scottish slang/accent!

5) Kenduri oh kenduri

Nota: ‘Diriku’ termasuk most viewed juga, tapi itu tak kira sebab itu bukan entri!

Kalo korang pernah baca entri-entri di atas, korang sudah pasti tahu yang (1) dan (2) adalah entri ‘berat’, (3) adalah entri ‘sedang berat’ (bentuk cerita), dan (4) dan (5) adalah entri ‘ringan’.

Suka aku nyatakan seperkara berkenaan ini. Walaupun banyak artikel aku berbentuk entri berat, aku harap korang tahu yang aku ni bukanlah seserius yang korang sangka. Serius tak tipu! Sesiapa yang pernah ber’tepuk tampar’ dengan aku (dalam erti kata lain, kalau dia tak tepuk tangan kat lawak aku, aku tampar dia) akan tahu yang aku ini budak sempoi je.

Jadi sempena entri ke-50, aku pun nak rehatkan diri dengan entri yang santai. Kisah sejarah aku dengan komik, dan bagaimana aku suatu ketika dahulu pernah ‘publish’ komik sendiri dua kali! (Tak caya sudah, mak sedara kau Cik Bedah…) Siapa yang sudi baca monolog kisah hidup aku dulu, silakan membaca…

Bulan ini bulan eksperimen, research dan presentation di lab. Jadi sempena masuknya aku dalam lab-mode, entri blog ini aku berhentikan seketika. Harap maklum. (P.S.: TMF aku cuba keluarkan 2 kali bulan depan, kalo mampu!)

* * * * *

Dragonball

Dragon Ball

Aku minat komik sejak kecil. Mungkin sebab dibesarkan dikalangan saudara-saudara yang minat komik (siap seorang tu jadi pelukis komik terkenal lagi!). Waktu era ‘penjajahan’ Dragon Ball (DB) di tanah Malaysia dulu, ada sedara yang sanggup menyorok di dalam almari untuk baca DB, sebab sedara-sedara lain suma kaki pinjam tapi takmo beli sendiri (aku la tu)!

“Baru nikmat baca, sebab takde orang tanya ‘dah abis baca ke belum?’!” dia cakap.

Manga/komik fever time aku kecik dulu cukup hebat, sampaikan pernah sekali aku dan sedara aku pakat buat komik sendiri! Time ni baru masuk sekolah rendah, bab lesen ke, kelulusan jabatan penapisan negara ke, peduli hape kitorang, janji dapat jual.

Maka terciptalah sebuah kompilasi komik lawak. Nama komik tak ingat la pulak, tapi salah satu komik ala-ala ‘lawak antarabangsa’ yang aku buat time tu ialah cerita seorang mamat rock yang dipaksa azan. Azan punya azan, sampai ke kubah masjid retak, sebab kenyaringan suara mamat tu!

Ya, tak lawak pun. Tapi untuk budak sebaya aku, lawak camtu lawak sih! Aku pun syok sendiri sebab dapat buat lawak segenius itu. Terer jugak aku nih buat lawak…

Yang besnya, kami berjaya jual komik tu kat satu kedai mamak di depan rumah sedara aku. Tak ingat berapa dia bagi, tak silap aku RM5. Banyak tu bagi budak sekolah rendah. Jumlah naskah terjual: Satu je la, sebab kitorang time tu ingat mamak tu yang akan print dan ‘publish‘kan untuk kitorang. Tapi terharu juga la bila fikir balik, boleh mamak tu layan kerenah kitorang! Nandre (trimas) mamak!

The Beano dan The Dandy

The Beano dan The Dandy

Itu satu bab. Bisnes komik aku tak berhenti di situ. Ketika bersekolah rendah di Scotland, aku sangat suka membaca dua komik mingguan kanak-kanak di UK: The Beano dan The Dandy. Dua-dua ini harganya dalam 40pence duit sana. Kalau ikutkan memang tak mahal, tetapi disebabkan kami adik beradik tidak dapat pocket money sebab bekalan makanan tengahari selalunya bawak dari rumah (made by my loving Ummi, of course), jadi duit takde. Mintak kat Ayah, Ayah tak bagi. Tapi mungkin korang dah perasan sifat Ayah aku, beliau memang suka ajar anak-anak berdikari. Nak duit, cari sendiri!

Salah satu yang aku dan adik beradik aku buat ialah tolong Ayah buat part time job edar sokkaba ke flat omputih dengan memasukkan sokkaba tu dalam tempat masuk surat di pintu. Dapatlah sikit poket money dari situ. Tapi itu tak mencukupi, sebab majalah Beano dan Dandy adalah majalah mingguan! Jadi perlu cari cara lain. Hmm…

Fikir punya fikir, aku perasan yang bebudak kelas aku anggap aku ini terer melukis. Pada standard bebudak sana, lukisan aku lawa la. (Walaupun bila balik Malaysia baru aku tahu tinggi rendah langit dan bumi bila compare dengan lukisan sedara lain!) Jadi dari situ sekali lagi timbul bab idea membuat komik. Idea buat komik ni asalnya kena perli dek abang aku, sebab lukisan aku tak lawa berbanding lukisan dia. Tapi akhirnya dia naik respek sebab aku boleh konsisten buat setiap minggu. Mana taknya, malas-malas tak dapat beli komik! Nak hidup kena ‘kerja’ beb!

Tapi timbul beberapa masalah:

1) Mana nak dapat kertas, sedangkan duit takde?

Sebab Ayah aku tengah buat PhD beliau di sana, jadi banyak juga kertas-kertas reject terhimpun di rumah. Nice! Sebab sebelah sahaja yang tertulis, jadi aku guna selotape untuk lekat kedua-dua belah, supaya bahagian yang tak tertulis apa-apa berada di depan dan belakang. Gabungkan dalam 5 helai kertas camni, dapatlah komik putih 10 helai! Sekarang cuma perlu kisah komik pelbagai variety pula…

Lalu terciptalah beberapa watak komik yang aku dapat idea dari beberapa sumber. Antaranya:

Komik #1: COMMANDO; Kisah seorang wira askar yang hebat (sah sah tiru Rambo!)

Komik #2: RICK ROVER; Kisah pemain bola handal (ditiru dari komik berkonsep bola bertajuk Roy of the Rovers!)

Komik #3: FRIGHT NIGHT; Komik lawak berkonsepkan hantu (dapat idea dari salah satu komik dalam The Beano)

Semua ini aku kompilasikan dalam setiap keluaran mingguan.

2) Tapi persoalan besarnya ialah, ada ke orang nak beli, dan camne nak promote?

Nak suruh orang beli kena ada pulling factor, dan dalam komik tu aku telah tampilkan ‘grand master plan’ aku. Untuk dapat popularity di kalangan member sebatch, aku telah mencipta satu kisah komik yang grand, tak lain tak bukan, komik yang berkait dengan kitorang di sekolah!

Judul komik #4 (komik utama):  THE FIVE EXPLORERS; Kisah 5 orang budak sekolah rendah yang mendapat special power untuk menjaga keamanan manusia sejagat! Siapa hero-hero komik tu? Siapa lagi kalau bukan aku dan member-member aku! Ya, aku pernah jadi super hero satu ketika dahulu! Korang jangan jeles. Haha. (Dapat idea budak jadi super hero dari filem omputih lama)

Komik aku itu jadi instant hit! Semua bebudak lelaki bertanya tentang The Five Explorers*, dan ada juga yang kecewa sebab tak dapat masuk dalam team super hero tu. Aku tak nak ubah tajuk komik tu untuk tambah ahli dalam team, tapi dalam masa yang sama kesian juga member yang nak ‘masuk’ jadi superhero.

“Ala, jangan risau, episod yang akan datang, Alan (salah seorang member aku) akan mati, dan ko akan ganti.”

Selamba badak je aku cakap. But to say the least, it is my comic! Suka hati hidung aku lah nak masukkan sesiapa dalam team!

Okeh, promosi komik tak perlu risau, satu kelas dah tahu. Masalahnya pula ialah, semua tak sanggup beli! (Aku buat kat sedara dulu, kena balik kat aku) Mujurlah ada best friend aku sorang nih sanggup beli, sebab dia suka lukisan aku dan jalan cerita komik aku. Sebabkan niat asal aku ialah untuk buat duit untuk beli komik sendiri, memang aku buat komik-komik aku berepisod, supaya member aku tu akan beli isu akan datang.

Maka dari situlah datangnya sumber duit untuk beli komik. Yeay!

Memandangkan aku nak beli 2 komik berharga 40pence setiap satu, maka aku terpaksa jual komik aku tu 80pence! Wahaha, mahal gile! Komik betul pun separuh harga dari komik aku! Cumanya sebab member aku tu memang minat jalan cerita komik-komik aku, dia selalu dapat duit dari mak dia untuk beli komik aku. Rasanya atas dasar belas kasihan juga, sama macam kes mamak tadi. Aku ni punyalah syok sendiri kononnya komik aku tu sungguh artistik dan bes!

Tapi kenalah kreatif sikit. Bukan sekadar komik saja, kadang-kadang komik The Beano dan The Dandy ni bagi free gift, seperti lollipop, candy, etc. Yang agak-agak tak boleh makan (sebab ada animal fat ke, animal gelatin ke) tu aku jadikan free gift komik aku! Kalo rajin sikit, aku akan tiru komik tersohor time tu seperti komik X-men yang bagi free gift berbentuk kad watak-watak komik dia, so aku pun tirulah, buat kad watak-watak komik aku. Kadang-kadang juga aku berbaik hati dengan memberi beberapa isu secara percuma kat ‘satu-satunya’ pelanggan aku ini. Win-win situation, right?

Itulah kisah hidup aku berbisnes dengan komik. Sayangnya sebab aku lukis komik by hand, maka yang terjual itulah satu-satunya copy! So aku takde ‘bukti’ komik tu sekarang untuk aku tunjukkan kat korang. Terasa rindu pula nak tengok balik hasil kerja ‘artistik-lagi-bes’ aku dulu tu. Detik-detik awal aku berkecimpung di dalam dunia bisnes!

Moral of the story di sini, kalau korang hendak/impikan sesuatu, be creative dan jangan cepat mengalah!

P.S.: Sekembali ke Malaysia, aku telah merangka satu lagi idea komik original yang aku rasa boleh hit. Beberapa main concept komik ini aku rasa takde komik atau manga yang pernah buat lagi. Tapi kalo tulis kat sini karang ada yang curi idea pula! Bukan tak percayakan para readers yang baik hati, cuma nama pun internet, sesiapa pun boleh baca blog aku ini, betul tak?

Rasa cam nak jual, tapi takde pembeli. Aiseh…(-_-;)>

-y4ku24-

===========================================

* Setiap watak dapat kuasa dari binatang yang berlainan. Watak aku dapat kuasa dari cheetah, jadi kelebihan aku ialah lari laju. Lagi satu, aku ada kuku ala-ala wolverine X-men di kedua belah tangan, sebab aku cukup minat watak wolverine!


Responses

  1. kagum den! mase kecik2 dulu tak pernah terfikir nak berniaga secara kreatif n inovatif camni. setakat jual pemadam warna warni n sticker ade lah! :p

    • @puding caramel: haha, jual pemadam dan sticker, oh nostalgia sek rendah dulu! rasanya setiap sekolah mesti ada ‘agen’ penjual benda ini! hihi.😀
      @whitehijab: memang tak pandai lukis pun! tp asal boleh jual, jadilah…komik terakhir saya lukis ialah Siddiq Cerdas, tu pun dah beberapa tahun yg lalu, n tiru cara lukisan you-know-which-manga! bakat saya pun pada melukis, tp kalo suruh fikirkan idea2 cerita boleh la kot.
      @iliana:salam. tak teliti mana pun, dah mmg ada tulis kat dashboard bilangan, senang la kira!
      nama pun komik, jadi sudah pasti akan penuh dengan lawak. kalo tak lwk, org mungkin tak beli!
      dah saya ckp yg saya dibesarkan di dalam keluarga kaki komik, sudah pasti ada kesan kat diri!😉
      thanks for the wish!
      @shah: fuh shah, kita memang sebulu la. kecuali archie andrews, yg lain suma saya layan! sbb leh beli dari carboot sale! :p antara byk2, asterisk is one of the best. cuma garfield dah hilang umph dia bila jim davis still sambung smpai sekarang. nampak die dah xde idea nak buat lwk dah. kalo aku jadi dia, tgh top2 nih berhenti la, sblm org hilang minat! tak pun buat cite lain terus…

  2. bagusnyer! tp lawak la, sbb xsangka kamu pandai mlukis komik :p
    cube la jual, mest ade yg beli. sy pun nak beli😀

    pesanan luQman tu sgt baik kpd pbaca2. cuma lbh sedap ddengar kalo mcm ni: b creative dan kuatkan semangat…kan kan🙂

  3. salam..akhirnya…(teliti betul, sampai entri keberapa pun dikira..fiuhhh~)

    en.luqman lukis pakai hidung ye hehehehehe ;p

    kenapa ya, banyak komik tu hanya sekadar berlawak jenaka? saya sokong komik siddiq cerdas karya en.luqman tu. bermotif, kan bagus..

    eh, ye ke en.luqman ni ‘kelakar’ orangnye? kalo IM tu, macam disebaliknya je..humm..muskil muskil..mungkin sebab tak kena tepuk tampar kot hahaha (gurau je ye en.luqman)..sebenarnya sebab saya yang suka cari pasal dengan soalan-soalan menyusahkan en.luqman heee~

    p/s: baiklah, selamat bereksperimen ya en.luqman dan semoga sukses (^_^)V

  4. hahaha.maji lawak.aku dapat rasakan kyouiku ayah kau “memaksa” kau jadi kreatif.

    i grew up with the beano & the dandy,adventures of tintin,asterix the gaul,archie andrews ngan garfield.

  5. Subhanallaah, this entry sure brings back a whole lot of memories…

    Dude, i think i know where an ‘unsold’ copy of your hand drawn comic is stashed… if you wanna know, you hafta pay… muahahahhaha…

    Astaghfirullaah.

    I’m missin you and Yumbo a whole lot these days… Bila nak balik?

  6. Salam,

    Ish, seronok nyer baca pengalaman buat komik tu semua… Best2… huhu…

    Andainya dapat bertemu balik dengan satu-satunya pembeli komik y4ku24 ni, agak2 dia simpan lagi tak komik2 yang dia beli? Kalau adalah, memang nostalgia betullah, huhu…. kan? kan? kan?

  7. salam.

    huhu.what a coincidence(takdir!).masa aku sekolah rendah dulu pun ada pakat2 dengan member buat2 komik ni.x silap aku berjaya buat buku sampai 6 ke 7 siri.dah siap,bubuh kat belakang kelas,sapa nak baca kena charge.wohoho.RM1 kot sebuku.haish,zaman budak2.

    Tak caya sudah, mak sedara kau Cik Bedah…—>huhuhu,ayat mahal entry kali ni…lol

    • @Ibnu Ahmad Shah: There is an unsold copy?! Wow, love to see that!😀 Miss the whole family too bro! Lambat lagi balik ar tp…
      @Balqis: Tu la, member baik dulu. Lost contact trus. ntah buat apa dia tu skrang nih…
      @husmi: salam. jom kita buat bisnes komik sekali kat sini nak?😉

  8. salam..

    ” Rasa cam nak jual, tapi takde pembeli. Aiseh…(-_-;)> ”

    ni ayat mtk belas kasihan ni … (~_^)

    • salam. bukan mtk belas kasihan, nak offer secara halus sesiapa sudi beli😉

  9. yup,aah stuju dgn ibnu ahmad shah..ade nmpk jg copy tu. but hahaha i’m not gonna tell.
    tharu x ibnu ahmad shah rindu korg? mmg die asyik sebot je lately =p

  10. huh..ni mlampau nih..
    ape bedah2?sensitif2…ah..cop2..
    u should changed it earlier r bro..

    ‘tak caya sudah,adik aku Bedah..’

    muahaha..femes sket..kikiki

  11. kelakar plak baca entri nih… hoho~

    • @ abidasman~: tau takpe…
      @ syphoon: tenkiu!😀

  12. please check out my blog for newly released dragonball evolution footage


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: