Posted by: y4ku24 | October 10, 2008

Aku tak nak jadi cikgu, aku nak jadi pendidik!

(Blog update: Akhirnya Last Month’s Feature sampai juga tahap 300 hits. Aku tak tahu la samaada memang 300 orang yang view, ataupun 3 orang view 100 kali, tapi apa-apa hal pun, bagi aku ini yang baru saja berjinak dengan dunia blogging (yang sungguh menggiankan), teruja juga ingin menulis This Month’s Feature seterusnya. Masih dalam pembikinan, tetapi seperti yang dijanjikan, berkenaan Sword of Allah, Khalid ibn Al-Walid. Terima kasih di atas sokongan kalian (ataupun sokongan 3 orang yang klik 100 kali)! Sebelum aku sajikan korang dengan entri tersebut, sudi-sudilah baca entri ini.)

Korang pernah tak dulu belajar dengan seorang cikgu, yang mana cara dia mengajar menyebabkan korang berfikir,

“Oh indahnya dunia ini sekiranya semua cikgu aku begini!” ?

Jikalau pernah, entri kali ini aku ingin menyentuh berkenaan cikguku yang sebegitu! (Jika tidak pernah, malang sungguh nasib anda)

Tetapi, sebelum itu, ingin aku mengambil contoh cikgu yang lain. Aku di bangku sekolah menengah dulu pernah belajar dengan seorang cikgu tegas. Awal-awal lagi dia menyebut, “Hobi saya suka main dart. Jadi sekiranya saya nampak ada yang tidur, whiteboard marker ini akan terbang ke arah anda!”

Memang beliau tidak memungkiri janji! Malah, bukan saja whiteboard marker, pernah sekali pasu bunga plastik (yang kami susah-susah kumpul duit untuk beli dan jadikan hiasan meja cikgu di hadapan) dijadikan dart juga! Sudah kehabisan marker agaknya. Selalunya yang lelakilah yang kena. Aku tak pernah kena. (Dah professional sleeper katakan, cikgu susah nak kantoi.)

Jadi, setiap kali tiba masa kelas beliau, semua lelaki bersengkang mata untuk tidak dikejutkan dengan marker di muka, dengan kelajuan 50km/j. Tapi fenomena ‘marker terbang’ ini menyebabkan aku terfikir. Akhirnya, kami bersengkang mata bukan kerana ingin menuntut ilmu, tetapi kerana takut cikgu baling marker! Jadi, persoalan besar sekarang ialah, salah kamikah apabila kami tidur, atau salah cikgu yang kurang upaya untuk membuatkan matapelajaran itu menarik? (Ye la, dah ramai yang (nak) tidur, bukannya kami sepakat pun untuk tidur sekali!)

Aku tak salahkan dia 100%. Pertamanya, matapelajaran beliau ialah ‘Pendidikan Islam’. Aku rasa cabaran besar bagi dia (dan juga cikgu-cikgu seperti beliau) untuk bawa subject tersebut tanpa ada stereotype (anggapan biasa) bahawa matapelajaran itu bosan. Tetapi kerana aku tidak nampak usaha dari beliau sendiri untuk menghidupkan kelas tersebut (selain daripada dart-dart beliau), maka aku rasa sekiranya murid tidur, kami tidak boleh dipersalahkan juga.

Ada saja beberapa cikgu yang mengajar matapelajaran dalam kategori boring (bagi pendapat aku la) seperti Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam yang nampak berusaha untuk menghidupkan kelas, dengan membuat forum, debat, perbincangan dan lain-lain. Aku begitu menghargai usaha-usaha sebegitu. Aku yang mungkin akan tergolong dalam golongan pendidik pada masa akan datang juga sering memikirkan cara untuk tidak membosankan bakal pelajar aku nanti, insyaAllah.

Oh ya, kenapa aku sebut golongan pendidik, bukan golongan guru-guru? Kerana aku ingin mengikut jejak langkah seorang pendidik yang selayaknya aku memberi Best Teacher Awardku ini.

“Saya ini bukan cikgu, saya ini pendidik”

ujar beliau satu ketika dahulu.

Nama beliau ialah Syeikh Abu Bakar. Kami memanggilnya dengan gelaran macho, Cikgu Syeikh. Aku pula menggelarnya “Einstein” sekolahku. (Tapi tak panggil la gelaran tu depan dia!)

Dia mengajar kami matapelajaran Sains tingkatan 1,2 dan 3. Bukan kerana aku meminati sains yang aku memilih beliau sebagai cikgu pilihan (ada je cikgu sains yang aku suka praktikkan kepakaran tidurku di dalam kelas mereka), tetapi atas dasar apa yang beliau sendiri sebut, iaitu beliau bukan cikgu, tetapi pendidik!

Apa perbezaan yang ingin diketengahkan oleh Cikgu Syeikh?

Begini. Seorang cikgu akan mengajar mengikut silibus buku, dan memahamkan murid sekadar ilmu yang terdapat di dalam silibus buku sahaja. Manakala seorang pendidik/pengasuh* pula mengajar murid-murid untuk belajar di dalam suasana asuhan/couching, di mana akhirnya para murid akan mengembangkan pemahaman mereka bukan sekadar di dalam buku teks sahaja, tetapi mengaplikasikannya terhadap persekitaran dan kehidupan seharian. Beliau menjadikan pelajar semua berminat kepada matapelajaran itu. Keinginan untuk mendalami itu timbul secara semula jadi dari pelajar. Malah beliau juga berperanan sebagai batu loncatan untuk para pelajar lebih mendalami mata pelajaran tersebut, bukannya matapelajaran tersebut berhenti setakat apa yang di ajar sahaja. Ini yang diistilahkan di dalam Bahasa Arab sebagai ‘Tarbiyyah’.

Itu kelebihan yang dipunyai oleh Cikgu Syeikh. Sifat seorang pendidik. Malangnya, tidak semua yang menyukai metod beliau. Sesetengah mereka merasakan apa yang dibincangkan, yang mana kadang-kadang di luar topik silibus, adalah membazir masa. Bagi mereka, cukuplah sekadar mengajar di dalam buku. Sayang sekali bagi mereka yang berfikiran begini, kerana mereka sendiri punca utama tidak berkembangnya kefahaman sendiri.

Senang cerita, pendidik ini bertanggungjawab terhadap keseronokan aku belajar sains! Keseronokan menjumpai ilmu-ilmu baru (The pleasures of finding things out**). Mungkin juga kerana kami bersekolah agama, maka beliau selalu mengaitkan antara Sains dan Islam. Mengikuti kelas beliau merupakan sebab mengapa mataku sentiasa bersinar ketika beliau mengajar, dan antara sebab mengapa aku sanggup bertukar ke sekolah lain untuk mendalami ilmu sains tulen yang tidak ditawarkan di sekolah tersebut, walaupun begitu berat diriku ini meninggalkan sekolah tersebut, dek pelbagai kenangan manis dan pahit yang aku lalui di situ.

Atas sebab di atas, izinku menganugerahkan anugerah Best Teacher Award kepada beliau, dan kepada para pendidik yang lain sepanjang pembelajaranku.

“Duhai para pendidik, anak didikmu ini sekarang telah berjaya ke menara gading hasil didikan kalian. Terima kasih aku ucapkan atas segala ilmu yang dicurahkan. Semoga Allah membalas jasa kalian dengan kebaikan di dunia dan akhirat”

Ingin sangat aku menceritakan beberapa ilmu yang telah aku belajar melalui Cikgu Syeikh kepada korang. InsyaAllah, bolehlah korang ikuti entriku yang akan datang bertajuk Matahari berorbit?** dan Inovasi melalui pemerhatian organ manusia***.

Tidak kiralah siapa anda, walaupun sekadar seorang bapa/ibu kepada seorang anak, sama-samalah kita berusaha ke arah menjadi bukan sekadar cikgu/guru, tetapi sebagai pendidik/pengasuh kepada anak didik kita!

—————————————————————————————

*Aku fikir sebenarnya perkataan pengasuh lebih sesuai untuk istilah ini, tetapi kerana mungkin di Malaysia apabila disebut pengasuh, terus terbayang ‘Taman Asuhan Kanak-kanak’, dalam erti kata lain, perkataan pengasuh lebih digunakan terhadap kanak-kanak, maka cikgu aku menggunakan perkataan pendidik.

** Tajuk buku Richard P. Feynman, seorang ahli fizik terkenal. Jikalau ada masa nanti akanku perkenalkan beliau dan bukunya.

***Hanya cadangan tajuk. Mungkin akan berubah pada masa akan datang.



Responses

  1. Salam…
    Kak su dok pikir ni, sapa guru yg boleh diberikan Best Teacher Award sepanjang kak su menjadi pelajar. Payah jugak. Banyak kenangan manis dgn mereka semua.

    Tapi kak su ingat, ada sorang guru, (Cikgu Abd Rahman Ludin) sanggup bersengkang mata membantu mengedit dan menyusun semua bahasa dan isi skrip (?) untuk pertandingan syarahan, sedangkan he’s not the person incharge. Malah bukan guru bahasa juga. Memang kak su terharu dgn kesanggupannya…. Terima kasih cikgu, walaupun kalah…

    Bagi kak su… ungkapan ‘pengasuh’ lebih lembut. Lalu secara automatik, fikiran akan terbayang wajah perempuan yg penuh rasa keibuan. Perkataan ‘pendidik’ pulak kedengaran lebih tegas. Jadi untuk menggabungkan dua ciri ini, selalu di sebut ‘tugas guru adalah mengasuh dan mendidik’.

    Jadi tak kisahlah kalau y4ku24 nak jadi guru atau pendidik, kerana yang penting ialah melaksanakan tugas tu kerana Allah.

    p/s: Tak sabar nak baca n3 akan datang…

  2. Wah, rasanya kebetulan, ramai blogger buat entri pasal guru hari ni.

    Aku tak tahu nak kasi Best Teacher Award kepada siapa, sebab semua cikgu di dalam sejarah hidupku ini, banyak keistimewaannya masing-masing. Yang garang tu ada, tapi baik sampai kasi kami duit raya. Yang “lembut” pun ada, tapi itulah yang paling berkesan cara pengajarannya, sebab kami rasa lebih dekat dengannya.

    Mak aku (seorang guru hampir pencen), katanya, semasa menemuduga bakal guru, tak banyak yang mahu jadi guru kerana minat. Pasti ada sebab tertentu (jurutera wanita bertukar jadi cikgu sebab nak cepat ada jodoh – contoh).

    Mak aku kata, cikgu zaman sekarang ni multitasking. Makin mencabar.

  3. fuh, cayalah cikgu syeikh. you rock.

    time aku kat university, lagi best. ada sorang professor ni, dia suka ‘bermain’. dan kebanyakan toy yang ada kat bilik dia, adalah toy yang ada engineering application, jadi mudahla dia mengajar.

    dan dia sangat terer baling kad, macam gambit dalam X-men. dari depan kelas, ke belakang, straight dan memang kena la sape yg nak dikenakan tu.

  4. Tak sabar pulak nak baca “inovasi melalui organ manusia”. Masa belajar seigyokougaku(control and instrumentation eng), sensei ada sebut tubuh badan manusia adalah yang terbaik dari segi control and instrumentation. Semestinya Pencipta tubuh manusia itu yang Terhebat. Dari sistem tubuh badan sendiri, banyak yang dapat dipelajari.

    Aku hanya mampu mengangguk.

  5. nak cerita juga my best teacher….mse sek. rendah, ajar matematik. namanya, cikgu Zairi. dia seorang yg sgt tegas tp mmg nmpk niat d hatinya ingin mendidik. mungkin inilah pendekatan paling berkesan utk subjek2 mcm ni (garang).

    masuk shj kls, lepas bg salam, kami x d’bnarkan duduk krn akan d’soal sifir. bukan sifir 1-12, tp sifir 1-350. yg ditanya bkn 4×12, tp 12×65…siapa yg xdpt jwb, kne bdiri ats kerusi dan dberi peluang kali ke-2…jika xdpt lg, kne bdiri ats meja dan peluang t’akhir d’berikan (sy pernah kne skali naik meja hehe). kalau, xdpt jwb, maka twran akan tersedia dpn mata. pelbagai saiz rotan. dr yg sehalus2nya hinggalah yg s’besar2nya. balik sek dgn tgn yg birat akibat d’rotan tu pkara biasa.

    pernah dia merotan pelajar sampai patah. pernah juga rotan dia kami sembunyikan. ingatkan t’lepas, rupanya lg parah…d’bawanya getah gelang yg paling besar (warna putih, maaf xthu apa namanya)….nak tahu apa d’buatnya? d’lastik d tepi mulut…sakitnya, adussss smpi skrg sy ingat…bengkak sampai senget mulut hehe…keluar rehat, semua keluar dgn mulut tertutup guna tgn dan x mkn sbb malu….

    tp, ajaibnya, pelajar paling nakal sekolah d’jdkn anak angkat dan dididik d’rmhnya. mse upsr, paper matematik adlh paper yg paling awal dewan xam jd kosong. puratanya, hanya 30min kami selesai menjawab. bg pelajar nakal tu, itulah satu2 nya subjek yg dia dpt A…

    kagum dgn cikgu. tak sia2 dperlakukan bgitu….w/pun garang, tp kami x pernah rasa b’kecil hati dan merungut. mungkin mmg ikhlas d hatinya ingin mendidik. sehinggakan tamat shj xam, kami semua meluru ke perpustakaan (sbb dia juga guru perpustakaan) utk bertemunya. dan 1 kenangan manis, kami buat bulatan yg sgt besar (sebesar perpustakaan tersebut) bermain ‘lai2 sui’ (xthu gak apa namanya) yg lagunya ‘lai2 sui, lai so fa mi sekola, lai2 tap tap tap’ hehehe….dan nmpk dia senyum memandang kami….

    terima kasih byk2 cikgu….

    p/s : tersentuh hati bce statement ni : “Duhai para pendidik, anak didikmu ini sekarang telah berjaya ke menara gading hasil didikan kalian. Terima kasih aku ucapkan atas segala ilmu yang dicurahkan. Semoga Allah membalas jasa kalian dengan kebaikan di dunia dan akhirat”

  6. Maaf lari topik.
    Aku tak tahu Stats/Tracker kau di wordpress ini macam mana. Selain mengira daily hits, adakah ia mengira unique hits?
    Aku rasa, membaca unique hit, dapat menilai kualiti traffic sesebuah blog.

    Next tip: Register Mybloglog.com. Satu kaedah menaikkan uniqe traffic yang berkesan dan mudah.

    P/s: Saja aku letak tips ni di public. Kalau guna YM macam biasa, tak dapat nak share ngan semua orang. Satu lagi untuk naikkan semangat kawan2 kita update blog mereka. Hehe..

  7. Banyak pendidik di Malaysia yang patut diberi penghargaan di atas usaha ikhlas mereka. Antaranya Cikgu Jimi ini:
    http://jimi-wiser.blogspot.com/2008/09/azmil.html
    Ikuti kisah beliau di dalam blognya.

    Kesemua pendidik mempunyai kelebihan di dalam aspek yang berbeza. Cuma bagi saya samaada ianya dapat menyumbang terhadap proses asuhan/tarbiyyah para pelajar atau tidak yang perlu kita titik beratkan.

    Ada sahaja cikgu yang di peringkat sekolah lagi telah membuat ulangkaji soalan dengan menggunakan soalan ujian yang bakal tiba (kira macam soalan bocor la), dan tidak sedikit para pelajar yang akan mengatakan bahawa cikgu seperti ini ‘baik’. Tetapi benarkah demikian? Tercapaikah matlamat mereka sebagai ahli akademik? Lagi-lagi apabila ujian berikutnya tiba, semua pakat malas belajar, ‘rileks la, cikgu akan bagitau soalan sebelum periksa. Study itu cukuplah…’

    Itu yang cuba saya persoalkan pada diri sendiri…

    To zacharias: Tahniah kepada anda yang berluang belajar dengan cikgu seperti itu. Ada dengar di universiti ini terdapat seorang cikgu yang suka ‘bermain’ juga, tetapi saya tidak berkesempatan belajar dengan beliau.

    To naim: Saya akan cuba ketengahkan 2 rekaan yang diubahsuai dari memerhati tubuh manusia. Jika ada yang boleh ditambah nanti, silakan!

    To SangPelangi: Terima kasih di atas info! Tetapi bagaimana untuk melihat unique search?

  8. Caranya agak leceh, tapi aku jamin puas hati. (baru saja diinstall di wordpress. sebelum ni guna di server sendiri tak perlu register)

    1. Register di http://www.Statcounter.com
    2. Ikut arahan (masa tu kalau tak faham, kena la pandai2, sebab aku pun main tekan je)
    3. Lihat screenshot ini:

    4. Lihat screenshot ini:

    *aku pilih letak link view my stats, boleh tengok di blog aku di http://www.sangpelangi.wordpress.com

    Kalau kau free, bolehlah buatkan tutorial ni untuk dikongsi sama semua konco-konco kita. (cecehh..)

  9. sebut pasal guru ni, macam2 telahan dan paradigma org…
    ade cikgu malas, ade cikgu hujung bulan, ade cikgu garang, ade cikgu keibuan/kebapaan, ade cikgu baik, ade cikgu loveable, ade cikgu dibenci etc.

    mmg semakin zaman berubah, semakin berubah gaya dan metod utk mengajar dan mendidik tentang ilmu…
    berat dan bukan cilik2 anak…

    ibubapa pun kdg2 menyerahkan bulat2 kepada guru utk membentuk anak mereka, tapi kdg2 sifat overprotected membataskan tugas kami mendidik…

    kami buat yang terbaik dan termampu tanpa mengharapkan balasan sekiranya mereka berjaya…
    cukuplah membiarkan kami melakukan apa sepatutnya tuk membentuk INSAN…

  10. Subhanallaah… Sure brings back alot of memories… Cikgu Syeikh, thanks for everything… I can still remember, I was in Form 2 and Cikgu Syeikh was teaching us about the basics on electric and electricity… and suddenly he asked us a very potent question… why should we (the poor in mind) be made to pay for electricity bills? For electricity is considered as those basic amenities that the state (read: Government) should provide for its people… evenmoreso, since it can be generated through hydroelectric dams which are self-sustainable.🙂 Sure made me think. What says you?

  11. Heh heh. He has got a point there. I like the way he widens the topic to others fields. An outspoken teacher too.

    I can’t say for certain, because it is not my speciality, but I think the bills are mainly for maintainance purposes, apart from the dams. Not to mention the wages for the workers, etc.

    Maybe it is a little far-fetched to ask for free electricity, but it sure would lighten the burden of the poor if their electricity can be subsidized. I would also go for cheaper bills for everyone though!:D

  12. erm…cikgu dan pendidik mmg berlainan maksud jika di fahami btul2… jika niat nk jd cikgu, mmg akn jd cikgu tp hasilnya ialah mgkin ajaran yg diajar kpd anak murid agak sukar di fahami…sebaliknya jika niat utk menjadi pendidik, beliau akan berusaha utk memberi tunjuk ajar tanpa mengira letih, elaun, cuti, dan sebagainya… walaubagaimanapon.. aku tetap menghormati guru di malaysia ini…tanpa mereka, mundurlah malaysia… selamat hari guru nanti….hehe

  13. […] semua gara-gara Cikgu Syeikh. (tak kenal beliau? Sila rujuk entri ini.) Di bangku makmal sains sekolah dahulu, beliau akan selalu meluaskan topik-topik perbincangan […]

  14. hehe…saja nk berkongsi…
    harap tak marah ye….

    setiap tempat yg sy belajar mmg akan ada pendidik yg sgt dirasakan seperti ini :
    “Oh indahnya dunia ini sekiranya semua cikgu aku begini!”

    primary school(SKSIS)=Math,BM,English teacher
    (En.Wan Zahari,En.Hassan,Mdm.Wong)

    secondary school(SEMEKAL)=Addmath(Pn.Rosni),Math(Pn.Hamidah&Pn.Zuraidah),High Arabic(Ust.Ezani),PQS(Ust.Hasnan),PSI(ust.Azmi),BM(En.Bahari),English(Pn.Nor Bi)

    matriculation(KMPK)=Physic(Miss Chew & Che Mie),math(Pn.Fadhzillah)

    Univrsty=math lecturer(Pn.Rokiah)

    Alangkah indahnya andai semuanya masih disisiku menemani memberi pendedahan kehidupan atas muka bumi ini….

    Indahnya jika semuanya berada dalam hidayah Allah swt…sungguh pohonku pada-MU…

    (ada senoir or junior kaaaa?)

    • hm, maaf, tiada nama familiar di situ.
      saya alu-alukan jika ada point2 mereka yang ingin Candle Lilly berkongsi bersama di sini!

  15. assalamualaikum hehe sokong award tu tuk cikgu sheikh🙂 cikgu sains yg agak misteri bg sy (at that time la :p)

    btw, mmg jasa pendidik ni sgt bnyk. smoga Allah berikan ganjaran kpd mereka yg bergelar pendidik insyaAllah🙂

    • whitehijab pun cita2 jadi pendidik juga kan?🙂

  16. 🙂

  17. salam..
    yes2 i was his student once..=)
    tp mmg ramai jg yg xpuas hati n rs die byk mlencong ke laen.
    tp byk yg dpelajari n blh lg senang faham sbnrnye
    tp kn..nape en luqman xsebut name sekolah?
    hehe br2 ni madid dpt anugerah tau pengurusan sekolah agame rakyat tbaek negeri perak rasenye..yeay proud to be ex-madid

    • salam. bab sekolah tu cite dlm entri lain plak!😉


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: