Posted by: y4ku24 | December 17, 2008

Kenapa aku sudah bosan dengan manga detektif

Ketika di sekolah menengah, aku cukup suka membaca manga yang berkisar tentang detektif. Dua komik yang paling aku minat dahulu ialah Penyiasat Remaja Hajime Kindaichi dan Detektif Konan. Memang collect beb! Dragonball dan Slamdunk layan juga, tapi paw saudara punya je. (Pastu bila hilang buat muka tak bersalah)

Tetapi akhirnya aku mula slow down sedikit membaca manga-manga detektif di atas. Mungkin mula bosan dan muak barangkali. Situasi berbeza, tetapi storyline sama. Akhirnya semua kes dapat diselesaikan! Hero macamana sekali pun tak mati-mati!

Rambut ada ekor paling tak boleh blah

Hero punya rambut ada ekor paling tak boleh blah

Kalau Penyiasat Remaja, aku dah jadi muak, setiap kali Kindaichi (hero) ke sesuatu tempat, akan berlaku pembunuhan. Diri sendiri dan makwe dia takkan terbunuh, tetapi orang-orang lain akan terbunuh seorang demi seorang. Boleh pulak ahli trip yang lain semua ada kaitan dengan pembunuh, kebetulan hero dan makwe dia saja ‘orang luar’!

Bodoh punya penjenayah. Sudah tahu ada penyiasat remaja di dalam trip itu, patut bunuh dia dulu! Lagi-lagi mau cabar dengan meninggalkan clue-clue misteri untuk diselesaikan.

Pastu mesti lokasi atau cuaca tempat tersebut akan menyebabkan mereka tidak boleh berhubung dengan polis/orang luar. Setiap kali pulak tuh! Kesimpulannya hanya satu: Aku rasa Kindaichi itu sendiri bernasib malang/suwey! Jangan bagi dia pergi ke mana-mana, sebab setiap kali dia ke suatu tempat, kes pembunuhan beramai-ramai akan berlaku!

conan_016

Detektif Konan pula ada peliknya tersendiri. Bab storyline dia, ada pelbagai, jadi bab ini aku suka. Kadang-kadang memang tempat yang di pergi ada pembunuhan, kadang-kadang dipanggil ke tempat kejadian. Jadi hero dia tak sesuwey Kindaichi. Tapi hero dia pula menjadi bentuk kanak-kanak balik akibat termakan ubat yang diberi orang jahat?? Wow, teknologi sains kita sudah sampai tahap itu?!

Ada logiknya aku bangkitkan betapa tak logiknya cerita ini. Pertamanya, komik itu berunsurkan cerita detektif, dan cerita begini memerlukan kita memikir secara logik. Jika penjenayah boleh buat silap mata, orang dah tak panggil detektif dah,Β  orang panggil bomoh terus! Jadi, terdapat ironi besar di situ: Ingin membawa cerita detektif dan mengajak pembaca berfikir secara rasional (untuk selesaikan misteri pembunuhan), tetapi heronya tak logik! (Bila nak selesaikan kes, kena pengsankan seseorang untuk dijadikan ‘orang tengah’…Malas nak komen…) Lagi-lagi logik akal aku tak boleh nak terima orang sesuwey Hajime Kindaichi!

Memang sejak awal aku berkecimpung membaca komik sebegini, aku memang dah perasan perkara ini, tetapi tak guna juga aku berdebat, just enjoy the comic la kan, betul tak? Sekurang-kurangnya ada juga yang dapat dipelajari dari membeli manga-manga ini….seperti kalau bagi pinjam member di asrama baca, jawabnya hilang tak kembali la nanti. Orang ni passing kat orang ni, orang ni passing kat orang ni….Akhirnya jumpa, ‘terbunuh’ di dalam longkang belakang sekolah….(Lalu mengalir setitik airmataku) Tak pun member pinjam punyalah lama, nak dapat balik kena pinjam balik dari dia! (Apekename member camtu!)

Sudah meningkat dewasa ini, aku rasa….sudah tiba masanya….aku ucapkan sayonara….kepada dunia manga detektif….

Dan melayan manga Naruto pulak! Shannarooo!! (Tengah klimaks perang habis-habisan nih! Yahu!)

(Nota: Bab-bab ‘suwey’ nih memang tak boleh kita sebagai orang Islam percaya. Cuma disebabkan cerita itu pun fiksyen saja, jadi aku guna. Tapi jika penggunaannya masih satu kesalahan, minta sesiapa yang lebih arif bidang agama untuk menegur. Terima kasih!)


Responses

  1. same here. dulu minat gak penyiasat remaja dan conan, dan juga Q. tapi makin lama rasa makin bosan pula

    teringat cabut keluar asrama beli komik di madid. Lepas tu kena tangkap dgn akhi salim, pastu kena denda cuci tingkap surau

  2. Dulu tahap addict ar, skang slo down sket. Memang lah citer banyak tak logik. Selalunya, musti diwujudkan satu perbezaan antara real cuprit dgn suspek2 yang lain (contoh: real cuprit tak reti cakap English, suspek lain boleh).

    Tapi bab teknologi yg mengecilkan badan tuh, tak logik pn akal sy masih leh terima sbb itulah namanya advance n creative. Pemikiran menjangkaui lingkungan peradaban masa kin, think out of box. Sy still layan lagik tapi tak ler gila cam dulu. Dgr komik tuh ada kat KL, turun sana utk beli.

    Skang nih online jek tapi masih berharap utk dapat beli semua siri utk koleksi peribadi.

    p/s: ok ar bawak kita berfikir sama2 dari dok tgk shin chan. Naruto tuh pon tak logik gak, kan? hehe…

  3. To zacharias: Orang yang dah nak kawen takleh baca manga dah! Hihi. Selamat Pengantin Baru bro! Semoga semua berjalan lancar.

    To cikgu_eya: Haha,memang susah nak layan manga kalo bicara tentang logik! Memang semua tak logik pun cikgu_eya, tapi manga tersebut tak perlu untuk diterjemah akal logik!
    Ironisnya manga seperti Conan itu manga detektif yang mana untuk menyelesaikan masalah kes pembunuhan perlu diterjemah secara logik!
    Tapi bab hero selalu menang tu, orang jahat selalu kena tangkap tu memang tak boleh cakap apa ar. Cuma ‘menambah perisa’ menghangatkan lagi diskusi je tu.πŸ˜€

  4. salam…

    sponge bob boleh masuk x???
    hihi~
    walau dh tau x logik…
    tp, diakui mmg syok layan naruto & conan!!!
    (sesuai ler utk hepi2kan diri ja…)

    (~_^)V

  5. tepuk dahi saya membaca..ingatkan nk tinggalkan terus manga tu..rupanya beralih komik je..ya ampun pak..

    ada tak komik yang betul2 kelakar? blh buat hilang tension study hehe..

    komik penyiasat ni kadang-kadang bukan menolak, tapi menambah tension pun ada..sebab penolakan logik akal..

    p/s : tunggu kemunculan komik siddiq cerdas la pulak lepas ni..

  6. tajuk entri pun ‘bosan dengan manga detektif’,bukan manga keseluruhan!πŸ˜€

    well,komik kelakar ada je. Dik Cerdas satulah. tp ada lagi satu yang lagi lawak bagi saya la, URAYASU TEKKIN KAZOKU (Keluarga Urayasu Tekkin). Lawak dia sbb aksi2 dan ekspresi muka dia gile bes! (Shinchan suma orang tau, tp URAYASU ni kalo tanya budak msia kat jepun pun rasanya ramai yang tak tau! kire cam komik underground gak laπŸ˜› )

    Malangnya rasanya takde dlm BM, dan dlm english pun tak pasti. cumanya sebbkan cerita dia penuh ekspresi, jadi tak faham bahasa jepun pun boleh tergelak!πŸ˜€

    cite dia ada dibuat anime, tp rasanya anime dia telah ‘membunuh’ keunikan manga tu, sbbkan ekspresi dia lain dari manga! nak baca leh dtg rumah, ada koleksi. heh heh.

    lagi satu, ala2 lawak dan ber’moral-of-the-story’ dan cuma lukisan, takde dialog ialah GON. seekor dinosaur yg hidup di rimba zaman sekarang dan berkawan dengan binatang liar. pernah jumpa komik ni di Msia, tp mungkin dah ‘pupus’.

    ada beberapa lg, tp suma berdialog n dlm bahasa jepun, so payah la skit!

    p/s: komik siddiq cerdas takkan keluar, sebab pelukis dia pemalas! viewers jepun kalo ada komik lawak lain yg tau, tlg bgtau! thanks!

  7. lorh…semua bahasa jepun ke? nak amik bahasa ke-4 bahasa Jepun la macam ni hehe..boleh berdebat dengan pakcik (dulu saya gelakkan tiap kali dia cakap Jepun, confirm kena balik nih)..

    memang tak pernah dengar pun semua nama komik tu – pelik betul..beli versi tempatan je la..sebab Gempak Starz sekarang dah banyak juga buat komik ala-ala manga hehe..

    datang rumah??? takkan semata-mata sebab komik kot..kalau ada ayam golek ke, sup tulang ke lagi best kan kan kan (gurau je)..

    p/s : errr…tepuk dahi lagi sekali (pemalas????)

  8. why not try sherlock holmes?takpon agatha christie ke

  9. sherlock holmes layan gak dulu.ntah sekarang ni cam dah kurang skit membaca genre tu.terasa cam ‘too good to be true’,walaupun selogik sherlock holmes.πŸ™‚

  10. huuu.. beshnyeee..

    erk.. saya masih meminati Det Remaja n Det Q.. suwey x suwey.. nk dijadikan cite.. kena amk main plot dlm hdp die.. xkan nk cte ari die g skola.. makan.. yg xde pape tuh.. tensen je nk bace nanti.. =P

    last anime yg saya layan.. Ouran High School (honey senpai die sangat cute!!~) n Death Note (menggelabah.. tapi besh!) tapi bila baca manga, kita akan rase anime die xbes.. n movie drama die hampeh..

    manga? bce via tenet x bes la.. nk hardcopy.. org arab x bce manga.. huhu..

    btw, org nk ke, dh kawen, mahupun ber anak sudah.. kalau dah minat, tetap minat. macam abang saya, walau berbulan belayar di laut.. dia dah tempah siap2 manga dia setiap keluaran… *menggeleng*

    ps y4ku24.. nih abang yang abah luqman tuh la~ haishh..

  11. Sama cam novel juga,bagi saya bila manga tukar ke anime/filem, rasa semakin tak bes. LOTR ke, Harry Potter ke, I am legend ke, org ckp yg sama gak. (malah novel I am legend punya penghabisan lain gile dgn filem dia,sbb novel punya tak nampak main character sbg hero sgt)

    saya mmg lebih suka baca manga dr tgk anime. menikmati hasil karya ori.

    pasni Dragonball the Movie akan klua. rasanya takkan sebest manga. kita tunggu dan lihat…:)

  12. trend tu dah lame diperhati….jambatan roboh, tanah runtuh, talian telefon terputus…

    yg conan ni bile nak sembuh? kate detektif yg dapat selesaikan semua kes (kes org lain laju je). kes yg melibatkan diri sendiri tak settle2…dah brape volume? 50+ ke? tak ingat….

    ni dah jadi “defective conan”! haha!

  13. ha btol btol btol i agree with u benzema’ hmm haiii geng sy nihh bru je minat detktive conan ni so sy rs sy suke sgt cite nihh tp bosan tu lom lg la kot’ yelah bru minat la katekan.. hehehe


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: