Posted by: y4ku24 | December 20, 2008

Selangkah ke alam pengiklanan: The power of nagging

(Sudah lama tertangguh tajuk ini. Kali ini aku ingin berkongsi cerita dengan korang tentang kuasa nagging yang ada pada kanak-kanak yang akhirnya dieksploitasi oleh syarikat-syarikat besar untuk melariskan jualan, sama ada sektor permainan, makanan atau pun taman tema. Banyak kali aku edit, semata-mata tak nak jadi panjang. Sori ar kalo panjang juga!)

APA ITU NAG?

Maksud nag di dalam Merriam-Webster Online Dictionary:

Nag

transitive verb (kata kerja transitifΒ )

1 : to irritate by constant scolding or urging (merunsing/merimas dengan memarahi atau memaksa secara konsisten)

intransitive verb (kata kerja tak transitif)

2 : to be a persistent source of annoyance or distraction (menjadi sumber kerunsingan atau ambil perhatian secara konsisten)

6a00e54ee5cc5b883300e55388a3b98834

Untuk nag yang aku maksudkan di dalam entri kali ini, ialah apabila seorang kanak-kanak akan secara konsisten merunsingkan serta membotakkan kepala si bapa (dan kepala si ibu sekali?) dengan membuat perangai di kedai-kedai, atau taman tema, ketika mana mereka inginkan sesuatu. Nag ada banyak spesis:

Memaksa: “Ayaaaaaaah, nak jugak jugaaaaak!”

Meraung/menangis sekuat hati: “Waaaaaaaa!!”

Berguling-guling di lantai superstore bila nakkan benda yang tak dibeli oleh orang tuanya.

Dan lain-lain.

Merah padam muka si Ayah dan si Mak.

Oh, bagai satu mimpi ngeri!

Lalu terbeli juga permainan ultraman di pasar malam itu, yang hanya akan dimainnya sekali, dan akhirnya menjadi alat yang memenuhi rumah.

Bagi korporasi-korporasi besar seperti MacDollah (bukan nama sebenar) dan Dismeyland, mereka tidak perlu bersusah payah mempengaruhi ibubapa untuk membeli produk mereka, cukup sekadar kanak-kanak mereka terpengaruh, dan akhirnya kanak-kanak ini akan menjadi ‘agen pemasaran’ untuk mereka sendiri. Secara percuma pulak tu.

Dan senjata promosi ‘agen pemasaran’ mereka ini cukup hebat. Dengan kuasa nagging. Lalu kebanyakannya permainan/makanan yang dibeli sebenarnya bukanlah kerana ibubapa ingin membelinya secara ikhlas untuk anak-anak, tetapi kerana tak tahan/malas/rimas melayan kerenah nagging mereka!

Di sini, yang paling menguntungkan, sememangnya syarikat permainan/makanan tersebut. Diorang bukan fikirkan sangat sama ada korang beli sebab memang inginkan permainan itu untuk anak korang, atau korang beli secara tak ikhlas, asalkan sale meningkat cukup. What ever it takes!

dcr0794l2

Iklan-iklan yang korporasi ditayangkan di TV pula tepat pada masa, ketika mereka menonton cerita kartun, atau ketika selepas balik sekolah. Memang sasarannya kanak-kanak. Dan di bawah adalah beberapa cara mereka menarik perhatian kanak-kanak:

1) Penggunaan warna-warna cerah: Permainan berwarna cerah. Gula-gula berwarna-warni. Itu semua strategi pemasaran yang disasarkan kepada kanak-kanak. (Tetapi jika lihat dari satu segi lain, memang boring juga jika warna-warna permainan semua warna gelap!)

2) Mesra kanak-kanak: Para pekerja taman tema seperti di Dismeyland akan diajar untuk pandai bermesra dengan kanak-kanak. Antara salah satu cara ialah, jika berbual dengan kanak-kanak, perlu merendahkan kepala (dengan bercangkung) separas kanak-kanak. (Alasannya? Hm, apa kata kita bagi viewers yang jawab?)

Sama juga iklan di dalam TV. Maskot syarikat itu adalah makhluk yang ceria dan mesra kanak-kanak, seperti Rollah McDollah (bukan nama sebenar), Nickey Mouse, yang semuanya suka senyum!

3) Dengan menggunakan kanak-kanak lain: Duduk di UK dulu, satu-satunya tempat yang ingin aku pergi: Dismeyland Paris. Sebab? Iklannya sungguh mengiurkan! Kanak-kanak boleh terbanglah, tiba-tiba jadi raja/permaisuri lah, Nickey Mouse jadi member kamcing kitalah, wow! Tak teruja ke budak-budak?

Lagi-lagi elemen besar yang digunakan ialah kanak-kanak sedang bergembira di dalam fantasi, semuanya indah belaka!

Berderulah darah kanak-kanak ingin ke situ. Bukan taman tema sahaja, iklan produk junk food seperti DingDang (yang member Jepun aku tergelak besar sebab tiru bulat-bulat Doraemon. Tapi versi bertelinga. ) juga menampilkan budak-budak bersuka ria bermain dengan permainan produk itu.

4) Barangan di depan kaunter: Sementara menunggu line ketika membeli, bukan kata kanak-kanak, malah kita juga kadang-kadang akan ‘terpanggil’ untuk mengambil produk tersebut. Chewing gum la, gula-gula la. “Alang-alang tengah tunggu ini, tambah RM1 je lagi…”, sambil tangan tak teragak-agak untuk memasukkan barangan itu dalam troli. Itu namanya impulse buy. Membeli secara spontan. “Alang-alang tengah sale…”, lalu membeli berus gigi. Walaupun di rumah ada 10 batang tak guna lagi. Sebab apa ter’impulse buy‘? Sebab produk yang selalu diletakkan di situ murah.

Itu baru cerita di supermarket. Tempat-tempat lain yang akan terlalu mudah kita impulse buy: Pasar malam, Bazaar Ramadhan (oh tidak, makanan dibeli lebih kapasiti dari keupayaan perut!), Kedai RM1/RM2 dan Flea Market/Car boot sale/Garage sale. Semua tempat ini ada satu persamaan: Harganya murah, jadi lagi mudah untuk ber‘impulse buy’.

Berhati-hati dengan ‘musuh’ di dalam diri bernama impulse buy itu!

CARA UNTUK COUNTER NAG

Di sini aku bukan salahkan korporasi-korporasi besar seratus peratus. Memang tujuan mereka adakan iklan adalah untuk menarik pelanggan, jadi mereka menggunakan senjata psikologi di situ. Mereka buat kaji selidik, temu ramah dan lain-lain semata-mata untuk tahu kemahuan pelanggan. Tapi akhirnya kuasa di tangan pelanggan. Kitalah yang menentukan samaada ingin membeli atau tidak.

Jadi keputusan ingin membeli ini seboleh-bolehnya jangan dibiarkan di tangan kanak-kanak sahaja. Diorang masih mumayyiz (tak dapat bezakan antara baik dan buruk) jadi diorang membeli (guna duit ibubapa) mengikut mahuan, bukan keperluan (walaupun kita pun kadang-kadang same je!).

Bagaimana untuk counter nag? Salah satunya ialah kaedah ‘Alex Ferguson’ Ayah aku (entri ‘Antara Ayah dan Alex Ferguson’. Akhirnya perkataan nag takde dalam kamus kami. Setel masalah terus!), atau cara di bawah.

4 tahun yang lalu, aku terserempak dengan satu buku English yang dijual dengan harga murah di flea market. Lalu aku tidak teragak-agak untuk membeli. Tajuk buku:

Aku sarankan buku ini kepada para ibubapa

Aku sarankan buku ini kepada para ibubapa

Beli pun, pada asalnya sebab murah, lagi satu aku fikir tak salah bersedia dari awal, betul tak? (Tak termasuk kategori impulse buy. Fuh, selamat!)

Di dalam buku ini tersebut satu tips yang, nak kata lawak pun ada, nak kata genius pun ada. Ada cerita tentang seorang ibu yang rimas dengan perangai anaknya yang suka nag ketika mereka ke kedai permainan. Asyik mintak nak dibeli aje! Akhirnya beliau memperoleh idea untuk tidak membeli, tetapi dalam masa yang sama anaknya tidak akan nag!

Setiap kali anaknya beritahu yang diinginkan permainan itu, atau permainan ini, beliau akan keluarkan nota dan pensil, dan menyalin permintaan anaknya itu. Melihat kerenah emaknya yang seolah-olah mendengar permintaan dia, seolah-olah si ibu sedang keep-in-view permintaan tersebut, si anak akhirnya tidak nag, dan akan terus berlalu tanpa apa-apa rungutan! Jika bertemu lagi satu permainan yang diingini lagi, sekali lagi si ibu akan mencatit, menunjukkan kesungguhan mendengar permintaan si anak. Akhirnya, walaupun tidak membeli apa-apa, anak tidak merungut (barangkali terlupa), dan duit terselamat! Rupanya itu sahaja yang diperlukan. Supaya kita memberi perhatian kepada keinginan mereka.

Dan banyak lagi cara-cara lain yang korang boleh cari sendiri dalam buku/internet.

KESIMPULAN

Yang disebut di atas, adalah cara ‘lembut’ untuk counter nag. Sebagai alternatif kepada sesiapa yang berhati lembut dan tak nak guna kaedah Ayah aku, walaupun aku masih rasa ianya adalah terbaik. Kalau ikut pendapat aku, jangan dimanjakan kanak-kanak sangat. Biar mereka tahu menghargai apa yang diterima. Don’t let the children think that they are in control!

Kepada kita semua sebagai para pelanggan, sama-sama elakkan dari impulse buy. Syarikat-syarikat besar mengharapkan kita berimpulse buy. Fikir dua tiga kali sebelum membeli. Jika sale pun, adakah ianya berbaloi untuk dibeli? Atau hanya guna sekali, selepas itu tersimpan di dalam setor?

Mari sama-sama elakkan pembaziran.

Sesungguhnya membazir itu amalan syaitan!

Oh ya, pasal hajat aku dan adik beradik aku ke Disneyland Paris, agak-agak korang aku dapat tak? Ya betul, tak dapat. Tetapi akhirnya Allahyarham Ayah bawa kitorang ke Alton Towers (taman tema di England), yang tidak kurang hebatnya.

Dapat hadiah ke tempat bes yang tak disangka-sangka dapat, bukankah itu hadiah yang teristimewa?

======================================================

Rujukan: How to talk so kids will listen, and listen so kids will talk, oleh Adele Faber dan Elaine Mazlish


Responses

  1. fiuhhh~ berpeluh membaca. dengan ini, saya mengumumkan anda layak untuk mengikuti kursus pemasaran..sila daftar di e-mail saya ya hehe..

    ulasan lanjut :

    yup, tepat sekali. menggunakan budak adalah strategi paling berkesan aktiviti pemasaran. sebab budak mempunyai kuasa ‘nag’ ni..cuba tengok, kadang-kadang barang orang dewasa pun diletakkan bersama dengan hadiah percuma untuk kanak-kanak..jadi, bila budak tu merengek nak mainan (contohnya) yang ditampal di produk tu, terpaksalah parents membeli..sebenarnya nakkan mainan tu, tak pasal-pasal kena beli produk utama sekali..

    macam mana nak elakkan karenah budak tu, hehe payah gak tu..tapi, strategi ‘Alex’ tu bagus la..sebab famili saya pun guna kaedah tu, ‘say no to toys’..berkesan..tapi, setiap anak mempunyai pendekatannya yang tersendiri..so, kaji-kajilah..

    p/s : taip pukul 3 pagi ke? disneyland jadi dismeyland, mickey mouse jadi nicky mouse..muskil muskil..

  2. Salam y4ku24,

    Tidak dinafikan, saya adalah antara kanak-kanak yang pernah punya kuasa ‘nag’ seperti di atas. Tetapi ayah saya tidak pernah menunaikan permintaan saya di kala itu juga. Setiap kali saya mahukan sesuatu, ayah akan pergi melihat barang yang saya mahu, diteliti dan dibeleknya setiap inci barang tersebut. Kemudian, ayah pandang dan berkata pada saya, ‘Kak long, kak long nak buat apa dengan benda ni?’ Saya akan memandang ayah tanpa dapat memberi jawapan. (Walaupun jawapan sebenarnya, mestilah untuk bermain, kan?) Tapi, alasan itu memang stereotype, dan memang tak kukuhlah. Kadang-kadang, saya cuba juga memberitahu bahawa semua kanak2 di kawasan perjiranan saya sudah punya mainan tersebut. Saya dan adik2 sahaja yang belum ada. (kan selalu permainan ada ikut musim, kan? Ada musim main kasut roda, main badmintonlah, main skuter lah, main layang-layang lah, main kereta yang kalau kita tarik ke belakang, terus dia meluncur laju ke depan-lupa nama, tapi pernah feymes lah kete tu sebb ada citer katun dulu main kete tu, pastu musim kete control lah). Dengan coolnya ayah saya akan menjawab, ‘Yelah, kalau semua orang ada, kenapa kak long pun nak ada juga?’ Adeh, akhirnya memang tak belilah apa yang saya nak tu. Ayah memang suka bermain soal jawab sampailah saya memang tak boleh jawab, wpun akal pemikiran kanak2 saya masa itu tidak dapat menerima sepenuhnya kenapa saya tak boleh ada apa yang semua orang ada. Pada akhirnya, kalau sy mmg nak juga, maka ayh akn berkata,’Kak long, mainan yang ada dekat rumah tu sapa yang nak main?’. (yelah, semua pun sy dn adik2 main sekejap jer, hehe) Tapi, ayah bukanlah kejam sangat, sebenarnya ayah akan beli juga, tapi lamalah, dalam dua tiga bulan (bila org dah tak main), barulah ayah beli… Sampai sekarang, ajaran ayah begitu terlekat dengan saya. kalau nak sesuatu, mesti ada reason, kenapa kt nak benda tu, tak boleh main nak sahaja… lama kelamaan, sy jadi tdk lagi byk meminta itu ini, sbb seblum sy nak sampaikan hasrat hati saya kat ayah, sy akan terlebih dulu fikir apa yang ayah akan tanya, huhu.. sampailah skrg, kalau inginkan sesuatu, sy akan memberikan sebab yg kukuh knp sy perlukannya. Tentulah sy tdk boleh mereka alasan, krn ayah lbh bijak membaca keadaan. wallahua’lam.

    Aish, maaflah komen panjang pula. Nostalgia….

    p/s: Di jepun memang ada jual buku bahasa Inggeris jugakah? (Saya fikir di Jepun jual bhs jepun shj, sprt di Ukraine). Buku tersebut nampak menarik, nanti kalau jumpa satu, InsyaAllah saya akan beli juga. Hihi.. terima kasih kerana mengenalkannya.

  3. To iliana: Kelas pemasaran yang diajar cik iliana ke?πŸ˜€ mesti mahal nih!

    Ya betul, kadang2 kita beli produk bukan sebab suka sgt produk tu, tp sbb barang percuma dia mengiurkan! dapat pinggan la, resepi la, etc.

    p/s: saja tak nak kena saman! :p

    To Barukisu: Saya tabik approach ayah anda! membuat anak2 berfikir dulu sebelum membeli. tak galakkan anak2 dia impulse buy. tahniah! boleh juga saya pinjam approach tu nanti ye.πŸ˜€

    p/s: di sini ada buku English, tapi tak byk. terlampau sedikit. kalau kedai buku tu, mungkin kurang dari 5% saja seksyen buku BI. itu pun tengok juga kedai buku, kalau tak berapa terkenal mungkin takkan ada! dari segi harga, tak banyak beza pun dengan harga di Malaysia.

  4. salam…

    ermmm…anak2 sy kalau nagging, cnfirm x dpt la apa yg dorg nkkk! huhu~
    sbbnya…
    “jgn beri habuan kpd keragaman mereka tp jgn lupakan habuan pada kebaikan mereka…”
    jd, kalau seminggu kelakuan bagusss…
    dpt hadiah…(educated toys + books)
    kalau x,hmmmm…

    sometimes,bwk dorg main kete yg bgerak setempat tu…ajar lagu “london Bridge” ke…
    educated things (even such a boring stuff)
    they still will love such tht things as well as
    mereka dpt memenangi perhatian kita…
    x gitu? huhu….

    pegi McDollah(bkn nama sbenar:erk,sesekali kna bwk jgkkk…nnti xla org kata jakun…org la yg kata…), bgtau dorg brp kalori, kesan-gemuk,sakit,xcntik,xensom,pendek umuq…hoho~(sat gi,buleh la tanya depa nk mai lg dak?hak2..kek pon depa xmau dh..)

    nk pistol main tembak2…”lerr nnti t’tembak mummy,mummy xdak,sapa nk jaga hampa suma?”kiki….len kali bukan pistol ja…pedang samurai,kete kebal,mainan askar dll pon depa xmau dh…
    sian depa ketakutan tkut momma depa xdak…

    woha!

    apa kata jgn bukak tv, tp bukak CD kt anak2…
    huhu~for sure t’selamat utk nagging kita punyalah!!!

    (^_^)V

  5. salam.

    saya setuju approach candle lilly utk memberi hadiah di atas kelakuan baik yang mereka tunjukkan. saya rasa itu merupakan salah satu moral booster yang efektif.

    tetapi seperti yang saya ada nyatakan di dalam entri yang lepas, menurut pakar psikologi kanak-kanak, memberi kanak2 lelaki bermain permainan seperti pistol itu bukan satu yang perlu dirisaukan akan dibawa hingga ke dewasa. it’s the male’s nature to become ‘masculine’!πŸ˜€

    saya sendiri rasakan ada dilemma di dalam mengasuh kanak2 sekarang. jika tidak di beri tengok tv, atau tidak dibeli permainan, akan wujud konflik di dalam minda mereka ketika mereka melihat rakan2 mereka mempunyai permainan tersebut, atau boleh makan sesuka hati dll. jadi seperti candle lilly sebutkan, kita perlukan pertimbangan dalam menghadkan sesuatu. (amboi, bunyi macam pakar kanak-kanak pulak saya nih!πŸ˜€ )

    apa2 pun, terima kasih candle lilly kerana berkongsi pengalaman!

    (^_^)V

  6. Salam y4ku24…
    Ishh…. jap. Nak imbas balik kenangan lama.
    Kak su penah ada power of nagging ke tak ye?

    Ermm… tak de kot.
    Baiknya!!!… Hahaha

    Hakikatnya, ayah tak suka bawak kak su jejalan kat kedai mainan. Dan kak su diajar bermain dgn mainan buatan sendiri. Buat anak patung dari kain sarung mak, buat pistol dari pelepah pisang, main pondok-pondok dgn menggunakan pokok-pokok (habis pokok bunga kakak dan pokok pisang nenek kak su kerjakan. huhu), tanah dan pasir. Permainan bebudak kampung lah katakan…πŸ™‚

    Ish… kak su pun ikut nostalgia macam balqis jugak. Kekeke…

  7. flea market mana plak nih.kat scotland?uk/scotland memang banyak carboot sales.nihon pon ade kedo ne.kat area shinjuku

  8. dulu suka request junk food, toys watsoeva, request dari abah je.. my mom got diff approach.. kalau mnta singgah beli ape2 yg dah tau bukan2.. mom said, xde parking sume.. jadi xdpt turun singgah.. bila saya demand2.. cm satu wktu tuh nasi lembik asyik dimasak lembik.. (teruk kan perangai? *sigh*) she asked me to try cooking rice.. mse tuh my mom bukan dalam nada tinggi, tapi cam nak kasi chance anak dia tunjuk pandai (cmne nak deal dgn anak ego).. n i made it well.. pastu sejak tuh.. im d one yang masak nasi =P

    mse drjh 4.. x gheti2 iron baju sendiri.. tau dh siap je.. pstu my mom gosokkan gitu2 je.. sye xpuas ati.. pastu mom asked me to do so.. n she praised me for the gud job i’d done..n pastu iron bju sendiri je n skg klu kat uma, tlg iron bju family skali=P

  9. Approach ayah saya lebih kurang Barukisu.Namun secara realitinya,kami berasal dari keluarga berpendapatan rendah.Mungkin,sejak dari kecil kami diajar untuk bersyukur dengan apa yang ada.

    Jangan pandang kelebihan orang,lihat orang yang lebih susah.Jangan jadi pak turut.Itulah yang ayah saya ajar.Jika kamu mahu sesuatu,usahakan sendiri,jangan meminta.Itu juga cara ayah saya.Mungkin nampak tak sesuai,tapi ini yang ayah saya ajar sejak saya umur 6 tahun.

    Islam itu prinsipnya.Dia tegas tapi lembut hati.Namun jangan dicampuradukkan agama dan adat,itu bukan ayah saya.Ini kata ayah saya saat saya malas mengaji

    hal lain dia boleh bertolak ansur,namun hal agama tidak ada kompromi!

    jadi demi menghilangkan rasa bosan di zaman kanak-kanak,kami menjadi lebih kreatif.semua permainan kami lebih mesra alam.mainan kanak-kanak kampung.tanah kosong yang terbiar kami jadikan gelanggang badminton.simple,tapi ini yg menjadikan kami rapat sesangat.

  10. To suara: Samalah kak su. saya juga berkesempatan bermain dengan mainan buatan sendiri. Antara permainan feveret ketika kecil: CAPLOM (main tembak2 guna batang buluh kecil dengan berpelurukan kertas basah).

    To shah: flea market ada juga di Jepun, tapi tak sehebat carboot sale di UK/US!πŸ™‚

    To c’s: Mengajar berdikari secara halus. Nice!πŸ™‚

    To hana: bila ada kemahuan utk bermain tetapi tiada permainan, akan timbul idea2 kreatif!πŸ˜€

  11. salam…
    oppss, ada satu ketinggalan…

    dgn nenek atau atuk, mereka tak perlu nk nagging2 sbb ckp aja, mesti dpt apa yg dihajati…
    (biarla dulu2 bapa kita pandai tangani kita nagging pon, tp dgn cucu pasti mereka kalah)

    huhu~
    dlm bab ni, kena bertindak ikut keadaan la pulak…huhu~
    xpon,kita nagging balik kt atuk dan nenek mereka…
    woha!
    (^_^)V

  12. salam..teringat sepupu sy bcerita cara dia mendidik anak2 nye..

    dlm hal2 nagging ni, anak2 dia mmg tau – Ibu xkan blikn apa2 klu dipaksa2…klu nk ssuatu Ibu akan beli klu ibu rs nk beli..jgn paksa2..-

    bila si Ibu ni btegas mcm tu…ank2 ikut ckp..

    slalunya klu teringin sgt2 nk 1 mainan ni, ank2 dia akn ckp ‘ Ibu, blh x nk pgang mainan tu…nk pegang je..nk tgk je..’
    pstu bila ibu bg(x smpi ati tgk muka teringin ank2 tu), si ank ni akn pegang n belek lm2..smpi ms nk kluar kdai, dia dgn relanya akn simpan blk mainan tu kt tmpatnya..tanpa merungut apa2 pn..

    so, si ibu ni,klu g kdai,x prlu la rs stress ke pe…rilek je,blh shopping dgn aman..

    dlm diam, ibu tu akn blikn juga maian tu(bknla smua), tp bg lps2 dr tu..jd ank ni akn gmbira la…ibu kasi surprise hadiah yg anak ni mmg tringin sgt2..

    cmtula lbh krg approachnye..

    y4ku24 ni suka btl bab2 parenting kn..ehem2..(^_^)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: