Posted by: y4ku24 | December 13, 2008

Aku ber’Date’ing di Sendai

Fuh, kontroversi lagi sensasi betul tajuk!

Terpaksa aku terang dulu sebelum korang salah anggap.

Tempat dating aku...

Tempat aku berdating...

Sebenarnya dengan ber’Date’ing, aku maksudkan yang aku ke stesen radio Date.fm, iaitu stesen radio utama bandar Sendai tercinta. Kalo korang rasa aku ke situ untuk membuat recording lagu dalam Bahasa Jepun sebab suara aku sedap, aku nak ucapkan terima kasih la, walaupun lain tujuannya aku ke sana (perasan tak hingat). Sebenarnya pada 31 haribulan 7 yang lepas aku ke situ untuk membuat recording tentang gempa bumi/earthquake/jishin (aku akan guna perkataan jishin selepas ini) bertajuk ‘Sekiranya Gempa Bumi Terjadi…’.

Ha, jangan korang tak tahu, Jepun ini memang negara gempa bumi, dan Sendai adalah bandar yang dijangka akan berlaku gempa bumi besar dalam lingkungan masa 30 tahun! Peratus kebarangkalian ianya berlaku dalam jangka masa itu?

99 peratus!


Aduhai, mintak korang doa-doakan aku sempat balik! Setahun 3 bulan sahaja lagi! Jishin kecil memang banyak, itu usah cakaplah. Tahun ini saja rasanya sudah lebih 10 kali di Sendai sahaja. Tengah tidur, tengah bawa kereta. Semua aku dah rasai. Harap-harap tak perlu sampai rasai jishin besar. Amiin.

Tapi itu juga menjadi kelebihan besar bandar ini. Kerana tahu jishin akan berlaku tidak lama lagi, persediaan di bandar ini top class. Dan sebagai salah satu persediaan, Date.fm menjemput para foreigners (yang mana komuniti negara mereka ramai di Sendai) untuk merakamkan suara mereka di dalam bahasa ibunda masing-masing, memberi informasi berkenaan jishin, cara menyelamatkan diri serta tindakan yang wajar di ambil ketika jishin berlaku.

datefm04

Ya, Sendai juga semakin hari semakin ramai foreigners, dan majlis perbandaran Sendai mengakui fenomena ini. Oleh sebab itu juga mereka menyiarkan rakaman informasi jishin mengikut bahasa yang difahami foreigners, andaikata informasi tersebut tidak dapat difahami di dalam Bahasa Jepun. Sampai ke situ community service mereka. Hebat!

Senang cerita, kerana tahu akan berlaku jishin, bukanlah untuk kita menjadi takut/paranoid tak tentu pasal, tetapi oleh kerana tahu itulah, ia menjadi senjata besar kita, supaya kita bersedia dan bertindak dengan bijak, agar dapat mengurangkan kemalangan yang berlaku!

Sepertimana satu kata-kata oleh wakil dari badan yang menguruskan hal ehwal jishin di Sendai,

“Mari berputus asa (dengan mengharapkan kita takkan terkena) dan sila bersedia!”

Aku pun akhirnya melangkah ke arah itu. Sebab aku akui diri sendiri masih jahil berkenaan jishin. Maka aku banyak volunteer diri sendiri di dalam aktiviti yang melibatkan jishin, sebahagiannya untuk menyedarkan orang lain, sebahagian besarnya untuk diri sendiri juga. Jadi untuk kali ini, aku diminta untuk menyampaikan di dalam Bahasa Melayu, untuk para pendengar dari Malaysia dan Indonesia. (walaupun diorang takkan dengar radio ni pun! Mana taknya, aku sendiri tak pernah dengar radio ni!)

Sesi terjemahan bersama pengacara Date.fm terkenal, Itabashi-san (headphone itu yang mencengkam, bukan rambut aku afro)

Sesi terjemahan bersama pengacara Date.fm terkenal, Itabashi-san (headphone itu yang mencengkam, bukan rambut aku afro..serius.)

Terutamanya bagi viewers dari Jepun, aku rasa elok korang baca tips berkenaan jishin di bawah, untuk kepentingan diri sendiri juga. Aku masih tak dapat lagi recording suara sendiri dari stesen radio, walaupun sepatutnya sudah dapat. Jika ada nanti aku akan insert di dalam entri ini. In the meantime, bolehlah baca petikan di bawah (ayat skema, jangan gelak!):

=====================================

Sekiranya gempa bumi terjadi…

Adakah anda tahu berkenaan gempa bumi?

Bagaimana untuk bersedia menghadapi gempa bumi?
1) Memastikan tempat perlindungan yang telah di tetapkan
Tempat perlindungan ialah lapangan dan bangunan yang disediakan untuk
menyelamatkan diri, dan ia termasuk sekolah rendah, sekolah menengah
rendah dan sekolah menengah tinggi milik bandar. Sila pastikan tempat
perlindungan yang telah ditetapkan yang berada berdekatan rumah anda.

2) Menyediakan beg kecemasan
Sediakan beg untuk waktu kecemasan dengan mengumpulkan barang-barang
penting.
Barang-barang yang perlu disediakan: Air untuk 2,3 hari, makanan, ubat-ubatan,
tuala, lampu suluh, radio bimbit, bateri, beberapa keping duit 10yen serta
kad telefon, salinan kad pengenalan dan lain-lain.

3) Pengumpulan maklumat
Anda boleh meminjam dan menonton DVD bertajuk [DVD Manual Multi Bahasa
Pencegahan Bencana Ketika Gempa Bumi] di Pusat Antarabangsa Sendai untuk
pengumpulan maklumat.

Jika gempa bumi berlaku?
1) Pertamanya, sila lindungi diri sendiri.
Gunakan pelapik tempat duduk atau barang-barang berhampiran untuk melindungi
kepala dan elakkan diri dari ditimpa barang-barang yang jatuh dengan
menyembunyikan diri di bawah meja atau tempat yang selamat. Adalah merbahaya
untuk anda panik dan melarikan diri ke luar rumah, kerana gelas atau jubin
rumah boleh terjatuh.

2)Usaha untuk memadamkan api sekiranya berdekatan dengan kebakaran!
(Perhatian!)Sekiranya terdapat kebakaran yang berdekatan, berusahalah untuk
memadamkannya dengan tenang.Sekiranya anda sedang memasak dan sedang
menggunakan minyak atau api, ia adalah amat merbahaya dan anda perlu
memisahkan diri dari tempat tersebut, dan usaha untuk memadamkan api setelah
gegaran reda.

3)Bukakan pintu dan pastikan jalan keluar anda terjamin!
Bagi bangunan besar seperti apartmen dan mansion, disebabkan gegaran gempa
bumi, ada kebarangkalian pintu tidak dapat di buka dan anda akan terperangkap di
dalam rumah. Oleh itu, sila buka pintu serta tingkap dan pastikan jalan keluar
anda terjamin.

4)Berhati-hati dengan serpihan kaca!
Kaki anda boleh tercedera disebabkan serpihan kaca yang pecah serta barang
yang terjatuh. Oleh itu, sila sediakan alat seperti lampu suluh dan selipar
di sebelah tempat tidur anda untuk mengelakkan perkara ini berlaku. Sila
elakkan dari meletak bahan mudah pecah seperti gelas berdekatan kasut-kasut
di halaman pintu.

5)Jangan kembali ke rumah anda setelah anda keluar!
Sekiranya anda kembali ke rumah anda setelah menyelamatkan diri, berkemungkinan
rumah anda akan runtuh, atau anda terperangkap di dalam kebakaran dan sebagainya.
Oleh kerana itu, sila tunggu sehingga pihak berkuasa memastikan rumah anda
selamat untuk dikunjungi semula.

6)Berjalanlah ke tempat perlindungan!
Ketika malapetaka, kereta kecemasan seperti ambulans dan bomba akan banyak menggunakan
lalulintas. Mengganggu lalulintas dengan kereta sendiri akan memburukkan lagi keadaan.
Jangan sesekali menggunakan kereta anda ketika ini.

7)Elakkan dari menggunakan telefon sejurus selepas malapetaka!
Ketika malapetaka, talian telefon akan sesak kerana semua orang akan cuba menggunakannya,
dan telefon kecemasan [110] berkemungkinan tidak dapat digunakan. Seboleh-bolehnya
elakkan diri dari menggunakan telefon, dan andaikata terpaksa menggunakannya,
sila gunakan [171] iaitu talian mesej ketika bencana NTT dan menggunakannya
dengan kadar yang perlu sahaja.

8)Jangan panik dan dapatkan informasi yang betul!
Ketika malapetaka, khabar angin dan informasi yang salah akan tersebar, dan
kadang-kadang akan mengakibatkan kekeliruan. Sila bertindak melalui informasi yang diterima
dari radio serta TV dan jangan terkeliru dengan khabar angin.

Sekiranya gempa bumi berlaku ketika keadaan ini?
1) Ketika sedang bersiar-siar di bandar
Berhati-hati dengan papan tanda dan cermin tingkap yang pecah yang jatuh
menimpa. Lindungi bahagian kepala anda dengan beg atau jaket dan jauhkan
diri dari mendekati bangunan tinggi. Dinding batu-bata dan mesin menjual
minuman juga boleh rosak dan menimpa anda. Oleh sebab itu, sekiranya anda
berdekatan benda-benda ini, sila jarakkan diri anda darinya.

2) Ketika anda sedang memandu
Pegang dengan erat pemegang, sedikit demi sedikit perlahankan kereta dan
berhentikannya di sebelah kiri jalan, lalu matikan enjin. Dengarkan maklumat
melalui radio. Sekiranya perlu untuk menyelamatkan diri, supaya dapat
digerakkan pada masa diperlukan, sila kekalkan kunci kereta di punatnya,
pintu dibiarkan tidak berkunci, sijil pemeriksaan automobil serta barang
berharga dibawa bersama, dan berjalanlah untuk menyelamatkan diri.

3) Ketika berada di bawah tanah atau di stesen keretapi bawah tanah
Tempat seperti ini dibina dengan kukuh dan adalah lebih selamat daripada
bangunan bertingkat tinggi. Berdasarkan arahan dari pihak berkuasa di situ,
tanpa panik, sila selamatkan diri anda.

4) Ketika berada di bangunan tinggi
Sekiranya berada di dalam lif, sila keluar sesegera mungkin. Sekiranya
terperangkap di dalamnya, bercakaplah dengan orang di luar menggunakan
interfon dan sila tunggu untuk diselamatkan. Ketika menyelamatkan diri,
jangan sesekali menggunakan lif, tetapi gunakan tangga untuk
menyelamatkan diri

5) Ketika berada berdekatan pantai
Seboleh-bolehnya segera menyelamatkan diri ke tempat yang tinggi dan
berjauhan pantai, dan dengarkan berita berkenaan tsunami. Jangan mendekati
pantai sehingga dibenarkan oleh pihak berkuasa. Adalah teramat bahaya untuk
anda pergi ke sana untuk melihat.

Sila mengambil tindakan untuk menyertai secara aktif latihan kebakaran
yang dibiaya oleh organisasi kejiranan, syarikat dan sekolah, dan
bersedialah untuk menghadapinya.

Disediakan oleh: Bandaraya Sendai, Persatuan Pertukaran Antarabangsa Sendai

==========================================================

Sudah habis rakaman, sebagai hadiah menvolunteer diri, aku menerima t-shirt dari Date.fm

And now for your listening pleasure

and now for your listening pleasure...

Ahad ini aku akan menyertai orientasi para pelajar foreigners untuk memaklumkan mereka tentang cara membahagikan sampah ketika buang*, pengenalan SIRA (Sendai International Relationships Association) serta informasi tentang jishin. Aku menjadi volunteer untuk team jishin. Sebagai pelakonheh heh.

Cerita lanjut berkenaan jishin akan aku muatkan di entri lain. Sekian dahulu pesanan dari penaja!

======================

* Kepada yang tidak tahu, Jepun mengasingkan sampah, dan akan di kutip mengikut jenis sampah pada hari-hari tertentu.


Responses

  1. Salam.
    Di Indonesia juga terjadi gempa bumi.Pelan kecemasan yang dibuat:
    jika berada di dalam bilik semasa kejadian gempa tu,silala duduk di bawah meja,bagi mengelakkan bumbung rumah hempap kamu.
    jika berada di luar rumah,sila ke kawasan universiti terdekat dan berada di kawasan lapang.
    Maybe Indonesia tak sama seperti Jepun,tapi lebih baik berjaga-jaga.
    Tak pernah lagi rasa gempa ni,tapi adela satu malam tu gempa berlaku berskala 7 ritcher.Tapi tula..tidur mati,tak sedar pun.Nasib baik takde pe2.

  2. Wah, sukarelawan aktivis gempa bumi. Aktiviti yang baik. Aku tak tahu nak jawab soalan kawan-kawan aku yang senegara bertanyakan apa yang boleh dibuat di Jepun untuk meluangkan masa.
    Sebab aku rasa jawapan itu ada dalam diri mereka sendiri. Macam-macam benda boleh dibuat,kan?

    p/s: Apa tujuannya sijil pemeriksaan kereta dibawa sekali?

  3. salam…
    congrates ya akhi…
    semoga usahamu diberkati olehNya…
    Ameen.

  4. salam, seronok sangat baca artikel saudara..
    kali pertama baca, terus jatuh cinta…πŸ™‚

    saya paling suka posting pasal ciptaan2 tu, yang berkait dengan ciptaan rekaan manusia based on nature tu.., macam tuala dicipta berkonsepkan villus kat usus.. baru terifikir…

    kalau nta ada link2 tentang ciptaan based on nature tu, blh tak tlg send ke emel saya? baihaqi_ibnusina@yahoo.com sebab saya sangat2 berminat dan nak tau benda tu dengan lebih jelas…

    maaf menyemak kat sini, sebab blog nta tak de shout box, sebab tu saya luahkan segalanya disini.. sori ya akhi…

  5. To hana: Salam. Maaf saya bertanya, hana ini orang Indonesia, atau pelajar Malaysia di Indonesia? Tetapi dalam mana-mana keadaan sekali pun, sama-sama kita berhati-hati.

    Yang utamanya, jika berada di bangunan di kawasan bandar, melarikan diri keluar ketika gempa bumi berlaku LEBIH BAHAYA dari menyorok di dalam bilik tersebut. Pastikan juga di tempat tidur tiada yang boleh menghempap, jika gempa bumi berlaku ketika kita sedang tidur.

    To Sangpelangi: Benar, macam-macam boleh dibuat. Akan saya tulis di lain hari berkenaan ini.πŸ™‚
    Tak faham soalan terakhir. Untuk saya jawap ke, soalan umum?

    To Candle Lilly: Harap-harapnya ramai yang dapat manfaat, selain dari diri saya sendiri.πŸ™‚

    To dr_taqwa: salam. boleh pulak jatuh cintaπŸ˜€ saya sendiri seronok apabila perolehi komen-komen dari korang! baru terasa semangat untuk tulis entri seterusnya.
    Saya rasa link yang saudari inda beri, serta buku ‘gecko’s foot’ itu pun cukup menarik. Malah terlalu banyak dokumentari yang menceritakan keajaiban ciptaan pada binatang, yang sains baru-baru ini dapat bongkar. Dan mungkin suatu hari nanti dapat manusia aplikasi.

    Contohnya:
    1) ada cicak yang boleh berlari atas air
    2) kelawar boleh melambatkan MASA?
    3) ada binatang yang boleh tahu gempa bumi akan datang.
    4) secara teori fiziknya, mustahil lebah boleh terbang! tetapi kenapa lebah boleh jugak terbang? (ada disebutkan juga di awal cerita animasi Bee Story)

    kalo nta suka tengok dokumentari, antara favourite berkenaan pasal keajaiban binatang ialah:
    1) Supernatural (bukan yang drama tu, itu menipu je!)
    2) Weird nature
    dan banyak lagi dokumentari dari National Geographic, Discovery Channel, PBS dan BBC. antara rajin atau tak untuk mencari saja.πŸ˜€

    Memang wordpress tidak memberi option shoutbox. Dan untuk blog saya, tak perlu pun. Shout saja di bahagian komen, no hal! salam perkenalan.πŸ˜‰

    P.S.: Nta belajar di mana sekarang?

  6. Wslm.
    saya pelajar malaysia yang belajar di indonesia.

  7. salam..wah~ tahniah tahniah…

    semoga usaha itu bisa menyelamatkan ribuan malah jutaan nyawa dengan mengetahui langkah keselamatan yang kamu errr…(nak guna istilah apa ni ye) rakamkan (boleh la)…

    di Malaysia ni walaupun takde gunung berapi, kes tanah runtuh pula menjadi-jadi. kalau di sana, manusia bersedia dek kerana semulajadi, di sini manusia bersedia dek kerana kesilapan sendiri.

    p/s : betul ke hakikat kenyataan di gambar no.3 tu hehehehe..takpe takpe, saya percaya (^_^)

    p/p/s : aminn…saya turut mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kamu di sana..

  8. 1. betul ke fakta di bawah gambar yang ke-3 tu??? takpe takpe, saya terima pakai hehe (gurau je ya tuan rumah)

    2. harap-harap apa yang kamu lakukan bisa menyelamatkan jutaan nyawa

    3. aminn..saya turut mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kamu di sana (^_^)

  9. Salam Y4ku24…

    Gempa bumi. Teringat kisah dongeng yg mengatakan dunia ini berada dihujung tanduk lembu. Dan bila lembu tu lenguh, dia akan menggerakkan kepala lalu berlakulah jishin.

    Itulah imaginasi orang dulu-dulu. Bila difikirkan kembali, rasa kelakar pulak…πŸ˜€

  10. salam..

    wah!xsangka awk da pandai br’dating’ ek…bgtau ummi..hihi~

    cop2..boleh percaya ke psl rambut 2?!kalo btol rsenye x perlu xplain kot..tp,kalo xplain..ma maknahu?fesyen la konon….yela 2..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: