Posted by: y4ku24 | November 19, 2008

Andaikata pemain bola professional itu pekerja biasa…

(Update blog: Tengah pening kepala sebab masih tak dapat selesaikan masalah widgets aku tertendang ke bawah. Tak tahu entri mana satu yang `penjenayah`. Jenuh aku cari. Harap-harap jumpa juga nanti. Mohon maaf kepada semua di atas kesilapan teknikal ini!)

Waktu kecil dulu, aku ada tiga cita-cita: 1) Pemain bola 2) Arkitek 3) Saintis. Sekarang buat engineering. Tiga-tiga tak mengena. Hampes. Tapi yang aku suka ialah, cita-cita aku lain daripada cita-cita am budak sebaya aku yang lain, sebab yang lain nak jadi bomba la, polis la, askar dan sebagainya. Aku suka keunikan!

Mungkin korang gelakkan cita-cita pertama aku. Ketika di Scotland dulu aku siap nak main untuk pasukan Glasgow Celtic tu! Kalau diorang tak nak bayar aku takpa, aku nak main for free! Sebab apa? Sebab itu MINAT aku. Bola telah menjadi hobi terhebat aku sejak kecil.

Sejarah evolusi bola World Cup

Sejarah evolusi bola World Cup

Minat boleh membawa kita ke mana-mana. Sanggup habiskan masa, duit dan tenaga, semata-mata kerana minat. Samalah juga bila masuk alam bekerja nanti. Jika bukan minat yang mendorong, kita akan cepat rasa boring dan senang putus asa. Aku dengar cerita seorang mamat ini, kerja dia sebagai jururawat hospital saja, tetapi sebab dia begitu minat pada kerja dia, hingga tiap-tiap pagi dia tak sabar-sabar nak pergi kerja! Harap-harap aku kerja nanti begitu juga, bukan “Ala, esok Isnin dah ke?”, tetapi “Wow, esok isnin dah ke?!”.

Itu sebabnya dulu aku nak sangat jadi pemain bola. Ada lagi yang masih gelakkan aku? Kalo ada, tak mengapa, alasan-alasan di bawah akan membuatkan korang setuju dengan aku. Cuba korang anggapkan pemain bola profesional itu seperti pekerja bergaji yang biasa (dalam kes kalo korang star player/’pekerja cemerlang’):

1 ) Diambil kerja pada usia muda. Belasan tahun lagi. Kelulusan akademik tak perlu. Asal korang tunjukkan bakat dalam kerja tu, korang akan diambil kerja secepat mungkin. Silap-silap terus ke ‘syarikat besar’, seperti ‘Manchester United Sendirian Berhad’, atau ‘Barcelona & Co’. Tak perlu susah-susah belajar.

Syarikat `Barcelona & Co.` dan ofisnya

Syarikat 'Barcelona & Co.' dan 'ofis'nya

2 ) Gaji korang naik atas dasar betapa kurang berusaha secara individu dan secara berpasukan di dalam ‘ofis’ hijau, walaupun kebanyakannya usaha individu. Tiada kes seniority. Tiada kes kaki ampu naik pangkat dulu. Korang kerja cemerlang, korang akan dinaikkan gaji. Korang kerja tak bagus, boleh blah (ke ‘syarikat’ lain)! (Ada kes pekerja Malaysia kena transfer ke syarikat lain dengan harga 50sen! Kalau aku, aku berhenti terus!)

3 ) Waktu kerja yang sebenar, maksimum 2 jam (campur rehat 15 minit). Yang lain hanya banyak pergi ‘training‘ dan ‘internship‘. Itu pun kerja sebenar seminggu mungkin beberapa kali saja. Waktu pula tak menentu. Kadang-kadang petang, kadang-kadang malam. Jarang ‘office hour‘ belah pagi!

4 ) Dapat jalan satu dunia. Dan setiap tempat, jika korang memang pekerja cemerlang, nama korang akan dikenali ramai. Siap ada yang akan pakai ‘baju kerja’ korang lagi (tag nama di bahagian belakang baju) ketika melihat korang bekerja.

5 ) Waktu kerja sebenar, bila masuk ofis, beribu orang beri semangat dan support! Kalo korang rasa letih ketika sedang bekerja, diorang akan bagi semangat, dan korang akan terus berusaha! Kalo korang kerja dengan cemerlang dan membuahkan hasil seperti yang diharapkan bos dan peminat, korang akan lebih disorak! Tapi kalo tiba-tiba waktu kerja itu korang cedera, orang takkan marah, malah ketika korang keluar ofis (dengan stretcher), orang akan bangun tepuk tangan (standing ovation).

Anugerah kecemerlangan tertinggi `kerja` ini dan peralatan paling penting ketika `bekerja`

Anugerah kecemerlangan tertinggi kerja ini dan peralatan paling penting ketika bekerja

6 ) Ada doktor pakar dan pakar diet free, tak payah bayar. Diorang jaga kesihatan korang, diorang jaga pemakanan korang. Kalau cedera, dapat cuti sakit. Kadang-kadang berminggu-minggu! Tapi gaji jalan beb! Dan kalau korang memang star, bukan kata bos, peminat-peminat korang pun sentiasa menunggu korang masuk kerja balik!

7 ) Dapat peminat itu usah cakaplah. Yang nak mintak sign korang lah, yang nak offer diri kahwin dengan korang lah. Macam-macam jenis! Bukan kata ribuan surat peminat, siap akan ada yang sanggup buatkan website untuk dedikasi korang!

8 ) Kalo cemerlang sangat, syarikat lain sanggup habis berjuta-juta dollar/pound/duit lain untuk recruit korang ke dalam syarikat diorang! Kalo kes bos korang sayang sangat kat korang, dia tak sabar-sabar nak sambungkan kontrak korang, walaupun ada beberapa tahun lagi berbaki!

9 ) Kalo korang dari negara yang tidak berapa terkenal dengan kerja ini, bukan sahaja ramai peminat, korang akan disanjung menjadi hero negara, malah sebagai lagenda!

10 ) Kalo korang kerja di luar negara, kalo ‘syarikat besar’ negara sendiri panggil (call to represent), seperti syarikat tempatan kita, ‘Perusahan Bumiputera Malaysia Sendirian Berhad’, korang kena pergi, tetapi semua tanggunggan di tanggung syarikat negara. Siap dapat elaun lagi.

11 ) Majalah-majalah dan program TV berebut-rebut nak ambil gambar korang, temuramah korang malah nak masukkan korang di dalam iklan mereka. Syarikat branded berebut-rebut nak sponsor baju kerja, kasut kerja, malah stokin kerja korang!

12 ) Tetapi, yang paling utama bagi aku ialah, korang bekerja dengan benda yang korang minat. Malah mungkin setengah pekerja cemerlang tak panggil kerja pun, tetapi hobi!! Main hobi, tapi dapat gaji lumayan. Tak ke pekerjaan paling bes tu?

(Dan mungkin beberapa kelebihan lain…)

Ha, amacam, bes tak kalau jadi pemain bola?

normalposterhi9

P.S.: Oh ya, kepada viewers di Jepun, jika korang kelapangan, apa kata join Kejohanan Champions League (anjuran bersama Ikatan Persaudaraan Islam Jepun, IPIJ dan Persatuan Student Malaysia Nagaoka, MADINA) di Nagoaka pada 23 hb November ini. Details ada di iklan di sebelah kanan entri ini. Kalo team korang takde pun, at least boleh berjumpa member satu batch dan jadi penyokong nanti. Ajak member-member sekali.

Jumpa di sana insyaAllah!


Responses

  1. Hoho, kira macam jadi celebrity jugaklah yer?

    Tapi macam profession lain, jika kita betul-betul minat, pasti boleh jadi macam tu juga…

    Masalahnya, bola sepak itu adalah permainan bukan pekerjaan, itu sebablah best! Hehe…

  2. Beza antara….

    Perlakuan yang menjadi pekerjaan,

    Permainan yang menjadi pekerjaan,

    dan

    Hobi yang menjadi pekerjaan…

    Bola sepak merangkumi semuanya, kan? Kalo cikgu, yang paling mungkin terangkum 2 jek (1 dan ke-3).

  3. Ya, dan korang diniagakan seperti hamba Abdi. Bila korang dah tua, takde sape nak sambung kontrak korang. Lepas tu, korang pun tunggu, tengok kawan-kawan korang yang dah jadi kaki mabuk, minum arak, sakit masuk keluar hospital. Itupun kalau korang tak join sekali derang la. Lepas tu, bila korang dah takde duit, maka korang pun pening. Tu la, waktu kecik mak suruh belajar tak nak.

  4. Ana kurang setuju dengan zacharias, maaf…

    Ana mungkin tak mahir sangat (eehh.. tak mahir langsung) tentang bola sepak, atau haper-kejadah-nya itu. Cumanya yang ana tau pemain2nya dibeli atas persetujuan, kan? Kemudian ikat kontrak. Apa bezanya dgn pekerja2 syarikat (dalam bidang lain) yang ditawarkan gaji dan kemudian ikat kontrak keje?
    Perkataan hamba tuh macam seolah pemain bola sepak diniagakan tanpa nilai.

    Lagi…

    Yang arak, mabuk, keluar masuk hospital tuh…
    Semuanya bergantung pada kita. Kalau iman seperti seurat benang, keje bidang akademik ker, bidang profesional ker, tetap jugak terlibat dgn benda2 hina dan maksiat tuh.

    Kerja/ bidang kerja bukan penentunya. Diri sendiri yang menentukan…

  5. To cikgu_eya: Memang susah untuk cari kerja yang boleh dianggap hobi, kecuali anda sanggup untuk tidak mengambil jalan konvensional dan berani untuk ambil risiko!

    To zacharias: Please be aware that this entry is light, and the main purpose of it is to relax people’s mind, and to have a nice laugh. It is not meant to be heavy at the first place.

    If you are a professional footballer, by the time you are retired, you have accumulated money so much so that you don’t need to work anymore. Even at that time people take you as an good will ambassador, etc.

    Anyway, the main point of this article is (and I stressed it many times), if you want to have a good motivational support, do the work that you like! If you’d like to differ (because this entry is in the ‘Diskusi Santai’ section), I welcome any discussions on that matter. Thanks!

  6. Oh nampak gaya dah berjaya setelkan masalah widgets sebelah kanan itu. Comey skit…

    Oh ya, all the best untuk team bola IPIJ nanti!

    Ganbatte kudasai…

  7. Sorry, I was putting few words in the same style. I am not discouraging anyone from become footballer, but I think we should encourage education, even for people who want to become footballer also. At least, learn how to manage income, especially for footballer, considering that MAJORITY of them would not have very high salary, would not have much after retirement, and would not get employment as coach/manager etc. End of day, where will they be? It is a proven case that MOST footballers are on the dole.

  8. To zacharias: Couldn’t agree more that financial education is important. There is a thin line between ‘rich’ and ‘wealthy’.
    As comedian Chris Rock put it, Shaq O’Neal is RICH, but the one signing his cheque is WEALTHY!😀

  9. sy minat bola,tapi tak minat untuk menjadi seorang pemain bola…!Bermain bola tak bertambah pengalaman….!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: