Posted by: y4ku24 | October 31, 2008

Cerita Sang Cahaya (Cahaya dan konsep ‘Melihat’ Pt 2)

Sang Bumi dan Sang Bulan, mengikut skala sebenar.

Sang Bumi dan Sang Bulan, mengikut skala sebenar.

Sebagai pembuka bicara entri ini, sekali lagi aku ingin memberikan satu soalan kepada korang. Tapi tak mengapa, kali ini mungkin agak sukar sedikit, kerana perlu diimbas kembali matapelajaran sains dahulu. Jadi, untuk kali ini, setelah memberi soalan, aku akan terus memberi jawapan. Tapi cubalah berusaha untuk menjawab. (Yang ini soalan aku ambil dari buku, bukan rekaan sendiri. Cuma alter sikit)

Apin sedang melihat bulan menggunakan teleskop. Sedang di khusyuk melihat, tiba-tiba Opin datang.

“Kasi aku tengok pulak. Aku nak tengok keadaan bulan sekarang,” kata Opin.

“Oo, kalo ko nak tengok keadaan bulan sekarang, tunggulah sekejap lagi,” kata Apin.

Apekejadah sebenarnya yang dimaksudkan Apin? Jawapan itu tepat dan releven, bukan lawak basi, tetapi kenapa kena tunggu? (Hint: Ada kaitan dengan cahaya)

Jawapannya ialah, kerana bulan terletak jauh daripada bumi, maka cahaya, walaupun dalam kelajuan 299,792,458 m/s (meter per saat) pun memerlukan masa untuk pantulkan cahaya matahari dari permukaan bulan masuk ke teleskop Apin. Berapa lama? Antara 1-2 saat. (Ye la, memang tak banyak beza pun, habis Apin cakap pun dah dua saat, but the point is, cahaya pun perlukan masa untuk sampai ke satu-satu destinasi) Maksudnya di sini, setiap kali kita lihat bulan, apa yang kita nampak adalah keadaan beberapa saat sebelum, bukan keadaan bulan sekarang.

Kalau nak dibandingkan fenomena di bumi, mungkin di bumi kita tidak mempunyai masalah tentang cahaya ‘datang lambat’. Sebab dengan kelajuan sang cahaya 299,792,458 m/s tadi, dalam sesaat, sang cahaya boleh mengelilingi bumi tujuh kali. (Kenapa, tak percaya? Kiralah sendiri.) Maka, isu cahaya datang lambat tidak timbul.

Tetapi, sebagai perbandingan, kita ada bunyi. Kelajuan gelombang bunyi di dalam udara kering (ya, kelajuan bunyi dipengaruhi banyak faktor, termasuk keadaan udara) ialah 343 m/s. Siput berbanding kelajuan cahaya, walaupun for sure kena saman kalau ada yang berani bawak kereta dengan kelajuan bunyi. Oleh kerana perbezaan ini, kita dapat perhatikan fenomena juru acara sukan sekolah menembak pistol ke udara, sudah keluar asap, tetapi bunyi ‘Bang!’ itu datang kemudian, jika kita duduk jauh dari juru acara tersebut. Ketika pistol ditembak, cahaya akan sampai di mata dahulu, baru gelombang bunyi sampai ke telinga. (Melatah makcik kantin “Opocot mak kau!” yang terkejutkan bunyi ‘Bang’ itu akan menyusul selepas gelombang bunyi sampai ke telinga dia. Itu turutan alam. Cahaya, bunyi, melatah.)

Cahaya adalah satu fenomena/benda alah yang pelik. Satunya ialah, di dalam udara dan vakum, ia adalah benda alah yang terpantas. Mana taknya, boleh pusing satu dunia tujuh kali sesaat!

LIGHT YEARS (TAHUN CAHAYA)

Oleh kerana alam semesta ini teramatlah besar saiznya, maka saintis terpaksa menggunakan istilah ‘light years’ (tahun cahaya) dalam menceritakan tentang jarak bintang-bintang dan lain-lain di angkasa dengan kita. Sebab jauh sangat. Kerana jika guna unit kilometer sahaja, mungkin kuasa 10 nya akan jadi beratus!

Jadi, apa maksud 1 tahun cahaya? Maksudnya ialah, dengan kelajuan terpantas, iaitu kelajuan cahaya (299,792,458 m/s) PUN memerlukan setahun untuk cahaya tersebut sampai ke mata/teleskop kita! Jikalau pantulan cahaya dari bulan sahaja baru mengambil masa 1-2 saat, inikan pula dari satu benda alah (contohnya bintang) yang jaraknya setahun cahaya. Bayangkanlah betapa jauhnya benda itu. (SETAHUN tu!)

Jadi, jika kita melihat melalui teleskop ke arah benda alah tersebut, cahaya dari benda alah itu (selalunya dihasilkan sendiri dan bukan pantulan, kerana bintang-bintang sama macam matahari juga) membawa informasi tentang keadaan benda alah itu setahun yang lepas. Entah sekarang ini benda alah itu sudah berkecai ke, masih maintain camtu ke, kita hanya boleh tahu setahun akan datang. Malah, ketika ini, saintis kadang-kadang menyaksikan bintang-bintang yang teramat jauh dari bumi meletup (supernova), yang telah berlaku beratus, malah beribu tahun dahulu! (kita baru nampak sekarang melalui teleskop, tetapi bintang itu dah berkecai beribu tahun yang lepas) Salah satunya telah diperhatikan oleh saintis pada 1987. Jarak supernova tersebut dari bumi: 169,000 tahun cahaya. Wow, sungguh menarik!

CAHAYA DAN ALIEN(?)

Adaย  satu fakta menarik tentang cahaya. Seorang profesor di Universiti Cornell bernama Frank Drake telah mengkaji dan mengira kebarangkalian wujudnya peradaban lain di dalam alam semesta selain kitorang di bumi ini. Kira punya kira, dia anggarkan sekiranya ada makhluk asing pun, yang terdekat berkemungkinan duduk sejauh 200 tahun cahaya dari kita. Maka jika kita andaikan yang diorang teropong kita dari jauh pun, diorang tidak akan nampak korang atau aku. Informasi cahaya yang terpantul (bumi tak menghasilkan cahaya seperti matahari atau bintang, cuma memantulkan cahaya sahaja) daripada bumi 200 tahun yang lalu. Maka diorang sedang menyaksikan Revolusi Perancis serta kerajaan Britain dan Belanda masih sedang bergaduh tentang pembahagian kepulauan Malaya dan Jawa! 200 tahun akan datang (2208 masihi) mungkin baru diorang boleh kantoi aku tengah tulis entri pasal diorang. Nak marah aku time tu dah terlambat beb!

Cuma, sekiranya mereka mempunyai teknologi teleportasi (ghaib dari satu tempat, muncul di tempat lain yang jauh, ala-ala doraemon la), maka mereka boleh ke bumi dengan pantas dan teropong dari dekat. If that is the case, then I am in trouble! (“Oo, mamat tu tengah tulis tentang kita. Nanti dia…”)

CAHAYA DAN AGAMA

Mungkin ada yang akan bertanya, apa pandangan Islam tentang alien? Aku terpaksa jawab, Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Ilmu aku cetek lagi untuk memberi sebarang komen berkenaan ini. Tetapi secara peribadi, aku fikir ianya tidak mustahil. Galaksi ini teramatlah luas. Luas sangat sangat. Dengan keluasan tersebut, mungkinkah kita sahaja yang hidup di dalam galaksi ini? Allah Knows best… (Jika ada sesiapa yang tahu buku/website Islamik yang menyentuh bab ini, tolong kongsikan bersama!)

Dan memandangkan kita berbicara tentang cahaya, mungkin akan terlintas juga di dalam pemikiran korang berkenaan malaikat, makhluk Allah yang dicipta daripada cahaya. Berminat untuk tahu? Boleh ke artikel ini, ‘Malaikat menurut perspektif sains‘. Perbahasan yang cukup menarik, dan disertakan dengan bahan rujukan juga. Rasanya tidak sukar untuk difahami, cuma terdapat sedikit istilah sains yang perlu tahu. (Ada juga sentuh tentang teleportasi di dalam blog itu, jika ada yang berminat untuk membaca)

Aku terpaksa berhenti menyebut tentang alam semesta di sini dahulu, kerana untuk menerangkan tentang alam semesta juga memerlukan masa (dan artikel) yang panjang. Cuma masukkan dalam fikiran korang bahawa alam semesta teramatlah besar. Teramat. Bila korang tahu kebesaran alam semesta ini, maka korang takkan lari memikirkan Maha Besarnya Pencipta alam semesta ini, Allah s.w.t.. SubhanAllah. Tidak Engkau jadikan semua ini sia-sia, bagi orang yang mahu berfikir tentang kebesaranMu.

Sistem solar kita. SubhanAllah.

Sistem Suria kita. Bumi sebesar tu je, dibanding dengan planet lain dan matahari. SubhanAllah.

190. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;

191. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

(Surah Ali Imran)

=====================================================================

Rujukan: ‘The History of Nearly Everything’ oleh Bill Bryson, dan pelbagai rujukan lain, termasuk Wikipedia.


Responses

  1. salam..lama dh tinggal subject science ni..adehhh kena baca pelan2 utk memahami..ahahha

  2. erkk…xpanjang ke ni???

    rasanya mcm pita perakam yg sdg dputar balik bce entri ni. mklm la…sains da lama dtinggalkan.

    skrg, byk teknologi canggih dgunakan utk pembelajaran sains. ada satu perisian lengkap utk sains angkasa (sangat menakjubkan). kita boleh pergi ke setiap planet malah setiap galaksi di dunia ini (yg dh dijumpai). seolah2 benar2 da jd angkasawan hehe..

    teringat mse camping dlu. kne jln mlm2 tanpa sbrg alat penyuluh dlm hutan. mula2 mmg gelap. tp lama2 blh nmpk laluan yg sbnr (fokus). agaknya, adakah dsebabkn konsep cahaya juga? atau konsep mata? aishhh….sains sains…

  3. Haa.brader telah mengingatkan aku konsep yang aku belajar dari bangumi(rancangan tv) jepun.

    Siapa kata mustahil untuk melihat peristiwa yang telah berlalu secara `real-time’.Kalau kita mendongak ke langit,kita sebenarnya menyaksikan kisah/sejarah silam yang berusia beratus/ribu /juta tahun dulu.Subhannallah.

    Tapi,kalau nak lebih ekstrem lagi(bak kata jepun,kyokutan ni ieba) sebenarnya apa sahaja yang kita lihat adalah `sejarah`.Contohnya macam skrin pc ni yang kita dok tengok ni ,adalah sejarah yg berlalu 0.00000000000000000000001 saat yang lalu(contoh!..) bergantung kepada masa yang diambil oleh cahaya dari skrin sampai ke mata.Menarik!

    Waah..maknanya selama ni apa yang aku tengok keliling…..adalah sejarah!

  4. hoho… sambung part 3 dengan komposisi cahaya pulak dehh…

    Artikel penuh ilmiah yang ditulis dalam lagak santai…haha
    Menawan sekali ^^

    p/s: banyak nyer perkataan ‘benda alah’. Tak nak cuba kira ker, berapa jumlahnya? haha..

  5. Adui, berpinar membaca cuba untuk memahami. Walaupun pernah belajar kat sekolah dulu (ye ker? masa bila yer? darjah enam ker?), tapi rasanya inilah kali pertama baru mendalami maksud sebenar kelajuan cahaya~

    Aish….
    memang best bila dah faham…
    Jika cahaya yang baru sampai dari sesuatu yang memberi cahaya/memantulkan cahaya itu membawa informasi yang lalu, apakah keadaannya benda tu sekarang?
    Hurm , menarik, menarik….
    memang tak terfikirkan~

    Terima kasih kerana berkongsi!!

  6. hmm..
    menarik…
    kalau lah manusia ni boleh nmpk betapa luasnya alam kita ni, kita akan terasa betapa halusnya kita ni lebih kecik dari habuk~! masa tu kita akan terasa betapa tak sedar diri nya lah kita ni kalau masih dok nak buat dosa lagi…
    ishk.. subhaALLAh…

  7. To arsaili: Takpa, slow and steady. Harap-harap tersampai juga message yang ingin dikongsikan.๐Ÿ™‚

    To iliana: Panjang juga entri ini ye…:)
    Berkenaan pengalaman semasa camping itu, ia adalah kerana mata hitam kita membesar untuk menerima cahaya yang amat sedikit ketika gelap (dan mengecil ketika cahaya banyak). Oleh kerana ia memerlukan masa untuk ‘adjust’ kepada persekitaran yang ketandusan cahaya, kita hanya dapat melihat dengan samar-samar setelah beberapa ketika.

    To shah: Benar sekali. Apa yang kita saksikan ketika mendongak ke langit adalah sejarah silam! Bintang yang berkelipan itu juga pun hanya sejarah berpuluh/beratus tahun bintang tersebut!

    To cikgu_eya: Hihi, tak perasan pula banyak perkataan tu.๐Ÿ™‚

    To Barukisu: Saya dahulu belajar ketika di bangku sekolah menengah, kerana zaman kami tiada lagi tajuk sains untuk sekolah rendah.
    Terima kasih juga kerana sudi membaca!๐Ÿ˜€

    To Dark Angel: Betul tu, bukan kata kita, BUMI ini pun teramat kerdil, berbanding alam semesta yang teramat luas ini. Dark Angel tiada nak tambah info apa-apa lagi?๐Ÿ™‚

  8. Semasa dengar satu kuliah Imam Anwar Al-Awlaki tentang tafsir ayat kursi, ada dia selitkan sedikit tentang cahaya…

    Tak de la cerita scientific reason dan detail..

    Cerita tentang imej-imej bintang yang kita lihat, yang merupakan imej yang out dated… soalan provokasi..( ayat feveret penulis ni ), mungkinkah Qiamat sedang berlaku, tetapi tidak sampai kepada kita lagi untuk melihatnya. Mungkinkah ketika Rasulullah SAW bersabda yang Qiamat itu dekat pada kita, pada waktu itu Qiamat sudah pun bermula?

    Wallahu’alam

    Kesimpulannya : Jangan dipeningkan sangat dengan pernyataan provokasi itu, ambil yang tersirat. Jangan bertangguh….

  9. yes!! i know d answs.. jadi sains x berkarat agi la krenya.. yea..

    physics mmg bes.. ske bab cahaya.. ble die explain fenomena logamaya atau fatamorgana.. tapi kinda of tension gk ble bab kanta cembung cekung tuh.. huhu..

    (tp addmaths dh jdi besi buruk)

    Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahu Akbar:)

  10. To indahayatisamsi: Bab dibawa oleh Imam Anwar Al-Awlaki itu lebih kepada konsep masa. Yang ingin dipersoalkan ialah, adakah masa itu juga sesuatu yang boleh diubah, seperti mana kita boleh bergerak sesuka hati mengikut paksi x,y,z.

    Bab ini memeningkan. Saya rasa saya tak akan sentuh buat masa terdekat ini.

    To c’s: Congrats! Ilmu tidak akan lapuk jika dikongsi dengan orang, maka saya sarankan anda kongsikannya bersama rakan-rakan lain ya!

  11. Yup, ada juga sentuh tentang kita berada dalam satu garisan linear masa.

    Dalam tafsiran ayat Kursi, kita tidak tahu apa yang di belakang dan di hadapan kita. Bila waktu kita bergerak sahaja ke hadapan baru kita tahu apa yang berlaku. Patah balik pun tak boleh.

    Actually, memang menyentuh tentang masa..cuma bila kita bercerita tentang sesuatu yang kita boleh nampak dan lihat, sudah semestinya akan melibatkan cahaya.

    Yelah, tetiba komen pasal masa kat sini, tajuknya cahaya lak tu… tak kena pulak..hihi..

    PS : Aiseh, dah tunggang terbalik dah nama kat atas tu..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: