Posted by: y4ku24 | October 17, 2008

Bukankah bahasa itu INDAH? (Bahasa ITU pembuka bicara! Pt.2)

Bermastautin di Sendai dan berbincang dengan rakan-rakan seperjuangan di sini, banyak ilmu yang aku timba melalui perbualan santai. Masakan tidak, apabila kita di persekitaran yang lain, maka perkara lazim yang pernah kita buat akhirnya menjadi sesuatu yang ‘aneh’ apabila cuba dipandang dari perspektif lain. Antaranya ialah berkenaan bahasa. Persekitaran yang bahasanya berbeza telah menyebabkan aku menilai semula bahasa ibundaku sendiri. Malah, satu kata-kata Bahasa Malaysia yang terlalu lazim diperkatakan seharian juga telah menyedarkan aku tentang betapa indahnya bahasa!

Berdiskusi bersama warga Malaysia di Sendai (Aku berkemeja petak)

Berdiskusi bersama warga Malaysia di Sendai (Aku berkemeja petak)

Korang sedia maklum, aku ini budak sains tulen. (Aku tak pandai berbunga-bunga dalam berbahasa) Maka setiap waktu dan ketika aku disedarkan betapa indahnya bahasa, begitu terasa ingin mengongsinya bersama kenalan lain. Berkongsi anjakan paradigmaku terhadap kata-kata tersebut (dah jakon katakan).

Di sini aku nyatakan beberapa contoh kata-kata (Bahasa Malaysia, Bahasa Jepun, serta Bahasa Inggeris) yang terlalu biasa digunakan, sehingga keindahan bahasa itu terhapus sama sekali dek kelaziman ianya dituturkan, tetapi aku ‘terjumpa’ kembali keindahannya tatkala berbual-bual tentang perbezaan bahasa bersama rakan Jepun dan foreigners.

Kata-kata pertama: TERIMA KASIH

Daripada suku kata TERIMA dan KASIH. Digunakan ketika mana kita menghargai pertolongan atau pemberian dari seseorang. Fikirku, ianya mungkin dari singkatan ucapan “Terimalah kasihku!“. Oh, bersopannya masyarakat kita berbahasa! Bukankah itu sebaik kata-kata untuk diungkapkan atas tanda penghargaan? Maka yang menerima ucapan tersebut pula membalas “SAMA-SAMA“, seperti ingin mengatakan “Sama-samalah kita berkasih sayang“.

Tidakkah ianya begitu indah!

Kata-kata kedua: MOUSHIWAKE ARIMASEN (Bahasa Jepun)

Terterbit dari suku kata MOUSHI (berkata)+ WAKE (alasan) + ARIMASEN (tiada) = MOHON MAAF. Merupakan tahap tertinggi (tahap bahasa hormat) untuk mengucapkan maaf. Tetapi kata-kata ini terlalu lazim diperkatakan (seperti juga ‘terima kasih’) sehinggakan masyarakat Jepun di sini juga banyak menyebutnya tanpa kehadiran perasaan tersebut, iaitu perasaan “Memang tiada alasan yang boleh saya perkatakan. Itu adalah 100% kesalahan saya!”

Kireidesune! (Cantik,bukan?!)

Kata-kata ketiga: FALLING IN LOVE (Bahasa Inggeris)

Ha, kata-kata yang ini paling aku suka. Bukan disebabkan LOVE tersebut, tetapi perkataan FALLING itu. Mungkin korang baru perasan jikalau aku menyebut ini, bahawa di dalam Bahasa Malaysia juga menggunakan perkataan ‘jatuh’, iaitu JATUH CINTA! Nak tahu yang lagi menarik? Di dalam Bahasa Jepun JUGA menggunakan istilah ‘jatuh’, iaitu KOI NI OCHIRU! (Yang belajar Bahasa Jepun, tolong kompemkan bahawa perkataan di atas bermakna ‘jatuh cinta’, takut-takut ada yang tidak percaya. Terima kasih!) Malah, Bahasa Cina juga menggunakan perkataan ‘jatuh’ di dalam menerangkan fenomena ini.

Persoalan besar yang timbul ialah, kenapa seolah-olah banyak bahasa bersepakat, bahawa sekiranya anda tiba-tiba dilanda cinta, anda ‘JATUH/FALL/OCHIRU‘ cinta??? Kenapa tidak menggunakan simpulan bahasa (ini tergolong dalam simpulan bahasa ke?) seperti ‘Jump in love’, atau ‘Enter in love’?

Aku tidak hendak memberikan pandangan aku terus, apa kata kita berdiskusi?

[Apa pendapat korang?]

Oh ya, walaupun 3 bahasa yang aku bawa di atas ‘bersetuju’ dengan perkataan ‘jatuh’, tetapi tidak semua bahasa begitu. Contohnya, setelah bertanyakan rakan yang mana bahasa ibundanya ialah Bahasa Sepanyol, beliau berkata Bahasa Sepanyol tidak menggunakan perkataan ‘jatuh’ (sudah lupa apa perkataan yang digunakan). Bahasa Arab bagaimana ya? (Bahasa Arab aku dah berkarat, perkataan ‘kerusi’ pun aku dah lupa. Hampes.)

Jika ada mereka yang tahu istilah bahasa lain (Perancis, Jerman, Itali, Rusia dan lain-lain) untuk kata-kata jatuh cinta, aku amat menghargainya sekiranya dikongsi bersama. Terima kasih!

Oh ya, jika anda suka bermain kata, apa kata anda menjenguk entri rakan aku, berkenaan bermain kata di dalam Bahasa Jepun di dalam industri pengiklanan. Memang terlalu banyak. Boleh baca di sini.

Ataupun entri SangPelangi, iaitu berkenaan `Budi`.

Melayari internet juga telah menemukan aku dengan blog seorang pelajar sebaya dengan aku, dengan nama pena Tarbus Merah. Menarik juga entri baru beliau di dalam ruang pandai bahasa.


Responses

  1. Ramai pula buat entry bahasa. Di Sang Pelangi ada tulis tentang ‘budi’πŸ™‚

    Dulu pernah study skit-skit tentang phrases yang biasa digunakan dalam bahasa Inggeris ( time sekolah dulu, giler minat shakespeare, sonnet 18 tu masih hafal sampai sekarang ), jadi pernah juga main-main dengan phrases ni.

    Dulu-dulu ingat, jatuh cinta ke falling in love ke… sebab dari mata jatuh ke hati… tapi…

    Kalau tengok perkataan “fall”, “jatuh”, “ochiru” semuanya maksud dari tempat tinggi jatuh ke tempat rendah (dalam keadaan ada risiko dan bila jatuh tak boleh control), sinonim dengan “cinta”, “love”, “koi” la kot. It’s a risky business.

    Beza dengan jump in love, perbuatan tu boleh control, nak suka ke tak nak.. camtu la kot..kenapa bukan jump in love..huhu

    Dan sekali lagi, kalau baca dengan makna berbeza, “fall in love” dan “koi ni ochiru”, memberi gambaran negatif terhadap cinta dan love itu sendiri.

    “ochiru” pun boleh dimaksudkan dengan gagal.
    “fall”, dari keadaan yang tinggi jatuh ke dasar, lembah yang jauh dalamnya… disebabkan cemburu, main kayu tiga, tidak jujur dan sebagainya dalam cinta!

    Uih panjang ni… mungkin kena ubah “fall in love” kepada “rise in love” pula. Baru memberi aura positif sedikit… kot-kot lepas ni takde la masalah orang bercinta..

    Beri laluan kepada orang lain pula ek..πŸ™‚
    ( ehem saya budak sains tulen juga… )

  2. Thanks Inda tentang info SangPelangi. Telah saya update entri. Juga kerana memberi pendapat tentang istilah fall/jatuh/ochiru. Masih terbuka lagi kepada yang lain, silakan!

  3. salam y4ku24,
    Tak sangka org Sains Tulen boleh mengupas tentang beberapa perkataan dgn jitu sekali. Tabiklah Bro!
    Teringat saya satu perkataan Jepun yg selalu disalahgunakan ie matikudasai.

  4. Apabila kita menyebut SYUKRAN sebagai tanda terima kasih, jawapan yang diterima ialah AFWAN (maafkan saya). Mengapa kita minta maaf bila orang ucap terima kasih kepada kita? Kerana kita tidak layak menerima ucapan terima kasih itu, sebaliknya ia adalah milik ALLAH.

    Antara kelunakan bahasa Arab. Kelunakan ini disebut di dalam bahasa Arab sebagai LATHAA’IF (Lam-Tha-Alif-Hamzah-Fa).

    Hayya bil Arabiyyah.

    Mungkin boleh analisa sikit persamaan ayat “MEMAINKAN PERANAN”, “PLAY THE ROLE” dengan “YAL’ABU DAURAN”.. Siapa tiru siapa?

  5. To YB: Terima kasih kerana mengunjung. Berkenaan perkataan ‘matikudasai’, apakah keadaan yang selalu disalahgunakan?

    To Abu Saif: Terima kasih Abu Saif atas info Bahasa Arab! Dulu disekolah juga pernah belajar tentang ucapan optional sama2 selain afwan, iaitu ‘La Syukran ‘Ala Waajib’. Maksudnya ‘tidak perlu berterima kasih ke atas kewajipan (menolong antara satu sama lain)’! Lunaknya Bahasa Arab!

    Hayya bil Arabiyyah!

  6. wahhh bahasa….cmane la entri kamu ini bisa bertembung dgn apa yg bermain dlm fikiran den…adeh…(pe, akn d ‘modify’ sbb sy nk cte dr segi penyebutan)

    ‘jatuh’??? kalau dlm bhs cina ‘wo ai sha le ni’…
    wo (saya), ai (cinta), sha (atas), le (telah), ni (kamu)…

    itu terjemahan perkataan demi perkataan, tapi bila d translate dlm bm jd ‘sy telah jatuh cinta pd kamu’…kalau ikt bhs cina yg sbnr, mrk gunakan perkataan ‘atas’ bukan ‘jatuh’…

    bhs ni terlalu subjektif jika dpndang satu per satu, tp ble da dkombinasikan, mksdnya cuma satu…

  7. y4ku24,
    Ada kawan2 saya yg bila susah atau tak dapat membuat sesuatu akan kata “matikudasai”. Maknanya “betul2 punya mati”. Tapi setahu saya dalam bahasa Jepun bukan itu kan?

  8. comey sungguh bahasa.Adakalanya bahasa itu jua menjadi medan untuk berdakwah.tidak bepergian sahabat-sahabat nabi muhammad saw ke seluruh pelusuk dunia,dengan cabaran bahasa sekalipun,namun penghijrahan mereka atas asbab dakwah cukup tegar.Kecintaan mereka atas landasan sunnah rasulullah yang teragung itu,menjadi bukti pada diri mereka sehingga kampung halaman dan insan tersayang di tinggalkan demi sebuah dakwah.

    kekyoku,bahasa jua merupakan transaksi dan injuksi buat kecemerlangan dakwah.tidakkah mahu kita mendirikan rumah tangga dengan nihonjin? agama tersebar,bahasa pun dapat.πŸ™‚ InsyaAllah.

  9. salam syawal dari bumi Dublin, Ireland. Rajin2, singgah la my blog.πŸ™‚

  10. Kenapa guna ‘jatuh’ bila sebut ttg cinta?
    Jatuh biasanya tak sengaja. Bukan di sengaja dan bukan juga di paksa.

    Cinta mampu buat orang bangun, buat orang terluka, buat orang sakit sehingga tak mampu nak bangkit-bangkit lagi. Semua tu tak sengaja.

    Agaknya lah sbb tu dikatakan ‘jatuh cinta’…

  11. Hmm..betul juga kata Kak Su (suara).

    Saya memikirkan begini:
    Apabila kita jatuh, kita tidak boleh mengawalnya. Contohnya jatuh tangga atau jatuh gaung. Ketika jatuh itu memang tidak boleh dikawal. ‘Free fall’,org putih kata.

    Samalah dengan cinta, kerana bila kita jatuh cinta, emosi, fikiran, malah tindak tanduk kita juga kadang2 berada dalam keadaan ‘free fall’, tak boleh kawal. mulalah fikiran pun melayang (jatuh?) entah ke mana.

    Sekadar pendapat diri. Tapi pendapat yang lain juga memang boleh diterima. Yang lain ada pendapat lain?

  12. salam…
    dimulakan dgn komen sulung ini….

    pd sy, terima kasih selalu diucapkan apabila org lain menolong kita…oleh itu, mungkin ia dimksudkan seperti “terimalah kasihku atas kebaikanmu padaku,saudaraku!”

    manakala sama-sama pula diucap utk mksud “sama-samalah kita melakukan kebaikan atas muka bumi ini,saudaraku!”

    (dan saling berdoalah kita ke atas saudara seagama kita…payahnya berjalan di atas muka bumi ini…)

    • Salam perkenalan, dan terima kasih Candle Lilly atas komentar! Mungkin juga ‘terima kasih’ dan ‘sama-sama’ bermaksud demikian.πŸ™‚

  13. Please all your corrospendal should be send in english thanks.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: