Posted by: y4ku24 | October 8, 2008

Iftar versi Reunion, atau Reunion versi Iftar?

(Update blogku: Minggu lepas hits paling rendah setakat ini yang pernah aku dapat. Graf merudum macam ekonomi dunia sekarang. Tapi memang tak menghairan la, sebab semua bercuti raya. Harap-harapnya walaupun korang tak visit blog aku, korang pergi visit keluarga dan kenalan.)

AlhamdulIllah, balik bercuti sebulan kali ini dapat aku isi dengan pelbagai aktiviti yang jarang dibuat sebelum ini. Antaranya ialah, ber’reunion‘ bersama sahabat-sahabat dari DUA sekolah menengah! Satunya reunion Madid*, satu lagi reunion SMAKL**.

Yang paling meriah bagi aku ialah iftar bersama member-member Madid, dibuat di Putrajaya pada 21 September. Mana taknya, sudah 8 tahun kami tidak bersua! Yang dulu dibangku sekolah hingus penuh di muka, sekarang sudah muka macam bapa/mak kepada dua orang anak pun ada (aku la tu). (Nasib baik takde yang betul-betul datang bawak anak, kalo tak down gak aritu.) Memang penuh bermakna.

Sedang sibuk melahap supaya RM35 berbaloi

Sedang sibuk melahap supaya RM30 berbaloi

Kami makan di Taman Ekuesterian Negara, berbuffet di situ. Makanan di situ, okla. Selepas makan dan bersolat, kitorang ke Alamanda Mall pula, untuk ber’second round‘ (orang Jepun panggil nijikai) dengan berbowling. Sambil-sambil itu kami bertanya khabar, ada yang sudah bekerja, ada yang sudah/akan berkahwin. Semua sudah membawa diri masing-masing ke jalan yang berbeza.

Yang pegang bowling kuning tu yang paling star sekali

Yang pegang bowling kuning tu yang paling star sekali

Kami ber'bowling', bukan berbolen (Tak faham? Tanya orang Perak)

Kami ber'bowling', bukan berbolen! (Tak faham? Tanya la budak Perak)

Minggu berikutnya pula, seolah-olah dirancang rapi, aku berreunion dengan member-member SMAKL. Dibuat di Sabak Taman Melati pada 27 September. Memang bes, sebab sebelah rumah aku! Jadi aku ke sana berjalan kaki sahaja. Member yang lain ada terlewat datang sebab jam dan takde parking. Kalau malam, untuk mendapat parking di deretan kedai di sini memang payah.

Restorannya cuba menampilkan konsep kekampungan, siap ada band yang menyanyikan lagu melayu lama sambil kitorg makan.

Restoran Sabak yang penuh dengan orang

Restoran Sabak yang penuh dengan orang

Makanan yang disediakan pelbagai, tetapi ada juga yang kehabisan stok. Itulah akibat terima budak-budak SMAKL beriftar di situ! Sambil menunggu steamboat dan BBQ masak, sempat juga bertanya kehidupan masing-masing. Ada juga yang masih belajar seperti aku, ada juga yang sudah bertukar tempat kerja, ada juga yang mengajar di Sarawak!

Reunion paling ramai setakat ini

Reunion paling ramai setakat ini

Reunion SMAKL seperti ini pernah dibuat 4 tahun dahulu, jadi walaupun memang gembira bertemu member lama, tetapi tidak segembira bertemu member yang sudah 8 tahun lamanya tidak berjumpa.

Maka aku terfikir semula, memang ada hikmahnya aku ini belajar di luar negara. Dapat berjumpa member lama sekali sekala, tetapi sekali jumpa penuh bermakna. Ada saja segelintir member yang setiap tahun akan berjumpa, tetapi aku rasa itu bukan namanya reunion, tetapi untuk itu istilah get-together lebih sesuai. Dan dari segi ke’bermakna’an perjumpaan itu memang kurang berbanding bertahun-tahun tidak berjumpa.

Apa-apa pun, jutaan terima kasih diucapkan kepada member-member yang bertungkus lumus mengurus dan berhubung dengan semua untuk menjayakan program reunion tahun ini. Terutamanya kepada pengurus reunion SMAKL, kerana siap menyenaraikan kontek rakan-rakan serta merancang untuk menghasilkan majalah batch! Aku tabik korang!

Memang terasa berbaloi aku balik di bulan Ramadhan kali ini. Yang paling bes ialah kerana, aku telah pun merancang untuk pulang sebelum tahu tentang rancangan kedua-dua reunion. (Yang Madid lagi la, dapat tahu dua hari sebelum!)

Hadiah Ramadhan aku tahun ini. AlhamdulIllah.

————————————————————————————–

*Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar.

**Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur.


Responses

  1. wahhh~ bestnye…sampai 8thn xjumpe??? skali jumpe msti teruja kn…tgk pict, mmg btol2 reunion…ramai btol bekumpul…tahniah2…xdpt nk bygkn…yg sthun skali jmpe pn kecoh, ni kn yg 4 8 thn skali bru jmpe…mau histeria dbuatnya…nmpk org tu jerit, nmpk org ni jerit…nmpk en.luqman, spesel sket, trus pengsan wawawa….

    apa pn, ukhwah yg terbina tu xbaik terputus begitu shj kn…harus dkekalkan!

    p/s : lame tol cti raya…1bln kn…pehhh org da berasap kpala…

  2. Dari pengalaman kak su lah kan… reunion masa belum kawin ni, mmg seronok sbb ramai yg boleh join. Lepas tu akan berkurang. Sebabnya, banyak alasan tersangkut… sangkut dgn suami/isteri la (tak dpt keizinan biasanya), dgn anak-anak la. Kalau pun pegi dgn anak bini, perhatian terganggu sikit bila nak borak.

    Tapi kalau buat perjumpaan setiap tahun pun tak best gak. Tak surprise. Cuba kalau kalian jumpa lagi 8 tahun, pasti masa tu boleh terkejut tengok ada yg dah botak sbb byk masalah dan yg tak bersalin walaupun dah bertahun-tahun ‘mengandung’. kekeke…

  3. biar benor hang dok taman melati?aku dok taman ibukota.kalo hang tau aaa.

    dekat la juga dengan surau al-naim yek!hehe

  4. Oo, dekat je la rumah ye. Aku ke surau naim jika ada kuliah ustaz Has je. Tak boleh miss. Hihi

  5. salam…
    hehe..x dinafikan mmg best reunion!!!
    sy pon baru je berhabis reunion selepas 7 tahun x pernah bersua muka…(erk,,,kurang satu thun dr akhi Luqman..hehe..)
    wlwmcmnapun,kami kebanyakannya stdy di tanah air shj…itupun dh susah nk bertembok!!!huhu~~
    Allah punya kuasa….
    ada org kata, betapa kecilnya dunia…
    (jika t’tembok!)
    ada jugak org kata , betapa besarnya donia…
    (hermm…)

    (^_^)V

  6. rupenye senior smakl kah awk nie sye came cross ngn blog awk nie sbb nk carik restoran steamboat.. duk tmn melati?? waduh rumah sye pun kat stu tapi sape je awk nie ek>???

  7. @juliana: yup, senior smakl. duduk di taman kenari sebelah balai bomba. budak batch 97-01, tp saya masuk dari form4. juliana nih batch mana?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: