Posted by: y4ku24 | October 27, 2008

My Father, the Poet: Seloka Terima Kasih Jua

Ayah aku cukup pandai bersajak. Teringat aku dahulu ketika ketika peperangan tercetus di Bosnia dan Kosovo, sempena majlis menyambut kemerdekaan Malaysia (yang ke berapa aku tak ingat) di perantauan, beliau menulis sajak, dedikasi kepada para pejuang Islam dan kepada mangsa perang di sana. (Sayang sungguh entah hilang ke mana sajak tersebut)

Tetapi pendeklamasinya bukannya beliau. Disuruhnya AKU! Adus…Disuruh berdiri di khalayak ramai menyampaikan sajak tersebut, dan di akhir sajak, meminta jasa baik para hadirin menderma di dalam tabung derma yang aku membawa bersama. Wah, sungguh gementar rasanya hati ketika itu. Tetapi memang Ayah mengasuhku untuk bersifat berani. Ini bukanlah kali pertama aku disuruh berbuat demikian. Ah, itu perlukan satu lagi entri untuk dicerita!

“Kamu tahu tak, ada perempuan Islam yang mengandung di sana dibelah perutnya hidup-hidup untuk dimamah oleh anjing-anjing tentera serbia? Malah berjudi dikalangan mereka, meneka sama ada anak yang masih di dalam rahim itu lelaki atau perempuan, kemudian membelah perut si ibu hidup-hidup? Cuma kami bayangkan…”

Oh, betapa aku rasa keperitan hidup mereka! Dan memang niat Ayahku menyuntik emosi itu di dalam hatiku, agar aku dapat menghayati bait sajak yang akan disampaikan.

Itulah kelebihan yang Ayah ada, yang sayang sekali aku tidak miliki. Aku tidak punyai kelebihan menulis sajak, walaupun ada dikalangan adik beradikku yang berkebolehan. Sekurang-kurang ada yang membawa ‘baka’ tersebut. AlhamdulIllah.

Ah, panjang pula aku bercerita.

Raya tahun lepas, aku menerima satu bait sajak penulisan Ayahku dari bekas kaki tangannya. Sajak tersebut ditulis sebagai dedikasi kepada kumpulan Kursus JUSA beliau yang sama-sama mengikuti kursus tersebut pada 17-25 November 2004. Izinkanku abadikan sajak tersebut di sini, untuk tatapan semua.

SELOKA TERIMA KASIH JUA

Bukan ada emas,

Yang ku salurkan pada tinta,

Cuma yang ku luahkan,

Rasa terima kasih jua

Pada cikgu,

Terima kasih kerana mengasuh budi,

Dan mengenalkan alif ba ta

Terima kasih pegawai komputer,

Kerana mempercepatkan kerja,

Dan membantu menyemak eja

Terima kasih askar,

Kerana mengawal warga,

Dan mempertahankan negara

Terima kasih pustakawan,

Kerana menyalurkan ilmu,

Dan buku untuk dibaca

Terima kasih jurutera,

Kerana merangka bangunan,

Jambatan dan jalan raya

Terima kasih kastam,

Kerana mengutip cukai,

Untuk negara berbelanja

Terima kasih doktor,

Kerana menyuntik ubat,

Supaya semua sejahtera

Terima kasih akauntan,

Kerana mengurus wang,

Dan mengimbangkan kira-kira

Terima kasih saintis,

Kerana menyelidik mereka cipta,

Dan memperkaya usaha

Terima kasih mata-mata,

Kerana mengawal ketenteraman,

Dan mendamaikan jiran tetangga

Terima kasih pentadbir,

Kerana menggubal dasar,

Dan melaksanakan semua

Bukan ada emas,

Yang ku salurkan pada tinta,

Cuma yang ku luahkan,

Rasa terima kasih jua

Pada setiap kalian semua,

Aku sebenarnya,

Sudah jatuh cinta.

AhmadShahMohdNoor

Putrajaya: 17 Disember 2004

SELOKA TERIMA KASIH JUA

Bukan ada emas

Yang ku salurkan pada tinta

Cuma yang ku luahkan

Rasa terima kasih jua

Pada cikgu

Terima kasih kerana mengasuh budi

Dan mengenalkan alif bata

Terima kasih pegawai komputer

Kerana mempercepatkan kerja

Dan membantu menyemak eja

Terima kasih askar

Kerana mengawal warga

Dan mempertahankan negara

Terima kasih pustakawan

Kerana menyalurkan ilmu

Dan buku untuk dibaca

Terima kasih jurutera

Kerana merangka bangunan

Jambatan dan jalan raya

Terima kasih kastam

Kerana mengutip cukai

Untuk negara berbelanja

Terima kasih doktor

Kerana menyuntik ubat

Supaya semua sejahtera

Terima kasih akauntan

Kerana mengurus wang

Dan mengimbangkan kira-kira

Terima kasih saintis

Kerana menyelidik mereka cipta

Dan memperkaya usaha

Terima kasih mata-mata

Kerana mengawal ketenteraman

Dan mendamaikan jiran tetangga

Terima kasih pentadbir

Kerana menggubal dasar

Dan melaksanakan semua

Bukan ada emas

Yang ku salurkan pada tinta

Cuma yang ku luahkan

Rasa terima kasih jua

Pada setiap kalian semua

Aku sebenarnya

Sudah jatuh cinta

AhmadShahMohdNoor

Putrajaya:17 Disember 04


Responses

  1. Manisnya tika menelan,
    sajak yang disulap pesan.
    Tidak disangkal lagi,
    tinta tidak berdakwat emas.
    Tapi tajamnya mata pena,
    bisa melarik kata permata.

    Aduh.
    Sajak ayahmu sangat mengetuk.
    ;p

    p/s: Antologikan semua karya ayahmu, bro. Itu kenangan untuk anak cucu.
    Aku sedang mengumpul sajak ibuku sedari bangku sekolah. Kadangkala boleh mengubat lara di hati.

  2. satu je yang mampu aku komen.

    `SUGEEEEEEEEE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!`

  3. πŸ™‚

  4. wahhhh~ puas sy mencari, tapi xda la pula…biar sy tulis sendiri la hehehe…ehem2…

    terima kasih ahli pemasar
    kerana mengatur niaga
    mengguna bijaksana
    menangkis gelodak dunia
    terus mencipta landasan
    melebar sempitnya laluan

    ok, en.Luqman boleh la praktis ye rangkap yg ni.
    bait2 utk semangat diri sendiri hehe…

    p/s: en.Luqman xnk try tulis ke sajak? cuba la…seronok (^_^)

  5. Saya tidak reti berpuisi, tetapi suka dan kagum membacanya. Jika saya cuba berpuisi, akan memakan masa yang lama untuk menggubal ayat. Kebanyakan masa tersebut dipenuhi kabur di dalam otak. Blank.

    Bersajak?..hm..mungkin pada masa akan datang…

  6. Wow.Mase bersajak tu umur bape? Your father must be really proud of his son.His son reciting his poem.=).
    Poem usually comes from the heart. I’m sure that to write a poem requires as much courage as reciting it in front of an audience. Hopefully one day we’ll get to see ur poem kn?

  7. Sajak pertama yang aku persembahkan adalah pada umur 7 tahun, tak silap aku. Itu pun ketika pertandingan hari keluarga sebelah ibu. Di pakaikan baju melayu serta tengkolok, ala-ala Tengku Abdul Rahman oleh mak/bapa saudara…hish, rimas!
    Sajak Bosnia itu ketika darjah 4 rasanya. Bukan pandai pun mendeklamasi sajak, cuma ada elemen berani mencuba.πŸ™‚
    Lagi-lagi ketika Ayah menyebut tentang situasi yang dihadapi masyarakat Islam di sana, sekurang-kurangnya aku fikir aku berbuat sesuatu untuk mereka, walaupun sedikit.πŸ™‚

  8. salam…ayah saudari memang berbakat, should be proud of him…salam kenal

  9. salaam…alamak, gambar saya tu ayu sgt ke sampai digelar ‘saudari’? itu snowcap saya tu, bukan anak tudung!πŸ˜€
    rasanya nama gelaran dah sehabis ganas dah..huhu

  10. alamak..minta maaf…saya pun bukan kak..ahahahaha..adusss kecelaruan gender la bro!…sori sori…saya addkan ke reading list

  11. Salam kenal juga!

    Wah, ayah kamu memang sungguh berbakat. Sajak ini, bila saya baca setiap bait + lagu Koi dari Kitaro sbg background, ada rasa mahu menangis.

    Sajak ini,
    Simple, ringkas,

    tapi,
    sampai!

  12. Pada semester satu pengajian saya di bumi Jordan, pensyarah subjek Bahasa Arab 100 bertanya kepada kami, “di manakah indahnya bunga?”

    Ada yang kata, pada harumnya.

    Ada yang kata pada warnanya.

    Ada yang kata pada pemakainya (menyeleweng sikit)

    Kata Sheikh Yusuf Qammas hafizahullah, “keindahan bunga ialah pada bahasa yang mengungkapkannya”.

    Hargailah keindahan bahasa, pastinya Almarhum Ayahanda Ahmad Shah tidak akan puitis pada tulisannya, kecuali kerana puitis pada fikirannya. Tidakkan beliau puitis pada fikirannya, melainkan kerana tinggi penghargaannya kepada bahasa dan seloka. Tidakkan tinggi penghargaannya kepada bahasa dan seloka melainkan kerana tinggi jiwa dan jati dirinya.

    Rahimahullah wa walideena jamee’an, ameen!

  13. Salam y4ku24

    Tergelak kak su baca bila arsaili kata ‘saudari’. Memula kenal arsaili dulu pun, kak su ingatkan dia ‘saudari’ jugak, tapi bila dah baca tulisannya yg adakala paparkan aktiviti sekitar kehidupannya, barulah kak su tahu dia tu ‘saudara’.πŸ˜€

    Kak su pun, ada yg ingat kak su ni ‘saudara’ masa memula menulis dulu. Sbb tu skrg, lebih senang bahasa kan diri kak su atau su, jadi org lebih mudah mengagak.

    Ish… merapu jauh dari tajuk la pulak.

    Sajak…
    Kali pertama deklamasi sajak ialah masa darjah 5 atau 6. Tk ingat tajuknya… tapi ingat lagi 2 rangkap pertama…

    Seorang tua..
    Berkaki satu bertongkat dua…
    (sambil menggayakan lagak org kudung bertongkat)

    Hehehe… Kenangan manis semasa mula mengenal sajak.

    Setuju dgn Balqis (Barukisu). Sajak ini ringkas dan begitu mudah difahami. Bagus utk org macam kak su yg kadang tu pening bila banyak sgt bahasa berbunga. (kadang tu bahasa sendiri pun kak su pening jugak tau. heheh)

  14. To Abu Saif: Ayah memang pencinta bahasa, particular sehingga `di` samaada dekat atau jarak, lebih-lebih lagi terhadap anak buah pejabat beliau. We see many good values of him in you, itu yang kami sekeluarga rasa senang rapat dengan ustaz.πŸ™‚
    Jemputlah datang ke rumah lagi ye!

    To Kak Su: Salam Kak Su,

    Looks like we have something in common.πŸ™‚
    Ramai juga pencinta sajak di kalangan regular viewers ye. Akan saya muatkan satu lagi rangkap pantun yang bagi saya cukup bes, oleh bekas Pengarah Pendidikan Perak sendiri.
    Ikuti sambungan kisah sepetang bersama beliau di dalam Part 2!

  15. hoho… comei sajaknya. Terus menusuk hati, tak der simpang2…

  16. salam..

    thank you for putting forward ayah’s treasure..he used to cherished his poems deep inside(dia buat, pstu dia simpan.xpn kdg2 dia present dlm mjls2 je..anak2ny pn x tau total kesemua sajak y ayah ada.huhu)..sadly,he didnt get the chance to witness this moment (right now,his poem is being read n appreciated by so many viewers!!)..

    tula, dulu kite2 ni xde la pula nk baca n hargai btl2 sajak ayah kn..skrg ni br terasa keindahannya..

    –moral= appreciate everything around u while u still have it–

    yup..sajak2 ayah mmg slalunya simple tp smpai mksd..bkn jenis yg trlalu berbunga sgt..(mmg ayah sngaja wt simple2 kot, sbb dia tau anak2 dia ni bkn reti sgt klu bahasa tinggi2 niπŸ™‚ )

    ayah amik ms kjap je utk siapkn 1 sajak..sbb dah jd ‘his passion’ agknya..hampir stp kali mjls keramaian (esp yg melibatkn ofis dia) msti dia akn selitkn sajak dia..n mmg each time confirm menusuk kalbu la..

    hm, teringat dlu2 ayah pernah je suarakn “ayah ni, klu ada org mtk ayah buatkn lirik, ayah boleh je offer.tp irama ayah x boleh la” — huhu, teringin nk tgk hrpn yg ni tercapaiπŸ™‚ (AFU??hehe)

  17. angh..ade lg la sajak ayah..
    time kt infra dlu byk jg.
    ade dlm album Duta Daerah Damai.

    • gimme gimme!πŸ˜€

  18. bce byk kali pn x jemu…

    bab yg sjk2 len dlm album 2..mmg ad..mkck sham r yg collect…igt lg ayh pnah ubah lagu ‘Semalam’ from Rusydan utk kte sfamily performkn dpn geng2 infra dlu..tp kte xjd wt..malu kot..hehe..ntah mne ntah g nye lirik 2…

  19. sekarang da x menulis ker…nurul bru tbaca ttg laman web nie…coz nak cr sajak untuk student nurul…bez r…ruangan nie…jgn berhenti disini…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: