Posted by: y4ku24 | February 4, 2009

Matahari berorbit?

[Nota: Lama tak sentuh bab sains, so kali ni aku tulis bab tu. Artikel ini ada berkait dengan entri aku yang lepas, “Aku tak nak jadi cikgu, aku nak jadi pendidik!”. Boleh kenali Cikgu Syeikh dari situ. Kepada budak-budak Jepun, selamat hadapi musim peperiksaan!]

Banyak soalan peperiksaan Cikgu Syeikh yang jenis memerangkap. Rasa macam konfiden je jawapan, tapi sebab perkara itu diputar belitkan sedikit, langsung terjawab salah! Ya, ada beberapa kali kitorang diberi soalan peperiksaan yang direka sendiri oleh Cikgu Syeikh. Dan disebabkan soalan-soalan tersebut memerangkap, maka ketika keputusan markah sains kitorang keluar, kitorang akan mendapat markah rendah. Dan Cikgu Syeikh akan tersengeh. Tersengeh sinis, umpama ingin berkata “Haha, terkena lagi budak-budak tahun ni!”.

Malangnya, dalam banyak-banyak soalan, satu sahaja soalan yang aku masih ingat sehingga sekarang. Soalan itu aku ingat kerana aku terjawab salah, walaupun aku tahu jawapan sebenar! Memang pandai betul beliau buat soalan!

Ini dia soalan tu. (Kepada yang sudah berkarat sedikit ilmu sains mereka macam aku, mungkin susah sedikit untuk menjawab. Tetapi tidak mengapa untuk mencuba betul tak?)

419px-haliaeetus_leucocephalus-tree-usfws

Seekor burung helang yang mempunyai suhu badan 38 darjah celsius yang berada kawasan beriklim sederhana panas telah terbang ke sebuah gunung di mana suhunya jatuh ke paras 18 darjah celsius. Berapakah suhu badan burung helang tersebut ketika berada di atas gunung itu?

A) 40 darjah celsius

B) 38 darjah celsius

C) 37 darjah celsius

D) 18 darjah celsius

Aku rasa semua reader akhirnya akan tertumpu pada jawapan B atau C sahaja. Tak logik A, sebab jika makin sejuk, takkan suhu badan dia semakin panas! D pun tak logik, sebab kalau berubah suhu badan ikut suhu persekitaran, takkan ada burung yang boleh terbang di negara yang suhunya bawah suhu air membeku. Semua akan beku jadi ais!

Jadi tinggal B atau C. Time menjawab soalan ni, otak aku sedang bertarung sengit! Ikut fakta sains yang aku belajar, suhu burung tak akan berubah. Tapi ikut logik, takkan takde perubahan sikit pun? Secemeot pun takde?

Ada kot..sikit. Tapi sikit je la…turun dalam 2 darjah tu, macam betul la tu.

Akhirnya aku menjawab ikut hati; C.

Salah!

Sememangnya jawapan yang betul ialah B, kerana helang adalah jenis haiwan dalam kategori burung. Semua burung adalah warm-blooded/berdarah suam (?) (spesis binatang yang mampu mengekalkan suhu badan pada paras yang sama walaupun suhu luaran berbeza).

Aargh! Aku tahu jawapan, kenapa boleh terikut hati pulak!!!

Tapi itulah jenis-jenis soalan Cikgu Syeikh. He makes you doubt your answers, eventhough at first your answers are right!

“Melalut pasal cikgu dia, mana cerita matahari orbit nih?”

Rileks bro/sis, aku baru nak masuk topik tu! Sebab beliau yang membuka minda aku tentang perkara ini, jadi perlu aku bagi sedikit kredit kepada beliau!

Ceritanya begini:

Satu hari, ketika tajuk perbincangan di dalam kelas sains beliau adalah ‘Bumi dan alam semesta’, beliau membangkitkan tentang satu ayat di dalam Surah Yasin (ya, Surah yang sering dibaca, tetapi jarang difahami. Isk isk. Insaf…):

“Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui” [Yasin: 38]

Let’s review back about science. Yang diketahui umum, Bumi berorbit, mengelilingi Matahari. Fakta sains ini sesiapa pun tak boleh sangkal. Tetapi jika diperhatikan ayat Surah Yasin di atas, ‘Matahari kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya’. Maksudnya Matahari berorbit?!

Aik, mana satu betul nih?

Cuba fikir-fikirkan sejenak…Fikirkan dulu sebelum terus membaca!

Sistem solar kita. SubhanAllah.

Sistem solar kita. SubhanAllah.

Dah puas fikir?

Jawapannya: Dua-dua betul. Ayat Quran yang sememangnya tiada cacat cela betul, fakta sains pun betul!

Senang cerita, kita telah ‘disempitkan’ pemikiran berkenaan Sistem Solar ini. Bila disebut Sistem Solar, mungkin yang terbayang adalah gambar di atas. Tak salah, tetapi jika kita hadkan pemikiran pada gambar itu saja, maka susah nak cakap kedua-dua fakta itu betul!

Keyword di sini: Think out of the box

Alam semesta ini terlampau-lampau lah luasnya. Bila disebut Matahari juga berorbit, seperti yang tersebut di dalam ayat Quranul Kariim tadi (rujukan: http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/),Β  matahari beredar ke tempat yang ditetapkan baginya.

Untuk mudah faham:

Bulan berputar (bila sebut putar, maksudnya ia berputar setempat, seperti gasing), at the same time berorbit mengelilingi Bumi.

Bumi juga berputar (itu yang dapat siang malam tu), at the same time bawa Bulan bersama-sama berorbit mengelilingi Matahari.

Maka Matahari pun begitu! Ia berputar, at the same time bawa planet-planet bersama-sama berorbit dalam satu lingkaran tertentu di dalam galaksi kita, the Milky Way! (Dalam Bahasa Malaysia Bima Sakti, bukan Jalan Kesusuan!)

Bima Sakti. Rasa lagi gah nama BM dia dari Milky Way...

Bima Sakti. Rasa lagi gah nama BM dia dari Milky Way...

Di dalam kelas kita sering ditumpukan pada Sistem Solar sahaja, sehingga terlupa yang alam semesta ini bukan hanya terhad pada matahari dan planet-planet!

SubhanAllah! Jadi tiada kontradiksi rupanya. Bumi berorbit, Matahari JUGA berorbit!

Naruhodo! (Oh camtu ke!)

-y4ku24-


Responses

  1. Wah, sungguh besar dan indahnya kuasa Allah

    ini singgahan pertama saya di sini
    salam ziarah

    • salam perkenalan sangmentari. terima kasih atas ziarah.πŸ™‚

  2. saya dapat 1/2 skor untuk soalan kali ni huhuhu…bab suhu tu memang dah lupa dah..
    bab matahari berorbit tu nasib baik terasah semula ilmu sains masa dengar ceramah dr Dr. Sheikh Muszaphar hari tu..

    kalau tgk pd perisian yang digunakan (saya lupa namanya), alangkah keciknya kita ni..yg dpt ditemui je dah beratus2 galaksi, yg belum ditemui lagi????

  3. salam

    pengisian yg tersgt mantap. bestΒ² =)

    system solar bagaikan satu spot kecil atas sekeping disk yg sekelilingnya berhamburan diskΒ² yg lain di dalam sebuah kedai sarat dgn disk di dalm sebuah bandar yg hanya ada kedai disk.. (sori ter-merepek pulak)

    saintis masih menggaru kepala mengenai ‘mengapa angkasa mengembang mcm belon?’ , ‘apakah dark energy’ dan ‘apa pula dark matter?’..

    ilmu kita yg sekelumit dr ilmu Allah swt..

    • @iliana: bagus anak murid cikgu ni, walaupun hanya dapat separuh markah. kena teruskan usaha!πŸ˜€
      @adam: salam perkenalan adam. ha, kalo saintis pun garu kepala, apatah lagi kita ni, mau dicarek-carek rambut! tp benar sekali, bumi ini pun hanya kerdil, inikan lagi manusia yg hidup atasnya. supaya kita reflect diri, jgn angkuh sgt bila ada apa2 kelebihan!πŸ™‚

  4. bulan berpusing atas orbit sendiri,mengelilingi bumi,dan pada masa yang sama juga bergerak dalam bima sakti mengikut orbit matahari…banyak nye pergerakan!subhannallah!!

    shiken/happyou ganbatte!

  5. hahaha…soalan yang best…memang betul2 terkena

  6. BAGAIMANA DENGAN NASIBNYA PLANET XENA SEKARANG???

    • @shah: ia benar, sungguh byk pergerakan! Maha Suci Allah!πŸ™‚
      @terkesima: salam perkenalan. harap artikel ini bermanfaat.πŸ™‚
      @candle lilly: hm, entah la, tak pernah dgr saya nama planet tu. planet zargus pernah la dgr!πŸ˜€

  7. Lahai… subhanallah…

    Sejujurnya takdelah pernah terfikir pun sampai macam tu sekali! Dari sekolah rendah sampailah sekarang, fakta yang saya hadam adalah; semua planet berorbit, sambil mengelilingi matahari yang stay in one place jelah, huhu… Rupanya peganganku itu salah selama ini… (Itulah, baca Al-Quran tak nak fahamkan… isk isk isk juga) Terima kasih kerana telah memberitahu.

    (Tapi, bab suhu tu jawapan saya betul, yeay!!)

    Lama tak datang sini, bila baca entri macam ni, memang membangkitkan sel-sel neuron yang dah lama tido, tima kasih sekali lagi kepada tuan punya blog dan bersyukur juga kepada Tuhan yang memberi ilham kepada kita semua… Allahuakbar…

  8. tersembur air dalam mulut bila terbaca ‘jalan kesusuan’

    • πŸ˜€


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: