Posted by: y4ku24 | September 23, 2008

Komik: Siddiq Cerdas

Aku suka baca manga/komik masa bersekolah dahulu. Yang paling aku minat ketika itu ialah Dragon ball dan Slam Dunk. Aku apply untuk datang belajar di Jepun pun kerana aku ingin berjumpa Son Goku dan rakan-rakan. Jadi korang boleh bayangkan kekecewaan aku bila dapat tahu yang mereka ini tidak wujud bila aku jejakkan kaki di Jepun!

Oh well, sudah alang-alang sampai di Jepun, belajar sahajalah…

Antara hobi zaman muda aku dulu (walaupun sekarang ini masih muda) ialah melukis. Antara masa yang aku guna untuk melukis ialah ketika kuliah-kuliah super-boring atau/dan super-tak-faham (tapi matapelajarannya wajib), yang mana hanya ada tiga pilihan bagi para pelajar; 1) Berjaga tetapi tak faham+bosan, atau 2) Tidur, output dari usaha (1) yang tidak membuahkan hasil, atau 3) Melukis (pilihan yang ini aku reka sendiri, do not try this at home)

Walaupun aku jarang sangat melukis dalam kelas, aku tidak menafikan ada masa yang pernah aku lakukannya. Pensyarah pun macam nak tak hendak saja memberi kuliah (barangkali dia pun rasa matapelajaran tu membosankan), dan dari tertidur dan habis masa terluang begitu sahaja, aku melukis! Di bawah adalah karya sulung aku, bergelar Siddiq Cerdas! (Macam pernah dengar nama tu, tapi di mana ye?)

(P.S.: Kalo feedback baik, aku akan cuba lukis yang lain. 🙂 )


Responses

  1. Anak murid tu macam Sincan. Tanya pun gaya Sincan. Tapi baik dan cerdik. Inilah Sincan Alternatif, Yop.

  2. salam ziarah…

    ***cikgu tu macam pengetua sek sinchan..budak tu macam sinchan lak kan..

  3. Sinchan versi muslim, ustaz…
    Selalu baca Siddiq Cerdas ni dalam Generasi Baru..
    gandingan pelukis Luqman dan peng’kaler’ Fallah.

    Boleh lukis satu untuk Post-SC? 🙂

  4. Untuk Siddiq Cerdas versi Post-SC, jangan confuse antara Doraemon, Giant dan Penceramah.

  5. wahh…best2…apabila watak tu ditukar…mcm cerita doremon kpd kitaresu…watak2 hmpir sama…tp penggayaan yg berbeza….teruskan….

    p/s : teori darwin mmg slh kn…tp nape still dipelajari smpi skrg??? hummm…

  6. mak aih, evil gile katun nih.

    ‘sebenarnya cikgu ramli adalah atheis’.

  7. Ada yang sampai kenal cikgu sincan/dik cerdas rupanya..hihi.

    Erk,untuk post-SC? tak sempat la. tp kalau nak buat compilation siddiq cerdas yang dulu boleh juga. Yang tu kompem tidak confuse antara Doraemon, Giant dan Penceramah! 😀

    To iliana: Pendapat peribadi saya, tak semua teorinya salah. Contohnya dari segi evolusi haiwan, ada logiknya (dan ada bukti sains). Tapi saya sendiri masih mengkaji.

    Jika iliana berminat tentang teori darwin ini, boleh juga membaca artikel Abu Saif (www.saifulislam.com) di bahagian statistics iaitu the 5 most commented bertajuk ‘Adam-adam sebelum Adam?’

    menarik dan ‘eye-opener’.

  8. sy dah bace…sgt mendalam…bukan setakat open my eye tp da take out my eye too ;p…

    apa yg sy blajar, teori tu mmg xdterima sbb xda bukti sains yg mensahihkan…

    tinkiu2 4 da in4mation….

  9. Hahaha.. pakai kopiah, nasib baik seluar tutup lutut tu.
    Kalau ada collection, buat la compilation, bro. Fuh-fuh.. boleh hit warungkampung ni dengan peminat manga-islamik nanti. Hehe..

    Rasanya mungkin ada yang belum tahu. Sebelum kedatangan anime Sincan di TV, sudah ada kemasukan komik Sincan yang bertajuk “Dik Cerdas”. So, “Siddiq Cerdas” ni versi Dik Cerdas yang baik la. Hihhi..

  10. hmm..menarik dan mendidik..inilah betul2 komik..bukan sekadar menghiburkan jiwa,tapi turut memberi pengajaran..teruskan usaha..kagi baik kalau kartun tu adalah ilustrasi pelukis sdr,bukan cedok atau tiru dari mana2 kartun yg lain..apapun,tahniah…ganbate!!

  11. Erk, saya sendiri memang pencinta keunikan, tetapi bab melukis ini, kerana saya sendiri tidak mahir, jadi saya meminjam sahaja dari sifu2 manga yang sedia ada. Orang jawa sebut ‘parody’ 😀

    Akan saya muatkan hasil karya yang lain. (Ada dua yang sudah siap, yang dalam kepala ada juga, tapi buat masa ini sedikit malas untuk melukis. Hihi.)

  12. hehe.. komik yg menarik..
    teruskan mengasah bakat melukis ya..
    mn tau blh menambah bilangan komik berilmiah yg masih ‘ciput’ di Malaysia ni..

  13. Menarik! Siddiq Cerdas, bunyi dekat2 pulak dengan Si Dik Cerdas. Teruskanlah berkarya, saya pun akan terus membaca.

    Ok kan kalau sy add this blog dalam blogroll sy?

  14. Terima kasih. 🙂

    Tiada masalah sama sekali untuk anda meng’add’ saya. Salam perkenalan, dan selamat hari raya!

  15. best la kartun ni.hehe..ada alternatif utk budak2. so tak yah baca komik sin chan..utk dolls ada muslimah doll..sangat best. =)

  16. Teruskan… bes baca.. hehe

  17. ssalamualaikum……….la…kenapa x de entry baru dah lama sangat sangat tunggu bilalah ade ye P/S tenggah sibuk ke????????

    • @Nasirudin: salam pengenalan. insyaAllah. tapi sebab malas nak lukis, mungkin pasni dialog saja. 😀

      @ CT Liha: waalaikumsalaam. insyaAllah esok ada entri baru. baru balik dari ber research seminggu. 🙂

  18. Alhamdurillah terima kasih….


Leave a reply to is Cancel reply

Categories