Posted by: y4ku24 | September 26, 2008

Parenting tips: Antara Ayah dan Alex Ferguson

(Entri ini ada kaitan dengan bola, dalam masa yang sama aku nak share sedikit tips parenting)

[Start of 1st half]

Arwah Ayah* sangat suka menonton perlawanan bola di TV. Terutamanya perlawanan-perlawanan English Premier League (EPL, liga paling banyak ditonton di Malaysia, bagi mereka yang tidak tahu). Dan antara banyak-banyak team di dalam liga tersebut, Manchester United merupakan pasukan favourite Ayah aku sejak dahulu. Rata-rata sokongan rakyat Malaysia yang kaki tonton bola liga Inggeris hanya berlegar di antara 4 team: Manchester United (Man Utd), Arsenal, Liverpool dan Chelsea. (Cuma kadang-kadang ada juga yang ‘tersesat’ menyokong team lain, seperti member aku The Dreamer ini, yang menyokong team Sheffield Wednesday, sebab dia pernah duduk di sana dahulu. Tidak pernah dengar nama team ni? Takpa, bukan termasuk dalam EPL pun. Huhu.)

Apa kaitan kapal dan 'red devil' dengan bola? Jangan tanya aku...

Apa kaitan kapal dan 'red devils' dengan bola? Jangan tanya aku...

Maka atas konotasi ‘Like father like son’, aku, abang aku dan adik lelaki aku juga meminati team yang sama. Antara kesukaan Ayah ialah pada menyaksikan team line up yang diaturkan oleh pengurus/manager Man Utd, iaitu Sir Alex Ferguson. Kepada yang tidak mengenalinya, ini dia muka beliau:

Mamat nih suka makan chewing gum ketika game berlangsung (tak tau brand apa)

Mamat nih suka makan chewing gum ketika game berlangsung (tak tau brand apa)

Alex Ferguson ini hebat. Pada 1998-99, beliau telah memimpin Man Utd untuk memenangi 3 piala besar (Treble), iaitu Premiership title, FA Cup dan Champion’s League (boleh carik di wikipedia pasal piala-piala nih, malas pulak aku nak terangkan), suatu yang sangat menakjubkan. Banyak lagi pencapaian impresif beliau, termasuklah dianugerahkan pangkat ‘Sir’ oleh Ratu Elizabeth pada 1999.

Alex Ferguson begitu terkenal dengan sikap tegas beliau terhadap pemain-pemain beliau dan tidak memberikan mereka ruang untuk bermanja. Beliau menggunakan konsep ‘My way or the highway’ (Ikut cara aku, atau boleh blah). Dan ini yang dikatakan punca Man Utd begitu hebat dibawah kepimpinan beliau. Pernah sekali ketika ditanya apakah rahsia beliau mencapai kejayaan sebegitu, beliau berkata:

“Don’t let the players think that they are in power (Jangan memberi pemain anggapan bahawa mereka yang berkuasa)”

Ini merupakan sifat beliau yang paling dikenali. Sehebat mana pemain itu pun (tak kiralah David Beckham ke, sape ke), beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan.

Walaupun Alex dan Ayah aku banyak perbezaan, seperti Ayah aku orang Islam dan beliau lagi hensem, terdapat sedikit persamaan di antara bagaimana Ayah aku mengurus kami enam beradik dengan cara Alex mengurus pemain pasukannya, iaitu dengan konsep “Jangan memberi pemain/anak-anak anggapan bahawa mereka yang berkuasa”. Ini satu konsep yang mungkin sukar untuk ramai ibubapa di Malaysia terima, tetapi pada pendapat aku, ia merupakan winning formula (formula kejayaan).

Konsep ini selalu Ayah akan gunapakai ketika anak-anak beliau meragam/ingin beliau mengikut kehendak mereka. Sebenarnya meragam itu sendiri merupakan salah satu cara si anak ingin mendapat perhatian. Maka ibubapa berlainan approach di dalam menangani masalah ini. Bagi Ayah aku, lagi anak-anak beliau meragam, lagi hebat Ayah aku tidak akan melayan!

Pernah satu ketika aku cuba menyembunyikan diri di antara kereta-kereta yang berada di tempat letak kereta sebuah shopping complex di Scotland, untuk mendapat perhatian daripada Ayah. Sungguh aku menunggu untuk raut muka Ayah yang panik dan memberi impression “Oh tidak, anak aku hilang! Di manakah dia? Aku sedang panik ni!”

Rupanya Ayah aku buat dek aje. Buat muka toya. Buat raut muka seolah-olah menyatakan “Peduli hape aku”.

Aiseh, plan tak menjadi. Akhirnya aku ke sisi beliau ‘menyerah kalah’. Ayah skor, 1-0. Itu pun, bila beliau nampak aku, sekali lagi Ayah tidak berubah reaksi! Seolah-olah ingin berkata “Tau takpe…”. Tamparan hebat no.2! Ayah skor lagi, 2-0!

Adik lelaki aku dulu pun pernah kena yang sama. Pernah sekali di fun fair di Scotland, adik aku meragam hendak naik ferris wheel. Ayah cuba memujuk dengan candy floss. Adik aku tidak mahu. Dia buat dek. Berdiri tegak macam tiang bendera sekolah (Adik aku ni memang boleh tahan gak tegas dalam pendirian). Walaupun tak menangis atau meraung, tapi dia buat muka tak puas hati, nak naik juga. Bila Ayah tengok perangai ketegaq adik, Ayah pun buat bodoh juga lalu pergi dari tempat itu. Wah, Ayah dan adikku seri 1-1! Perlawanan sengit!

Tetapi sebenarnya Ayah jauhkan diri sedikit, lalu memerhatikan tindakan adik dari jauh. Adik aku yang ketika itu hanya berumur dalam sekitar 4-5 tahun, (tapi hati tegas) tetap tidak menangis, tetapi kerana tidak juga reti bercakap bahasa inggeris, hanya berlegar-legar di situ, fikiran blur nak buat apa seterusnya, tak tahu. Ayah masih perhatikannya dari jauh. Akhirnya, setelah beberapa minit, baru Ayah kembali ke tempat adik, mendukungnya, lalu membawa dia pergi dari situ. Kerana sudah ‘terjumpa’ Ayah kembali, hilang terus kemahuan ingin menaiki ferris wheel! Ayah menang lagi 2-1!

Banyak lagi cerita seperti ini dikalangan adik beradik kami. Semua pernah alami ‘kekalahan’ di bawah sifat pengurusan ala-ala ‘Don’t let the players (children) think that they are in power’ Ayah.

Persoalannya, adakah ianya cara yang terbaik? Bagi aku, setelah ‘mengkaji’ sedikit sebanyak, aku sangat bersetuju dengan approach yang demikian. Sebab apa?

[End of 1st half]

Sedikit kata semangat dari manager ketika break (boleh nampak chewing gum dia)

Mari kita terima sedikit kata-kata semangat dari manager sebelum 2nd half (boleh nampak chewing gum dia. Masih tak tau brand apa)

[Start of 2nd half]

Sebab apa aku setuju dengan kaedah tersebut? Kerana semenjak beberapa insiden itu, aku mula pasrah untuk tidak mengambil perhatian Ayah melalui kaedah itu. “Buang karan je,” bak kata orang. Ayah aku tak akan layan. (Sebenarnya Ayah aku sedar yang aku tiada, tetapi kerana sedar juga yang aku sengaja main nyorok-nyorok, dia buat bodoh je la.) Maka aku membuat kesimpulan, jika aku buat perangai semata-mata ingin mendapat perhatian Ayah, aku akan gagal. Oleh yang demikian, aku terus berhenti untuk membuat perangai!

Sebaliknya, seperti juga ibubapa yang lain, jika anak-anak Ayah mendapat kejayaan dan berkelakuan baik, Ayah akan memuji dan melakarkan senyuman unik beliau yang menandakan bahawa beliau bangga. Itu merupakan moral booster yang amat efektif bagi kami 6 beradik. Maka kami secara tidak langsung sedar bahawa kami mendapat perhatian parents dengan cuba berusaha mencapai kejayaan dan beradab di hadapan tetamu/orang ramai.

Tips ini amat penting bagi mereka yang mempunyai anak kecil atau ingin mendirikan rumah tangga dalam masa yang terdekat. Baru-baru ini, aku mengikut kuliah yang diberikan oleh Abu Saif, dan beliau sendiri mengakui setelah beliau sendiri berjumpa dengan pakar psikiatri kanak-kanak, bahawa itu merupakan kaedah yang terbaik untuk mendidik kanak-kanak untuk tidak mendapat perhatian ibubapa melalui cara membuat perangai.

Rata-rata masyarakat kita akan membiarkan anak ketika mereka sedang baik/behave, kerana difikirkan itulah masa untuk mereka buat kerja rumah, memasak dan sebagainya, dan akan hanya memberi perhatian kepada anak-anak apabila mereka bergaduh, meragam/nag**, menjerit dan lain-lain. Maka secara psikologinya, kanak-kanak yang selalu mendambakan kasih sayang dan perhatian daripada ibubapa akan belajar bahawa, jika inginkan perhatian ibubapa, maka perlu buat perangai! Buat apa lukis gambar lawa-lawa, atau berkelakuan baik jika perhatian ibubapa tidak berjaya diperolehi, betul tak?

Maka nasihat pakar psikiatri tersebut (yang aku terima daripada kuliah ustaz), selalulah memberi pujian kepada anak-anak ketika mereka berkelakuan baik dan tidak buat perangai, agar mereka belajar untuk mendapat perhatian melalui itu, dan jangan pedulikan mereka jika mereka buat perangai, supaya mereka faham bahawa jika ingin perhatian ibubapa, itu bukan caranya!

Melihat keberkesanan kaedah ini daripada adik-beradik aku, walaupun aku belum kahwin lagi, tapi aku sendiri akan menggunakan kaedah yang sama terhadap bakal anak-anakku nanti.

[End of 2nd half]

Keputusan perlawanan: Ayah menang besar dengan skor 2×6 anak = 12 gol!πŸ˜€

P.S. Teruk pula permulaan Man Utd pada season kali ini. Aiseh

—————————————————————————————-

* Allahyarham Ayah aku meninggal dunia pada 11 hb 11 2006.

** Kuasa meragam/nagging ini adalah satu perkara yang besar di dalam psikologi kanak-kanak. Ia boleh membawa keuntungan!(?) Terpaksa aku buat entri lain berkenaan nagging sahaja lain kali!


Responses

  1. Assalamualaikum.

    Satu perkongsian yang sangat-sangat bermakna.

    Moga anak-anak ana juga akan jadi hebat macam Yakuza adik beradik hasil mengaplikasikan kaedah Manchester United macam arwah ayahanda antum (terkilan tidak sempat mengenalinya tetapi berbangga mengenali ‘hasil kerja’nya), biar pun ana peminat pasukan bola DBKL je…

  2. hi, tq visit blog akak, melancong ke jepun he he ..tak penah sampai lagi, hubby je penah sampai korea ..:))

    salam aidilfitri
    maaf zahir dan batin

  3. Salam alaik…
    Salam Ramadhan penuh keberkatan.

    Kak su pun setuju dengan cara ayah y4ku24 tu. Kak su sendiri pun pernah mendapat cara didikan yang sama satu ketika dulu.

    Alkisah… masa tu kak su mahukan sesuatu (tak ingat apa) tapi tak di layan. Merajuk… dan dalam usaha nak mendapatkan perhatian mak dan ayah (keduanya dah arwah lama dulu… masa kak su masih belajar lagi), kak su cuba nak menyeksa diri sendiri dgn cara tak nak masuk dlm rumah. Nak meraih simpatilah kononnya. Dok dalam gelap, sejuk dan nyamuk pun banyak.

    Selalunya mrk tak akan biarkan anak bongsu mrk ni di hinggap nyamuk walaupun seekor, apatah lagi membiarkan anak kecil duduk di luar dalam keadaan malam yg gelap dan sejuk. Merbahaya, kan? Tapi kat kg tak de lah bahaya mana pun…

    Beberapa jam jugak kak su cuba berkeras dan bertahan, tapi langsung tidak di peduli. Sudahnya kak su sendiri masuk rumah. huhu… Lepas tu, kak su tak mahu merajuk lagi. Memang buang karan je…

    Teringat kisah Anakku Sazali. Kasih sayang ibu bapa yang keterlaluan kadang tu mmg merosakkan anak. Dan teringat juga kata Ustaz Hasrizal… “…adakala kita perlu untuk mencipta kesusahan dan kesukaran utk anak2 agar mrk belajar untuk berdikari” Lebih kurang gitu lah maksudnya… kalau tak tepat, maaf ye ustaz.

    ps: Selamat beribadah di malam ke-27. (mungkinkah mlm ini malam lailatul qadr? Hanya Allah yg tahu, kan? Buat je… ya atau tidak, lain kira)
    Selamat menyambut ketibaan Syawal juga.πŸ™‚

  4. Salam bro. Seperti biasa aku tetap kalah dengan idea kamu. Bagaimana kau boleh kaitkan bola dan ayah, tak tercapai dek akalku. Fuhh..

    Abah aku dulu senjatanya cuma rotan. Kalau marah, dia takde lah terus melibas. Cuma tunjuk isyarat rotan kt dinding je, kami adik beradik dah terdiam.

    Aku pernah nekad sorokkan rotan Abah. Rupanya, seluruh rumah, setiap sudut abah lebih banyak sediakan bekalan rotan. Ada sekali kami kumpulkan, ada 12 batang. Lepas sorokkan, masih ada lagi rotan simpanan.

    Abahku berfikir lebih maju setapak ke hadapan. Hihihi..

    p/s: Apakata, kau directkan link blog ustaz tu ke specific page iaitu di sini (sila klik). Bila related dengan isi, baru ada chemistry. Inilah yang dikatakan “Trackback”.

  5. Erk.. lain ayah, lain approach..

    btw.. my abah sangat manjakan anak-anaknya, esp saya.. minta.. bagi.. minta.. bagi..

    masa kecil2 dulu, duit yg bwa hari-hari akan dsimpan oleh mualimah, dah akhir tahun bagi.. saya main minta, nak duit kaler biru, kaler hijau, kaler merah.. (ish2..)

    bak kata kakak saya bila saya cakap saya baik masa kecil,
    “adik memang tak conteng buku akak n rahmat, tapi akan minta buku baru, lagi cantik, lagi warna warni. Demand.”erk..

    tapi ibu saya pula lain approach.. sangat bijak physcho.. macam mana saya start laundry baju sendiri, ibu iron sempoi2.. saya x puas hati.. ibu minta saya try iron.. cewah.. boleh tahanlah.. last2 iron sendiri. masak nasi pn sama, ibu buat nasi lembik! masa tuh saya 10 tahun.. pastu belajar masak nasi.. huhu..

    dulu, masa kecil2.. saya jahat.. nakal.. yet budak pandai lah.. till, upsr, saya xdpt result yang saya nak, anugerah yang ptt saya pnya.. terlepas.. mcm2 lah.. masa tuh dah sedar sikit.. pastu msa f3.. sangat terharu dgn family, n saya fikir, apsal la saya jahat dengan orang yang baik2.. sob.. sob..

    btw, rasanya kena tgk both elements.. ibu n ayah.. saya tak dididik dengan cara marah n bebel2.. jadi saya memang tak pandai marah n membebel pada budak, apatah cubit… grrr.. takut tengok bila kawan2 yang nice2 sweet2, dgn adik, ya rabbi.. garangnya!

    oohh.. tapi saya sangat kejam pada rakan sebaya.. i could kill them by my words.. *evil*

    wallahua3lam..=)

  6. (sori!! sepanjang2 alam punya reply)

  7. assalamualaikum
    menarik juga approach tu…begitu juga ayah dgn mak sy yg ad menyatakan
    ‘org lain pun sayangkan anak juga,tapi takde la sampai manjakan sangat’
    lebih kurg mcm tu..atas dasar mereka melayan kehendak kami ad batasan…
    syukur juga tidak dimanjakan…supaya diri kenal,bukan suma benda bole dpt sesedap je…..
    wallahu’alam

  8. salah satu tips penting untuk memastikan pengalaman kita dengan parents atau sebagai parents, boleh menjadi pengajaran yang bermanfaat ialah dengan tidak mematikan proses mencari manfaat itu dengan ayat-ayat seperti “lain ibu bapa lain caranya”, “setiap ibu bapa berhak menggunakan cara yang baik pada pandangan mereka” dan yang seumpama dengannya.

    biar pun statement itu ada betulnya, ia demotivate proses menganalisa.

    just my humble two yen (baki gi jepun hari tu)

  9. To Abu Saif: Terima kasih kerana ‘backing’ saya.πŸ˜€ Sekadar berkongsi pendapat saya, setelah mendapat perkongsian daripada ustaz.πŸ™‚

    To Kak Su: Kita fikirkan yang tindakan mereka itu seolah-olah ‘tidak menghiraukan kita’, tetapi Allah sahaja tahu betapa pedih dan risaunya mereka berbuat demikian, semata-mata untuk memberi pengajaran kepada anak-anak.
    Konsepnya sama, tetapi approach sahaja berbeza. Terima kasih kerana berkongsi cerita!

    To SangPelangi: Thanks bro atas bulletin friendster kamu! Dapat banyak hits dari situ. Huhu.
    Teringat kembali cerita Ayah kamu ketika berjumpa hari itu. Ayah kamu beli rotan secara bundle agaknya..

    To c’s: Seperti kata-kata ustaz, saya sendiri tidak menafikan approach setiap orang berbeza. Ini sekadar perkongsian analisa saya terhadap approach Allahyarham Ayah yang saya fikirkan efektif, dan saya sendiri berhajat menggunakan kaedah ini pada masa akan datang, kerana kaedah ini juga punyai ‘backing’ dari sudut psikologi juga.

    Nak tahu sudut psikologinya, akan saya muatkan di dalam entri pada masa akan datang! (Suka sangat buat entri bersambung. Hihi. Maaf ye, jika dimuatkan di dalam entri ini, panjang berjela!) Tapi jika saudari c’s lebih suka bermanja terhadap bakal anak (dalam masa yang sama tidak menghabiskan wang yang banyak), akan saya sertakan tips itu sekali di dalam entri tersebut.

  10. Maaf! *guilty*

    Saya tak menyerang… nape nak kena backing?

    tak2, bukan tak setuju.. tapi nak bgitahu.. abah manjakan saya.. tapi perlu ibu balance kan..

    ye2.. saya tunggu entry tuh..

    -insan kerdil-

  11. Alahai, jangan ambil hati ye. Bergurau sahaja. Itu yang ada icon smiley tu.

    Jika terasa, jaluk ngapuro seng akeh2 yo.πŸ™‚

  12. selamat hari raya…

    bg markah 365% pd entri ni…best sgt2…sy sokong cre pendidikan mcm ni…sbb mak sy pn train kami adik-beradik gne kaedah ni…n sgt berkesan…kami adik beradik agk independent n xbergantung pd sape2….

    dlu kcik2, ble sy nangis meraung la mcm mane sekali pun, siap tendang2 dinding lg tuh…hampeh…xde sape lyn…akhirnye baik sndri n kuar bilek dgn malu2 sbb da kalah….soalan paling sensitif mse tu, ‘da abs nangs da?’…pehhhh kiciwa tol….

  13. Amboi bro. udah ngerti jalok ngapuro seng akeh2? Hihihi..

    Bulletin itu, telah menyebabkan hampir 4,5 orang rakan di sana copy dan paste berulang2 di dalam frenster.

    Biasalah, peminat Manchaster United. Sudah nampak nilai komersilnya di situ. Hihihi..

  14. Kedah, kedah pantang kalah,
    walau sakit jatuh dan rebah,
    bangan lantas semula gagah
    bujur lalu melintang patah

    Hijau Kuning warnaku
    darul aman negeriku
    Hijau kuning tanahku
    negeri kedah, negeriku..

    Aku lagi minat kedah la bro. Treble 2 seasons berturut. Boleh masuk rekod dunia tuh. Man Utd pun tak pernah dapat treble 2 seasons straight.

  15. encik…(chewahh…sje je nk bg komen lg kt cni…harap xmenyibuk kt cni)…pas tilik2 itu MU punya logo kn…2 benda bulat g ala2 button tu mewakili bola sepak ke? mcm errr…errr mcm vallyball je…ke bola sepak zaman dulu2 mmg cmtu?

    p/s: mmg 1 apa pn xthu psl football….tp sje nk amk thu gak…F1 sy minat la hehehe~

  16. Wah..terase best sgt entry ni!
    Bagus skali dapat dikaitkan dengan permainan bola sepak yg tercinta.hehe.
    Terasa cam tengah tengok game bola time bace ni.

    p/s: Sheffield Wednesday football club tu power time aku duk kat sane. Time tu memang terkenal r. Tapi setelah pemergianku..Sheffwed tersungkur ke division 2. Tapi nantikan kemunculan Sheffwed musim depan!
    Mari sokong Sheffwed!

  17. To iliana: Ha, memang ayat laser tu. Ayat-ayat camtu memang menusuk kalbu!

    Ya,zaman dulu bola dia cam volleyball, putih, takde colour fancy2. Takde logo brand. Selepas itu dia berevolusi jadi hitam putih, lepas tu mula berkaler dan lain2.

    (Siddiq Cerdas cakap: Bola berevolusi, manusia tak)

    To SangPelangi: Itu win-win situation namanya.πŸ˜€

    To zacharias: Sori bro, tak berapa layan liga malaysia. Kalau di Malaysia suka main saja, tidak suka tengok.πŸ™‚

    To The Dreamer: Good luck to the Owls!

  18. heeeeeeee… podo2 waie..:D

    kullu a3m we entum bikhair.. eid fitr, eid saied..

    jmput dtg blog, claim kad rye..

  19. satu Syawal menjelang tiba,
    takbir bergema menggegar jiwa,
    kalau ada salah dan dosa,
    ampun dipinta di hari mulia.

    ~SALAM AIDILFITRI~

  20. salam..
    haa, entri2 cmni la y patut dperbanyakkan..future guideline (walaupun dh tau, tp blh lupa bila x diingatkan)..

    nwy..betul3, stuju sgt..bila dapat tengok seorang ayah y tegas dan cool sekali sekala SENYUM (sampai nampak gigi taringnya), mmg boleh CAIR HABIS la..THE BEST REWARD EVER!!

    Allahu yarhamhu..

    i’ll be waiting for more..jzkk

  21. Aku pun tak tau apa approve parent aku guna untuk didik aku. Cuma ayat yang aku ingat “Mum toksir ngaji ikot mum ar. Nanti besar2 abah beli lembu mum pero arr lembu tuh” atau translation dia “Jikalau anda tidak mahu belajar, aku peduli hapa. Nanti dah besar, daddy akan belikan lembu dan anda peliharalah lembu itu”. Gitulah lebih kurang translation dia. Mungkin ayat itu jugak digunakan oleh abah aku untuk adik bradik yang lain. Tidak ada halangan, nak main – main, taknak blaja. Cuma dia takkan bagi anak dia tidur umah member2, balik lepas maghrib. klu gaduh adik bradik, dia kurung 2-2 dalam tandas. berbaik lar kitaorang dalam tandas. hahahhaha. tuh tyme kecik2 arr. stat dajah satu, dia tak bagi pegi kelas fardu ain free kat sekolah, dia suh pegi kelas qiraati,kelas fardhu ain yang berbayar. sbb dia tau, konpem aku ponteng kelas fardhu ain kat sekolah. tuition plak aku stat masuk dari dajah 6. pasal pelajaran bapak aku tekan tyme dajah 6.then sebagus mana result kitaorang pon, dia takkan lepaskan anak diaorang pegi asrama penuh tyme form1. aku pon tatau nape.form4 nak pegi takder hal. tuh arr serba sket.walaupon da macam satu entry blog plak.

    haha…tuh jerk arr kot

  22. Salam,
    what a great postπŸ™‚ Bagus blog Luqman ni. Keep it up, ye. Akak pun boleh bljr byk dr pengalam hidup Luqman.
    Akak selalu membebel n marah umar time dia buat perangai. Kalau dibiarkan je alamat jadi reban ayam rumah kecik kitorg ni ..huhu

  23. wah.. never thought of it…
    will try it on my adik2 kecik yg ketegaq~
    nice tips!

  24. aritukan,try tips ni kat sorg students kat tempat baito(ajar english utk elementary student),ade sorg student ni punyalah degil masa kelas,suka buat bising n suka sangat kacau classmates die yang lain wat keje..tp hari tu,tiap2 kali dia panggil “sensei2”..or buat bising aku memang ignore abes la,kecuali die panggil sebab nak tny soalan psl study..last2 after kelas abes..die stay and cakap…”ε…ˆη”Ÿγ€ζ₯ι€±γ‘γ‚ƒγ‚“γ¨γ‚„γ‚ŠγΎγ™”(Translation dari Siddiq Cerdas:Cikgu, minggu depan saya akan buat dengan lebih elok)..kui2..tapi tataulah sampai bile boleh bertahan tu..hehe..nway thanks 4 sharing..=)

  25. To Kak Liya n Linda: Terima kasih atas komen dan perkongsian.πŸ™‚

  26. hehe…
    syukran jazilan ya akhi Luqman!!!
    dapat lagi satu tips utk satu hub positive in my family!!!
    (wlw sy perempuan,tp mmg sy ni anak abah!!!)

    (^_^)V
    smile in peace!

    • afwanπŸ™‚
      yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.πŸ™‚

  27. sokong approach tu. slh satu subjek yg sy suke mase degree dlπŸ™‚
    harap dpt daplikasi ble dah ade anak nnt insyaAllahπŸ˜‰


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: