Posted by: y4ku24 | October 20, 2008

Sepetang bersama bekas Pengarah Pendidikan Perak

Terasa bes dapat balik ke kampung raya yang lepas. Udara segar, pokok-pokok hijau di sekeliling, sanak saudara berkumpul beramai-ramai, memang menenangkan hati.

Aku sampai ke kampung pada awal pagi sabtu, setelah bergerak dari K.L. sebelum sahur. Petang tersebut aku bersama saudara, abang dan adikku ke rumah bapa saudaraku yang bersebelahan rumah nenek (kami panggil Pah), untuk berbual tentang isu semasa. Ya, bapa saudara aku inilah bekas Pengarah Pendidikan Perak tahun 1997-1998. Dato’ Hj. Khairuddin b. Hj. Arshad nama beliau. Orang kampung menggelar beliau dengan gelaran Mat Ha, kami menggelar beliau Ayah Cho. Beliau cukup dikenali di kalangan orang kampungku, Padang Rengas, Perak.

Aku kagum dengan beliau. Usaha beliau memeriahkan surau kampungku, malah berusaha menyediakan kemudahan buku rujukan pelajaran di situ untuk menyuntik semangat ingin belajar di kalangan para remaja kampung adalah satu perkara yang kami sekampung semua sedia maklum. Malah atas pengelolaan beliau, surau tersebut telah beberapa kali di renovate untuk keselesaan ramai.

Petang itu kami bersantai di halaman rumahnya yang penuh dengan hiasan bunga, sambil berbual petang menunggu masuk waktu berbuka. Perbualan kami berlegar di dalam perbincangan masalah Melayu masakini, antara lain ialah tentang kepakaran beliau sendiri, iaitu pendidikan. Walaupun beliau menceritakannya dalam keadaan selamba, tetapi deria keenam aku dapat merasai (ala-ala Spiderman) keresahan beliau dalam memikirkan soal bangsa Melayu. Resah beliau memikirkan bahawa penguasaan pelajaran bangsa kita masih di tahap yang rendah, di tambah lagi dengan isu penggunaan Bahasa Inggeris di dalam matapelajaran Sains dan Matematik*.

Antara kata-kata beliau yang menarik berkenaan isu ini ketika perbualan itu ialah:

“Di dalam matapelajaran sekolah, budak Melayu lemah 3 benda. Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Masakan kita hendak mengajar budak Melayu dua kelemahan mereka dengan menggunakan satu kelemahan!”

Hm..Teranjak juga paradigma aku apabila Ayah Cho menyebut demikian…

Bagi aku, kita contohilah negara Jepun. Pembelajaran matapelajaran Bahasa Inggeris (melainkan ke sekolah khas) di dalam korikulum PUN bermula dari sekolah menengah. Tetapi dalam soal kecanggihan sains dan teknologi serta kemajuan negara, Jepun adalah gergasi dunia. Memang bila bercakap soal globalisasi, dinding bahasa perlu dipecahkan. Namun, sekiranya asas sesuatu matapelajaran, lebih-lebih lagi pelajaran yang amat sukar bagi orang Melayu (dan bagi bangsa lain juga barangkali), tidak dapat di garap dengan baik oleh pelajar dek bahasa, itu sesuatu yang amat merugikan.

Aku rasa kita masih belum terlambat untuk menilai semula perkara ini. Semoga ianya dikaji semula untuk kebaikan semula.

P.S: Niatku menulis artikel ini sekadar berkongsi pengalaman diskusi. Diharap komen-komen yang diterima tidak bersentimen ke atas mana-mana pihak. Terima kasih.

======================================================================

* Dengar ura-ura bahawa ianya akan ditukar kembali kepada Bahasa Malaysia. Jikalau benar, alhamdulIllah. Setakat perbualanku dengan cikgu-cikgu sekolah menengah, aku masih lagi mencari cikgu yang bersetuju dengan perubahan tersebut!


Responses

  1. Hurmm.. saya adalah zaman terakhir penggunaan bahasa melayu..

    just my personal view.. it does make benifits for those yg memang bagus dalam english.. n sesiapa yang ada family background yang agak well educated, should takde masalah kot pasal nih..

    yg dalam rural area tuh, macam mana la pula.. nih bakal mengundang jurang besar..

    honestly, i caught few probs in my preparatory prog n early my medicine study.. mule2 mmg kekok kot, tapi by tyme ok je.. jdi.. sokong BM!! heee..

    ps abah luqman (abah kpd luqmn) adlh abg sulung saye.. kenapakah?

  2. komen 1

    hummm mslh BI…sbnrnya, satu2 perubahan tu mmg la ssh pd mulanya. mcm la kes kenaikan harga, mula2 semua nk protes. tp, lama2 senyap sbb dah lali dgn harga tu.

    mcm BI ni, mula2 mmg la terasa ssh. tp, lama2 pelajar akn terbiasa. cthnya, sy sndri. mse sek gne BM, tbe2 mse amk dip n degree kne blaja dlm BI. at 1st, mmg terasa ssh. tp, ble da hari2 dok ulang blaja dlm BI, mse xam klu soalan xda dwibahasa mmg ssh. sbb rse kekok ble istilah2 BI d’tuka jd BM. jwb soalan pn msti nk bce yg BI sbb da t’biasa dgn istilah2 BI…
    ================================

    komen 2

    jepun berjaya memartabatkan bhs ibunda dia. smpaikan, sape2 yg nk b’urusan dgn negara mrk, org tu yg kne blaja bhs mrk. bg sy, sbb jepun da berjaya bina empayar mrk sndri.

    malaysia msh lg dlm kumpln minoriti yg baru d peringkat ingin membangun. sedangkan jepun da d peringkat negara maju. mmg ssh utk kita gnekn BM dan bersaing dgn mrk. sbb keadaan skrg ni, malaysia yg perlu menyesuaikan diri dlm mncari peluang2 pmbgnan.

    tp, bknlah bermakna penggunaan BI akan melenapkan BM. so, kne la berhati2 dlm mengatur, mcm mana nk selarikan kedua2 ni…sbb sama2 penting…

    p/s : ramai yg sangka BI bhs no.1 dunia. sbnrnya bahasa Mandrin adlh bhs no.1 dunia…

    p/p/s : Tun Dr.M pnah meluahkan bhw org Melayu ni terlalu dimanjakan. sehinggakan semuanya ingin disuap. bila lagi nk bertegas? tanpa ketegasan, perubahan tu xkan berjaya sama sekali…

    *ni semua pndpt sy je…mungkin ada dr sudut lain yg sy terlepas pndg…minx maap awal2 hehe

  3. Bahasa teknikal dengan bahasa ungkapan harian adalah dua perkara yang sangat berbeza. Sebab itulah seorang doktor atau engineer yang boleh memahami manual kerjanya, dan menerangkannya dengan baik, bisa sahaja tidak petah memberi KULTUM (Kuliah Tujuh Minit) tentang subjek-subjek yang senang.

    Dalam erti kata yang lain, usaha memfasihkan bahasa Inggeris kepada masyarakat dengan wasilah subjek sains dan matematik yang bersifat teknikal adalah suatu kebodohan yang tidak disokong oleh mana-mana pakar bahasa dan pendidikan, termasuk Prof Diraja Ungku Aziz yang membantah keras di wacana Buletin Utama TV3 beberapa bulan yang lalu

  4. Terima kasih semua di atas komentar yang diberi, terutamanya kepada Iliana yang tidak segan silu untuk berkongsi pendapat yang berbeza dengan pendapat saya. Saya hormati pandangan anda!

    Cuma, di dalam membincangkan masalah ini, perlulah kita terjun ke dunia persekolah tersebut dan memahami situasi mereka. Antara caranya ialah, bertanyakan para pendidik Malaysia berkenaan hal ini.

    Seperti saya sebutkan, setakat perbualan saya bersama para cikgu (termasuk dikalangan 20 orang cikgu Melayu dan Cina yang datang ke tempat saya untuk mengkaji sistem pelajaran Jepun), saya masih tidak berjumpa cikgu yang bersetuju dengan polisi ini. Jangan ditanya cikgu yang mengajar budak2 sekolah antarabangsa private, tetapi cikgu-cikgu di sekolah kampung. Seperti pendapat c’s, jurang perbezaan pelajar bandar dan kampung akan menjadi lebih besar.

    Jika ingin benar diketengahkan bahasa inggeris di dalam kurikulum, boleh berbuat demikian dengan beberapa contoh dibawah:
    1) Digunakan ketika matapelajaran ringan, seperti pendidikan seni.
    2) Memanjangkan waktu matapelajaran bahasa inggeris (atau sediakan satu masa khas) untuk menekankan aspek ‘ORAL SPEAKING’ di dalam kelas, bukan hanya ketika peperiksaan. Kerana jika kita ingin ke arah globalisasi, aspek PR/conversation adalah JAUH lebih penting daripada menukar matapelajaran teknikal kepada bahasa inggeris.

    Perlu saya ingatkan bahawa Jepun pernah ranap satu negara dek peperangan, dan mampu bangkit semula, bukan kerana menukar bahasa pengantar, tetapi kerana sikap. (ini saya tak nak ulas panjang. boleh kaji sendiri jikalau rajin)

    Walaubagaimanapun, saya hormati pendapat semua pengunjung. Kesediaan anda memberi pendapat itu sudah menunjukkan kematangan anda berfikir!

    p.s.: Ha, kan dah jadi entri baru…

  5. Sudah menulis sepanjang 14 perenggan untuk menjawab di komentar. Tapi terlalu panjang, baik dijadikan entri saja. *(boleh tambah bilangan entri. Hihihi..)

    Nanti saya hantarkan trackback ke sini, ya bro? Sedang diedit.

  6. Nice, SangPelangi😉

    Mari kita ping-mengeping😀

  7. ape tu ping-mengeping…aiseh ketinggalan nmpknye ni…ok xpe, tu hal lelaki…

    mksd sy tu bkn la tak menyokong….
    mksd sy, kte kne same2 fikir cri alternatif lain utk menggantikan tindakan tu. jgn smpi menarik tp x mengganti.

    yup, sy thu psl jepun. n tabik sbb dharamkn dr b’perang tp diorang b’perang dr aspek lain plak. sungguh berusaha dan berjaya. congrats2…

    sy pn slalu jd guru sementara n guru tuisyen mse cti sem hehehe…bocor rahsia ni….
    sy rse, bdk2 skrg da bijak…mungkin xsesuai tuka jd BI d peringkat menengah, tp blh dmulakan dr peringkat bwh lg…

    n sokong cdgn encik dlm komen balas tu…pilih subjek ringan…

    ada lg 1 pkara sy nk bicarakan…tp nnt la kot…sy email ke msg dlm fs ke…tkt komen sy pn blh jd entri gak nnt hehehe…

    majulah pendidikan utk negara (^_^)

  8. my 2 cents comment:saya setuju dengan ust.hasrizal,usaha memfasihkan bahasa inggeris dengan wasilah sains dan matematik itu tidak kena pada tempatnya.kerana penguasaan bahasa inggeris dapat ditingkatkan melalui peningkatan mutu pembelajaran bahasa itu sendiri.sains dan matematik untuk difahami,bukan untuk meningkatkan penguasaan BI,kalau pelajar yang tidak memahami BI,ia akan jadi seperti “yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran”.saya sendiri kasihan melihat adik saya didarjah 4,bila sudah”fed-up”,dia akan bantai sahaja jawapan (kerja rumah sains/math),sebab tak faham banyak perkataan.

  9. jeng jeng jeng,ehem ehem.macam minggu bahasa la pulak sekarang ye.hehe.

    Tiada siapa pun yang menafikan bahawa bangsa kita lemah dalam penguasaan bahasa inggeris.Tapi kita juga lemah dalam fizik,kimia,bio,akaun !

    Niat murni kerajaan itu saya faham.Cuma apakah asasnya mengajar bahasa inggeris teknikal sedangkan penguasaan asas tatatabahasa kosa kata,sastera,penulisan itu masih di tahap yang kurang memuaskan??

    Seperti baru merangkak belajar nihongo 3kyu tiba-tiba terjun masuk jugyou(kuliah)gendai butsurigaku(fizik moden).

    Seperti nak memandu skyline GTR kat highway menggunakan lesen L.

    Kan tak mengikut sunnatullah namanya??

    Saya masih ingat 2 tahun berhempas pulas belajar bahasa jepun,penat kepala otak nak proses penggunaan partikel `ga`,bercakap dengan dinding,apatah lagi tertidur ketika menghafal kanji.4 jam setiap hari pasti diasingkan hanya untuk kuliah bahasa.

    Sungguh-sungguh itu elemen yang penting dalam penguasaan ilmu.Namun itulah yang nampaknya kurang apabila dikatakan tentang polisi polisi yang diguna pakai di negara kita.

    sekian 2 sen hari ini

  10. […] emel dari sahabat SangPelangi. Hari ini, aku nyatakan sekali lagi, demi memberi respon terhadap penulisan seniorku, Ibnu Alwi di […]

  11. Diskusi yg menarik untuk dibincangkan tp sy kurang bersetuju utk mengajar kembali subjek2 tu dlm BM.

    bg sy malaysia lebih memerlukan global oriented economy/policy berbanding japan yg ke local based policy.

    jpn seperti mana yg diketahui sudah maju dlm bidang teknolgi etc sejak era meiji restoration lg (local based) sedangkan malaysia ‘membesar’ dlm persekitaran globalisasi era.so,anak2 muda Malaysia sgt memerlukan pengetahuan/data2 dan bahan2 rujukan yg majoriti ditulis dlm BI be it bidang sains,IT mahupun ekonomi sbb kalau nak mengharapkan hasil2 research dr local..susahlah nak ke dpn.isu ini bukan isu ego atau bangga dgn bhs ibunda tp isu being rasional and realistic.
    btw,japan punya compatitiveness ngan dominance is falling in comparasion with global oriented mcm Singapore. (source=WEF)

    ttg isu melayu sukar menguasi..tertanya2 knp kaum cina,india etc blh not to mention mereka terpaksa bjar 3 bhs ..why not melayu?😉

  12. Salam y4ku24…

    Kalau nak tulis ttg bahasa mmg banyak sangat yg kak su nak luahkan. Tapi tak boleh nak tulis dlm blog kak su sbb tema tulisan kak su agak ringan. Jadi, kak su lepaskan segalanya di sini. Tak pe kan?

    Pelajar yg terlalu banyak di suapkan dengan bahasa Melayu semasa belajar di IPTA (macam kak su. huhu) memang menghadapi masalah besar bila terjun ke alam kerjaya (terutama syarikat swasta) yang kebanyakannya memerlukan penggunaan bahasa Inggeris yang baik terutama pertuturan.

    Yang belajar di luar negara mungkin tak terasa, tapi pelajar universiti tempatan ni (bukan semua, tapi mmg ramai), nampaknya begitulah. Kecuali yg mengambil bidang profesional seperti perubatan dan kejuruteraan.

    Kerana itulah juga, ramai pelajar yang resultnya baik (contohnya spt pelajar yg mengambil jurusan Bussiness, Acct dan Administration), tapi masih gagal mendapat kerja. Kadar pengangguran bertambah dan kebanyakannya adalah pelajar Melayu yang belajar di universiti tempatan! Semuanya berlaku kerana tak mampu menampilkan penguasaan bahasa yg baik semasa interview.

    Bila di fikirkan balik, ‘kenapalah aku tak pandai bahasa Inggeris ni?’ Jawapan yg terlintas, satu je. Dalam semua subjek yg di ajar disekolah, hanya satu saja subjek yg diajar dlm bahasa Inggeris, iaitu Bahasa Inggeris.

    Kak su dulu, walaupun slps grad mmg amat lemah dlm bahasa Inggeris pertuturan, sampaikan bila nak interview kak su akan sediakan script jawapan untuk soalan yg mungkin di tanya! Huhu… Bila dah kerja, dan dikelilingi oleh mereka yang tak tahu berbahasa Malaysia, barulah tak rasa gabra sangat bila nak bercakap dlm B.Inggeris. Belajar dan perbaiki bahasa Inggeris sbb terpaksa.

    Apapun, syukur alhamdulillah… setiap perkara yg berlaku ada hikmahnya. Cuma kak su memang cuba nak mengelakkan daripada mengahwin campurkan bahasa bila bercakap atau menulis. Tapi sesekali ia tetap berlaku… sbb dah jadi kebiasaan tanpa sedar (ye ke tak sedar?).

    Kembali pada cerita ttg bahasa, sekolah dan kerjaya. Peritnya nak mencari kerja akibat perbezaan antara sistem pendidikan yang mementingkan bahasa melayu, dengan alam pekerjaan yg amat memerlukan penguasaan bahasa Inggeris, buat kak su tak membantah sangat bila kerajaan mewajibkan pengajaran Math dan Sains dalam bahasa Inggeris. Mungkin ramai pelajar dan guru yg terasa perit dgn perubahan ini, tapi org kata berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian… Jadi itulah tujuan ‘keperitan’ yg dibentangkan untuk generasi remaja skrg. Untuk kemudahan hari kemudian.

    Satu lagi, sekarang ni banyak company yg mensyaratkan pemohon kerja mestilan tahu berbahasa Manderin atau Kantonis. Aduhai… macam saja je nak cari jalan untuk menyempitkan rezeki anak melayu.

    Itu masalah untuk pelajar yg baru nak cari kerja.

    Yang dah kerja pula, susah nak naik pangkat kalau tak mampu nak tampilkan kebolehan bercakap dan buat presentation dlm bahasa Inggeris dgn baik, walaupun kerjanya amat bagus dan punya disiplin yg tinggi.

    Apapun… kak su percaya, ia rezeki masing-masing.

    ps: maaf, komen kak su hampir ‘menawan’ kepanjangan n3 y4ku24. sekadar err… boleh kata my 2 sen ke ni? Panjang bebenor. a dollar maybe. hehe…

  13. Terima kasih joey dan Kak Su kerana berkongsi pendapat. Suka saya berdiskusi secara ilmiah di sini. Semoga kita berlapang dada menerima pendapat orang lain.

    Kembali ke topik, maafkan saya, saya masih teguh berdiri dengan pendirian sendiri (wah, macam debat pulak).

    Seperti yang disebut oleh sesetengah viewers di atas, memang orang Melayu hadapi cabaran dan masalah yang besar di alam pekerjaan dek kurangnya fasih BERKOMUNIKASI di dalam bahasa inggeris. Ya, KOMUNIKASI.

    Bila berbicara berkenaan komunikasi, ia terbahagi kepada dua: 1) mendengar 2) bercakap.

    Rasanya semua disini sebulat suara jika saya sebutkan bahawa kerana program tv, kuliah di universiti di dalam bahasa inggeris dan lain-lain kita kurang bermasalah dari aspek mendengar.

    Masalah besar timbul di aspek BERCAKAP. Maka menukar subjek di dalam Bahasa Urdu sekali pun, kerana di kelas hanya mendengar sahaja, kita akan mahir mendengar, tetapi tidak mahir bercakap. Dan hilangnya 1 aspek komunikasi akan menggagalkan proses komunikasi tersebut.

    Pengalaman di Jepun menjadi saksi besar di mana sesetengah pelajar di sini cukup faham, malah ketawakan lawak program tv di sini yang menggunakan loghat Bahasa Jepun yang susah, tetapi gagal bertutur dengan fasih ketika berkomunikasi. Kenapa? Di kelas dan di luar asyik mendengar, tetapi tidak berusaha bercakap.

    Itu timbulnya pegawai Malaysia yang sudah bekerja di Arab Saudi 10 TAHUN lebih, tetapi tidak boleh berkomunikasi di dalam Bahasa Arab! Amat merugikan.

    Seperti saya sebutkan di atas, saya sokong seratus peratus jika diwujudkan slot berkomunikasi, bukan sahaja untuk bahasa inggeris, malah bahasa melayu, supaya masyarakat Malaysia seluruhnya mempunyai keyakinan diri ketika berkomunikasi di alam kerja kelak.

    Mereka yang berkesempatan belajar di negara Bahasa Inggeris juga TIDAK menjaminkan kefasihan bertuturkata jika keberadaan mereka di sana tidak gunakan untuk berkomunikasi dengan masyarakat tempatan di sekeliling.

    My two hundred yens. (Duit Jepun tengah jatuh sekarang. Besnya kalau dapat balik Malaysia!)

  14. […] Sepetang bersama bekas Pengarah Pendidikan Perak Pt. 2 (Entri ini adalah sambungan daripada entri dengan tajuk yang sama. Kepada yang blur membaca entri di bawah, sila baca dahulu entri yang pertama.) […]

  15. Kalau aku ke kebun selalu jumpa Cikgu Mat Ha ni, kebun dia depan kebun aku jer

    • salam perkenalan kembalbatu. oh, oghang pedang ghongeh jugok ye. oghang situ kalu dok kenal Cikgu Mat Ha tak sah!🙂
      lame beno tak makan dughoyan peghok. teman kempunan betui!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: