Posted by: y4ku24 | December 5, 2008

Dilemma Si Budak Matang

(Update blog: Tak sangka aku antara most viewed entry di dalam blog ini ialah berkenaan psikologi budak dan parenting tips. Korang ni jangan percaya bulat-bulat tulisan aku! Aku ini bukan kata sudah beranak, kahwin pun belum lagi! Di tambah pula yang aku ini student sains tulen. Jadi pengalaman memang tiada, cuma input melalui pembacaan dan observation. Tajuk itu aku ubuh gempak-gempak supaya para pelawat tahu topik apa yang ingin dibincangkan, itu saja. Tetapi kebanyakan komen pun berlegar di atas pengalaman para pembaca tentang cara asuhan ibu bapa masing-masing. Terima kasih kerana berkongsi!

Sebenarnya entri pertama berkenaan ini, ‘Antara Ayah dan Alex Ferguson’ pun bukan satu topik yang aku rancang. Tiba-tiba saja terasa nak berkongsi tentang cerita itu. Aku suka juga jika ada yang tak setuju, atau ingin membangkang. Baru namanya diskusi, betul tak? Kepada yang lebih berpengalaman, sila tunjuk ajar jika observation aku salah. Kali ini berkenaan psikologi kanak-kanak lagi. Sudah sains tulen, kali ini sains sosial pula. Entri ini juga agak panjang, sebab 3 entri bulan lepas entri-entri ringan.)

read-books-that-you-enjoy1

Entri yang lepas aku ada menyebutkan bahawa aku gagal mendapat keputusan yang dicari ketika menanyakan soalan berkenaan Masked Rider kepada anak-anak saudara. (Rujuk sini) Sebenarnya, memang ada di antara saudara kecil perempuan yang aku target lebih matang daripada yang lain untuk menafikan kewujudan Masked Rider. Entah kenapa, dia tidak bersuara hari itu. Mungkin tiada mood untuk melayan. Di kalangan anak saudara/saudara-saudara kecil aku, memang seorang ini lain perwatakannya. Cukup matang tingkah lakunya, walaupun usianya masih 7/8 tahun. Mari kita panggil dia Si Matang.

“Saya sekarang ni segan pulak nak bermain dengan (Si Matang), nampak gerak geri dia matang sangat! Bukan saya sahaja, Hanif (adik aku) juga fikir yang sama!”

“Ish, Si Matang itu matang? Nampak je camtu. Sama saje macam adik-adiknya!” jawab makcik aku.

Mungkin juga betul. Mungkin aku tak kenalinya dengan lebih mendalam. Tetapi yang pasti, di depan aku, dia cukup bersopan. Tiada huhahuha seperti adiknya atau saudaranya yang lain. Menjaga dan mendukung adik-adik lain yang lebih kecil ke mana pergi, seperti sesuatu yang biasa dia lakukan! Bukan dia jenis pendiam. Jika tengah main, elok saja bergelak ketawa. Tetapi ketika bersama orang dewasa, Si Matang pandai menjaga tingkah laku.

Ada seorang lagi anak saudara yang sebegini, kita panggil dia Si Matang 2 (ramai anak saudara, jadi tak ingat umur-umur mereka, tetapi tak silap aku dia ini darjah 3). Ketika aku balik Malaysia tempoh hari, kami sempat untuk ke rumah beliau, untuk menyerahkan duit raya sebagai hadiah, kerana mendengar dia dan adiknya berpuasa penuh.

Kebetulan pula tiada sesiapa di rumah, maka Ummiku menyelitkan duit di bawah pintu utama rumah. Hendak dijadikan cerita, Si Matang 2 ini adalah orang yang pertama masuk ke rumah, dan menjumpai duit tersebut. Mungkin kerana keluarga kami amat rapat dengan keluarganya (Allahyarham Ayah aku suka bermain dengannya ketika kecil), maka dia terus mengesyaki yang keluarga kamilah yang bagi.

Lalu tanpa disuruh oleh sesiapa, dia menelefon Ummiku. Semata-mata untuk mengucapkan terima kasih. Wah, sungguh bersopan santun! Kalau aku agaknya, mesti sudah lompat-lompat gembira dapat duit, terus lupa orang lain!

Mungkin perkara ini boleh dibincangkan, tetapi rata-rata dalam usia bawah sepuluh tahun (yang ini teori pakai hentam je nih), aku fikir masyarakat di sekeliling kita di Malayasia seringkali melabel mereka dengan satu label umum, iaitu ‘kanak-kanak’. Tidak kiralah dia hyper active ke, matang ke, sudah masuk sekolah rendah masih minum botol susu ke, semua di’set’kan dalam satu kategori, iaitu kanak-kanak. Tiada subset.

Maka Si Matang akan tersembunyi dikalangan rakan-rakan sebaya, dan kadang-kala susah dikenal pasti.

IQ DAN KANAK-KANAK

Masalah ingin mengenali kanak-kanak matang ini sebahagiannya boleh diselesaikan dengan ujian IQ, atau Intelligent Quotient. (apekejadah?) Konsep ujian ini adalah satu, iaitu mengukur usia pemikiran/otak seseorang samaada sedikit mundur, selari atau mendahului usia badan/fizikal.

Pengiraannya mudah. Usia pemikiran/otak, atau kematangan pemikiran (yang ini ditentukan dengan ujian IQ) dibahagikan dengan usia badan/fizikal seseorang individu. Hasil tersebut didarabkan dengan seratus. Markah yang diperolehi itulah yang disebutkan sebagai markah IQ. Jadi, apakah markah purata IQ seseorang individu? Jawapannya ialah 100, kerana usia otak mereka adalah selari dengan usia badan mereka.

(Contoh: Jika usia otak Si A yang berusia 10 tahun juga adalah 10 tahun, maka 10/10 ialah 1. Justeru 1 X 100 = 100)

Dari sini kita kadangkala akan dapati bahawa terdapat beberapa kanak-kanak yang IQnya mencecah 120, atau 140, malah mungkin 200 (yang membawa maksud ketika dia berusia 10 tahun, kematangan otaknya seperti orang yang berusia 20 tahun)! Sebaliknya, terdapat juga yang berkemungkinan paras IQnya kurang dari seratus, yang bermaksud pemikirannya sedikit mundur berbanding dengan usianya (seperti kanak-kanak yang usia badannya 12 tahun, tetapi kematangannya masih di tahap 10 tahun). Kanak-kanak seperti ini memerlukan bimbingan untuk mematangkan diri.

Kelab mereka yang berIQ tinggi

Kelab mereka yang berIQ tinggi, MENSA

Tetapi kenapa apabila berbicara tentang IQ, selalunya yang diutarakan ialah kanak-kanak? Sebab semakin meningkat usia, semakin susah untuk kita kekalkan markah IQ yang tinggi. Mana taknya, jika satu ketika dahulu markah IQ kita adalah 200 (kononnyelah), jika sudah berusia 30 tahun, markah IQ itu membawa maksud bahawa usia otak kita adalah 60 tahun! Bukan sahaja setelah lanjut usia dewasa kematangan kita mula stabil, malah mungkin juga apabila meningkat tua, kematangan akan merosot (untuk kes mereka yang sudah nyanyok)!

Jadi, untuk dewasa, markah IQ tidak berapa releven. Perlu diingatkan di sini, apabila disebut tentang markah IQ, ia hanya mengukur kematangan seseorang, bukan pengalaman/wisdom individu itu, kerana sudah pasti orang yang berusia 60 tahun lebih banyak pengalaman berbanding orang yang berusia 30 tahun, cuma dari sudut kematangan, mungkin tidak jauh berbeza.

Walaupun ujian IQ ini tidak boleh diterima bulat-bulat seratus peratus, kerana terdapat beberapa unsur kematangan yang tidak dapat diuji, seperti boleh dipertanggungjawabkan dengan sesuatu amanah atau tidak, penggunaan lenggok bahasa dan lain-lain. Tetapi dari segi kebolehan untuk ‘think outside his own body age range’, ujian IQ adalah salah satu caranya.

Bagi korang yang ingin menguji IQ sendiri, atau IQ anak-anak korang, aku syorkan untuk korang cuba ujian IQ seperti ini. (Bagus juga untuk otak, kasi gerak sikit!) Ujian seperti ini digelar Raven’s Progressive Matrices. Ianya tidak berat sebelah kepada mereka yang berkebolehan di dalam bahasa, atau pengetahuan umum. Ianya hanya menguji sama ada kita boleh agak corak terakhir melalui pemerhatian corak-corak sebelumnya.

Satu lagi jenis ujian ialah divergence test (ujian mencapah?), kerana ia menguji kekreatifan kanak-kanak. Untuk Raven’s Progressive Matrices, ia dikategorikan sebagai convergence test (ujian menumpu), kerana ianya memerlukan semua menjawab dengan jawapan yang sama. Divergence test pula lain. Ia mengajak korang berimaginasi dan meluaskan pemikiran dengan memberi jawapan yang pelbagai. Berikut adalah contoh.

Berikan sebanyak mungkin kegunaan objek di bawah yang korang boleh fikirkan:

1) Batu bata

2) Selimut

Jika budak biasa, mungkin boleh menjawap 2 atau 3 kegunaan kedua-dua benda itu. Tetapi bagi mereka yang pandai berimaginasi contohnya boleh memberi 5 kegunaan batu bata dan 8 kegunaan selimut. Cuba try!

KEMATANGAN KANAK-KANAK/REMAJA DI DALAM SIRAH NABI SAW

Beberapa kisah di dalam sirah Nabi s.a.w. dan para sahabat membuktikan bahawa isu kematangan ini universal dan tidak tertakluk kepada zaman. Contohnya perlantikan ketua panglima perang yang belasan tahun umurnya, mengetuai jentera perang yang dipenuhi para veteran perang!

Malah seorang sahabat muda bernama Abdullah ibnu Abbas cukup disayangi Saidina Umar ibn Al-Khattab dek kematangan beliau di dalam menafsirkan ayat al-Quran. Nabi s.a.w. tidak pernah memperlekehkan kematangan kanak-kanak. Buktinya, baginda menerima kemasukan Islam Saidina Ali r.a. yang ketika itu hanya 10 tahun! Itu jelas menunjukkan RasulUllah s.a.w. mengakui kematangan Saidina Ali r.a. walaupun dalam usia muda. Sirah Islam akhirnya mencatitkan betapa besarnya peranan beliau di dalam penyebaran agama Allah yang kita sayangi ini.

* * *

Kesimpulannya, perkara kematangan ini tidak boleh diambil ringan. Dikalangan kanak-kanak yang sama usia pun, usia kematangan mereka sudah tentu berbeza. Ianya perlu diteliti semula, kerana golongan Si Matang ini kadang-kadang sukar untuk dikenal pasti, kerana fizikal mereka tiada beza dengan rakan-rakan yang lain. Cuma jikalau diperhatikan tindak-tanduk, akan terserlah kematangan mereka.

Tidak semua perkara akan dilayan dengan penuh kematangan, itu sudah pasti. Tetapi aku rasa sudah tiba masanya masyarakat kita mengakui kewujudan mereka dan tidak semudah itu melayan mereka seperti kanak-kanak lain, dikhuatiri akan menyumbang kepada terbantutnya proses kematangan tersebut.

=============================

Rujukan: Outliers, oleh Malcolm Gladwell.


Responses

  1. Salam y4ku24…

    Topik kanak-kanak matang ye?
    2 fakta yg sering disebut dan dikaitkan dgn kematangan kanak-kanak.

    i. Anak sulung lebih mudah matang kerana mrk bertanggungjawab untuk menjaga dan memberi contoh pd adik-adik.
    ii. Anak perempuan lebih mudah matang.

    Berdasarkan pada faktor kedua, maknanya kak su ni dah lama matang lah ye?
    Matang tapi manja… kekeke…

    Tapi sebenarnya, pengalaman, cara hidup dan didikan ibubapalah yang menentukan berapa cepat kematangan itu dpt diserapkan dlm diri kanak-kanak.

    • Kak Su: Setuju juga, cara kita diasuh ibubapa ada peranan di dalam pembentukan kematangan kita.

      Fakta pertama ada logiknya, tetapi fakta kedua itu, saya kurang pasti. Adakah itu tolak tepi kes perempuan cepat baligh? Kerana jika diukur dari segi cepat baligh ke tak, memang kami lelaki surrender!

      Iliana: Fuh, Si Cilik itu lagi mencabar! Sudah tahu semua yang diajar, dan boleh berniaga!
      Masalah yang saya nampak antaranya ialah, kerana mereka ini banyak berfikir barangkali, sering kali mereka cuba bertanya soalan kepada ibubapa, out of genuine interest. Tetapi dek kerana kejahilan kita sendiri, kita hanya sebut “Kamu tak perlu tahu..”. Inilah proses pembantutan yang saya maksudkan.

      Mungkin salah satu approach (mana la saya tahu, saya bukan psikiatri!) ialah dengan melayan mereka sedikit berbeza dengan yang lain. Kita ‘iktiraf’ yang mereka ini matang. Cuba berdiskusi dengan mereka bidang yang mereka minati dan memberi input ‘orang tua’. Mungkin mereka juga akan menghargai. Budak itu ada persoalan tentang cinta, kita approach dia dengan ‘Mari kita nyanyi lagu Rasa Sayang! Rasa sayang eh, rasa sayang sayang eh…’! (Mesti tensen gile dia)

      Di Jepun, terdapat satu program khas berkenaan IQ, untuk para penonton menajamkan fikiran sambil berhibur. Amat menarik, tetapi jika tak faham Bahasa Jepun, memang sukar untuk jawab, kerana kadang kala ia bermain dengan perkataan!

  2. salam..

    aduh~ si cilik yang bijak. kadang-kadang memang sukar untuk si ibu bapa mencari gaya mendidik yang tepat. jika tersilap, bisa jadi sepeti si sufiah. namun apa gaya yang tepat tersebut ya?

    adik saudara sy pun begitu. petah berkata, bijak namun malas ke sekolah sebab alasannya, dia dah tahu semua tu. dengan umur semuda itu, sudah pandai berniaga (air tebu). sungguh kami terkejut.

    kalau ada apa-apa cara, kongsikanlah. sebab bila cuti panjang dia suka ke rumah saya. sayalah yang diserangnya sebab satu-satunya akak sulung yang masih belajar. yang lain dah kerja. memang pening~

    bila berbicara tentang IQ, yang ini memang sukarlah nak diperkata. namun, senaman minda yang paling mudah saya amalkan adalah dengan menulis secara terbalik. mengikut faktanya, mampu menajamkan minda.

  3. salam…
    apa yang saya lalui…

    bila yg sulung matang,yg last2 tu agak kurangla kematangannya…
    tp,
    if yg sulung tu kurang matang, yg bongsu tuu~
    MasyaAllah…sy sgt kagumi kematangan beliau!!! beliau adalah rakan saya…hehe~

    (bukan nk kata sibling sulung beliau x matang…tp…>erk,lu pikir la sdiri ekk…huhu~<)

    p/s: yg pasti, anak ke-2 mmg susah nk cari yg kurang matang kan!!!

    (^_^)V
    smile in peace!

  4. Mungkin ada juga betul kenyataan Candle Lilly, tetapi saya kurang pasti. Cumanya jika rakan awak matang kerana beliau sudah remaja (barangkali rakan universiti), itu sesuatu yang tidak pelik!😀

    Kematangan juga datang dari pelbagai aspek, seperti jika kehilangan ayah/ibu pada usia muda, atau ‘sibling rivalry'(persaingan antara adik beradik)…(aiseh,bunyi macam doktor pakar pulak! pakai teka je ni😛 )

  5. wahh~ seronok betul. kalau di kumpulkan dengan maklumat kamu mengenai jepun, rasanya banyak yang Malaysia dah ketinggalan kan.

    memang susah nak layan si cilik yang pintar ni. akan saya praktikkan nanti ilmu kamu itu. terima kasih (^_^)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: