Posted by: y4ku24 | November 3, 2008

Sepetang bersama bekas Pengarah Pendidikan Perak Pt. 2

(Entri ini adalah sambungan daripada entri dengan tajuk yang sama. Kepada yang blur membaca entri di bawah, sila baca dahulu entri yang pertama.)

Pada petang hari raya, kami dijemput oleh Ayah Cho untuk ke majlis jamuan hari raya persatuan guru kawasan Padang Rengas (nama persatuan yang sebenar aku lupa). Walaupun kami agak liat juga untuk pergi, tetapi atas pelawaan bersungguh-sungguh oleh Ayah Cho (dengan kata-kata ‘dorongan’, “Keme* tak pergi siap keme“), kami pun ke sana, berkain pelekat. Tak disangka majlis tersebut begitu formal!
Nak dijadikan cerita, jemputan Ayah Cho tersebut ada udang disebalik batu. Aku disuruh berucap! Adus, balik-balik aku kena. Sudahlah tidak prepare apa-apa. Terpaksalah aku ke atas pentas, menceritakan pengalaman aku di Jepun sebagai anak Padang Rengas. Berkain pelekat. Nak ceritakan punya tak preparenya aku.
Nasib baik sebelum aku dipanggil ke hadapan, sebuah sajak karangan Ayah Cho telah dideklamasikan oleh Juara Pendeklamasi Sajak Malaysia (nama sebenar pertandingan peringkat kebangsaan itu pun aku tak ingat, tengah cari idea nak cakap apa punya pasal), yang kebetulan pula dari kampung aku! Wah, hebat-hebat juga orang kampung aku. Ada hati pulak tu pak cik tempat lesen memandu itu ingatkan aku buta huruf! (Sila rujuk entri ‘The Driving Test and I’) Tapi sebab lulus lesen memandu, tak mengapa, pak cik dimaafkan.
Di bawah adalah sajak tersebut. Kerana ianya penuh bermakna, aku abadikan juga sajak ini di dalam blog aku. Semoga peroleh pengajaran.

MUSUH MELAYU

Wahai orang Melayu,
Musuh kamu bukan bangsa itu,
Musuh kamu bukan bangsa anu,
Musuh kamu bukan ahli politik itu,
Musuh kamu bukan ahli politik anu,
Mereka tidak mengancam,
Mereka tidak menakutkan,
Mereka hanya saingan,
Mereka hanya berlainan pegangan,
Mereka hanya berlainan fahaman.
Musuh kamu kejahilan,
Kamu tidak membaca,
Kamu tidak berguru,
Kamu hanya pura-pura tahu,
Tetapi sebenarnya kamu tidak tahu.
Cepat bunuh musuh ini…
Musuh kamu kemiskinan,
Rata-rata kamu masih miskin,
Rumah kamu masih bertanggakan kayu bulat,
Kamu tidak mampu membiayai anak ke institusi tinggi,
Atau belajar ke luar negeri,
Kamu masih banyak berhutang,
Dan berharap bantuan orang,
Cepat bunuh musuh ini…
Musuh kamu perpecahan,
Asyik bergaduh sesama sendiri,
Tidak suka bangsa kamu senang,
Kami cari jalan supaya dia tumbang,
Seolah kamu ingin hidup seorang,
Cepat bunuh musuh ini…
Wujudkan perpaduan,
Wahai orang Melayu,
Cepat kumpulkan senjata,
Berperang habis-habisan,
Supaya musuh ini cepat kamu lenyapkan.
Mat Ha Ezat, Padang Rengas 2001.
========================
*Korang


Responses

  1. salam..wahhh bagus tu selalu berucap..nanti bole jadi wakil rakyat…ehehe

  2. Nama badan kebajikan bukan kerajaan (NGO) yang saudara naytakan tu ialah ‘BKGWPR-Badan Kebajikan Guru2 Wilayah Padang Rengas’.
    🙂

  3. Musuh kamu bukannya di anu
    Musuh kamu bukannya si dia itu
    Musuh kamu bukannya mereka itu
    Musuh kamu adalah prasangka buruk dlm diri yg terlalu…

    Nyahkan bisikan itu…
    Bisikan iblis dan syaitan yg cemburu
    Nyahkan pujuk dan rayu yg melulu
    Basahi bibir dgn zikir Allahu

    Kekeke… sesaja lepaskan perasaan nak bersajak jugak.

  4. assalamualaikum…

    suka la blog ko man…lagi-lagi post pasal berkisarkan pendidikan ni…favourite pasal approach arwah ayah ko (^_-)_>

    でも,最近はなんか,字を読みにくくなっている.色の扱いの問題かな,色のコントラストかな…例えば,上の白いバックグラウンドに水色の字が読みにくいと思う.  

    ーあくまでも,これは俺の個人の意見だけだ,どうかなー

    Menunggu post menarik seterusnya …

  5. To Ibnu Ahmad Shah: Terima kasih di atas input!

    To suara: Wah, kak su pun berbakat juga ye! Nice!😀

  6. To halimazumz: Waalaikumsalaam Ob. Terima kasih kerana sudi menjenguk, dan atas nasihat untuk menukar warna tulisan agar lebih mudah untuk membaca. Akan aku ubah.

  7. Apakah mungkin kemalasan, kemiskinan, kejahilan dan musuh-musuh sebenar itu, ada tangan-tangan yang menyemai, menyubur dan mempertahankannya?

    Pembodohan terancang, mungkin terlalu teori konspirasi bunyinya…

    Namun… sedap sekali sajak itu. Orang belah Padang Asam pun naik semangat sama

  8. takpe lah pakai kain pelikat…
    nampak sikit ucapan bak menteri berjiwa rakyat…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: