Posted by: y4ku24 | November 14, 2008

Jepun dan konsep ‘Gakkouhoumon’

Aku Ber'Gakkou Houmon'

Aku Ber'Gakkou Houmon'

“Luqman-san*, di Malaysia ada pos ofis tak?”

“Kenapa baju tradisional awak nampak macam pyjama?”

“Di Malaysia ada elektrik tak?”

Di atas merupakan contoh soalan yang sering ditanya oleh anak murid sekolah rendah di Sendai, tatkala aku menziarahi sekolah mereka dan menceritakan tentang Malaysia. Ya, di serata Jepun, sepanjang tahun akan di adakan program sebegini. Gakkou houmon (学校訪問) namanya. Gakkou=sekolah, houmon=ziarah. Maka  foreigners yang ingin menyertai program ini sering dioffer untuk ke sekolah-sekolah berdekatan bagi menceritakan tentang negara mereka. Tentang budaya, makanan, bahasa, baju serta permainan tradisional dan lain-lain. Simple dan cukup menarik.

PROSES GAKKOUHOUMON

Aku sudah menyertai program sebegini buat belasan kalinya. Untuk program di Sendai, ianya di uruskan oleh Sendai International Centre (SIC), pusat untuk kefahaman antarabangsa. Mereka yang ingin menyertai program ini akan mendaftar, dan setiap bulan akan dikirimkan offer mana-mana sekolah rendah (kadang-kadang sekolah menengah rendah dan sekolah menengah tinggi, walaupun lazimnya sekolah rendah sahaja) yang meminta untuk diziarahi foreigners. Selalunya akan dispesifikasikan permintaan, seperti bilangan orang yang diperlukan, apa yang ingin disampaikan, akan disampaikan kepada pelajar tahun berapa, dan kadang kala terdapat juga permintaan seperti ‘ingin pelajar dari negara sekian’.

Setelah semua menyatakan kesediaan untuk menyertai pada hari yang ditetapkan (kerana hampir kesemua program akan dibuat pada hari kerja, maka kadang kala para pelajar/pekerja tidak dapat menyertai), beberapa minggu sebelum program bermula, akan diadakan perjumpaan bersama wakil sekolah dan foreigners yang akan menziarahi sekolah tersebut di SIC. Lalu di situ mereka akan berbincang tentang topik-topik yang akan disampaikan dan yang pihak sekolah ingin pelajar asing sampaikan kepada murid, peralatan teknikal yang perlu disediakan bagi kemudahan penyampaian dan cara untuk ke sekolah tersebut (selalunya agak berjauhan dengan SIC).

Setelah segalanya selesai, kedua-dua belah pihak akan meyiapkan apa yang patut (pihak sekolah dengan perkara teknikal, pelajar asing dengan powerpoint atau gambar-gambar berkaitan negara mereka) sebelum tibanya hari ziarah.

ANJAKAN PARADIGMA SEJAK MUDA

“Di Malaysia takde gempa bumi!”

“Heeeeeeeeeeeee**!!!”

“Sajli pun takde!”

“Heeeeeeeeeeeee!!!”

“Musim panas sepanjang tahun. Boleh mandi di laut selalu!”

“いいな~!(Besnyee!!)”

Ok, dah dapat perhatian diorang melalui intro, boleh kita mulakan dengan pengenalan tentang Malaysia. Pada awal penyertaan aku di dalam program ini, yang di atas bukanlah opener biasa aku. Malah, aku ‘cipta’ opener tersebut melalui pengalaman menziarah beberapa sekolah. Mereka perlukan eye-opener, dan fakta-fakta sebegitu memberikan mereka anjakan paradigma yang hebat.

Pada awal penglibatan, aku sendiri tidak perasan bahawa perkara yang menjadi begitu biasa bagi aku adalah amat pelik bagi mereka! Pelajar sekolah rendah Malaysia tidak terkejut hidup di dalam komuniti multi-racial, tetapi bagi pelajar Jepun yang hanya mempunyai satu suku kaum, ia amat menghairankan. Pelajar kita tidak hairan jika petir dan kilat sambung menyambung di Malaysia, tetapi bagi mereka di Jepun, kerana ianya jarang sekali berlaku, ianya amat menggerunkan!

Melalui program sebegini, dengan mempelajari sedikit sebanyak tentang negara luar, sistem pendidikan di sini sedikit sebanyak cuba untuk membuka minda terhadap dunia luar. Supaya mereka mengenali bahawa perkara yang teramat basic bagi mereka, seperti kemudahan air kadang kala amat sukar diperolehi di negara lain. Program seperti ini mengajar murid sekolah membuat anjakan paradigma (cara melihat sesuatu). Bukan para murid sahaja, malah selalu juga para cikgu terkejut dengan fakta-fakta yang diketengahkan!

Maka setelah memahami maksud tujuan program ini dijalankan, aku cuba persembahkan perkara-perkara yang unik di Malaysia. Makanan kita, baju tradisi kita, bahasa kita, serta binatang dan buah-buahan pelik kita. Akhir sekali, sebagai penutup, aku tunjukkan mereka video perlawanan takraw, dengan aksi lipat melipat! Terbeliak mata semua! “Heeeeeeeeee!!!” (Dengan cikgu-cikgu sekali!)

wakil Cina, Brazil, Malaysia dan Perancis)

Bersama foreigners yang lain (Dari kiri: wakil Cina, Brazil, Malaysia dan Perancis)

Aku juga tidak terlepas dari mempelajari sesuatu dari program ini secara tidak langsung. Antara lainnya, baru aku perasan yang baju melayu memang seperti pyjama! Sebab tidak pernah terfikir langsung berkenaan ini sebelumnya, jadi teranjak juga paradigma aku! Lagi satu, melalui sembang santai di suatu program (di bekas bangunan sekolah rendah) bersama para cikgu, mereka menyatakan bahawa kekurangan kemasukan pelajar baru di sekolah-sekolah rendah kawasan itu menyebabkan mereka terpaksa menggabungkan tiga sekolah menjadi satu. Oh, Jepun sedang menghadapi krisis nisbah golongan kanak-kanak yang semakin berkurangan dari tahun ke tahun yang agak teruk. Sebab apa? Boleh korang fikirkan sendiri. Aku tidak mahu sentuh panjang.

HABUAN SAMPINGAN

1) Sedikit saguhati: Duit atau voucher card sebagai tanda penghargaan kepada penziarah.

2) Jadi ‘artis’ popular sebentar: “Luqman-san, tolong sign!”, “Ini poskad yang emak saya suruh bagi kat awak!”

Bergambar sebelum sesi autography

Bergambar sebelum 'sesi autography'

3) Kadang-kadang dapat surat penghargaan dari semua pelajar (mungkin kerja rumah kelas oleh cikgu): Surat feveret aku > “Luqman-san, terima kasih kerana bersusah payah datang dari Malaysia. Jika ada masa, silalah datang lagi ke Jepun ya!” (Budak ni ingat aku datang Jepun semata-mata nak ajar dia! Lawak betul)

Aku hargai usaha budak nih nak cantikkan surat, tapi dia kaler sampai tak boleh nak baca! Kod rahsiakah ini?

Aku hargai usaha budak nih nak cantikkan surat, tapi dia kaler sampai tak boleh nak baca! Kod rahsiakah ini?

KENAPA TIDAK DI MALAYSIA?

Teringat dahulu ketika terdapat lawatan pelajar Jepun ke sekolah menengah aku. Walaupun secara rasminya ianya program pelajar tingkatan 3, tetapi kami di tingkatan 5 juga tidak terkecuali jakun bersama! Siap buat friendly match bola lagi dengan Japanese International School di Subang selepas itu, gara-gara jakun berjumpa orang Jepun ‘original’!

Kesimpulannya, aku rasa program ini amat sesuai dijalankan di Malaysia. Pertambahan penduduk foreigners dari Korea, Timur Tengah dan lain-lain di bandar-bandar besar juga suatu perkara yang tidak dapat dinafikan. Kepada para cikgu yang membaca artikel ini, aku cadangkan supaya sekolah anda memulakan program ini. Ianya tidak memerlukan usaha yang banyak dari pihak sekolah. Sekadar menjemput dan menyediakan duit atau saguhati tanda penghargaan. Ramai pelajar foreigners di universiti tempatan yang boleh dijemput. Cuma perlu pastikan samaada beliau boleh bertutur Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris, dan menyesuaikannya dengan tahap pelajar. Semoga atas usaha kecil ini membawa kepada impak yang besar terhadap murid-murid. Tidak mustahil jika dimulakan sekarang, setahun dua akan datang, program ini akan mendapat sambutan yang hangat.

======================================

* Perkataan ‘-san’ di belakang selalu digunakan ketika menyebut nama seseorang. Bagi mereka yang kita hormat, seperti raja atau pelanggan, akan digunakan ‘-sama’

** “Heeeee” (sebutan ‘e’nya seperti menyebut HEbat) lazim disebut oleh orang Jepun ketika terkejut akan sesuatu fakta. Lebih kurang “Gilaks ar!”, “Mak datuk!”, “Fuyyoo!”, jika ditukar kepada Bahasa Malaysia muda-mudi masakini.


Responses

  1. wah.. baju melayu macam pyjama yerk?? hehe.. betul juga.

    Bila bercerita kepada orang asing tentang Malaysia, dan budaya kita, selalunya baru kita sedar betapa kita sayangkan budaya kita.. betul tak?

  2. woooohhh… mantap. Panggilan pendidikan dari jepun untuk para guru.. hehe

    Memang best kalau boleh buat camni. Buka minda para pelajar kita di malaysia terutamanya yang kawasan luar bandar. Supaya bila ditanya… ‘Nak sambung pelajaran ke mana?’
    ‘Ke sekian2 negara sbb negara nih mantap dari segi teknologi.. perubatan pulak negara nihh… ‘

    Memang mantap arr…

    Teringat gak masa skolah dulu, tingkatan 5. Budak2 aussie datang sekolah, bermaustatin sebulan. Semangat budak2 skolah memperbaiki Bahasa Inggeris semata2 sebab nak borak dengan mereka2. Kalau dah dapat paham apa yang diaorg cakap pn kira dah mantap sangatlah tuhh..

    Memang jakunn… hehe

  3. salam..

    menarik..sy sdg usahakan utk bwk foreigners d cni jln2 smbl bljr ttg m’sia dgn mpp..tp juz usul..nk join skali ssh sket..

    baju melayu mcm pijamas? alamak..ye tak ye gak..tp kalau b’samping x kot..nmpk smart..

    best kn kalau dpt b’kongsi ilmu ni..

  4. nice!

    Belum pernah sertai gakkou houmon. Mungkin di Akita aktiviti ini kurang sambutan.

    Tapi pernah jadi guide untuk pelajar sekolah menengah yang melawat kolej.

    Memang masih ramai yang belum berjumpa dengan foreigner.

    p/s: aku pasti, ketika gakkou houmon orang Jepun memuji anda “nihongo jyo-zudesune!” (fasihnya ada berbahasa Jepun!)

  5. Hahaha.. Bro nak tau, aku gelak golek-golek sepanjang membaca entri ni. Bermula dari gambar pertama itu dah buat aku tak senang duduk. ;p

    Dia ingat kau waza-waza datang dari Malaysia. Haha. Siap dapat turunkan autograf. Artis betul. Huhuhu.

    Seronok la layan budak-budak ni. Program home-stay memang ada di Malaysia. Tapi tak banyak sekolah yang ada. Mungkin mereka tidak tahu, prosedurnya cuma sekacang Nganyin saja, kan?

    p/s: Patutlah macam pyjama. Cuba kau pakai ala pahlawan sikit. Dengan tengkolok, capal dan keris. Baru la mereka akan “Heeeeee…” (sebutan ‘e’ pepet) Hihihi.

  6. To cikgu eya: Saya syorkan cikgu buat cikgu (nama siber cikgu_eya, jadi memang kena batang idung cikgulah!😀 )
    Jika cikgu inginkan details, boleh saya beri sedikit input berdasarkan pengalaman saya insyaAllah.

    To naim: Bukan sahaja selalu mendapat pujian “nihongo jyouzudesune” (power la bahasa jepun awak) yang dah muat kita dengar, tetapi kerana kejujuran mereka,”wah, macholah abang tu!” pun pernah beberapa kali dapat. mungkin macho kerana berani pakai pyjama di siang hari!😀

    Di Tokyo saya dengar, duit saguhatinya boleh mencecah 20,000yen (dalam RM600) sekali perjumpaan sahaja!

    To sangpelangi: Jika homestay, memang memerlukan persediaan yang rapi. Selalunya kerana peserta baru datang dari negara luar. Tetapi jika gakkou houmon, peserta boleh dikalangan pelajar foreigners saja, malah pekerja-pekerja asing!

  7. Ada yg mintak nak jadikan abg angkat tak? Hehe…

    Mmg bangga sgt bila dapat berikan senarai kelebihan negara kita berbanding negara mrk. Mrk tahu tak yg M’sia pernah dijajah oleh jepun?

  8. Abang angkat tu tidak, sebab mereka segan2. lagi2 yang perempuan. tetapi beberapa insiden mereka pegang tangan tak nak lepas ketika ingin bersurai!😀

    Diorang tak tahu sejarah. belajar ketika sekolah menengah saja macam kita. tetapi yang tahu setakat yang saya jumpa semua meminta maaf, walaupun saya kata buat apa minta maaf, bukan salah korang pun!

  9. teringat kembali waktu ziarah sekolah rendah berdekatan dengan kolej. awal-awal sampai dah terkejut.

    bangunan tak macam bangunan sekolah. macam rumah biasa.

    bila masuk, shokku buat kali kedua.
    sikitnya pelaja~r.

    oohh…

    tapikan, kadar kelahiran bayi kat jepun tahun ni dah meningkat sedikit

  10. luqman-san…
    mau tanyer ape maksud ‘Aku Ber’Gakkou Houmon’…nape diorg amk gambor tunjuk2 mate????? satu kemestian kah???

  11. Nama program itu Gakkou Houmon, jadi sebab saya masuk program itu, maka bergakkou houmonlah saya!
    Itu bukan tunjuk mata. Itu buat mata dan jelir lidah! Bukan kemestian, saja suruh diorang buat sama-sama, boring asyik buat ‘peace’ je!

  12. Nice cerita sebegini. Galeri Ilmu sedang memerhatikan blog seperti ini, sebagai calon blogger yang ada bakat menulis buku. Keep it up ya.

    Baru-baru ni ana menerima tawaran untuk dihantar ke Jepun bagi menyertai program JENESYS East Asia Future Leader Programme pada 9 – 19 Disember 08. Sangat teruja, tetapi masa tidak sesuai kerana Disember ini banyak urusan yang mesti diselesaikan.

    Moga ada lagi peluang seperti ini di masa-masa akan datang.

    p/s: maaf luqman-sama, email belum berjawab.

  13. Wow ustaz, tahniah dicalonkan ke program tersebut!
    Sayang tak dapat hadirkan diri. Kalau tak, bukan sedikit yang akan offer diri untuk menyambut ustaz di airport!😀

    p/s: Tak mengapa ustaz Hasrizal-sama, kami telah mendapat kepastian dari sumber yang lain alhamdulIllah. maaf mengganggu kesibukan ustaz.

  14. *lol*

    besnyeeee…

    di malaysia, tak widespread lagi kan benda nih. memang bagus sebagai satu mekanisme kepada pembentukan global player sejak dari kecil, n sure kena tekankan yang rural area.

    *menunggu rural visit untuk community medicine tahun 5 nanti.. haihh, lamanya!*

  15. Heeee~…

    Selamat bertemu! Saya lompatblog pagi tadi jadi terjumpa blog encik ni. Kebetolan suka juga benda yang berkaitan dengan jepon lalu saya terus baca.

    Haih.. saya maseh tak boleh fikir kenapa pelajar kanak-kanak jepon semakin berkurangan..

  16. kanak-kanak tidak dihantar oleh si burung undan, atau turun dari bulan sabit di awangan. kanak-kanak ialah produk sinergi manusia. kalau manusia selfish tak nak sinergi, tak nak kahwin, tak nak anak, kawin sejenis, sikitlah kanak-kanak, banyaklah kubur mak bapak🙂

  17. To fishballisme: Benar seperti apa yang Abu Saif sebutkan. Di sini rata-rata sudah semakin ramai pekerja perempuan (seperti negara-negara maju yang lain) yang menyebabkan mereka kahwin lambat (atau setengahnya tak nak kahwin langsung!).

    Yang berkahwin pula, antara pemikiran mereka ialah: Diorang tak percaya Tuhan> Tak percaya anak-anak ini rezeki dari Tuhan> asyik fikir duniawi, kalo ada ramai anak, susah nak biaya sampai kerja nanti, sebab cost of living mahal> hadkan bilangan anak kepada satu atau dua.

    Kalau cakap kat diorang saya ada 6 adik beradik, akan ter”Heeeeee!!” lah mereka!

    Di sini ada satu drama satu ketika dahulu, menceritakan kisah hidup 5 orang adik beradik. Bagi mereka, itu pun kira dah ramai dah tu! (Nenek aku 13 orang anak, steady je…)

    Di Rusia juga pakar sosial berkata, jika trend mengurangkan anak di sana berterusan, dlm 20** (tak ingat figure sebenar, tapi tak jauh dari sekarang) akan datang, majoriti penduduk akan terdiri dari orang Islam! (Di baca dari artikel surat khabar di internet beberapa tahun dahulu) Sebab apa? Orang Islam ramai anak, kita percaya anak-anak ini rezeki dari Allah!

    Ha, kan dah jadi satu artikel baru..itu sebab saya tak nak muatkan awal-awal. Huhu..:)

  18. patut la shougakusei masa homestay dlu minta tandatangan ngn tandakan mesia kat mana dalam peta yang dia sediakan..sebab benda-benda mcm ni rupanya..naruhodo ne..hehe..best entri ni..

  19. wow..its same wif korean bila ditanay mereka camtu..
    cumanya takde program ala-ala camtu..huhuhu

  20. blog yg best….byk input berguna…

    • semoga ianya bermanfaat dan semoga saudara birmingham stalker setia membaca. salam perkenalan dari Jepun!🙂

  21. Bro y4ku24:

    “Heeee…”

    Gomeneh! Huuu…😛

    Apa-apa pon terima kaseh banyak² kerana sudi menjelaskan dengan panjang lebar. Sekarang saya faham mengapa. Arigatou gozaimasu Luqman-san!

  22. perkongsian pengalaman yang sangat berguna…best nye dapat buat progm mcm ni.. selalunya pihak sekolah jemput penceramah luar sempena progrm tertentu ..Maal Hijrah…Maulidur Rasul…Sebagai anjakan paradigma..terfikir-fikir nak jemput Foreigner student di Um ke UIA ke yang dekat-dekat dgn sekolah… boleh ni… mmg boleh… Hmm barulah terbuka minda anak didik…
    Hait Luqman-san arigato

    • saya setuju sgt2 kalau dibuat begitu. lebih2 lagi yang beragama Islam. biar mereka tahu yg ‘bangsa lain’ spt china mainland, bosnia, bangladesh juga anut agama yg sama!🙂
      boleh story kat blog ustazah ye bile jadi nanti.😉

      Doitashimashite (sama-sama)

  23. salam..apa signifance pakai baju melayu biru dgn kasut merah McDonald’s?

    • salam. itu bukan kasut, itu selipar di sekolah. di sana ubuh kasut di ruang masuk, dan akan pakai selipar di dalam sekolah. dan selipar sana warna sepesen saje, warna merah!

  24. nak gi jepun gak..
    cam besh je..
    tp mls nk blaja bhse jepun..

    • salam pengenalan ayushyia. kalo nak belajar kat sini, memang diwajibkan utk belajar bahasa jepun. tapi kalo sekadar nak dtg sini jalan2, boleh la kot survive kalo belajar sikit2 je.

  25. kan bagus program camne ade kat malaysia…
    tahun lepas sekolah dari australia(berwick secondary school)..
    ade datang kat skolah saye….
    time tuhh je yg ade….
    harap2 sekolah dari negara lain pun akan datang…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: