Posted by: y4ku24 | September 9, 2008

This Month’s Feature:Genius Muhammad bin Abdullah dalam peristiwa Perjanjian Hudaibiyah

Korang pernah lihat buku bertajuk ini?

Buku Genius Muhammad bin Abdullah

Buku Genius Muhammad bin Abdullah

Tajuk entri kali ini aku pinjam (separuh) daripada tajuk buku ini. Tetapi kepada sesiapa yang sudah membacanya, jangan risau, walaupun perihal Perjanjian Hudaibiyah ada juga disentuh, isi entri kali ini tiada di dalam buku ini! Dan aku rasa isi-isi seperti entri kali ini, sekiranya dapat dimasukkan sekali di dalam buku ini, maka ia akan menjadi lebih menarik. Jauh lebih menarik, pada hemat aku.

Sebelum aku ke isi entri kali ini, izin aku menyentuh berkenaan buku ini. (Bagi mereka yang ingin skip berkenaan analisa buku ini, boleh ke perenggan selepas imej di bawah) Buku ini ditulis oleh penulis tempatan, dan pada pendapat aku, sasaran pembacanya adalah dikalangan masyarakat bukan Islam di Malaysia. Itu sebab kenapa Rasulullah saw dibahasakan dengan ‘Muhammad bin Abdullah’, bukan Rasulullah atau Nabi, kerana mungkin mereka (masyarakat bukan Islam) tidak mengiktiraf Muhammad bin Abdullah saw sebagai Nabi.

Satu lagi faktor ialah dari segi isi yang dikupas di dalam buku ini, di mana ia lebih kepada ingin menjawab kekeliruan sesetengah pihak, atau ingin memberi penerangan tentang sirah Nabi saw kepada mereka yang tiada ilmu berkenaannya. Satu pendekatan baik juga apabila penulis menyertakan sekali perkataan ‘genius’ di bahagian hadapan tajuk, untuk menampakkan ‘kemodenan’ sedikit, berbanding penggunaan perkataan seperti ‘kepandaian’, ‘kepintaran’, ‘kepakaran’ atau lain-lain.

Cumanya, mungkin pengharapan aku terlalu tinggi terhadap penggunaan kata-kata genius itu, di mana walaupun dengan pengulasan panjang lebar oleh penulis berkenaan keupayaan Nabi saw sebagai ahli politik, ahli strategi peperangan, ahli diplomasi, pakar perlindungan kekeluargaan dan lain-lain, penulis tidak mengulas beberapa insiden di dalam sirah untuk menunjukkan ke’genius’an Nabi saw.

Apa yang aku dapat menilai melalui buku ini ialah, penulis memberi title genius kepada Nabi saw hanya atas dasar keupayaan beliau memainkan peranan yang cemerlang di dalam segala bidang. Tetapi di dalam setiap peranan beliau, penulis gagal mengemukakan contoh-contoh yang menarik untuk diketengahkan.

Sebagai contoh, untuk bahagian ‘Muhammad sebagai Ahli Strategi Peperangan’, memang dengan jelas penulis menceritakan tentang ekspidisi-ekspidisi perang yang diketuai Nabi saw, punca dan alasan perang tercetus dan lain-lain, tetapi dari segi intipati strategi Nabi di dalam satu-satu peperangan, contohnya kisah perisik yang dihantar sebelum perang Badar (perang pertama) dan kenapa mereka tidak diberitahu tentang misi mereka, sehinggalah setelah berjalan jauh dari kota Madinah, baru ketua ekspidisi tersebut membuka surat yang tercatat arahan Nabi tentang misi mereka*.

Disebabkan ini, aku ingin mencadangkan kepada Puan/Cik Roziah Sidik (kalau dia sudi baca blog aku ini, tanpa dia menyaman aku) untuk menerbitkan versi panjang buku ini, dengan disertakan pelbagai insiden-insiden menarik yang menunjukkan ke’genius’an Nabi saw, supaya masyarakat bukan Islam boleh menyetujui bahawa Nabi saw bukan hanya genius kerana kebolehannya memainkan peranan yang pelbagai secara serentak, tetapi juga keputusan-keputusan yang di ambil kadangkala menjangkau pemikiran manusia biasa. Itu baru namanya genius!

Buku sirah Nabi saw, The Sealed Nectar

Buku sirah Nabi saw, The Sealed Nectar

Sebagai contoh, ingin aku membawa korang menilai kembali Sirah RasulUllah saw. Menilai kembali peristiwa Perjanjian Hudaibiyah. (Yes, aku baru nak masuk isi entri kali ini.)

Sebagai flashback ke zaman matapelajaran Pendidikan Islam (yang aku dan korang suka tidur tu) tajuk Perjanjian Hudaibiyah, ini adalah sedikit ringkasan berkenaan peristiwa bersejarah ini.

  • Perjanjian Hudaibiyah berlaku pada tahun ke-6 Hijrah, yang menyaksikan pihak Islam dan Quraisy bersetuju dengan gencatan senjata selama 10 tahun.

Antara isi kandungan perjanjian ialah

  • Genjatan senjata selama 10 tahun, di mana puak Islam dan Quraisy tidak boleh berperang dan tidak boleh menolong puak Arab yang lain dalam peperangan**.
  • Mana-mana puak Arab yang ingin bersekutu dengan Islam bebas berbuat demikian, manakala yang ingin bersekutu dengan Quraisy juga bebas berbuat demikian.
  • Umat Islam perlu pulang tanpa menjalani ibadat Haji pada tahun ini, tetapi dibenarkan menjalani ibadat Haji di Mekkah pada tahun berikutnya. (Kerana pada asalnya puak Islam ingin menunaikan Haji pada tahun itu.)

Malah di dalam perjanjian ini menyaksikan Nabi saw mengambil tindakan di luar jangkaan pihak Islam dengan:

  • Meng’kansel’ perkataan ‘Rasulullah’ di dalam kertas perjanjian, kerana akur di atas kenyataan Suhail bin ‘Amr (wakil puak Quraisy) yang tidak mengiktiraf Nabi saw sebagai ‘Pesuruh Allah’.
  • Bersetuju dengan perjanjian bahawa, mana-mana penduduk Makkah yang datang ke Madinah tanpa kebenaran penjaga akan dipulangkan kembali ke Makkah (ke puak Quraisy), tetapi mana-mana penduduk Madinah yang datang ke Makkah tidak akan dipulangkan kembali ke Madinah!

Pelik? Jika anda rasa begitu, anda tidak keseorangan, malah para sahabat RasulUllah saw juga pada asalnya tidak bersetuju. Ia menampakkan seolah-olah pihak Islam berada di pihak yang kalah. Tetapi di atas dasar akur pada perintah Nabi saw dan kewibawaan baginda, maka mereka juga menerimanya.

Okeh, dua tindakan di luar jangkaan itu yang ingin aku bincangkan kali ini. Ia akan menyingkap ke’genius’an apabila kita berjaya faham strategi halus yang ada di dalamnya. Ya, sebenarnya puak Islam berada di pihak yang menang!

1) Tindakan meng’kansel’ perkataan Rasulullah: Walaupun Nabi saw mempunyai hak 100% untuk meletakkan perkataan itu, kerana gelaran itu Allah yang anugerahkan kepada baginda, tetapi baginda memikirkan kesan daripada perjanjian tersebut lebih daripada masalah kepentingan perkataan tersebut. Kerana dengan termeterainya perjanjian itu, maka umat Islam akhirnya boleh berdakwah secara bebas ke bandar-bandar selain Makkah tanpa gangguan daripada pihak Quraisy. Nabi sendiri tidak menampakkan signifikannya sama ada diletakkan atau tidak perkataan tersebut, tetapi yang lebih penting, pihak Quraisy bersetuju dengan perjanjian gencatan sentaja tersebut. Malah, dengan termeterainya perjanjian ini, puak Quraisy secara tidak langsung mengiktiraf kewujudan kepimpinan Islam di Madinah!

2) Satu lagi faktor besar yang menyebabkan puak Quraisy mudah bersetuju dengan perjanjian itu ialah berkenaan pemulangan penduduk Makkah tadi. Seolah-olah berat ke arah puak Quraisy, dan akhirnya mereka bersetuju untuk berdamai selama 10 tahun. Tetapi di sini terletaknya ke’genius’an Nabi saw sebenar. Analisanya mungkin sedikit berat, tetapi mari sama kita teliti satu persatu.

(a) Setelah bertafakur, aku dapat menyimpulkan dua faktor kenapa mungkin ada di antara orang di Makkah/Madinah yang ingin ke kota Madinah/Makkah (kerana mereka tidak akan pergi tanpa ada alasan yang kukuh):

(i) Atas sebab ingin berdagang. Faktor ini mungkin logik, tetapi tidak praktikal. Memandangkan Makkah dan Madinah (walaupun bersetuju dengan gencatan senjata) masih ‘bermusuhan’, maka apekejadah tujuan ingin berdagang dengan ‘musuh’? Jangan dicucuk sarang tebuan!

(ii) Kerana tidak berpuas hati dengan pemerintahan kota sendiri atau ingin bertukar agama (aku kumpulkan dua situasi ini di dalam kumpulan yang sama). Ya, alasan ini lebih logik dan boleh di terima. Mari kita analisa kedua-dua situasi, iaitu bagi (b) penduduk Madinah, iaitu puak Islam (c) penduduk Makkah, iaitu puak Quraisy.

(b) Individu ini berkemungkinan orang Yahudi/Arab yang tidak suka akan pemerintahan RasulUllah saw, atau golongan yang masuk Islam kerana terpaksa/munafiq yang ingin melarikan diri dari pemerintahan RasulUllah saw atau ingin murtad. Maka mereka melarikan diri ke Makkah untuk mendapat ‘perlindungan’ dari puak Quraisy. Mereka pula lega, kerana tidak perlu dipulangkan kembali ke Madinah.

Bagi umat Islam di Madinah, golongan-golongan ini memang tidak diperlukan. Malah, lebih baik mereka tiada, kerana golongan-golongan ini adalah musuh di dalam selimut. Golongan yang boleh menggugat Islam dari dalam. Tindakan mereka meng’offer’ diri untuk berpisah dengan umat Islam amat melegakan, kerana seorang lagi musuh telah keluar dari dalam selimut!

(c) Individu ini pula berminat dengan Islam dan/atau pemerintahan Nabi saw. Mereka ingin berhijrah ke Madinah. Tetapi apakan daya, sekalipun mereka ke Madinah, terpaksa dihantar pulang ke Makkah. Apakah strategi Nabi saw di sini?

Kemungkinan Nabi saw sendiri telah berfikir jauh berkenaan ini, sehinggakan, untuk pengetahuan korang, akhirnya puak Quraisy MERAYU supaya klausa tersebut di ubah, iaitu mana-mana penduduk Makkah (yang ingin berhijrah ke Madinah) tidak perlu di pulangkan kembali!

Tersebut kisah seorang Quraisy bernama Abu Baseer ra yang melarikan dari puak Quraisy dan menyatakan keimanannya kepada RasulUllah saw. Namun, setelah dua orang wakil Quraisy datang menuntutnya kembali, baginda saw melepaskan Abu Baseer untuk dihantar pulang. Ketika di perjalanan, Abu Baseer telah membunuh salah seorang daripada puak Quraisy tersebut, dan melarikan diri sekali lagi ke Madinah.

Namun, Nabi tetap tidak mahu menerimanya, kerana jika baginda saw terima, maka perjanjian tersebut telah dilanggari. Mendengar berita bahawa dia akan dihantar sekali lagi ke puak Quraisy di Makkah, maka Abu Baseer telah melarikan diri ke suatu tempat bernama Saiful-Bahr (baca nama tempat ini biar betul ye. Jangan konfius dengan nama lain).

Puak Islam yang masih tertindas di Makkah akhirnya melarikan diri juga ke Saiful-Bahr dan menyertai Abu Baseer, lalu membentuk satu kumpulan dan koloni di situ. Atas dasar membalas dendam ke atas penindasan yang dilakukan oleh puak Qurasiy terhadap mereka, mereka telah memintas rombongan-rombongan perdagangan Quraisy.

Perkara ini membingungkan puak Quraisy. Mereka tidak boleh berperang, dalam masa yang sama, puak Islam di Saiful Bahr sendiri tidak tertakluk kepada Perjanjian Hudaibiyah, kerana mereka bukan penduduk Madinah! (Maka petak kepala lah puak Quraisy)

Akhirnya, atas desakan tersebut, mereka MERAYU kepada Nabi saw supaya menerima puak Islam di Saiful Bahr tersebut sebagai penduduk Madinah, dan puak Quraisy bersetuju untuk mengubah klausa perjanjian, di mana sesiapa dari Makkah yang datang ke Madinah tidak perlu dipulangkan kembali.

Maka, dengan bertukarnya klausa perjanjian itu, tahun berikutnya (tahun ke-7 HIjrah) menyaksikan TIGA orang besar dari puak Quraisy Makkah memeluk Islam; ‘Amr bin Al-‘As, Khalid bin Al-Walid*** dan ‘Uthman bin Talhah.

Lalu Nabi saw bersabda:

“Puak Quraisy telah memberi kita DARAH mereka sendiri”

SubhanAllah. Sekarang, korang boleh terasa tak ke’genius’an Nabi saw? Betapa baginda berfikiran jauh? Tidakkah korang berasa kagum dengan Nabi junjungan kita bila contoh seperti ini (dan berpuluh-puluh lagi contoh lain) diberikan? Inilah antara perkara-perkara tersirat yang terdapat didalam sirah, yang memerlukan kita untuk read between the lines, atau ‘membaca’ apa yang tersirat disebalik peristiwa-peristiwa sirah.

Akhir kata, mari berselawat ke atas Nabi saw yang mana atas usaha dakwah baginda, Islam tersebar di dunia sehingga kita juga dapat kecapi nikmatnya. AlhamdulIllah.

Allahumma solli ‘alaa Muhammad, wa ‘ala aalihi wa sohbihi ajma’iin.

* Ini kerana RasulUllah saw sendiri sedar ketika itu terdapat golongan munafiq di kalangan penduduk Madinah yang ingin membocorkan/membatalkan rancangan baginda. Maka atas sebab berhati-hati, baginda menjalankan strategi tersebut. Baginda mengarahkan supaya ketua rombongan untuk tidak membuka surat tersebut melainkan setelah dua hari berjalan.

** Akhirnya puak Quraisy melanggar isi perjanjian ini, sehingga terjadinya peristiwa Pembukaan Makkah.

*** Panglima Islam yang hebat. Gelaran diberi kepada beliau ialah ‘Pedang Allah yang Terhunus’. Akan aku ulas berkenaan beliau pada entri akan datang, insyaAllah!

Rujukan : Genius Muhammad bin Abdullah, The Sealed Nectar (Al-Raheequl Makhtum), The Battles of The Prophet s.a.w.


Responses

  1. Syabas ana ucapkan atas pengolahan akhi. Teruskan penghasilan tulisan sebegini. Mungkin kritikan ke atas buku tersebut boleh diperdalamkan. Mungkin boleh dikorek-korek apakah faktornya buku yang bertajuk sedemikian catchy, tetapi berlegar secara surface..

    Salam ukhuwwah..

  2. Salam.

    terima kasih atas nasihat ustaz. tetapi itulah, bila saya lihat semula, boleh tahan juga panjang entri saya ini! lagi-lagi baru nak berjinak dengan blog, maka termakan masa juga menghasilkannya. semoga ianya juga dikira sebagai amalan juga di bulan ramadhan ini, insyaAllah.

  3. Subhanallah.. Allahuakbar.. Bulu roma aku meregang tatkala serangan puak Islam dari Saiful Bahr ke atas Quraisy.

    Bertambah tegang bila kisah itu direntet TIGA orang besar dari puak Quraisy Makkah memeluk Islam.
    Subhanallah.. Allahuakbar..

    Sungguh aku tak pernah tahu akan hal ini. Geniusnya di luar jangkauan manusia. Teruskan membedah, bro.

    Allahumma solli ‘alaa Muhammad, wa ‘ala aalihi wa sohbihi ajma’iin.

    p.s: Itulah sebab tempoh hari aku bermati-matian mengajak kalian berblog. Inti sebegini yang aku laparkan. Aku pun sedang membedah buku masyhur “Baka no kabe”. Sama-sama kita bersimbiosis.

    p.s: Mohon link untuk perkongsian slot Entri Terbaik Minggu Ini. Entri naik bulu roma.

  4. Subhanallaah… Ashadu ala illahaailAllaah wahdahu laa syarikalah wa ashadu anna Muhammadan abduhu wa rasuluh.

    Perjanjian Hudaibiyah sememangnya peristiwa yang penuh dengan hikmah. Hingga kini, ruh perjanjian ini seakan menjadi nas dan dalil yang kukuh dalam berinteraksi dan berkompromi degan desakan pihak bukan islam… natijahnya, Muslim seharusnya berfikiran dua tiga langkah kehadapan. Yang penting bukan retoriknya akan tetapi substance yang berkesan. Allahuakbaar!

  5. assalamualaikum.

    Banyak lagi contoh kegeniusan Rasulullah saw.Pemikiran baginda yang melangkaui zaman sehingga orang-orang Quraisy sendiri tercengang.

    p/s:nanti-nanti la aku buat aksi densha man tuh.hahaha

    -tgh bedah buku sealed nectar.ada versi melayu tak?

  6. Bagaimana pula hikmah PAS menggugurkan perkataan ‘Negara Islam’ dalam manifesto?

    Walaupun paling sedikit ADUN, wakil PAS jadi MB di Perak?

    Inti lebih penting dari kulit, title dsb

  7. to shah –>

    Terlalu banyak untuk diperbincangkan. Ini baru SATU!

    p.s.: Masih menunggu dengan setia😀 Ketika kita berjumpa lagi insyaAllah

    -Tiada versi melayu. Di tangan saya juga versi english. ‘Cilok’ abang saya punya. Huhu.

    to zacharias –>

    Jika dilihat dari konteks ilmiah, apa yang saya nampak berkenaan tindakan PAS itu ialah, mereka ingin menumpukan dahulu kepada soal keadilan sejagat, yang juga merupakan salah satu prinsip asas didalam pemerintahan Islam Madinah RasulUllah saw sendiri.
    Maka saya fikir mereka melihat dari sudut ‘to gain some,you must lose some’.

    Berkenaan MB Perak pula, saya fikir itu lebih kepada campur tangan dan perkenan pihak diraja. Tiada komen yang lanjut dari saya berkenaan ini, cuma sebagai orang Islam, seharusnya kita meyakini bahawa setiap sesuatu itu mempunyai hikmahnya tersendiri.

    Benar. Jikalau di dalam ilmu internet juga disebut ‘content is king!’. Lawa macam mana pun design webpage/blog, tanpa inti yang bagus, ia tetap tidak akan menarik visitors. Maka inti itu lebih penting dari kulit!

  8. […] Samurai Syahid) dan Genius Muhammad bin Abdullah beserta The Sealed Nectar (oleh seniorku, Bro Luqman). Di mana aku? Ya. Itu jadi persoalannya. Aku sudah berkira-kira untuk menghayunkan langkah yang […]

  9. Erk, tidur bukan sebab apa.. bosanlah.. (ikhlas nih) tapi bila masuk bab Q n A, terus bangun.. baru rasa sel-sel otak aktif sikit.

    Bukan setakat PI je (atau PQS n PAI bagi yang lebih spesifik), juga sejarah.. sistemnya buat kita jadi orang yang suka menghafal esp tarikh n nama semata-mata, tapi pemerhatian n analisis kritikal terhadap satu2 occurence tuh, takde.

    terigt plak kata2 sorg abg sepupu wktu kami sembang2, kwn2nya yang berbangsa cina, memahami dgn baik ttg sejarah, mengetahui hak2 mereka di msia dsb.bila pape hal, mereka bijak counter attack.. kita? lepas xm, lupa langsung.dah jadi kes2 besar, baru sibuk nak tahu pasal kontrak sosial n ect.

    Wallahua3lam..

  10. Memang benar. Di Malaysia (Jepun pun sama), pelajaran di ajar dalam bentuk exam-oriented.

    Tak percaya? Tengok tajuk-tajuk buku/buku latihan:
    Siri Skor A dalam mata pelajaran! Siri Sukses SPM! Siri Lulus cemerlang PMR!

    Penerbit buku pun tahu, kalau nak buat untung, guna tajuk-tajuk sebegitu. Pelajar akan teruja untuk beli, kerana itu matlamat mereka, ingin lulus cemerlang!

    Tetapi ia tidak membantu langsung di dalam usaha menimbulkan minat pelajar untuk belajar semata-mata sebab ingin timba ilmu.

    Akan saya ulas perkara ini insyaAllah di dalam entri akan datang: ‘The pleasures of finding things out’!

  11. Salam bro.

    Tertarik dengan kata-kata Imam Ghazali.Nabi kita dianugerahkan Allah Jawami‘ul kalim,yakni ucapan sikit,tapi mendalam maksud.Andaikata seorang alim memikirkannya dgn sebenar-benarnya,rasanya x kan habis penyelidikannya sepanjang usianya.

    Genius!

    Saya ambil dari kitab Bimbingan Mukmin page591

  12. Allahumma solli ‘alaa Muhammad, wa ‘ala aalihi wa sohbihi ajma’iin

    semoga umat Islam dapat mewarisi kebijaksanaan baginda saw….bukan sekadar ini kte perlu bertindak…tp lebih lg….

  13. Salam. terima kasih atas perkgsian ini..
    bace entri ni baru trbuka minda sy tntg hikmah yg hebat di sbalik pjanjian hudaibiah..
    xsabar nk tgu entri tntg pglima berani ‘pdg Allah yg
    terhunus’…

  14. Salam dan selamat berpuasa.

    Sekiranya ianya bermanfaat, alhamdulIllah, sebarkanlah kepada yang lain. Semoga anda juga mendapat pahala berkongsi ilmu. Saya juga hanya berkongsi ilmu apa yang saya dapat melalui buku-buku di atas.

    Berkenaan entri Khalid al-Walid, berikan saya sedikit masa untuk membuat revisi kembali buku itu.

  15. entry yang panjang.. terpaksa print entry ni ( konsentrasi membaca di depan komputer agak terhad )

    walaubagaimanapun…

    kupasan sejarah yang menarik. kalau sistem belajar sejarah time skolah dulu macam ini, insyaAllah student tidak akan tidur dalam kelas. (Kalau time sekolah rendah agama dulu dapat belajar sejarah macam ni, takde la duk struggle nak hafal/faham sejarah.)

    dapat learn by heart…

    Ada ibrah dalam sirah…

  16. […] remaja, kepada kerasulan Nabi Muhammad s.a.w., kepada pengIslaman Khalid sendiri (boleh rujuk This Month’s Feature bulan lepas), kepada kempen-kempen yang diketuai beliau dari zaman Nabi s.a.w. sehingga ke zaman […]

  17. […] 2) TMF: Genius Muhammad bin Abdullah di dalam Peristiwa Perjanjian Hudaibiyah […]

  18. […] adalah seorang GENIUS. Nak tahu betapa geniusnya baginda, boleh baca entri TMF yang lepas aku di sini. Nak baca seluruh article berkenaan Nabi Muhammad s.a.w. di dalam buku tu, boleh ke link ini. Cuma […]

  19. […] Hari ini hari kelahiran dan kewafatan Nabi junjungan s.a.w. kita. Mari perbanyakkan selawat. Sebagai memperingati insan agung ini, bolehlah membaca entri saya yang lepas di sini dan sini.] […]

  20. Nice worsd


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: