Posted by: y4ku24 | September 12, 2008

Budaya VS Belief (versi Ramadhan)

Sempena Ramadhan yang mulia ini, aku rasa terpanggil untuk membuat satu entri khas buat bulan ini. Case study aku tentang amalan berpuasa di Malaysia.

Selamat datang duhai Ramadhan! Maafkan aku atas ucapan yang terlewat (sangat). Semoga kehadiranmu aku layani seperti VIP insyaAllah, dengan memperbanyakkan amalan harian aku.

(imej diambil dari alvofm.wordpress.com)

(imej diambil dari alvofm.wordpress.com)

Maafkan aku sekali lagi Ramadhan, kerana aku ingin meluahkan sedikit perasaanku terhadap saudara seagamaku. Luahan perasaanku ini adalah hasil daripada kepelikan aku melihat bagaimana umat Islam di Malaysia menyambutmu. AlhamdulIllah, dengan kedatanganmu ini, semua saudara seIslamku berusaha memenuhkan puasa mereka. Walaupun dikala panas terik sebelah tengah hari, mereka semua bersungguh melakukannya.

Namun, menjadi kepelikanku apabila melihat mereka ketika berbuka puasa di gerai-gerai makan. Sesetengah mereka, walaupun mungkin tidak ramai, berbuka sejurus setelah masuknya waktu maghrib, dan berpanjangan sehingga ke azan isyak!

Berpuasa, tapi…tak bersolat?

Tidakkah pelik, wahai Ramadhan? Memuliakan anda sebagai tetamu VIP tahun ini, tetapi dalam masa yang sama mengendahkan Si Solat, tetamu yang hadir 5 kali sehari? Menjalani rukun Islam kedua, tetapi tidak yang pertama? (Macam stat-stat enjin kereta, terus masuk gear 2??)

Dua persoalan timbul dari pemerhatianku ini.

1) Kenapa ini berlaku di dalam masyarakat Islam Malaysia?

2) Kenapa kita lebih sensitif bila melihat orang yang tidak berpuasa, daripada orang yang tidak solat?

Aku ada dua teori untuk menjawab persoalan ini. (Aku yang mempersoalkan, aku pulak yang jawab. Bagus sangat la tuh)

Menjawab soalan pertama, aku rasa bagi sesetengah orang, puasa itu telah dikategorikan sebagai budaya, bukan lagi agama. Perlu dilaksanakan kerana semua laksanakannya, oleh itu segan sekiranya mereka terleft out. Senang cerita, seperti sebahagian pemakai tudung pada masa sekarang. Dipakai kerana ianya fesyen/trend terkini, bukan kerana ingin menutup aurat. Maka Ramadhan dirai kerana ia merupakan muqaddimah kepada Hari Raya, maka tak syok beraya tanpa tidak mengamalkan puasa?

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu amalan berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada mereka sebelum kamu. Moga-moga kamu beroleh TAQWA*” (Surah Al-Baqarah, Ayat 183)

Aku rasa jelas daripada ayat al-Quran di atas, bahawa output puasa sepatutnya semoga kita beroleh TAQWA, bukan semoga kita dapat sambut raya!

Persoalan kedua lagi pelik. Aku rasa fenomena ini adalah kerana berbanding solat, puasa senang dikantoi jika tidak melakukannya. Cuba kita telitikan. Untuk kantoi orang tidak solat, anda kena ada bukti kukuh yang dia tidak solat. Jika kita ambil waktu zuhur sebagai contoh, waktunya agak lama. Oleh sebab itu, untuk kita mengantoi bahawa seseorang tidak solat, kita kena berada bersamanya sepanjang waktu tersebut. Berkemungkinan ketika dia tiada walaupun 5, 10 minit itu kita boleh berprasangka baik bahawa dia pergi bersolat. Dengan erti kata lain, dengan tiadanya dia di sisi kita mungkin menjadi bukti bahawa dia sedang solat ketika itu.

Kita lihat pula bab berpuasa, wahai Ramadhan. Walaupun puasa masanya jauh lebih panjang dari mana-mana waktu solat, tetapi jika seseorang itu buat selambe makan di khalayak ramai, itu bukti sah bahawa dia tidak berpuasa! Dengan erti kata lain, kehadiran dia di depan kita dengan makanan di mulut menunjukkan dia tidak berpuasa.

Untuk mengetahui seseorang tidak berpuasa, cukup sekadar sesaat kita melihatnya memakan sesuatu di pagi hari, tetapi untuk mengetahui seseorang tidak solat, perlu hadir bersamanya sepanjang waktu solat itu!

Maka dengan itu, untuk mengantoi orang yang tidak puasa (tolak golongan yang makan kat dalam locker la nih) jauh lebih senang berbanding mengantoi orang tidak solat. Oleh kerana terlalu senang untuk dikantoi, maka orang tidak berani melakukannya di depan orang ramai (at least kalau tak puasa pun, makan sorok-sorok). Bila orang tidak melakukannya di khalayak ramai, perkara itu menjadi pelik sekiranya ada yang sanggup buat, maka perbuatan tersebut akan dipandang slack.

Jikalau kita ambil contoh lain, ialah ketika telefon bimbit seseorang berbunyi ketika solat berjemaah di dalam masjid. Sebab senang sangat dikantoi, dan orang tidak akan sanggup buat dengan sengaja, pemilik telefon bimbit tersebut akan dipandang slack! (Dipandang slack oleh para jemaah ketika sedang solat, hilang terus khusyuk! Aiseh..)

[Apa teori anda?]

Moral of the story: Mari sama-sama kita perbetulkan niat puasa kita, semoga kita peroleh output taqwa, insyaAllah. Amiin.

Selamat berpuasa di bulan Ramadhan semua. Juga selamat bersolat 5 kali pada tiap-tiap hari.

* Di dalam tafsir berbahasa inggeris (tafsiran ‘Abdullah Yusuf ‘Ali), perkataan ‘taqwa’ ditafsirkan sebagai self-restraint, iaitu mengawal diri.


Responses

  1. yup..
    i agree with u..
    ni situasi yg berlaku dlm masyrakat islam arini..
    n 1 thing orang dlm kedai plak yg pandang pelik kt saye n kengkawan tyme kitorg nak p terawih..
    pelik agaknyer melihat kitorg bertelekung putih ditgh2 bandaraya besar berjln pergi ke masjid…
    smoge mereka2 ni diberi hidayah oleh allah..

  2. saya ada cerita ingin dikongsikan…

    Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : “Bagaimanakah caranya tuan solat?” Hatim berkata : “Apabila masuk waktu solat aku berwudhu’ zahir dan batin.” Isam bertanya, “Bagaimana wudhu’ zahir dan batin itu?” Hatim berkata, “Wudhu’ zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu’ dengan air. Sementara wudhu’ batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara iaitu :-1. bertaubat 2. menyesali dosa yang dilakukan 3. tidak tergila-gilakan dunia 4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya’) 5. tinggalkan sifat berbangga 6. tinggalkan sifat khianat dan menipu 7. meninggalkan sifat dengki…

    x slh sekiranya sy mengandaikan bwh zaman skrg ni, ramai juga yg m’anggap solat sbg budaya. cthnya, tgk rakan solat, dia pn nk ikt solat (elak malu)…dahulunya romate sy mcm tu…sbnrnya dia selalu tggl solat…apabila lihat sy solat dia pn b’solat…kemudian tanya kpd sy waktu solat apa ni? Masyaallah, tersentak sy…malangnya, hanya jika ada sy dia akan b’solat, x ketika lainnya…

    berpuasa tu lg la teruk rasanya skrg ni…sbbnya yg duduk berbuka di jln yg saudara mksdkan tu masih membawa kpd 2 andaian lg…adakah dia benar2 b’puasa atau tidak?

    (errr….mcm blog sy plak jdnya…ampun ya tuan rumah)

  3. sebab kalau tak puasa, tak leh raya, tak dapat duit raya..

    dan sebab puasa ni ada ‘immediate’ kebahagiaan, iaitu ketika berbuka puasa. terutamanya bila berbuka dengan pakwe makwe masing2, lagi la makan slow2, miss solat pun takpe, yang penting, pasangan nampak kita ni macam beriman aa, pasal cukup puasa. lagipun, bila puasa, boleh ajak awek gi beli makanan kat bazar ramadhan. apa kelas pegi kalau tak puasa, cam tak cool la plak.

    Ntah la, to be honest, aku pun tak tau apa jawapan kenapa orang tak solat tapi puasa. tapi memang camtu. kat opis pun ramai je yg tak solat. tapi puasa.

  4. hmm..Analisa yang menarik juga dari zacharias, iaitu kerana dapat ‘immediate’ kebahagiaan/kenikmatan ketika berbuka, manakala kalau solat pula susah sikit untuk rasa kemanisannya…

  5. To iliana –> Tidak mengapa, ilmu yang ingin dikongsikan bersama sentiasa saya alu-alukan.πŸ™‚

    Berkenaan golongan ini, saya masih mencari cara penyelesaian yang berkesan untuk tanganinya. Disebabkan itu juga, entri saya kali ini agak ‘tergantung’, kerana saya hanya mengenengahkan masalah, tetapi tidak memberi solusi.

    Cumanya, saya tidak berapa mengambil approach untuk menghukum mereka kerana mereka berkelakuan demikian. Malah pada pendapat saya, kita perlu cuba memahami mereka terlebih dahulu.

    Seek first to understand, than to be understood.πŸ™‚

  6. Uhhuu.. entry bes..

    Hrmm.. takde solusi, nak tambah masalah je..

    xPuasa+xSolat=Muhidh..

    Okler..

    Tp kalau yang saja-saja panjangkan? Perkara command di sek2 asrama..

    Jadi, pucuk pangkalnya apa?

    24. Have you not considered how Allah presents an example, [making] a good word like a good tree, whose root is firmly fixed and its branches [high] in the sky?

    Quran:14.Ibrahim.

    Kita menyemai benih tersilap cara.. akhlak dicanang2, syariah, mereka yg tak beramal juga bijak berhujah.. namun, bagaimana kefahaman n kemantapan akidah? hrmm..

    dalam isu ini, banyak perkara yang perlu diteliti..sistem keluarga.. masyarakat.. pendidikan (pendidikan lagi..).. n mcm2 lah..

    Utk mengubah sikap secara seluruhnya memerlukan masa.. yg pntg, kita melakukan yang terbaik dalam influential circle kita.. iA

    Wallahua3lam.

  7. ‘Kita menyemai benih tersilap cara.. akhlak dicanang2, syariah, mereka yg tak beramal juga bijak berhujah.. namun, bagaimana kefahaman n kemantapan akidah?’ Kak su bersetuju sangat dengan ulasan c’s ni. (Moga kita semua dilindungi dari sifat dan sikap begitu)

    Terlalu ramai sekarang ni. Kak su selalu berhadapan dengan manusia sebegini. Menyedihkan bila manusia dah pandai mewujudkan ‘topeng buat beli cinta’.

    Tapi ada juga yang memang tak malu-malu untuk menunjukkan yang mereka tak berpuasa. Suami kak su yang bekerja di salah satu syarikat pembuat kereta Jepun diShah Alam, mengatakan yang cafe mereka masih penuh dikunjungi oleh mereka yang tak malu menyerlahkan diri yang tak berpuasa. Kalau perempuan, mungkin ada alasannya, tapi kalau lelaki? Tak kan semua pun ada penyakit gastrik kot?

  8. salam..
    once we step outside the door,only then we see what the house looks like..

    bila berpeluang puasa di luar negara, br kte nmpk kekurangan n kelebihn (klu ada) berpuasa di negara sniri.(shukur alhamdulillah)

    tidak keterlaluan utk saya katakan bahawa ramadhan di msia sudah lama hilang ‘hikmahnya’..

    selama ini kite diajar ttg makna berpuasa — menahan diri dr SEMUA perkara y mmbatalkn puasa (wlwpn hakikatnya fokus lebih diberikn kpd menahan makan dan minum)..
    tapi realiti kini — mula je sebut psl ramadhan dan puasa, apa y akn tlintas dlm fikirn ? >> juadah berbuka dan bazaar ramadhan kt tmn perumahan masing2 << (the exact opposite!)

    selain tu, hikmah berpuasa yg ‘kononnya’ utk merasai kesempitan golongan miskin dan krg berupaya kini hanya tggal kata2 kerana..

    bermula sj ramadhan, maka bermulalah agenda ‘shoppping’ utk raya..
    baju raya, langsir raya,kasut raya,rumah raya (cat, lampu hiasan etc)..semua pn tukar baru..

    kdai2 pn x ktinggalan ‘memeriahkan’ suasana ‘membeli belah bukan lagi utk memenuhi keperluan ttp lbh kpd keinginan dan hawa nafsu’ dgn mengadakan ‘sale ramadhan/ aidilfitri ‘ etc..

    dpt ke rs kesempitan golongan miskin dgn cara mcm ni?

    renungkn kembali makna sebenar RAMADHAN — apa y benar2 dituntut daripadanya..moga ramadhan kita tidak lagi sia2..

    wAllahu a3lam..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: