Posted by: y4ku24 | October 22, 2008

Psikologi Kanak-kanak: Ayah, macam mana saya boleh terjadi?

Aku pasti satu ketika dahulu ketika korang masih kanak-kanak, banyak persoalan yang timbul dek fenomena-fenomena ‘aneh’ disekeliling kita. Aku juga tak terlepas dari menanyakan soalan-soalan yang kadang-kadang susah untuk ibubapa atau orang tua lain menjawabnya.

Contoh yang pernah aku persoalkan ialah tentang TV hitam putih. Memandangkan apa yang terlihat di dalam TV itu adalah hitam putih, aku mati-mati ingat dunia sebelum ini memang tidak berwarna! Jadi korang boleh bayangkan betapa blurnya makcik aku bila aku bertanya, “Mak Teh, time dulu-dulu macamana boleh muncul warna? Bangun esok pagi tiba-tiba ada warna ke?”

Makcik aku blur dengan soalan aku, aku pun blur sebab tak faham kenapa makcik aku blur nak jawab soalan yang se’simple‘ itu!

Dia tak dapat nak jawab. Walhal aku yakin dia tahu jawapan kerana dia pernah hidup di zaman hitam putih filem P.Ramlee!

Tak kurang juga dengan soalan-soalan sensitif/kena-termenung-sekejap-untuk-cari-jawapan yang ditanya, menunjukkan betapa ikhlas dan jujurnya kita ingin tahu satu ketika dahulu. Antara soalan favourite di kalangan kanak-kanak ialah “Macamana saya boleh terjadi?” dan “Macamana saya boleh keluar dari perut ibu?”

Soalan-soalan tajam. Untuk soalan yang kedua, sehingga sekarang aku masih ingat jawapan ibuku (aku panggil Ummi):

“Kamu keluar melalui pusat Ummi.”

“Oh, patutlah melahirkan anak terlalu menyeksakan. Mengeluarkan anak melalui lubang sebesar pusat tu. Kesian Ummi…”

Cis, aku ‘tertipu’.

Aku nak kongsi pengalaman menonton program lawak di Jepun, berkenaan soalan cepumas di atas, iaitu “Macamana saya boleh terjadi?”.

Bilik tamu rumah beberapa orang dipasangkan dengan hidden camera, dan ketika si Ayah berada di situ, disuruh anak untuk mendampingi si Ayah, lalu menanyakan soalan tersebut, point blank. Akhirnya dikumpulkan semua jawapan-jawapan para Ayah dan dikompilasikan.

Lawak tak hingat! Sakit buah pinggang mendengar jawapan si Ayah. Tapi yang overall favourite bagi aku ialah jawapan si Ayah ini, setelah berfikir sejenak:

“Hm..Kan di dalam power rangers, mereka semua akan bergabung, dan bila bergabung akan membentuk robot besar? Ha, macam tu la Ayah dan Emak. Bila kami bergabung, jadilah kamu! Faham tak?”

Anak mengangguk laju, menandakan dia faham benar!

Fuh, tak terfikir aku menjawabnya begitu. Tetapi bagi aku, kita sebagai orang Islam seboleh-bolehnya tidak melarikan diri dari mengaitkan persoalan sebegini dengan kepercayaan kepada Allah yang Maha Mencipta.

“Sebelum Yop lahir, Yop berada di suatu tempat yang Abi dan Ummi pun tak tahu. Allah ambil Yop dan letakkan Yop di dalam perut Ummi, dan akhirnya terlahirlah Yop ke dunia,”

Jawapan yang diberikan kepada saya oleh Abu Saif ketika berbincang tentang ‘soalan-soalan cepumas’ seperti ini sewaktu beliau berada di Jepun. Sudah pasti beliau sendiri pernah melalui fasa ini. (Website beliau sarat dengan tips parenting yang penuh bermakna di dalam seskyen ‘Keluarga’nya, seperti ini.)

Tapi, bila menyebutkan tentang ini, soalan seperti “Allah tu macamana bentuk Dia?” pula yang akan menyusul. Maka di situ aku fikir pentingnya untuk kita bersabar atas soalan-soalan mereka, dan menjawabnya sebaik mungkin, bukan sekadar membantutkan semangat ingin tahu/inquisitive mereka dengan memangkah, “Kamu kecil lagi, tak payah tahu.” (Walaupun rasanya pernah aku sebutkan demikian kepada adik aku yang suka bertanya, kerana malas menjawap soalan dia. Sebab sesetengah perkara itu aku tak tahu pun satu hal.)

Kini tibanya zaman aku ditanya pula sudah bermula. Ditanya oleh saudara-saudara muda dan anak saudara.

“Ultraman tu wujud ke?”

Hmm, perlukah aku ‘menipu’, atau mematikan terus semangat imaginasi mereka? Kerana seingat aku suatu ketika dahulu, lama kelamaan aku sendiri mula tidak percayakannya, apabila sampai usia tertentu (mumaiyyiz). Bukan disebabkan akhirnya ada yang ‘pecahkan’ rahsia bahawa Ultraman dan gengnya tidak wujud. Patutkah dibiarkan mereka berimaginasi?

Pernah terbaca di dalam Reader’s Digest berkenaan kerisauan ibubapa terhadap anak-anak mereka yang obses bermain dengan mainan pistol dan senapang, dikhuatiri akan dibawa sehingga dewasa. Tetapi doktor tersebut menyatakan tidak perlu risaukan keadaan itu, malah disuruh biarkan mereka bermain dengan permainan demikian, kerana keupayaan membezakan antara baik dan buruk akan timbul dengan sendirinya nanti.

Balik ke Malaysia hari itu, kesempatan ramai-ramai berkumpul untuk menyambut raya aku gunakan untuk menjalankan satu eksperimen terhadap anak saudara/saudara-saudara mudaku yang sekitar pra-sekolah hingga darjah 3. Aku tunjukkan gambar aku bersama dua orang berpakaian Masked Rider. (Aku bergambar bersama 2 Masked Rider dari sebelah kiri di gambar bawah. Gambar original aku tidak masukkan, setelah berfikir 10 kali.)

Dan aku melihat reaksi mereka. Percaya atau tidak kewujudan Masked Rider? Cuma kali ini mesti susah untuk mereka menganalisa. Masakan tidak, aku mempunyai ‘bukti kukuh’ bersama-sama dengan Masked Rider!

Jikalau ada yang sebutkan “Ala, tipu je tu. Mana ada wujud. Pakai topeng je tu…”, aku ingin sangat tahu pada usia mana mereka mula berfikiran begitu. Sekadar ingin tahu anggaran sejak bila aku juga mula tidak percayakan superhero-superhero kesukaanku ketika di bangku sekolah dahulu.

Keputusan: Mereka tersengeh panjang. Semua percaya bulat-bulat! Aiseh..Mission Unaccomplished!


Responses

  1. Plan asal, tak nak beli Ultraman semasa di Jepun tempoh hari. Perancangan ana ialah balik ke Malaysia dan beritahu anak-anak bahawa Ultraman tiada di Jepun. Ia hanya khayalan. Tup, tup dapat cenderahati Ultraman pulak, so terpaksa tukar plan.

    Setelah dibanyakkan perbualan tentang NILAI, anak-anak mula berminat meninggalkan animasi Jepun yang ganas-ganas, beralih kepada animasi kucing, anjing, tikus, arnab, coyote yang lebih baik.

    Hmm… susahnya nak membetulkan anak, sebab ayahnya yang tak betul-betul.

    Thanks for the great entry (entries) ya akhi al-habib

  2. knk2 skrg mmg bijak. soalan diorang lg mencabar. adik sedara sy, ya Allah, punyalah ssh nk jge. bijak sgt b’ckp. Insyaallah nt sy cerita psl dia
    ================================
    sbnrnya, lg elok biarkn bdk2 kck b’imaginasi. sbb tu akn m’bantu dia dlm mengaplikasi persekitaran dia. ble dia dah mula bertanya, itu maknanya dia dah mula b’fikir.

    takut anak still main pistol sampai besar???
    pakcik sy, da jg GM, anak da 3 pn masih berebut mainan dgn anak sendiri. isk isk isk…tiada apa yg perlu dirisaukan (sbb sy pn join sekali hehe).

    bg sy, imaginasi tu penting. dr imaginasi dia akn mula mencari dan mungkin lebih dr tu…

    p/s : dr pandangan sy juga, tiada yg betul dan tiada yg slh…al maklumlah, pengalaman pn msh kurang hehe…

  3. kanak-kanak sekarang memang bijak. tetapi kebijakan itu dimusnahkan oleh sistem pendidikan yang tidak bijak dan mematikan kebijakan.

  4. salam.

    hihi.kelakar seh.semua percaya bulat-bulat yang x tahan tu.

    terpikir jugak.kenapa x masukkan gambar kau?pikir sepuluh kali pulak tu.hihi

    p/s;kena pandai jawab soalan budak2.persoalan agama kena jaga dalam masa yg sama.duhai adikku sayang…..

  5. wholesome entri…
    ingat blk tyme kecik2 minat p0wer rangers kuning..hi3..
    sejak biler dah stat x percaye sy pun x sedar!!!

  6. Terima kasih kalian di atas komentar-komentar. Sungguh ia membakar semangat untuk aku terus menulis entri. Lebih gembira apabila mendapat komentar dari pembaca baru juga. Tersengeh panjang aku, macam anak-anak saudara aku!

    Aku percaya dan setuju dengan pendapat Abu Saif, di mana ilmu perkahwinan dan parenting perlu DIPELAJARI, dan ianya tidak datang secara semula jadi. Maka kita harus ambil peluang dengan membaca buku-buku/laman web yang ada.

    Setuju dengan Iliana. Imaginasi tidak patut dibantutkan. “Imagination is more important than knowledge”, bak kata Einstein, Bapa Sains Moden.

    Menjawap soalan husmi tu, kerana saya juga ber’poyo’an berposing bersama masked rider, seolah-olah salah seorang ahli masked rider gak! Maklumlah, nak berposing untuk anak-anak saudara terchinta…Tu yang mungkin lagi memeningkan mereka!

  7. Haha, aku pun malu nak tunjuk di public. Tapi demi menyokong anak-anak kecil itu, bergambar dengan papan tanda pun jaadilah.

    Haha.

  8. […] yang dicari ketika menanyakan soalan berkenaan Masked Rider kepada anak-anak saudara. (Rujuk sini) Sebenarnya, memang ada di antara saudara kecil perempuan yang aku target lebih matang daripada […]

  9. memang susah mendidik anak, bermula dari dia mengenal dunia hingga dia boleh berdikari…rasanya imaginasi tu tak perlu dirisaukan sebab persoalan2 yang timbul dari mulut mereka akan membuatkan mereka berfikir tetapi lagi susah mendidik anak dalam situasi sekarang yang penuh dengan budaya yang tidak sihat

    p/s: pernah buat hantaran kahwin seorang doktor 3 set transformer dalam 1 dulang

  10. 3 set transformers?! yang mainan tu? biar betul doktor tu!šŸ˜€

  11. salam ziarah…bru jumpa jalan ke blog ini~

    • salam perkenalan M.S. Siti Nur Alia. alhamdulIllah jumpa akhirnya.šŸ™‚

  12. “Keputusan: Mereka tersengeh panjang. Semua percaya bulat-bulat! Aiseh..Mission Unaccomplished!”

    huhu.. sedey2..

    hurmm.. tp rsenye kan skg nih parents perlu lebih jujur dengan anak2 kot.. skg nih pengaruh mass media sgt kuat.. n mslh ble kanak2 reti nk differ.. so, they may do sumthing false without knowing wat it exactly is..

    n bleh kot.. klu die tnye cmne die dijadikan.. bukak quran surah yg alaqah mudghah tuh.. [wpun asalnye terpk.. klu ade bdk tnye gitu, mau hambat buku embryo cte A-Z bru tau seksa blaja bnde alah nih~erk]

    wallahua3lam

  13. salam..
    hehe..lawak nye..mase kecik2 dulu, sy pun penah tanye soaln kt mak, sy kluar dr mane??sbb nk tahu kn.pastu mak ckp sy kluar dr perut.. huhu..kene tipu gak.
    lg satu soaln,sy tanye knape perut mak sy selalu je buncit…??pelik la kn. setiap 2 tahun, buncit..mak x layan soaln sy tu.. malu agknye sbb sy tanye depan kawan2 mak. skrg baru tahu sbb ape..masuk drjah 4 baru tahu, rupe2nye pregnant..hoho.

  14. waktu sek rendah, saya wat penilaian sendiri.. klu pompan tdo dgn laki mesti dpt anak tp x taw carenye..so, tkt sgt nk tdo same dgn adek atau ayah..huhuhu

  15. @ fauziah: salam. huhu, pelik juga kenapa dia tak beritahu terus yang ada baby dalam perut dia.

    @ dakchomey: salam ukhwah. menarik penilaian tu. tapi mmg Islam ajar supaya anak laki dan pompuan dipisahkan selepas mencapai umur tertentu.šŸ˜‰


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: