Posted by: y4ku24 | November 26, 2008

Hikayat Si Tapak Sulaiman (Revisited)

(Nota: Banyak insiden yang berlaku pada minggu lepas yang menyebabkan aku perlu berehat seketika. Jadi, maafkan aku, untuk kali ini, nak cukupkan 10 entri sebulan punya pasal, aku ambil entri pertama aku untuk direnung kembali, terutamanya oleh aku sendiri. This entry started it all…)

Tindakanku terhenti buat sekalian kalinya.

“Aku ingin berblog? Biar betul? Bukan dah terlambat ke?” hatiku terdetik.

Benar. Jika diikutkan hati, lebih banyak daya yang menolak dari daya yang menarik untuk aku memulakan blog.

– Boleh beristiqomah ke?

– Bukankah sudah memadai lambakan beratus ribu (malah mungkin berjuta) blog-blog seperti ini di alam maya? Apa bezanya blog ini dengan blog lain?

– Jikalau kehabisan idea bagaimana?

– Sudah cukupkah ilmu untuk aku berblog? dan lain-lain.

Persoalan-persoalan ini releven, malah bukan senang untuk hadirkan azam yang kuat untuk melawan hasutan-hasutan di atas. Tatkala di dalam simpangan samaada ingin terus berblog atau tidak, teringat aku sebuah kisah yang suatu ketika dahulu pernahku baca.

Alkisah seorang pemuda sedang berjalan-jalan di sebuah pantai yang di penuhi beribu-ribu tapak sulaiman di sepanjang pesisirannya, akibat tindakan ombak dan air laut yang surut. Malangnya disebabkan fenomena ini, beribu-ribu tapak sulaiman itu akan mati akibat dehydration.

“Malangnya nasib kamu wahai tapak sulaiman sekalian,” ujar pemuda tersebut dengan perasaan sedih.

Terkejut beruk pemuda tersebut apabila di dapati terdapat seorang budak yang sedang mengambil tapak sulaiman-tapak sulaiman yang terdampar satu per satu lalu dibalingnya kembali ke dalam laut. Kelihatan budak itu bersungguh-sungguh melakukan perkara tersebut.

“Adik, apa yang adik sedang lakukan? Tidak sedarkah adik terdapat beribu-ribu tapak sulaiman di pantai ini, dan mustahil menyelamatkan semuanya?” persoal pemuda itu kepada budak tersebut.

“Benar, saya tak upaya menyelamatkan semua tapak sulaiman ini, tetapi sekurang-kurangnya tapak sulaiman yang ini terselamat!” balas si budak tersebut, lalu membaling seekor lagi tapak sulaiman di dalam genggamannya ke dalam laut.

Betapa sekecil mana usaha yang dilakukan sebenarnya adalah bermakna dan tidak boleh dipandang remeh. Lalu aku berazam menulis blog ini. Semoga aku beristiqomah di dalam perkara ini insyaAllah.

Mari bersama melakukan perubahan ke arah kebaikan, walau sekecil mana usaha tersebut. Think big, act small.

Dengan lafaz bismIllahir Rahmaanir Rahiim, ku mulakan langkah…


Responses

  1. “Banyak banyak binatang, binatang apa bernama manusia?”

    Jawapan: tapak sulaiman..

    Tiba-tiba anak encik leman dalam kelas aku mengamuk…

  2. salam..selamat berehat seketika…..semoga kembali

  3. thank you for the wish.😀

  4. Lega rasanya…

    Please take a good care of yourself and keep up all the good efforts… online and offline

  5. yup..saya pun berfikir sedemikian. kadang-kadang bila cerita yang dibawa dihentam, sedih juga rasa. tapi prinsip boleh pakai juga rasanya : ‘hati biar kering’. maksudnya, sesetengah perkara kita perlu endahkan dan ada juga yang harus dibiarkan. yang penting, move on.

    selamat berehat. saya pun nak berehat sebulan hehe sebab nak meneliti isu-isu antarabangsa terkini (mungkin saya akan kongsikan nanti). lama tak tulis entri berat, sementara cuti ni, kesempatan jangan dilepaskan.

    take a gud rest (^_^)

  6. salam dari Dublin.. pekaba?? saje2 bloghopping, terhop ke sini pulak.. anyway, kalau rajin, dtg laa jenguk2 blog hamba..🙂


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: