Posted by: y4ku24 | January 30, 2009

This Month’s Feature: Kenapa pelajar Cina Malaysia power matematik?

(Update blog: AlhamdulIllah, This Month’s Feature (TMF) yang lepas mendapat sambutan yang begitu hangat dari semua pembaca, dan ia merupakan entri yang paling banyak komen yang aku dapat. Terima kasih kepada semua yang membaca dan men‘forward’kannya kepada kawan yang lain! Memandangkan sebenarnya TMF adalah qodo’ untuk yang bulan lepas, entri ini adalah TMF untuk bulan ini! TMF kali ini juga aku masih meletakkan quality control yang tinggi, serta topik yang memberi anjakan paradigma. Seperti biasa, jika korang suka, jangan segan-segan forwardkan ok! Sama-sama kita dapat pahala sebarkan ilmu!)

Pada awal-awal sampainya aku di Jepun, ada beberapa perkara yang mendapat perhatian dan minat aku tentang negara ini. Bab amalan tradisi dan budaya itu satu hal, tetapi ada perkara-perkara kecil yang aku tertarik.

Satunya, cara alamat seseorang ditulis.

Satu lagi, cara tarikh ditulis.

Mereka yang sedang belajar di Jepun mungkin sudah sedia maklum tentang ini. Bagi yang lain, di bawah adalah contoh alamat rumah seseorang (jangan cuba untuk hantar kad raya ke hape, alamat tu aku pakai taram aje!):

Postcode: 260-3510

Japan,

Miyagi prefecture, Sendai city,

Miyagino ward, 5-13 Lion Plaza No.307.

Mr. Kimura Takoyaki

Aku rasa tak perlu aku sebutkan pun yang sistem alamat di sini ialah dari tempat yang besar ke tempat yang kecil. Nama sepenerima di belakang pulak tu!

Ini pula contoh tarikh ditulis untuk hari ini:

2009 (atau Heisei* 21)/01/31

Pun kaedah yang sama, dari tarikh yang besar ke tarikh yang kecil.

Penggunaan sistem ini aku suka. Mudah dan senang untuk difahami. Lagi-lagi kalau bab alamat tu. Sistem di Malaysia kita ikut sistem barat. Yang kecil dulu ke besar. Tapi logik akal kita akan menangkan sistem Jepun, sebab kalau kita sendiri tak tahu 5-13 Lion Plaza adalah di Jepun, macam mana posmen Malaysia nak hantar!? Malah, kalo fikir secara kurang ajo sikit, kalo aku jadi posmen, peduli hape aku nama penerima! Itu informasi yang paling tak penting. Kenapa kita tulis itu yang pertama?

Samalah juga bab tarikh. Jika kita dahulukan yang besar, kita zoom in kepada tahun itu, terus ke bulan itu, dan akhir sekali hari itu. Kalau awal-awal sebut haribulan, tahunnya susah untuk dicari. 1000? 1990? 2000? Kan jadi lebih susah bila kita zoom out? Pelik juga, sebab kalo ikut sistem jam kita, kita sebut yang besar dulu (jam) baru yang kecil (minit, seterusnya saat). Bak kata cikgu aku dulu, “Tak tally“!

“Ala, apa la ko nih, dah alamat tu tertulis semua, baca je la yang bawah dulu!”

“Apa kaitan benda ini dengan budak Cina power matematik?!”

Dua pertanyaan yang bagus. Rileks dulu, the fun starts here!

Untuk kita yang dewasa ini, mudah untuk kita faham. Tetapi untuk budak-budak kecil yang baru belajar tentang perkara ini, membaca alamat dari bawah ke atas, dalam keadaan kita mengajar mereka membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah, mungkin satu perkara yang pelik bagi mereka!

Ok la, aku boleh terima alasan mana ada posmen budak kecil, tapi sebenarnya perkara yang ingin aku utarakan bukan sekadar itu sahaja. Sebelum itu, aku perkenalkan korang dengan satu buku karangan Malcolm Gladwell iaitu OUTLIERS**, sebab ‘teori’ ini kebanyakannya aku ambil dari buku ini.

Aku peminat buku-buku mamat afro nih...

Aku peminat buku-buku mamat afro nih...

Mula-mula aku buat dek saja dengan sistem alamat dan tarikh di sini. Bagi aku, ia hanya satu trivia, tak lebih dari itu. Tapi disebabkan aku terserempak dengan analisa di dalam buku ini, akhirnya sistem Jepun ini makes sense! Oo, patutla camtu…

Mari terjun kembali ke dalam dunia asas matematik!

Persoalan besar sekarang ialah: Adakah ianya soal genetik? Adakah pelajar Cina lahir-lahir memang telah ditakdirkan terer matematik?

Memandangkan aku tak reti Bahasa Cina, tetapi oleh kerana struktur Bahasa Jepun tidak jauh berbeza (kerana memang ada perkaitan antara dua bahasa ini), jadi aku ambil contoh Bahasa Jepun sahaja, bahasa yang aku tahu.

Adakah sesetengah kita 'born to succeed'? Bagi penulis buku ini, tidak semudah itu...

Adakah sesetengah kita 'born to succeed'? Bagi penulis buku ini, tidak semudah itu...

Menurut buku Outliersย  ni, mereka yang boleh dikategorikan sebagai outliers, iaitu orang yang menyerlah bakatnya/telah berjaya dalam bidang yang diceburi mungkin terlalu awal untuk kita terus melabel mereka sebagai genius atau bergenetik power. Maka klausa “Nama pun anak pensyarah, memang patut power Matematik pun!” takleh dipakai.

Menurut Malcolm, ada something else yang membawa kepada seseorang itu berjaya. Samaada peluang, head start, sikap turun temurun dan beberapa faktor yang lain. Maka dalam hal ini, buku ini menyebut bahawa kanak-kanak dari Cina/Jepun/Korea (yang bahasanya juga ada berkait dengan Bahasa Cina) pada usia muda telah pun mendapat head start di dalam matematik.

Wow! Macamana boleh camtu?

For starters, mari kita lihat sistem pengiraan nombor yang asas. Dalam Bahasa Malaysia dan juga Inggeris, 1 disebut satu/one, 10 disebut sepuluh (atau satu-puluh)/ten, dan 11 disebut sebelas (satu-belas)/eleven.

So far so good.

Tetapi dari sini yang jadi ‘pelik’. 12 sebut dua belas/twelve (two+elve). Kenapa sampai 11 tadi elok saja kita baca nombor itu ikut turutan, tetapi bila tang 12 ni kita sebut dua dulu, baru satu (atau belas)? Korang akan dapati trend ‘pelik’ ini sampai ke nombor 19 (sembilan belas/nineteen), dan kembali ‘normal’ dari nombor 20 (dua puluh/twenty).

Bagi kita yang dewasa, benda ini sudah terlalu biasa hingga tak perlu dirisaukan lagi. Tapi bagi kanak-kanak, it is very confusing! Sekejap ikut turutan, sekejap lawan turutan, mana satu ni? Bila sesuatu yang dihadapinya sukar untuk difahami kelogikannya, mereka akan lebih cenderung untuk tinggalkan terus perkara itu (dan main game, sebelum dirotan mak ayah sebab tak siap kerja sekolah) daripada bersungguh-sungguh perah otak untuk memahaminya!

Tetapi bukan itu saja.

Pelik kenapa apabila bab pecahan di dalam matematik pula, kita sebut jumlah yang diambil dahulu sebelum berapa jumlah sebenar yang kita ada! Contohnya, pecahan 1/5. Omputih sebut one-fifth. Orang Malaysia sebut satu per lima. TAPI, orang Jepun sebut 5ๅˆ†ใฎ1 (sebutan: go(5) bun no ichi(1) ), dari nombor yang dibawah ke nombor yang di atas!

Ni berbalik kepada proses zoom in/zoom out. Berbalik kepada contoh alamat dan tarikh yang aku bagi di atas, memang logiknya zoom in dari zoom out. Contohnya, tengok BUKU. Muka depan, tajuk besar. Beberapa helaian pertama, senarai babak-babak atau topik-topik dan subtopik, baru masuk isi kandungan setiap babak. Zoom in!

Jika kita guna kaedah bahasa kita dalam hal pecahan, ianya zoom out. 1 bahagian di ambil dari…5,10,300? Tetapi kaedah Bahasa Jepun ialah zoom in. Daripada 5 bahagian kita ambil 1. Bila sudah setel jumlah besar (bahagian bawah), kita lebih mudah faham yang nilai atas akan terletak pada lingkungan 1 hingga 5 sahaja. Bagi kanak-kanak yang baru belajar, matematik seperti ini tak mengelirukan, sebab dari proses matematik yang lebih awal, iaitu proses tolak (-), kita diajar dari jumlah yang besar, kita ambil dari jumlah itu jumlah yang lebih kecil, dan kita akan peroleh baki jumlah besar tadi.

Jadi cerita imaginasi seperti ‘Mamat ada 5 buah durian (tak bes ar guna contoh epal. Makanlah buah-buahan tempatan!). Abu mencilok 3 buah durian dari Mamat. Berapa buah durian yang ada pada Mamat sekarang?’ makes sense. Kita lihat dulu berapa jumlah durian Mamat ada sebelum dicuri. Looking at the big picture, and zooming in. So, barangkali menjadi kepeningan budak-budak bila proses pecahan kita tak diselarikan dengan kaedah ini. Seolah-olah cerita tadi menjadi ‘Mamat dicilok 3 buah durian oleh Abu. Pada asalnya Mamat mempunyai 5 buah durian. Berapa jumlah durian Mamat setelah dicilok?’. Kan memeningkan bebudak kalo camtu!

ist2_2374652_mathematics

So, kita boleh bahagikan bahasa dunia kepada dua blok, samaada mempermudahkan pembelajaran matematik atau tidak:

Blok bahasa yang agak mempermudahkan: Bahasa Cina, Bahasa Korea, Bahasa Jepun.

Blok bahasa yang sedikit menyulitkan: Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia/Indonesia, Bahasa Arab.

[Yang tahu bahasa lain, bagus juga kalo korang boleh kongsikannya bersama! (Tak bagus kedekut ilmu nih…)]

Ini bukanlah satu-satunya faktor dalam menjawab soalan besar tadi, tetapi aku yakin cara penggunaan Bahasa Cina/Jepun/Korea lebih mempermudahkan pemahaman matematik mereka, dan ini membawa kepada wujudnya MINAT di dalam pemikiran kanak-kanak akan subjek ni.

Malcolm Gladwell memasukkan perkara headstart advantage dalam bahasa ini di dalam kategori LEGACY, iaitu sesuatu head start yang diterima melalui turun temurun. Jadi tidak pelik kenapa kaum Cina di Amerika juga cemerlang di dalam bidang matematik, walaupun situasi persekitaran di sana jauh berbeza dengan di Malaysia.

Selain faktor bahasa, faktor kerajinan dan tidak mudah putus asa juga memainkan peranan yang amat besar, dan ini juga di’warisi’ melalui nenek moyang mereka. Sebab apa?

Sebab kaum Cina berasal dari mainland China. Hampir semua kawasan di sana, makanan ruji mereka adalah nasi, yang mana menanam padi suatu masa dahulu teramatlah payah untuk menjaganya, sebab padi sejenis tumbuhan ‘cerewet’. Lumpur, paras air, semua kena perfect. Ditambah dengan 4 musim pula. Jika tidak berusaha keras untuk tanam padi pada musim panas, maka alamatnya diorang takkan ada stok makanan pada musim sejuk nanti! Jadi menurut Malcolm, itu juga legacy (perwarisan) yang di bawa oleh pelajar Cina, iaitu rajin dan tidak mudah mengalah. (Nak tahu penjelasan lanjut, boleh baca buku beliau!)

KESIMPULANNYA…

Perkara advantage kepada mereka yang mendapat head start ini korang sendiri boleh perhati disekeliling. Contohnya bila main bola, team yang pertama jaring dulu, punyai advantage besar. Sebabnya, team yang bolos akan resah, kadang-kadang tidak bermain secara tenang, semata-mata kerana team lawan sudah dapat headstart, walaupun belum tentu team lawan akan menang! Team lawan pula akan main dengan lega dan tenang, tak perlu gopoh-gapah, kecuali jika mereka pula terbolos. Bukan kata pemain, penonton pun akan rasa yang sama!

AlhamdulIllah iklim di Malaysia panas. Memang bes. Setahun boleh mandi laut! Tetapi mungkin juga atas faktor ini, kita kurang sikit kerajinan berbanding mereka yang tinggal di kawasan bermusim. Bukan niat aku mengkritik bangsa sendiri atau membawa sentimen perkauman, tetapi apa yang ingin aku tekankan ialah, bila orang lain mempunyai head start dalam hidup, kita yang tidak ada head start ini lebih lebih lagi perlu rajin dan berusaha untuk berjaya.

Wahai saudara seIslamku, jangan mudah mengalah! Kerana kalo korang berjaya dengan cemerlang, korang lebih hebat dari mereka yang mempunyai head start! Tetapi sebaliknya kalo kita mempunyai banyak advantage (keluarga berada, kesihatan tip top, minda cergas, dan lain-lain) dan kita tak pergunakannya untuk lebih maju ke hadapan, sungguh malang nasib kita!

Mari bermuhasabah…

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa-apa yang ada pada kehidupan sesuatu kaum, sehinggalah mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka” [al-Ra’d 13: 11]

-y4ku24-

============================

* Skema Tahun Kalender Jepun. Bertukar ikut tahun pertabalan Raja/Emperor yang baru. Tahun ini adalah tahun ke-21 pertabalan Emperor Akihito.

** Terma saintifik Bahasa Inggeris yang menerangkan tentang sesuatu atau fenomena keadaan yang diluar pengalaman biasa.

Rujukan: Outliers oleh Malcolm Gladwell


Responses

  1. Salam y4ku24…

    Erm… ini perkara baru bg kak su. Menarik!

    Kak su ni tak de lah pandai sgt dlm math, tapi kalau setakat nak kira berapa biji (biji bukan ulas, dan org Kelantan panggil butir) buah durian dlm sebiji durian tu, boleh le. Itupun setelah semua isinya ditelan.๐Ÿ˜‰

    Terfikir gak, sedari dulu kita telah mengira dengan cara begitu. Bahasa pengiraan kita bukan boleh diubah seperti mengubah ejaan ‘budjet’ atau ‘belanjawan’ kepada ‘bajet’ seperti yg dilakukan oleh PM kita (atau bekas PM? lupa la).

    Macam mana nak cara pengiraan (sekaligus mengubah bahasa) ye? Bukan apa, sekadar nak pastikan generasi depan lebih bijak dlm math (ini berdasarkan teori Malcolm).

    • Salam Kak Su,
      suatu diskusi yang amat menarik. terima kasih!
      saya juga terfikir benda yang sama, tetapi dlm buku tu tak dijelaskan bagaimana utk atasinya. Malcolm cuma menyebut yg org cina/jepun/korea ada advantage.
      bagi saya, bahasa itu memang tak boleh kita ubah, sbb dah mmg camtu sejak dulu lagi. tp cuma salah satu benda yg boleh kita ubah: PARADIGMA/persepsi para guru melihat perkara ini ketika mengajar. mereka perlu tekankan kepada para murid bahawa ‘dari 12-19 sebutannya agak pelik sikit, sbb terbalik’, bukan terus saja mengajar dan menyuruh pelajar hafal sebutan.
      byk masalah timbul bile cikgu lihat satu perkara itu dr perspektif MEREKA dan bukan dr perspektif pelajar.
      ‘Ha,formula fizik ni pun kamu tak hafal lagi?’, herdik cikgu yg sudah ajar fizik 10 TAUN. dan pelajar tu baru je kenali formula tu MINGGU LEPAS! cukup tak suka saya cikgu yg camni! jadi kalo pelajar tu hilang minat kpd pelajaran tu, salah siapa?
      itu saya kategorikan entri ini di dlm bhgian ANJAKAN PARADIGMA. get the picture?๐Ÿ˜‰

      bagaimana pendapat kalian yang lain?

  2. Salam…

    ape sbb bro letakkan b.arab sbg bahsa matematik yg susah?

  3. Subhanallah..Teranjak paradigma-ku๐Ÿ˜€

    Great entry bro!

    Setuju, bahawa kita tak mampu untuk mengubah bahasa. Kalau difikirkan, ia mungkin akan membawa mudarat yang lebih besar!!

    Tapi, kalau kita lihat situasi di Malaysia, semakin banyak insan-insan yang cuba untuk memperkenalkan teknik-teknik baru khususnya dalam pembelajaran matematik. Aku pun tidak berapa pasti sejauh mana keberkesanannya. Tapi timbul pula masalah lain, bukan semua orang mampu untuk bayar kos pengajian special sedemikian.

    So, apa yang mudah dan senang (takderlah mudah dan senang pun) ialah memperbetulkan paradigma pengajar ketika mengajar. Kena lihat dari sudut orang yang belajar. Dan ini perlu melibatkan kepada sistem pendidikan itu sendiri. Apapun, aku tak lihat ia dapat ‘ditackle’ pada waktu ini, dalam keadaan kita masih bergelut soal nak ajar dalam bahasa apa!!!pening2

  4. terkebil-kebil mata saya membaca entri en.luqman ni. en.luqman, tulisan tu, kalau tukar warna hitam lagi mudah untuk dibaca. cadangan je ye ;p

    dulu, masa saya sekolah, ada 1 kaedah yang dipanggil kaedah mokhdar. anak dia belum tadika pun lagi, dah boleh congak nombor besar. menurut kaedah tu, penyebutan yang terlalu panjang. jadi, kaedah tu memendekkan sebutan. satu jadi sa, dua jadi du, dan seterusnya.

    kalau ikut kaedah tu dan tengok pula pada sebutan mandarin, hummm…kalau satu disebut yi, kalau sepuluh disebut shi, kalau sifar disebut ling..mandarin lagi pendek sebutannya.

    tapi kan, pendapat saya, sebenarnya kemahiran matematik tu disebabkan latih tubi mereka berbanding kita. kalau di sekolah dulu (sekolah lagi hehe), mereka buat beratus2 latihan tuisyen di sekolah. yang kita ni, latihan sekolah pun tak siap. macam mana nak pandai..insaf insaf..

    p/s: outliers tu ingatkan nak buka topik statistik la tadi..rupanya topik membedah minda..fiuhh~

  5. Cis. Aku terlewat sekentut. Sudah banyak komen rupanya di sini.

    Dulu pun aku tertanya juga pasal alamat dan tarikh tu. Tapi, tak ada siapa yang boleh terangkan signifikannya. Lega rasanya.

    p/s: Aku ingat slot TMF ni dah macam wajib kat sini. Nampaknya tuan rumah secara automatik akan mendisiplinkan dirinya. Cayalah! Go! Go!

    • @syphoon: salam bro. soalan yang bagus! itu hanya analisa diri sahaja, bukan yg ada dlm buku, krn dlm buku hanya menyentuh tentang beza english ngan bahasa cina. cuma seingat saya time sekolah dulu, utk nombor belas2 juga disebut terbalik: 14 disebut ‘arba’ata (empat) asyaro (belas)’ kan? (ataupun mmg bhs arab saya dah berkarat?) bab pecahan saya tak pasti pula. tapi jika salah analisa saya tlg perbetulkan. jazakAllah!๐Ÿ™‚

      @b302: Sebab asalnya diri sendiri teranjak yg menyebabkan rasa ingin dikongsi bersama!๐Ÿ™‚

      @iliana: terima kasih atas advice. telah diupdate! memang betul, dari segi meringkaskan kosa kata adalah satu kaedah yg nampaknya berkesan. dan mmg termasuk sbb utama pelajar cina power maths sbb rajin!

      @sangpelangi: lambat sekentut takpa, jgn berbau sudah! bab tarikh dan alamat tu, difikir sendiri, xde dlm buku!๐Ÿ˜€ jadi boleh rasa betapa saya PUN lega sbb dpt kaitkan antara keduanya! sama jugalah dlm TMF yg lalu, bila dpt dikaitkan dgn amalan agama, subhanAllah…naruhodo(begitu rupanya)!

  6. menarik entry ni๐Ÿ˜‰ suke subjek mate, tp bidang yg dceburi skrg hanya ade 1je subjek p’ngiraan- statistik. tu pun mase dgree dl hehe. skrg ni lgsg xde :p
    nmpk mcm menarik je buku Outliers tu, nak cube cari la nnt, insyaAllah

  7. post yang bagus….

    • terima kasih! harap syafiq sudi utk sebar-sebarkan.๐Ÿ™‚

  8. salam..jzkk krn sharekn input yg menarik.
    menanti next entry:)

  9. kadang-kadang mmg pelik tengok sistem Jepun ye..tp tak sangka mcm tu pulak sebabnya. Membuatkanku terangguk2 (eee..naru hodo).. hehe

    • @saladin: salam perkenalan. terima kasih menjenguk! btw, nice avatar -> THINK!๐Ÿ˜‰
      @anak samurai: ni anak samurai di prefecture mana nih? salam samurai! kalo sampai ke tahap ‘naruhodo'(oo camtu rupanya!), saya rasa matlamat entri saya tercapai. sebar-sebarkan ke’naruhodo’an itu!๐Ÿ˜€

  10. menarik… memang pernah terlintas satu ketika dulu.. apasal le alamat ni kena baca nama orng dulu.. (timbul perasaan bila kena jadi posmen karat- hantar surat kat satu level hostel)..

    now, baru tau.. rupanya… oooo begituuu.. neway, bestle entry entry lokman… menarik untuk difikirkan…

  11. salam man.

    biasa kalau kita minta sapa2 lukiskan gambar wajah,orang biasanya akan start lukis bentuk wajah dulu(bulat ke,bujur ke) baru hidung ke misai ke.zoom-in.jarang sekali orang nak lukis misai dulu baru bentuk muka.zoom-out.sama kes agaknya.bagi dapat big picture dulu.baru dapat seiri otak skit…

    btw,pasal bahasa arab,sampai ke 99 pun masih dibaca angka kanan dulu baru kiri(100 ke atas x ingat la pulak).cth,27,sab’ata wa ‘ishruun.7(sab’atun) baru 20(‘ishruun).utk kes ni,nampak bahasa arab mcm kekurangan skit.mungkin utk head starter je kot.sebab once dah mahir,boleh jadi sehebat persian mathematician(guna bahasa arab) macam alkhawarizmi,ibn sina,omar khayyam.

    yappari ne,utk budak2,head start attara ii ne.

    • @aznie: terima kasih kak kerana sudi menjenguk!๐Ÿ™‚ oh, pernah juga rupanya akak berpengalaman menjadi posmen. kami sekeluarga dulu pernah menjadi paperboys, hantar sokkaba ke flat2 di Edinburgh. kalo yg rumah ada anjing la paling sakit hati. cuak!๐Ÿ˜€

      @husmi: kiranye bahasa arab aku tak berkarat lagi la ek!๐Ÿ˜€ tu la, memang perasan bukan kata nombor belas saja, tapi sampai ke 99!๐Ÿ˜€ tapi kalo fikir balik, kalo semua nombor dikira begitu, mungkin tak sekonfius mana la. yg konfius ialah kalo nombor belas lain bacaan, yg nombor 20 ke atas lain bacaan!

      @hana: perkara zoom in zoom out ini patut diguna ikut kesesuaian juga, dan saya setuju bukan semua benda perlu ikut zoom in. anyway, thanks for da info psl buku tu!๐Ÿ™‚

      @warkahraudhah: soalan yang baik. blog saya ini satu antara beratus ribu blog yang berbahasa malaysia. jadi walaupun saya cuba memuatkan artikel yang menarik (ye ke menarik?) setiap kali, sudah pasti ramai yang mengeluh utk baca suma, lebih2 lagi banyak blog lain yg ingin dibaca! maka saya cipta TMF, sekadar ingin memberitahu kepada para readers, ‘untuk bulan ini, artikel ini yang ingin saya tumpukan. bagi saya ianya topik menarik, sebab saya sendiri teruja bila dpt tau utk kali pertama! harap sudi membaca.’๐Ÿ™‚ artikel TMF telah saya muatkan setiap bulan alhamdulIllah sejak september lalu. walaupun bukan niat utk khaskan TMF pada bedah buku, buat masa ini kebanyakannya itu saja bentuknya! hihi.
      TMF setakat ini: September – Genius Muhammad Dalam Peristiwa Perjanjian Hudaibiyah, Oktober – Khalid al-Walid, Panglima Tak Terkalah! , November – Sepetang Bersama Pensyarah Nutrisi, Disember – Hidden Messages in Water, Januari – Kenapa Pelajar Cina Power Maths?, Febuari – ??? (under construction, mungkin bab makanan).
      Hope you enjoyed reading it!:)

  12. Salam.
    Saya jadi terfikir bila kamu bagi contoh ni

    “Contohnya, tengok BUKU. Muka depan, tajuk besar. Beberapa helaian pertama, senarai babak-babak atau topik-topik dan subtopik, baru masuk isi kandungan setiap babak. Zoom in!”

    Ade benarnye zoom in ni.Tapi dalam kes saya yang belajar medik ni,tajuk pertama yang kami belajar adalah cell,berlanjut ke tissue,seterusnya organ dan akhirnya pada sistem.Kami belajar bende kecik ke bende yang besar.Zoom out!

    Tapi bila nak selesaikan sesuatu kes,kami zoom in.Dari masalah sistem ke masalah terkecil iaitu masalah cell itu sendiri.

    Yup.Kita mungkin kurang sesuatu,tiada head start.Namun tak bermakna kita tidak boleh berjaya.Seseorang yang kurang upaya mampu melakukan perubahan2 besar dalam hidup.Sangat terkesan dengan kisah helen keller,manusia buta,pekak dan bisu.Tapi dia merangkul magna cum laude dalam bidang yg diceburi.mereka berjaya kerana mereka ade kelebihan lain.Usaha dan tidak mudah mengalah.Saya jadi malu pada diri sendiri.

    terima kasih atas perkongsian yang menarik ni.

  13. salam.

    naruhodo๐Ÿ™‚ banyak sekali maklumatnya.bedah ilmu yang sangat baik.

    TMF : kolum menarik di warungkampung ni.atau memang kolum ni juga melatih penulis untuk berazam menghabiskan bacaan buku-buku pada tempoh yang tertentu ? -Boleh dikongsikan bersama..

    Dah hampir 2tahun,pejam celik pejam celik dah belajo bahasa german di jepun.tapi,tak boleh-boleh nok cakap.Tashkani(memang benorlah) ,nok berjaya sesuatu tu perlu ada minat yang mendalam.Nasib baik tahun depan dah buat pilihan baru,untuk belajo bahasa china.

    dapatlah belajo dengan minat dan selami rahsia china.

    *TMF ni dah berapa siri??

  14. wah2~ nice one bro!!

    best pulak post ini..tak terfikir pasal nombor belas..tak sangka kena banyak jugak effort kanak2 nak belajar nombor…

    • Terima kasih๐Ÿ™‚ Utk pengetahuan semua, walaupun dr segi matematik Bahasa Jepun itu sendiri membantu, ttp dlm konteks penghafalan dan penggunaan huruf, ada sedikit kekeliruan yang jelas, dan ini pula kurang membantu. Mungkin saya sentuh pada entri akan datang.๐Ÿ˜€

  15. awak pernah hantar surat ke luar negara dekat pejabat pos? surat yg akan ke luar negara mestilah dah diasingkan dengan surat domestik. tu pasal lah abang posmen yg hantar surat tu tahu surat2 dalam karung motosikal dia tu semuanya utk domestik.
    saya tertarik dengan artikel awak ni, tapi cara awak ‘merendah-rendahkan’ bahasa/bangsa awak sendiri tu, saya rasa baik awak ‘think’ dulu, sesuai dgn tema blog awak ni. Allah mencipta macam2 bangsa atas muka bumi ni atas tujuan tak lain tak bukan utk mengenali satu sama lain. saya percaya awak dah berjaya mengenali org jepun (tahniah la!). tapi mungkin kut disebabkan dna org melayu ni suka mengagung2kan bangsa lain & lepas tu mengkritik bangsa sendiri. awak nak junjung bangsa lain tu bukan jadi masalah buat saya. yg jadi masalah bila awak cuba mengkritik secara tersurat atau tersirat bahasa & bangsa saya. dan saya tak heran org2 macam awak, kerana terlalu ramai mereka di luar sana seperti awak.
    diciptakan berbangsa2 utk kita mengenali, bukan untuk kita mengangkat bakul mereka ya! saya minta maaf kalau ada keterlanjuran kata. saya tumpang lalu jer blog awak ni. terima kasih.

    • alhamdulIllah, ada juga yang tak segan2 untuk mengkritik blog saya. terima kasih malaya!๐Ÿ˜€
      izinkan saya menjawab…
      saya tak pasti sejauh mana malaya membaca artikel2 saya selama ini, tetapi jika anda baca, anda sudah pasti akan tahu yang saya ini pencinta BM. Bukti kukuhnya, saya TIDAK menggunakan short form di dalam artikel saya, dan akan gunakan itallic untuk penggunaan perkataan loghat budak muda! malah di dalam isu penggunaan bahasa penghantar untuk matapelajaran sains dan matematik, saya lebih berpendapat untuk kembalikan ia kepada BM. boleh saudara/saudari malaya tolong tunjukkan bukti yang saya ini merendah-rendahkan Bahasa Malaysia? adakah dengan memberi fakta tentang bahasa sendiri itu bermaksud saya mengkritik? kalau hendak dikatakan `kritikan membina` pun, saya tekankan bab CARA pengajaran kita. jika mesej itu tidak tersampai kepada malaya, saya mohon maaf, mungkin cara saya menyampaikannya tak efisien.
      saya tak pernah sebut yang saya ini sudah kenali orang Jepun, dan tak pernah agung2kan mereka, malah mereka juga banyak `dark side`. jika dengan memberi input positif dari bangsa lain, dengan harapan bangsa saya boleh mengambil pengajaran itu di kira semata-mata kritikan terhadap bangsa sendiri, saya fikir bangsa kita tak akan memperbaiki diri dan lebih maju. memang Allah kurniakan setiap bangsa kelebihan masing-masing, tetapi kenapa tidak kita belajar dari mereka untuk perbaiki diri? diharapkan saudara/saudari malaya tidak salah faham akan tujuan artikel seperti ini ditulis!๐Ÿ™‚
      saya rasa tak perlu saya berikan bukti olah betapa `patriotik`nya saya untuk mempromosi Malaysia di Jepun, termasuk mengajar Bahasa Malaysia kepada orang Jepun. saya ini bukan kacang lupakan kulit!๐Ÿ˜€
      maaf atas balasan yang pjg. harap ianya menjawab kenyataan anda!
      jika sesuatu hari nanti saya mengkritik Islam (nauzubIllah), saya harapkan malaya jualah org yg pertama membangkang jua. salam perkenalan dari bdk Melayu di negara matahari terbit!๐Ÿ˜‰

  16. Salam bro…

    Rasanya untuk bahasa arab, sekali imbas mmg kita akan nampak macam payah. tapi kalau kita tengok bahasa arab ni kita baca dari kanan ke kiri, tapi bila bab no ni dia still ikut tulisan rumi. 14 juga ditulis sebagai satu di sebelah kiri & empat di sebelah kanan.

    Jadi rasanya dari sudut pembacaan, arba’ata ‘asyarah misalannya, mengikut pembacaan dari kanan ke kiri. Mengikut sistem pembacaan mereka sendiri.

    Ni pun kajian sendiri jua~

    hoho- Y(^^)Y

    • salam,
      wah, menarik juga kajian syphoon! boleh diterima pakai! hihi. terima kasih kerana berkongsi!๐Ÿ™‚

  17. menarik perhatianku untuk terus membaca blog saudara.

  18. terror ke student cina malaysia?
    student melayu x terror math ke?
    terror ke malas en.Luqman?
    saya pun blajar math jgk kt U…kawan2 yg rajin result okay je.๐Ÿ™‚
    tp, kawan2 yg berpenyakit *M yg satu tu,mmg down la resultnya…
    xkira cina, xkira melayu, xkira foreigner, xkira laki, x kira perempuan
    tunjang belajar math, bukan terror tak terror…
    tp, rajin tak rajin…
    imam Syafi’e ada ckp, sesiapa yg belajar matematik, akalnya menjadi panjang…
    Allah pula menjanjikan apa yg manusia usahakan…

    (^_^)V
    smile in peace!

    *M_malas!

    • fuh, kontrovelsi sungguh entri ini ye?
      saya hormati semua comments dari para pengunjung, lebih2 lg yg berbeza pendapat dgn saya. barulah diskusi kalo begini!
      cuma harapan saya juga ialah supaya readers tak salah faham apa yg cuba dimaksudkan.
      apabila saya sebut pelajar cina power matematik, saya TAK maksudkan yang pelajar melayu tak power matematik. samalah juga kalo saya sebut saya ni macho, bukan maksudnya org lain tak macho! jadi tak timbul soal student melayu terer ke tak dlm maths!
      yang keduanya, point besar yg saya tekankan di sini ialah soal HEADSTART.
      kenyataan saya ini bukan sekadar pendapat sendiri, tetapi atas fakta dan kajian org. saya baca, saya aplikasi, dan cuba memberi pendapat tambahan. dan benar, RAJIN faktor BESAR. PRAKTIS juga faktor BESAR. kalo saya sebutkan yg bahagian rajin itu PUN pelajar cina ada headstart, mungkin sekali lg saya akan nampak seolah-olah merendah-rendahkan bangsa sendiri. cuma saya tak sebutkan di sini, tak nak entri menjadi berjela. mana taknya, Malcolm Gladwell boleh buat satu buku! jikalau berminat, bolehlah membacanya nanti…
      tlg faham yg artikel ini bukan merendah2kan bangsa sendiri. bila kita sebut tentang ‘kelebihan’ bangsa lain, kenapa perlu berposisi defensif pada bangsa sendiri? kenapa tidak ambil iktibar/pengajaran darinya? sekali lagi saya sebut, sekiranya mesej saya utk sama2 kita berfikir luar dr paradigma biasa ini tak smpai kepada readers, maafkan saya, saya telah GAGAL.
      akhir kata, no hard feelings ye!
      (^_^)V
      smile in peace!

  19. math..math..math..

  20. salam. bertuah mlm krn menemui sst yg dapat membuat saya berfikir dlm sudut yg berlainan. Sy mengajar tuisyen math utk pelajar tahun 5. Minta pandangan para pengunjung, tentang masalah saya ini.
    Saya dapati pelajar saya ini susah nak kenalpasti, apakah operasi yang patut dibuat dlm soalan maematik bahagian B. Bila baca soalan, tak tau nak buat campur ke, tolak ke, bahagi ke atau darab. Kalau ditanya, biasanya mereka akan main hentam aje..”campur kut”.. jenuh saya memberi contoh dan penjelasan dan saya beri -hint- contohnya kalau soalan ada menyebut ‘total’ maka pelajar perlu membuat operasi mencampur dan sebagainya. kekadang saya beri soalan yg sama berulang kali, namun mrk masih tak dapat faham kehendak soalan.

    Apa petua yang patut saya cuba agar pelajar saya dapat menegnal pasti cara menjawab soalan matematik??

    terima kasih atas pandangan anda semua.

  21. Assalamualaikum.
    Orang Arab terkenal dengan kaumnya yang kuat menghafal, dan disebabkan tabiat itu diorang adalah kaum yang beri sumbangan terbesar dalam perkembangan Islam. Al-Quran dan Hadith yang ada pada hari ini dahulukalanya direkod dalam kepala otak diorang sebelum dimanuskripkan kedalam satu penemuan terbesar tamadun manusia iaitu buku. David Samuel Margoliouth, orientalis orang puteh pernah buat kenyataan “untuk melihat kehebatan yang ada pada Islam, tak perlu sampai ke Mekah. Cukuplah dilihat pada sistem sanadnya.”

    Orang Jepun pula terkenal dengan sikap telitinya. Tak hairanlah hasil2 kajian penyelidikan yang made in Japan tu sangat bermutu dan berkualiti sampai mendapat pengiktirafan dunia. Awak buat penyelidikan dekat Jepun, saya rasa awak sedia maklum tentang betapa teliti dan ‘cerewet’ nya diorang dari sebesar2 benda sampai sekecil2 benda. Produk made in Japan dengan made in China, mana satu awak pilih? Perkembangan teknologi di dunia, kaum diorang adalah salah satu penyumbang terbesar!

    Orang Turki, yang terkenal dengan lemah lembut dan sikap kasih sayang yang ditunjukkan dekat kita kalau dia tahu yang kita ni muslim. Mungkin sebab kerajaannya yang mengongkong amalan beragama dinegaranya membuatkan diorang menghargai & kasih pada muslim lain, biarpun kita bukanlah orang dia. Tengok macamana Recep Tayyip Erdogan menempelak presiden Israel secara terbuka pasal isu Gaza. Jujur, saya syahdu dah terharu dengan sikap kasih sayang orang Turki ini terhadap muslim lain. Ini pun satu sumbangan kaum Turki dalam perkembangan Islam, yang mana mereka mengajar secara tak lansung yang Islam itu indah apabila ditonjolkan melalui akhlak.

    Orang Melayu, kaum yang boleh bertutur lebih dari satu bahasa dalam satu masa. Hebat! Ini ialah pandangan peribadi saya bila nak bercerita tentang orang Melayu. Saya akui orang Melayu ini cekal dan bersemangat mempelajari bahasa orang lain. Bahasa orang puteh, bahasa Arab, bahasa Cina, bahasa Jepun, Urdu, Perancis, Sepanyol, Jerman, apatah lagi Indonesia dan Brunei. Cuma, mungkin sebab dah terlebih tinggi makamnya sehingga dicampuradukkan penggunaannya kedalam bahasa ibundanya, bahasa melayu baik dalam penulisan apatah lagi percakapan. Mungkin juga mereka mahu dilihat sebagai orang yang berhabuk cakap bahasa asing, tu pasal sampai kedengaran I,you, ana, ente dalam bahasanya. Kalau betullah berhabuk, masakan gunakan saja sepenuhnya bahasa asing itu! dan lebih menyedihkan bila ada orang yang mengaku patriotik, menulis dalam bahasa melayu tapi itallic bila ada penggunaan bahasa asing. Apa dengan menyerongkan perkataan tu dah dikira patriotik, berniat menjaga ‘kesucian’ ayat bahasa melayu itu? 11 tahun belajar bahasa melayu dekat bangku sekolah, tak pernah2 diajar serongkan perkataan apatah lagi masukkan perkataan asing bila jawab soalan peperiksaan kertas bahasa melayu. Sistem pendidikan kita dahpun melaksanakan tanggungjawabnya, tapi sayang orang kita kurang nak bertanggungjawab nak mempraktik & menjaga apa yang dipelajarinya. Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah, awak. Menerusi tabiat orang Melayu yang boleh bercakap lebih dari satu bahasa dalam satu masa ini, saya masih belum menjumpai apakah bentuk sumbangan kaum Melayu dalam peradaban manusia, terutamanya dalam perkembangan Islam.

    Saya minta maaf kalau terkasar bahasa ye. Tumpang lalu jer blog awak ni. Salam dari saya di bumi…………. bumi Tuhan yang luas ini.

  22. Waalaikumsalaam dan salam perkenalan.

    Pertama sekali, tahniah diucapkan kerana menjadi pengkomen terpanjang! Banyak perkongsian yang menarik. Sedikit tambahan: Orang Turki memiliki sifat meraikan tetamu yang luar biasa terhadap semua orang sebenarnya.

    Namun begitu, berkenaan saranan saudara/saudari(?), izinkan saya nyatakan yang berikut:

    Blog ini blog untuk berbincang. Dan bila orang berbincang, mereka tidak menggunakan bahasa baku. Jika malaya seorang yang tegar menggunakan bahasa baku walaupun ketika bercakap, saya tabik anda!

    Saya bukan budak sastera, maka saya tidak pandai untuk menulis ayat skema ketika ingin berkongsi maklumat. Terima kasih atas teguran, walaupun izinkan saya untuk kekalkan corak penulisan saya begini. Mungkin satu hari nanti saya akan ke arah itu.

    P.S.: Dalam komen awak pun ada juga penggunaan bahasa ringkas. Macamana ini?๐Ÿ˜€

    • Pembetulan: saya takda pula bagi saranan dekat awak. Cuba semak balik komen saya. Corak penulisan awak itu milik awak. Saya tiada hak untuk menyaran itu dan ini. Saya cuma bagi komen, cerita tentang pendapat peribadi. Dah awak buka pintu rumah seluas2nya, jadi saya masuklah secara terhormat bagi komen. Awak baca, awak proses, kemudian awak menilai. Itulah cara orang mengambil manfaat berbincang di ruang komen.

      Saya tak pernah kata kita kena pakai bahasa baku, ayat skema dalam penulisan nak2 lagi dalam penulisan blog. Cukuplah sekadar tak mencampuradukkan bahasa ibunda dengan bahasa asing dalam satu ayat. Bahasa ringkas, bahasa anak muda, bahasa pasar, asalkan bunyinya melayu, ia masih bahasa melayu dan tak salah menggunakannya.

      Awak pencinta BM, awak tak gunakan bahasa ringkas, awak menyokong subjek sains dan matematik diajar dalam BM, awak mengajar BM kepada orang Jepun, awak kacang tidak lupakan kulit…….. awak satu dalam seribu!
      Saya bukan budak sastera, saya bukan pejuang bahasa melayu, saya pun pakai bahasa ringkas……. saya insan biasa!

      Saya cuma cita2kan kaum melayu yang yakin dengan jatidirinya tanpa perlu menjadi lalang, supaya dengan keyakinan itu mampu membawa kita maju dan terus maju. Maju dengan tujuan kita mampu menyumbang sesuatu kepada tamadun dan peradaban Islam dan manusia. Kaum yang maju itu disebabkan mereka yakin dan teguh dengan jatidiri mereka, disamping pegangan kukuh terhadap Al-Qur’an dan hadith.

      Menerusi penulisan blog warungkampung ni, sumbangan awak dalam membawa melayu berfikir itu besar! Awak sedang dalam usaha memacu melayu ke arah berubah! Awak juga menulis untuk iluvislam.com! Usaha awak murni! Awak lagi macho kalau awak seorang yang yakin dengan jatidiri bangsa sendiri, saya rasalah.

      Hendak seribu daya, taknak bersusunlah dalihnya.

      โ€œSesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa-apa yang ada pada kehidupan sesuatu kaum, sehinggalah mereka mengubah apa yang ada pada diri merekaโ€ [al-Ra’d 13: 11]

      assalamualaikum

  23. waalaikumsalaam.๐Ÿ™‚

    terima kasih di atas komen dan pendapat malaya. berkenaan jati diri, akan saya fikir-fikirkan.

    pengkomen seperti anda adalah antara yang paling saya hargai, kerana anda tidak segan silu untuk menegur. dari teguran kita akan lebih maju.

    terima kasih sekali lagi!

    p.s.: ni malaya yang sama dengan pengkomen sebelum ni ke? macam beza corak penulisan.hmm..

  24. nak ty, y4ku24 ada sumbang artikel untuk iluvislam ke? bleh bagi tau artikel yang mana satu? sbb sy nak baca , pasal penulisan kamu menarik…
    tq๐Ÿ™‚

  25. ada, tapi hanya artikel dari entri lepas. boleh rujuk TMF: Genius Muhammad di dalam Perjanjian Hudaibiyah.
    sama2.๐Ÿ™‚

  26. tq sebb post pasal ni..isi post ni sgt menarik….wahhh…buku tu cam menarik je..beli kat mane ye???

    • Salaam Aidiladha Rabiatul Suwandi,

      Buku ini boleh didapati di kedai-kedai buku besar. Silap-silap sudah ada versi BM. Memang sangat menarik, dan beliau sudah pun keluar buku terbaru ‘David dan Goliath’. Selamat membaca!

  27. Assalamualaikum tauke warung..Most of the books which mentioned here (in this blog) are already in my library. Outlier ni pun mula2 saya download pdf dahulu, maybe right after I read this entry I think, memang mind blowing. Minggu lepas, berkesempatan ke MPH, terjumpa pulak kompilasi buku ini dengan The Tipping Point, Blink dan What the Dog saw, terus beli tanpa fikir panjang๐Ÿ™‚

    Cara beliau menulis macam beliau bercakap di depan kita.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: