Posted by: y4ku24 | November 5, 2008

Kenduri oh kenduri!

(Update blog: Bila baca balik entri-entri aku, baru aku sedar, banyak pula entri yang berat di dalamnya. Yang asalnya aku nak buat entri ringan, akhirnya jadi entri berat pun ada! Tak mengapa. Bulan ini akan aku cuba seimbangkan kembali. Sebelum keluar laugh-out-loud minggu depan, aku tuliskan entri santai di bawah. Selamat membaca.)

Garden wedding rekaan De Classaflora

Garden wedding rekaan De Classaflora

Baru-baru ini junior 2 tahun bawah aku telah selamat diijab kabulkan pada Ogos yang lalu. Selamat pengantin baru diucapkan. Setelah juniorku kembali ke Sendai, kami bertanyakan perbelanjaan keseluruhan kenduri dan hantaran. RM30K++! Mak datuk! Habis fulus eden! Tetapi tidak hairan sebenarnya, kerana untuk catering, junior aku tetapkan sekepala berbelas ringgit, dan makanan yang disediakan siap ada udang galah sebagai menu.

Menurut beliau, sebenarnya lari budget. Hampir-hampir tidak cukup kerana yang datang lebih ramai dari yang disangka. Maklumlah, kenduri itu dibuat dengan style garden wedding. Outdoor la katakan. Yang tidak dijemput pun mungkin terpanggil untuk menjemput diri sendiri. (mana taknya, di dalam menu ada udang galah tu!) Tetapi nasib menyebelahi mereka, kerana hari itu hujan renyai-renyai. Maka ada juga tetamu yang hanya duduk di dalam kereta tak keluar, dan pulang begitu sahaja.

Memandangkan banyak duit akan dihabiskan untuk kenduri sahaja, ia membuat aku terfikir, bagaimana untuk mengurangkan kos kenduri aku nanti. Nak potong kos kenduri adalah dengan mengurangkan kehadiran tetamu. Tapi jika tidak di ajak, ada juga yang akan berkecil hati nanti. Jadi, bagaimana untuk mengajak mereka, dalam keadaan mereka teragak untuk hadirkan diri?

Di bawah adalah beberapa tektik yang aku terfikir buat masa ini, bermula dari yang payah, kepada yang lebih senang. Idea di bawah adalah idea aku, jadi korang tidak dibenarkan tiru untuk kenduri korang. Fikirlah tektik sendiri! :

1) Budget kenduri time hujan

Yang ini memang teramat payah. Sebab planning kenduri akan dibuat beberapa bulan sebelum, maka mungkin mustahil aku nak rancang tarikh kahwin yang kena pada hari hujan. Tak boleh pakai idea ni.

2) Kenduri di luar negara

Alang-alang di luar negara, baik buat yang jauh-jauh. Di Hawaii ke. Tapi hantar juga surat jemputan. “Anda sekeluarga dijemput hadir ke walimatul urus keluarga kami di Hawaii. (Tiket ke sana dijual berasingan)”. Kalau guna tektik ini, boleh budget yang datang dalam 10 orang sahaja. Dengan kehadiran sedikit ini, bukan kata menu udang galah, bayar performance udang bermain galah pun boleh!

Persembahan akrobatik udang

Contoh persembahan akrobatik udang

Tapi bukan hanya sahabat handai, saudara mara PUN tak boleh datang! Karang bila balik ke Malaysia (setelah menyaksikan persembahan hebat udang-udang di Hawaii), semua bermasam muka pula. Aiseh, kena reject juga idea ini…

3) Kenduri ala-ala permainan cari harta karun

Alternatif lain ialah membuat kenduri di tengah-tengah Taman Negara. “Anda sekeluarga dijemput hadir ke walimatul urus keluarga kami di Taman Negara Pahang. Sila bawa parang, kompas dan bekalan makanan sedikit, takut-takut anda sesat nanti. (Insurans dijual berasingan)”. Bagi mereka peta untuk ke tempat kenduri, tetapi mereka kena redah hutan belantara. Yang menariknya, mungkin on the way, akan bertembung dengan gajah atau harimau atau monyet. (Teringat program TV Istana Takeshi) Kiranya ada elemen risiko di situ. Jika selamat sampai, hidangan mewah menanti di kenduri. Tetapi dianggarkan ramai yang tak sukakan challenge, maka ramai yang tidak akan cuba untuk hadir.

Masalahnya pula plan ini ialah, pasangan pengantin PUN akan hadapi perkara yang sama! Adat istiadat melayu, menghendaki pasangan pengantin berjalan beberapa ratus meter dari tempat kenduri. Walaupun separuh perjalanan sudah menaiki helikopter, tetapi kerana pukulan gompang yang akan menyebabkan sang gajah dan rakan-rakannya menyirap, pengantin juga berisiko disondol badak sumbu. Jika pengatin sampai ke tempat kenduri pun, baju dah koyak rabak, mata sudah lebam, keris di pinggang masih tertikam di badan badak sumbu yang menyondol tadi, ketika bergelut dengannya.

Ish, kansel kansel

4) Kenduri pada hari kerja

Ha, yang ini menarik juga. Beritahu sanak saudara, sila ambil cuti pada hari sekian-sekian. Maka sanak-saudara tiada masalah untuk hadir.

Cumanya, para tetamu yang lain akan ada juga yang tidak teragak-agak untuk mengambil cuti. Kehadiran tetamu sebegini juga susah untuk dianggarkan. Jika sediakan banyak makanan, silap-silap mereka tidak datang, membazir pula. Jika sediakan sedikit dan yang hadir pula ramai, malu pula.

Nehi kabe nehi

5) Kenduri pada Hari Raya

Ha, yang ini lagi menarik. Lagi-lagi buat di Kuala Lumpur, yang mana pada hari itu bandar memang kosong. Maka yang dijemput akan berdilemma, samaada ingin balik kampung atau hadirkan ke majlis kenduri kitorang. Maka sudah pasti ramai yang akan ‘korban’kan jemputan kenduri dan kembali ke kampung!

Tapi tunggu sebentar, AKU pun nak balik kampung juga! Aiseh, tak boleh pakai betul idea ini…

6) Sekadar kad kahwin

Memandangkan tujuan sebenar kenduri kahwin menurut Islam adalah untuk menyampaikan berita bahawa kita sudah berkahwin, dan supaya tidak ada unsur fitnah yang akan timbul sekiranya kita berduaan berjalan bersama pasangan kita nanti, maka apa kata hantar kad kahwin kepada semua orang yang dikenali, siap dengan gambar bakal pengantin sekali, tetapi hanya sekadar kad kahwin, bukan jemputan kenduri. “InsyaAllah kami akan melangsungkan tarikh kahwin kami pada tarikh sekian-sekian. Semoga anda turut sama mendoakan kebahagiaan kami. Amiin.” Noktah. Takde peta ke tempat kahwin, takde alamat kahwin.

Tapi dalam masa yang sama boleh buat private party, dalam 100 orang. Boleh la save duit sedikit untuk menjemput udang-udang Hawaii buat persembahan.

Hmm, tak boleh pakai juga idea-idea di atas. Semua ada kelemahan. Terpaksa juga aku akur dengan berkenduri cara biasa. Bawak-bawak la menyimpan duit tu Luqman oi

P.S.: Oh ye, mungkin korang perasan gambar tempat kenduri di atas ada tertulis De Classaflora. Kepada yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan tetapi masih tidak ada pereka hantaran/pelamin/tempat kenduri, apa kata cuba jenguk-jenguk kedai De Classaflora ini? Keluarga aku punya, mak dan bapa saudara taukeh kedai. Mak aku big boss ketiga. Aku agen luar negara diorang. Harga ikut suka pihak pengantin. Ramai student yang tempah melalui kedai keluarga aku ini. Setiap rekaan dijamin unik. Boleh kontek aku, atau kontek direct dengan diorang, cakap dapat tahu dari Luqman. Sekian.


Responses

  1. heh~ menarik idea ni. tapi hampeh gak lah semua tak leh pakai. ada satu lagi idea.
    buat menu kenduri makan nasi ikan kering dgn timun dan budu je. air kosong je. jimat belanja! heh~

    tapi nak konsep wedding garden. akan kontek mu 5 tahun lagi. harhar~

    nak kumpul rm30k dulu. sekian.

  2. Kejam!

    Dasatnye idea*menggeleng*.. n sangat kelakar.. huhu.. kawan selalu kata, nak bujet bab kahwin nih, kte kahwin tyme belajar.. ble tengok snrs kawen, sume pakat2 ter stimulate.. adehh.. ade2 ajelah..

    btw, klu ad mjls, sonok ble sume ade..

    ishh.. sempat wat promo agi..

  3. Salam.
    Rasa2nya blh tak nak ajak ummi Yakuza utk pilih kain langsir kt kedai? Blh mintak tolong tempah jahit sekali. La ni tgh usha kt Macy.

  4. gompang tu..kompang ek?

    Once, pernah bincang ngan mama dengan seriusnya…
    “Mama, saya fikir nanti, kalau nak kahwin…kita buat tiga-tiga terus la kenduri. Inda, Anum, Anim sekaligus..boleh save budget”

    Apa kata mama?
    “Hish, ada plak…” sambil suara gelak di hujungnya..

    Kata nak save budget…. isk isk…

  5. To Dark Angel: Idea yang menarik, tetapi itu tidak mengurangkan jumlah kehadiran orang, cuma kos sekepala. Kalau RM5 seorang pun, kalau yang perlu di ajak beratus orang…

    To ummusaif: Salaam. Boleh saja! Memang kepakaran Ummi bab kraftangan. Gifted. Boleh saja tanyakan Ummi, tiada masalah untuk dikontek bila-bila masa. Dari segi mana paling murah, dia tahu insyaAllah.

    To inda: Oh, kompang ya? Patutlah SPM saya dulu dapat A2 je.. Tektik bes juga tu. Tak pun sekalikan kenduri pengantin lelaki dan perempuan. Huhu.

  6. πŸ™‚ Satu entri yang cukup santai dan ringan, syabas.

    Ini idea saya… Jemputan Kenduri Kahwin ala Pot-Luck. Para jemputan cuma diberi nasi kosong saja, lauk-pauk bawa sendiri. Air minuman pun sendiri, ok tak??? hahaha… Astaghfiruwllaah, pakat tak mai arr orang.

  7. owh upenyer yakuza menggunakan taktik secara halus utk promote kedai familli ye????

    pendekatan yg bagus tuh..hi3…

    p/s: kalo eden berjaye mencapai misi jd org pertama leave comment kat funny story tuh adekah ada hadiah menanti???he3…em pakej perkahwinan percuma dr kedai ummi yakuza kew…hu3..kalo ade akan aku letak effort yg berjuta2 lem0n2…

  8. salam…isk222….mula la idea creative keluar..ahahaha..tunggu tiba masanya

  9. y4ku24 dan Ibnu Ahmad Shah ye ye je sembang bab kenduri. BILA? Soalan terhebat abad ini. SIAPA? Soalan paling misteri dewasa ini.

    Aik, Ummu Saif sempat pulak mengenden tenaga pakar!

  10. Te-baaa-boooommm!!! Kan dah kena peluru berpandu pengesan haba dari Abu Saif al-habib… hohoho.

    Minta Ustaz doakan.

  11. hadehhh…kretif2…entri penenang stress xam (tinkiu2)…

    tips pernah d’cuba : buat menu ala2 kg. unik n murah (lg2 klo dpt sponsor). lauk : ulam2an, asam pedas, ikan kering dll. tp, sedap tuh~ cumanya, still xcukup gak.

    p/s: aishhh mcm ada bau2 nasi minyak la kt cni. eceh~ da mula merancang ni mksdnya??? xpe2 sy doakn..aminnn~

  12. To tiehah hanime: Pandai pun cik tiehah hanime.πŸ™‚
    Hadiahnya ialah, anda akan jadi orang yang pertama sakit perut sebab tergelakkan cerita tersebut. Saya rasa itulah cerita paling kelakar setakat ini!

    To Abu Saif: Er, untuk dua soalan cepumas ini, saya ingin guna talian hayat, ingin telefon Ibnu Ahmad Shah di rumah..trut trut..

    Mintak Ustaz doakan juga.πŸ™‚

  13. so far, di Macy, mengukur dan menjahit langsir free. Cuma harga kain je sedikit mahal. Cuma saya tak pandai nak match kain. So, kalau ada ummi luqman, kurang sikit peningnya di Macy nanti. πŸ™‚

  14. Oh, nak macthing kaler ye. Boleh saja. Ummi lagi hebat jika berganding bahu dengan adik saya yang sedang ambil kos arkitek, kerana dia ada bakat dalam interior design. Bolehlah tanya tuan punya badan untuk di’sewa’ sebentar.πŸ™‚

  15. Terpegun tengok gambar udang buat aksi akrobatik. Hahaha….Tapi jgn tak caya, aksi akrobatik udang dalam kuali kak su lagi dasat tau….

    Cuba y4ku24 kemukakan cadangan ni kat ummi dan abi bila nak kawin nanti. Sekadar nak test reaksi mrk. Kak su agak, mesti kena sekeh atau cubit berkali-kali… hehe

  16. wah2 diriku ade dlm komenmu..waa..bangge!tq2 =p
    “..berganding bahu dengan adik saya yang sedang ambil kos arkitek, kerana dia ada bakat dalam interior design.”

  17. Hmm…ok sangatlah 30K kalau 2 pihak tambah2 lagi ada ‘udang galah’ sebab setahu akak ada orang 30K hias meja makan je…macam mana tuh..
    Ni tips akak kalau nak budget, yang utama jangan buat kat KL sebab dewan kt sini mahal dah boleh cover buat kenduri kat kg…so buat kat kampunglah, rumah pah kan dah besar, x silap ada 10buah bilik, dah macam 5 star hotellah tu, so buat 2 khemah je yang old style tu stripe2 biru putihke, hijau putihke…(ikut theme colorpe)murahtu, x payah pakai kerusi meja bentang tikar…ala kampung katakan…makan buat nasi putihje, keliling rumah boleh tanam labu, nangka 2-3 bulan sebelum so…time kenduri buatje lauk, orang kampung masak gotong royong bagi tuala good morning je, lagi jimat buat 1 kenduri bagi 2 pihak…lagi jimat kongsi pulak kawin dengan ‘abangnye’ sekali kot adik nak tumpang juga pun bolehπŸ˜‰ akak jamin, tak banyak duit habish…
    Yang penting niat kita…seikhlas mana kita raikan…baiklah doa orang untuk kita…jangan harap orang nak doa kalau jemput pun idok..

  18. Thanks akak atas tips. Saya sendiri rasa nak buat begitu. Ala-ala kampung. Dan kalau rezeki dapat bergabung bes juga.πŸ˜€
    ‘Greenlight’ sudah dapat, bab pelamin/hantaran sudah setel, tp kalo soalan cepumas Abu Saif tu masih tak dpt jwb lg masalah juga! Aiseh…

  19. Salam…
    Mcm mn nak contak famili u klu contak u pn i tak tahu ar… plez

    • Salam.
      Here is the info, jangan segan-segan bertanya ye:) :
      Abang Mohsin 0133986552
      Kak Nanie 0123355441

      Ataupun lagi senang, kontek melalui emel: sinnanie@yahoo.com
      nanti diorang akan attach package yang disediakan.

  20. hehe, lawak la! suke idea kat Taman Negara tu :p
    bijak ye strategi promote bisnez familyπŸ™‚
    btw, dah ade date, jgn lupe jemput tau hehe tp jgn la buat kat jepun lak, konfem xdpt g!πŸ™‚

  21. slm..mmg lawak le idea kt ats 2…sy pn tgh pening pale cmne cr nk kurangkn kos ni..kalu 30k jwbny lmbt lg le kawin….

    • slm. tu yg rambut depan semakin botak tu…(-_-;)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: