Posted by: y4ku24 | September 7, 2008

Kempen ‘ZeRokok!’ sempena puasa

Bila timbul isu kenaikan harga rokok di Malaysia, terlintas di dalam kepala aku tentang kempen ‘Tak Nak!’ yang telah dijalankan oleh kerajaan. Aku tidak berapa mengikuti kempen ini (dah tak hisap, buat apa ikut), tetapi yang aku dengar, ia merupakan kempen yang tidak memberikan kesan yang diharapkan. (baca: gagal) Sedih juga aku mendengarnya.

Mungkin jikalau perkataan itu dipelbagaikan lagi mengikut kawasan tertentu boleh menimbul minat orang setempat. Contohnya kalau di Pantai Timur, boleh tukar kepada ‘Dok Sey!’, kalau di Perak, ‘Idok Mau!’, ‘Tak Mo!’ (ini kat mana pulak?), ‘Nehi!’ untuk masyarakat India dan lain-lain. (Maaf aku merepek sedikit)

Sempena Ramadhan ini, aku rasa sepatutnya kerajaan menggiatkan lagi kempen ini. Kempen Berhenti Merokok @ Zerokok!

Zerokok. Macho je nama. Sebenarnya nama itu aku pinjam dari kempen sekolah lama aku dahulu, kempen membasmi rokok di sekolah. Tetapi untuk peringkat kebangsaan ini, kita boleh tukarkannya kepada kempen berhenti merokok.

Semua sedia maklum bahawa menghisap rokok membatalkan puasa. Maka ramai masyarakat Islam di Malaysia yang merokok akan bersabar sehingga masuk waktu maghrib untuk menghisap batang yang pertama (sesetengah orang time tu dah menggigil dah, tahap kritikal). Jadi aku fikir, alang-alang mereka boleh bertahan separuh hari, kenapa tidak berikan mereka galakan dan semangat untuk bertahan seharian?

Kerajaan boleh keluarkan beberapa iklan berkenaan ini, yang highlightkan tentang kenapa bulan Ramadhan ini adalah masa yang paling sesuai untuk berhenti dari menghisap rokok (harga sudah naik, baik untuk kesihatan, alang-alang boleh bersabar setengah hari, lebih baik beli makanan dekat bazar(?) dan lain-lain)

Bagi saudara-saudara seIslamku yang merokok, ayuh jadikan bulan puasa ini sebagai pemangkin untuk berhenti. Aku mendoakan semoga kalian berjaya di dalam ‘jihad’ ini. Amiin!

Apa lagi agaknya kempen-kempen menarik yang boleh dijalankan di dalam bulan puasa? Hmm…


Responses

  1. Da smokers during ramadhan xyh ssh2 nk prepare buka, berbuka je dgn rokok..huhu..

    where do i know it? erk, dri tv kot..

    but seriously, i do have a fwen yg merokok, sehari x merokok, menggigil gigil.

    but then, it comes from d another issue, bse family prob ke hape ke.. ish2..

  2. Kalau tengok orang buka puasa dengan rokok nih,boleh nampak dengan jelas kenikmatan dia bila dapat hisap semula time berbuka!😀

  3. I’ve seen people ( hardcore smokers ), getting really aggressive and ultra-panas baran during puasa. Sebab tak boleh merokok ke jadi camtu?

    Susah nak tap into kepala derang ni. Bila borak-borak dengan smokers, derang agak sensitif juga bila sentuh pasal merokok.

    Comfort zone mereka, maybe?

  4. Merokok awet muda.

    Tak sempat tua!

  5. Haha … kelakar term ustaz tu. Rupanya tak sempat tua sebab dah ‘pergi’ awal dek kanser paru-paru.

    Oh ye, Tuan Rumah. Rasanya ideamu itu boleh pakai juga kan? Kempen tu tak me’lekat’ sebab tak cukup dekat di hati orang tertentu di suatu kawasan barangkali.

    Tapi, kalau betul lah ada poster ‘Dok Sey!’, ‘Idok Mau!’, ‘Tak Mo!’ , aku rasa memang GEGAR Malaysia ni. Bahasa cina mandarin pun belum ada lagi, kan?

    Aku rasa tuan rumah ni dah layak jadi CEO la, yang boleh memikirkan idea2 kecil untuk memberikan impak besar. Serius. Hehe..

  6. Atau letak bunyi ganas sikit…
    “Sekali Hembus.. Sekali Mampus” Astaghfirullah…

    tapi word macam ni memang beri impak besar. Nak kata melampau sangat tu idok la, kalau melampau, serupa tak perlu masuk Kamus Dewan, kan?

  7. To Sangpelangi 1st comment:
    Hihi. Entah la, terlintas begitu saja idea ini. Jadi sebelum terlupa (seperti banyak idea2 lain),kali ni kita blogkan terus!

    2nd comment: Rasanya iklan2 malaysia sudah ke arah itu. bila balik msia aritu, ada menonton iklan jalanraya, di mana ditunjukkan mereka yang suka berjalan-jalan di tepi jalan, akhirnya terlanggar dek keta.
    selalunya sebelum ini di’sensored’kan insiden kemalangan, atau kalo ada pun, tak berapa ‘ganas’.
    walaupun iklan itu juga tidak tunjuk begitu ganas, tetapi ada tunjukkan di muka kawannya TERPERCIK darah member yang kena langgar tu, sambil dia buat muka terkejut beruk.
    tahniah kepada yang reka iklan itu. dia cuba tunjukkan realiti keganasan yang berlaku, tetapi
    masih di tahap censored. mungkin sebab diorg pun kena kritik selalu, belanja byk buat iklan, tapi org gelak je tgk, bukan insaf!

    di RTM pun sudah ada satu rancangan ‘KM/J’ (xtau ada lagi ke tak), tp itu pun cuba paparkan realiti apa yg berlaku bila kemalangan, pecah kepala dll. (tapi still censored, blur2)

    ada satu konsep bes berkenaan ini yang aku pernah tengok: piring abu rokok itu digantikan dengan bekas berbentuk peparu! jadi bila terkumpul abu2 rokok, perokok itu sendiri akan sedar ‘oh,banyak ni dah abu rokok masuk dalam paru2 aku!’ –> sapa yg reka mmg genius. cuma perokok nak beli ke tak, itu lain cite la.😀

  8. merokok dh jadii trend kat skola2… nk kne start trend zerokok dlm generasi2 akan datang

  9. salam ramadhan🙂

  10. hmm cte rokok ni plak…pensyarah sy telah mencabar kami utk mencari mana2 kes yg dah membuktikan bhw merokok blh mengakibatkan kanser…dan kami msh xdpt lg…
    sbbnya, dia ckp itu sume cume omongan kosong sahaja yang hanya menakut2 kn perokok…
    xtahu la nk jawab mcm mana….sbb sy bebas dr rokok hehehehehe

  11. to iliana:
    Saya beranggapan, masih wujud kes yang dimaksudkan. Atok saya meninggal dunia disebabkan kanser paru-paru. Jadi kanser paru-paru itu disebabkan apa? Dia seorang perokok tegar dulunya.

  12. hmmm mungkin sy akn usahakan utk mencari bukti2 dan akn mula bentangkn kpd pensyarah tu (perokok setia)…nk bls blek sblm ni, rsenye xda ilmu yg cukup mengenai tu…kalau ada apa2 info kongsi2 kn la ye…

  13. Perlu kita ingat, syarikat-syarikat rokok ini untungnya berjuta-juta, malah berbillion-billion. Jadi mereka tidak akan semudah itu mengalah kepada kritikan luar. Maka dengan duit yang ada, mereka berusaha sedaya upaya untuk menutup keburukan produk mereka.
    Dengan duit yang ada, mereka merekrut spokesmen yang pakar memutar belit fakta. Malah mereka rekrut saintis-saintis genius, yang mana tahap genius mereka ialah, mereka mampu MENAFIKAN graviti dengan pengiraan dan eksperimen mereka!
    Jadi jika sampai tahap menafikan graviti PUN mereka boleh buat, sekadar nak menafikan bahawa rokok itu merbahaya untuk kesihatan, apalah sangat!
    Boleh rujuk filem THANK YOU FOR SMOKING.
    Filem+dokumentari yang very informative berkenaan cara tektik-tektik syarikat rokok promote produk mereka. Saya sarankan Iliyana dan yang lain juga untuk menontonnya.

  14. “Aku tidak berapa mengikuti kempen ini (dah tak hisap, buat apa ikut), tetapi yang aku dengar, ia merupakan kempen yang tidak memberikan kesan yang diharapkan. (baca: gagal) Sedih juga aku mendengarnya.” <– Antara sebab gagal, ada mentaliti sesetengah mereka yang beranggapan kempen ini hanyalah kepada mereka yang merokok semata – mata. Sepatutnya kempen Taknak ni patut ditujukan kepada semua. Kepada yang merokok, untuk mereka berhenti, kepada yang tak merokok supaya tak try. Tak rasa gitu?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: