Posted by: y4ku24 | November 21, 2008

This Month’s Feature: Sepetang bersama Pensyarah Nutrisi

Molekul air zam-zam?

Molekul air zam-zam?

(Update blog: AlhamdulIllah, selesai juga masalah blog aku ini. Terima kasih kepada mereka-mereka yang membantu! Lega rasanya…

Untuk pengetahuan semua, entri this month’s feature kali ini tidaklah begitu main feature berbanding entri bulan-bulan lepas. Kali ini lebih berbentuk ringan dan santai. Tetapi, ianya merupakan pengenalan awal kepada next month’s feature! (Ye la, hari jadi aku bulan 12, jadi kena la buat bes sikit) Memang jika ianya di muatkan di dalam satu entri, takut-takut lepas ini main feature pulak korang tak nak baca!)

Syok pulak aku buat siri ‘Sepetang Bersama…’ ini. Kebetulan pula cuti sebulan hari itu memang ramai orang juga yang aku jumpa, walaupun bukan di dalam rancangan. Banyak input yang aku dapat dari pelbagai bidang. AlhamdulIllah.

Okeh, mari terus ke topik. Untuk entri kali ini, ianya terbahagi kepada dua bahagian. Walaupun ianya terbahagi dua, ianya berkenaan AIR.

Babak Satu: Aku dan Pensyarah Nutrisi

Baru-baru ini, kebetulan aku berjumpa dengan seorang kenalan yang merupakan pensyarah universiti dalam bidang nutrisi makanan (kita panggil dia Dr. Nutrisi la senang). Sebenarnya beliau lebih tua dari aku, dan kami jarang bersembang kerana jarang juga berjumpa, tetapi kali ini aku terasa ingin bertanyakan tentang bidang kepakaran beliau.

Entah macamana, termasuk bab air, dan antara yang dibincangkan ialah air botol (lazimnya air zam-zam) yang dijampi dengan ayat suci Al-Quran dan selawat. Ada juga air jenis ini yang dicampurkan dengan za’faran dan lain-lain. Terdapat pelbagai jenis di pasaran sekarang, dengan pelbagai nama. Aku rasa korang pun pernah membeli. Antara produk yang hangat di pasaran juga.

Dr. Nutrisi menyebutkan suatu case study yang telah beliau jalankan berkenaan salah satu produk air botol ini. Mari kita panggil produk ini air botol jenama A. Kebetulan aku juga pernah melihat produk botol jenama A ini. Jika diteliti, air botol ini sebenarnya dipenuhi kelodak. Pada asalnya aku ingatkan itu memang sesuatu yang biasa. Tetapi selepas bersembang dengan Dr. Nutrisi ini baru aku tahu bahawa sebenarnya air itu memang tidak berapa sesuai untuk diminum! Hasil kajian Dr. Nutrisi ini mendapati bahawa air produk berkelodak tersebut dipenuhi bakteria, dan lebih-lebih lagi amat tidak sesuai untuk diberikan minum kepada bayi, di mana tahap imunisasi badan mereka masih rendah.

Yang membuatkan aku geleng kepala pula ialah apabila mendengar produk air yang berkelodak ini sengaja melekatkan label botol sehingga ke bahagian bawah botol, untuk menyembunyikan kewujudan kelodak-kelodak ini.

Isk isk isk, sedih aku mendengarnya…

Mungkin korang terkejut mendengar berita ini, tetapi itulah hakikatnya. Dari mulut pensyarah nutrisi sendiri. Dan suka aku ingatkan di sini bahawa, di dalam Islam terdapat keperluan menghayati konsep SunnatUllah (law of nature) dan SyariatUllah (hukum-hakam di dalam agama berdasarkan Al-Quran dan Hadis). Untuk mudah faham, kita ambil bab yang kita sedang bincang sekarang, iaitu makanan.

Di dalam Al-Quran ada menyebut berkenaan perlunya memakan makanan Halal dan Thoyyib (baik). Halal itu SyariatUllah, ditetapkan melalui Al-Quran dan Hadis berkenaan cara menyembelih binatang, yang haram di makan dan lain-lain. Thoyyib itu pula law of nature. Dengan melihat makanan itu dari sudut sains dapat kita tahu sama ada iainya baik atau tidak. Berapa kalori (oh, orang Jepun cukup particular bab ini!), lemak, gula, protein dan lain-lain. Maka kita perlu cari yang halal DAN juga yang baik.

Silapnya kita terlalu tumpukan bab halal, tetapi bab baik untuk kita atau tidak, kita tolak ke tepi (termasuk aku lah ni. Isk isk.). Yela, air bergas itu halal, tetapi kalau pagi petang minum benda itu, tempah tiket masuk wad diabetes namanya! Jadi, kita tidak perlu hairan kenapa orang Jepun contohnya boleh hidup mencecah 100 tahun walaupun makan babi dan minum arak, kerana bab thoyyib mereka cukup jaga. Mereka makan berpada-pada, dan cukup menjaga kesihatan. Maka Allah kurniakan kepada mereka nikmat dunia, kerana mereka patuhi law of nature, atau SunnatUllah.

recover__61

Berbalik kepada diskusi tadi, maka Dr. Nutrisi menyebutkan bahawa kita tidak patut memberi minuman berkelodak seperti ini kepada diri sendiri, lebih-lebih lagi kepada bayi, semata-mata kerana ianya ‘air jampi Islam’. Kerana ianya produk ‘Islamik’. Bab thoyyib (baik) atau tidak juga perlu kita perhati. Kehadiran banyak bakteria di dalam kelodak tersebut menjadi bukti bahawa pemasaran produk itu tidak menjaga bab thoyyib tersebut.

Bila aku bagi contoh cara pemakanan orang Jepun tadi, jangan pula ada yang kata aku galakkan makan makanan haram! Tidak sama sekali. AlhamdulIllah, korang menjaga halal dan haram. Tetapi apa kata naik ke paras yang lebih baik, iaitu mengimbangi dua-dua, Halal dan Thoyyib. Aku juga masih sedang struggle (suka betul junk food). Tetapi aku kenali orang yang menjaga dua-dua. Dan alhamdulIllah, kesihatan dia memang aku tabik!

Oh ya, perlu diingatkan, tidaklah semua produk-produk air jampi ini tidak baik. Aku ada juga beli satu baru-baru ini. Airnya jernih seperti air mineral biasa. Tiada sebarang kelodak. Semoga ia menjadi salah satu ikhtiar aku untuk mencergaskan minda.

Berbicara tentang produk air jampi ini, mungkin korang perasan, telah menjadi trend produk air seperti ini memaparkan gambar seperti dibawah:

Dari kotak air jampi yang aku beli baru-baru ini

Dari kotak air jampi yang aku beli baru-baru ini. Air botol ini jernih alhamdulIllah!

Korang pernah tengok? Okeh, kita ke babak kedua…

Babak Dua: Aku dan Email Molekul Zam-zam

5 tahun yang lalu, aku terima email yang betul-betul menggemparkan, bertajuk ‘Molekul Air Zam-zam, subhanAllah…Maha Suci Allah’. Gambar kristal di permulaan entri ini pun aku copy paste dari email tersebut. Email tersebut menyebutkan bahawa itu adalah molekul air zam-zam. Gambar di kotak botol jampi aku pun berbentuk kristal cantik. Sejauh manakah betulnya dakwaan ini? Ikuti dahulu isi email tersebut. Semoga mendapat iktibar :

==============

Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama, kenapa dengan keizinanNya air penawar boleh menyembuh penyakit, basa dan hayatilah petikan dibawah:

Pada 10/10/02 (Khamis), pihak Surau Wisma Telekom Semarak telah menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan ceramah beliau.

Diantaranya:

Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.

Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan hadirin yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang pensyarah dari UM).

Penceramahnya seorang professor yang pakar tentang air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan di layar putih kepada hadirin sekalian. Sampel-sampel air yang diambil dari pelbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi).

Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya) rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu professor itu berkata “banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi”

Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarlah satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah berlian (bersegi-segi), bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya “Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini”. Hadirin semua senyap, dan kemudian, pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab “saya rasa itu adalah sampel air zam-zam”.

Profesor berkenaan memanggil pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya “Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam.” “Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini” jawab pensyarah. Profesor berkata “Saya tak tahu samaada betul atau tidak air zam-zam itu termulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam”

Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu di dalam dewan itu mereka membuat eksperimen bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan di skrin, nampak molekul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yang panjang dan perut yang buncit).

Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan al-Fatihah, Selawat dan ayat Kursi maka nampaklah rupa molekul air seperti berlian dan berkilau-kilau…SubhanAllah. Lalu Ustaz disuruh oleh profesor membaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik…maka nampaklah di skrin molekul air berupa seperti sel-sel barah.

SubhanAllah…daripada ceramah yang ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya. Ini adalah kata-kata dari ustaz Abdullaj: “Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia masukkanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya”.

======================

Teruja aku membaca email di atas. Satu penemuan sains yang unik dan menarik. Keinginan aku untuk mengetahui lebih lanjut membara! Tetapi seperti mana email-email lain yang diforwardkan, teringin sangat aku untuk mengetahui sejauh manakah kebenaran faktanya.

Email tersebut menyebut bahawa profesor yang memberi penerangan itu adalah profesor dari Jepun sendiri, negara aku belajar. Dengan semangat ingin tahu yang ada, aku sentiasa menunggu masa dan ketika, kot-kot ada terkeluar di mana-mana program TV Jepun berkenaan ini. Ataupun di dalam buku. Dalam Bahasa Jepun pun tak apa, aku sanggup baca, walaupun merangkak. Agak lama aku cari, sehingga akhirnya terus terlupa berkenaan fenomena ini.

4 tahun berlalu.

Masuk tahun ke-5 di Jepun.

Akhirnya, terjumpa juga! Bukan professor tersebut, tetapi buku beliau. Buku yang begitu membuka mataku terhadap fenomena ini, malah terjawab beberapa persoalan yang timbul di dalam minda aku, pasca aku mendapat email tersebut. (Buku ini di dalam Bahasa Inggeris. Silap-silap korang pun pernah baca)

Tuan-tuan dan puan-puan, adik abang dan juga kakak, dengan penuh rasa girang gembira, izinkan aku persembahkan hasil penemuanku ini di This Month’s Feature akan datang…

(Alamak, to be continued lah pulak!)


Responses

  1. salam ziarah dari bumi Dublin. Nice blog!! Keep it up. Kalau rajin, dtg laa ziarah blog hamba..šŸ™‚

  2. adakah buku itu bertajuk the true power of water oleh dr masaru emoto?

    dah banyak kali view blog kamu,ini kali pertama komen.

  3. salam..
    air jampi tu air apa ya? sebab ada juga kawan cakap hari tu, “air bagus, katanya ada ayat al-Quran semua, tapi baunya…” air tu ke?
    minuman kesihatan tongkat ali tu semua pun ditarik balik (kalau tak silap la) sebab banyak hampas yang bahaya kepada buah pinggang. macam mana tu, katanya untuk kesihatan tetapi memudaratkan.

  4. salam
    Selamat membedah buku dan genki ni naru,insyaAllah.šŸ™‚

  5. To hana: Terima kasih kerana sudi memberi komen! Ya, penulis buku itu adalah Prof Masaru Emoto. Dalam pengetahuan saya, dia menulis dua buah buku berkenaan air. Yang ingin saya kupaskan ialah yang bertajuk ‘The Hidden Messages In Water’. Jika saudari ada buku ini, bolehlah membedah buku sekali nanti!
    Sesiapa yang rajin bolehlah mencarinya di bookstore sebelum sama-sama membedah buku!

    To Iliana: Salaam. Terima kasih atas hadiah! Design cantik tu! Akan saya upload pada masa terdekat ini. Rasanya ramai istilahkannya sebagai air jampi, selalunya ialah air zam-zam/mineral yang dicampur dengan bacaaan Quran, selawat, za’faran dll. Dulu orang kampung selalu buat untuk anak-anak ketika hadir majlis yasin, bawak botol berisi air sendiri, tetapi sekarang ianya menjadi industri besar di tanah air. Air ini yang saya maksudkan. Tetapi seperti yang saya sebut, tidak semuanya tidak bagus dari segi kebersihannya, ada juga yang baik. Sila berhati-hati ketika membeli! Jika bau lain macam, atau berkelodak, janganlah beli, walau atas nama air itu air jampi menurut Islam.

    To warkahraudhah: Salaam. Terima kasih atas wish!šŸ™‚

  6. Ya, tak ya kan. Kadang-kadang kita tak nampak soal sunnatullah sebab dah terfokus pada syariatullah. Sedangkan dua-duanya saling memerlukan.

    Aku baru tahu ada air doa yang dijual. Kalau nak tahu, air doa arwah atok aku, pagi-pagi, lepas dia solat subuh dan hajat, dia minum air kemudian luah semula. Lepas tu kasi aku minum. Gila tak gila orang dulu-dulu punya petua. (Adalah tu enzim yang bertindak. Haha)

  7. owh..kenapalah manusia ni terlalu suka mengambil kesempatan. semua keindahan ingin dicalarkan. bukankah itu merugikan?

    terima kasih juga atas info ni. mungkin akan lebih berhati-hati.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: