Posted by: y4ku24 | September 15, 2008

I think, therefore I am (explained)

Mungkin sudah tiba masanya aku memperjelaskan kepada korang tujuan blog dan bagaimana blog aku ini berfungsi.

Dari pemerhatianku, rata-rata aku melihat bahawa masyarakat kita masih rendah lagi kesedaran di dalam menyedari perihal pentingnya penguasaan ilmu yang luas. Masyarakat kita lebih cenderung menumpukan sahaja kepada apa yang sedang dipelajari di dalam kelas, dan seolah-olah menutup peluang untuk ilmu-ilmu lain untuk memasuki pemikiran.  Atas dasar ‘Ia adalah di luar topik pelajaran aku di kelas’, jika tiadanya keadaan yang mendesak, maka akan tiadanya inisiatif dari diri sendiri untuk mendampingi lautan ilmu-Nya yang luas ini. (Mungkin inikah salah satu contoh yang dikatakan sebagai ‘Dinding Kebodohan’ seperti di dalam bedah buku Sang Pelangi?)

Jika dibanding dengan masyarakat barat dan timur seperti Jepun, mereka mempunyai semangat inquisitive/ingin tahu yang mendalam dalam pelbagai bidang, dan selagi hayat dikandung badan, mereka akan cuba hidup dengan prinsip lifelong-learning. Kesungguhan mereka untuk ‘hidup’ jauh menjangkau kita yang percayakan konsep Tuhan dan Akhirat. (Rujuk)

Maka aku wujudkan blog ini untuk menjadi pencetus kepada semangat inquisitive/ingin tahu itu. Khas buat diriku sendiri dan juga korang semua, terutamanya pemuda pemudi Islam Malaysia. Semoga dengan diskusi-diskusi yang akan datang dapat menggerakkan otak, sekali gus memberi nafas baru kepada cara kita melihat dunia ini. Agar kita menilai semula perspektif sendiri dengan anjakan paradigma, seperti mana yang selalu dicanangkan.

Kita lihat bayi yang berumur beberapa bulan memasukkan kakinya di dalam mulut, lalu berfikir ‘Apa la ko bayi, kaki ko sendiri pun ko nak makan!’, tanpa menyedari bahawa bayi tersebut TIDAK tahu bahawa kakinya itu sebahagian daripada anggotanya! (Pernahkah korang terfikir?)

Aku menumpukan penghasilan blogku ini di atas 3 aspek:

1) Mengajak berfikir: Walaupun entri-entri yang mendatang juga tidak akan semuanya ‘berat’ dan membincangkan topik berat, tetapi ketika mana topik-topik berat dibincangkan, aku lebih gembira dan mengalu-alukan sekiranya pembaca juga turut berfikir dan memberikan komentar atau pandangan masing-masing untuk sesuatu situasi. Jangan risau! Walaupun mungkin sesetengah topik di sini agak ‘berat’, tetapi akan aku permudahkan penerangannya agar mereka yang berlatar belakangkan jurusan lain/sesiapa sahaja juga dapat memahami dengan mudah.

2) Keunikan: Aku sendiri penggemar keunikan, maka aku juga menginginkan supaya blog ini mempunyai keunikan tersendiri. Bukan sekadar hanya jurnal kehidupan diri. Oleh disebabkan itu, aku akan cuba untuk menyajikan korang dengan entri-entri yang lebih unik dan/atau tidak diperbincangkan di tempat lain. Blog-blog yang menenumpukan topik perbincangan kepada diari hidup, isu semasa, politik, tips-tips malah resepi terlalu banyak, maka tidak perlu lagi aku menambahnya.

Cumanya untuk blog aku ini, aku cuba untuk mengambil beberapa topik dari pelbagai sudut untuk menganalisa, menilai dan memberi kesan kepada daya pemikiran kritis dan kreatif kita semua. The analisys of the bits and pieces of life. Ala-ala buku Freakonomics, kalau ada sesiapa yang pernah baca (walaupun tidak sehebat itu). Kepada yang tidak pernah baca, jangan risau, buku ini (dan beberapa buku lain) akan aku cuba untuk kupas sedikit nanti. (Tapi kalau beli terus lagi bagus, bagi yang berminat untuk berfikir. Very nice analytical book.)

3) Berterusan: Azamku ketika mewujudkan blog ini adalah, selagi berupaya, supaya ianya sentiasa berjalan untuk beberapa tahun akan datang, bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam, dan bukan juga kerana hanya terpengaruh dengan trend semasa (blog fever). Entri blog aku ini, selain entri-entri ‘berat’, aku lebih suka menyilanginya dengan topik-topik ringan seperti diskusi santai, cerita lucu, diari kembara dan lain-lain untuk pelawat yang lebih meminati entri-entri seperti itu. (Aku pun tak asyik nak kena perah otak, pembaca pun tak pula asyik kena perah otak sekali. Karang semua kepala jadi petak.)

Maka atas sebab itu, untuk entri kali ini, entrinya berbentuk ringan dan santai. Berkenaan buah kesukaan aku. (Mak aih, ringan gile!)

———————————————————————————–

“Apa buah kesukaan kamu?”

Soalan yang selalu ditanya ketika di sekolah dahulu. Selama ditanya, seingat aku, banyak kali jawapanku berubah! Kenapa? Entah, mungkin kerana semua buah sedap dimakan.

Tetapi sejak beberapa tahun yang lalu, aku telah menetapkan satu buah yang palingku suka. Buah apa?

Tembikai!

Gambar hanyalah cadangan hiasan

Selalunya, persoalan buah kegemaran hanya akan terhenti kepada buah apa, dan jika ada soalan lanjutan “Mengapa?” pun, lazimnya akan dijawab “Sebab sedap!”

Sejak dulu aku meminati tembikai atas satu sebab besar: walaupun tak sedap macam mana pun (selain daripada buah itu sendiri busuk), ia hanya akan rasa tawar. Jika dibanding dengan beberapa buah lain seperti oren, apel dan belimbing, kalau ianya tidak sedap/tak cukup masak, ia akan rasa masam! (Memikirkan ianya saja, aku berkerut muka)

Tetapi sejak kebelakangan ini, aku telah menjumpai satu lagi faktor besar kenapa tembikai menjadi pilihanku. Iaitu tembikai ialah buah keramaian. Pergi sahaja majlis keramaian/open house dan lain-lain, buah yang selalu akan dijumpai ialah buah tembikai. Bukan kerana ianya sedap sangat, tetapi kerana ianya boleh dibelah dan dikongsi berpuluh-puluh orang sekali gus, dengan harga yang berpatutan (Tak boleh dibayangkan jika kenduri kahwin menggunakan satu epal/oren seorang sebagai buah gantian!)

Sama juga apabila ianya dibeli atas sebab individu. Melainkan korang ini jenis ultra kedekut, korang akan terasa ingin mengongsinya bersama ahli keluarga/sahabat handai yang lain. Jadi secara tidak langsung hubungan di antara kita dapat dirapatkan.

Oh tembikai, sesungguhnya di dalam dirimu juga terdapat ruang untuk aku bertafakur. AlhamdulIllah.

(Terbawa tajuk buah pula time puasa nih. Huhu. Selamat berbuka puasa.)

Tembikai petak made in Japan!!


Responses

  1. haih…cmane plak tembikai ni blh jd 4 segi? (mungkin blh dkongsi bersama)…

    mmg btl kata kamu…terutamanya budaya masyarakat Malaysia yg sedari dahulu lg sering mengongkong knk2 drpd explore dunia sekeliling mrk. ble da dewasa, msh terbawa2 dgn budaya t’sbt…

    cuba kte bandingkan cara pendidikan knk2 d barat dgn d Malaysia…mmg jauh bezanya…kata2 yg menakut2 kn kanak2 spt “hah’ nanti ada momok”…sbnrnya sdikit sbyk tlh menyumbang kpd pembentukan dinding kebodohan t’sbt…

    d cni, sy blh lihat sndri mcm mana daya fikir pelajar luar dgn tempatan. lg2 mse xam…tentu2ne soalan yg keluar adlh soalan aplikasi yg tlh diputarbelitkan…selalunya, pelajar Malaysia la yg xdpt jwb…sbb nya mrk da biasa menghadap perkara2 yg d anggap statik shj…

    sekian, wassalam…

  2. Senang je..time dia sudah mula berbuah kecil, masukkan saja dalam kontena plastik berbentuk petak! Nanti tembikai itu akan tumbuh mengikut bentuk bekas. Simple!

    Dulu jenuh juga la fikir, ‘Ini mesti teknologi genetik nih’, rupanya nak buat senang saja.
    Sometimes, the simplest is the best solution.😀

    Kebaikan bila ianya sudah petak:
    1) Senang nak packaging.
    2) Tak mudah nak tergolek merata-rata.
    3) Jimat ruang.

    Itu salah satu kelebihan orang Jepun. Dengan tembikai petak itu saja, rasanya dapat untung banyak! They like to think out of the box. Kita pun sudah kena mula ke arah itu!

  3. Yep2.. kat msia pun dah ada.. cume tak berapa meluas di pasaran je..

    btw, konsep yang bes!! kalau boleh share soalan2 n game iq test yang bes pun,bes gk.. huhu..

    bergerak ke arah pembentukan pemikiran kreatif, analitikal n kritikal.. yarghhh!!

  4. yakuza!!!
    nanti creat story about ur studi..( bhgn tenaga nuklear right????)
    teringin nak tau…
    adekah a study to learn how to make nuklear bom????he3
    by da way…br tau tembikai kat sane petak2..
    terbuka skit minda ni..
    abes tembikai bulat x de ke kt sane??

  5. masa kecik, tembikai tu masuk dlm kotak ye? teringat pepatah melentur buluh dari rebungnya. Sekarang mungkin boleh dikembangkan… membentuk tembikai sedari kecil utk jadi 4 segi… kekeke…

    Tapi dari segi bahasa, tak sedap langsung nak jadikan tembikai menggantikan rebung dan buluh, kan?

    Erm… membentuk budaya berfikir memang bagus sekali untuk perkembangan ilmu. Tapi pembentukan yang berasaskan acuan Islam lebih selamat dan hasilnya mengagumkan. Tanpa panduan dan pegangan, fikiran manusia akan tersasar kearah kesesatan.

    Acuan pertama untuk membentuk budaya berfikir adalah ibubapa. Cara menjawab soalan simple dari anak-anak akan menentukan perkembangan potensi berfikir.

    Teringat kata-kata seorang makcik yg mana anak-anaknya kebanyakan adalah doktor. Sedari kecil dia membentuk rasa ingin tahu terhadap sains dan dalam masa yang sama sering mengembalikan kekaguman dan pujian kepada Allah Yang Maha Pencipta.

    Dan kak su menilai kembali acuan lama… sejauhmana ia membentuk diri….

  6. To tiehah hanime –> Majoriti tembikai sana masih bulat, cumanya ada yang jenis petak. Saya sendiri tak pernah jumpe, tapi tahu memang ada. Hihi.

    Bab nuklear, insyaAllah mungkin akan disentuh sikit. Tapi mungkin lambat lagi. Kena rujuk buku kembali. Sambil-sambil itu bacalah funny stories saya ye. Hihi.

    To Kak Su –> Harapan saya juga begitulah dengan pembentukan blog ini. Berzikir tatkala fikir.🙂

    Ada satu kedai restoran di mana motto kedai ialah “Jika sedap, sila beritahu kawan, jika tidak, sila beritahu kami”.
    Jadi, untuk blog saya ini juga, saya ingin menggunakan motto yang sama:
    “Jika ianya bermanfaat dan kalian mendapat sesuatu, alhamdulIllah, sila sebarkan kepada rakan-rakan lain. Tetapi jika ianya hampes semacam, sila beritahu saya”😀

    p.s.: Sedang menyiapkan satu lagi entri ‘masterpiece’ saya, berkenaan air. Tapi mungkin akan dipublish bulan 11 nanti. Semoga kalian setia menunggu!

  7. Amboi, bawak isu tembikai pulak waktu puasa-puasa ni. Bro, mentang-mentanglah dah ada kat Malaysia, boleh lah. Sana tembikai murah.

    Sini? Terbelalak juga biji mata. Tapi, gian punye pasal, tak kisah berapa harga. Kikiki..

    Sassuga tembikai yang banyak hikmahnya, kan? Kat situ pun boleh dapat nilai berharga.

    Cheiisst..
    C’s tu cadangkan letak kuiz? Adoyai..
    Ok takpe, aku bersedia. Kali ni, aku takkan tertipu lagi. Contohnya macam soalan Abang Mokh dulu, kenapa kucing toleh belakang bila kena kejar. Rupa-rupanya… arkhhhh…

  8. hah hah…i get da words…“Jika sedap, sila beritahu kawan, jika tidak, sila beritahu kami”.
    nk thu x…tu slh satu ayat paling power dlm ilmu bisnes…ayat tu la paling popular…actly slh satu cre gak tu…heh heh…bkk je bku2 rujukan bisnes, msti ade jmpe cte co. yg gne ayat tu (erk…tka topik bisnes plk)

    nmpknye entri kli ni da b’tka jd entri T.E.M.B.I.K.A.I waaaa~

  9. To Irfan dan C’s: Memandangkan terlalu banyak website yang menyajikan soalan-soalan quiz, maka saya tidak akan mengadakan entri berkenaan quiz sahaja.

    Tetapi akan saya muatkan quiz/persoalan sekiranya ianya berkaitan dengan isi entri yang ingin di sampaikan.🙂

  10. Huhu.. ok sje..

    tapi saya ada iq test.. n ad prinsip hidup yang applied kat situ..

    spe2.. kalau ad kelapangan.. reply dis post
    http://camarstolidus.blogspot.com/2008/09/breed-d-ego-iq-test.html

    hrmm.. tp sowi.. macam budak2 punya je..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: