Posted by: y4ku24 | September 5, 2008

Cahaya dan Konsep ‘Melihat’ (Part 1)

Aku ada satu soalan untuk korang. Soalan ini berkisar tentang mata, tajuk sains sekolah menengah rendah dulu. Soalan ini ditujukan lebih-lebih lagi bagi bakal doktor, atau sesiapa sahaja yang ingin berfikir. (Adik aku yang tahun kedua medic tak dapat jawab. Priceless!:D )

Soalan aku ini unik. Aku tidak di ajar di sekolah dahulu, tetapi merupakan salah satu persoalan aku sendiri yang tidak terjawab, sehinggalah selepas habis SPM baru aku tahu jawapannya. Jadi, bagi mereka yang dapat menjawab soalan ini, tahniah diucapkan. Bolehlah belanja diri sendiri aiskrim Malaysia sebatang.

Okeh, soalannya berbunyi begini.

Pernah tengok gambarajah anatomi mata? Gambarajahnya mungkin seperti ini:

Anatomi mata

Anatomi mata

Rasanya jika dilihat di dalam kebanyakan buku teks, akan dilukis sedemikian. Sekarang ini kita lihat anatomi di BAWAH mata pula (bahagian mulut, hidung dan tekak):

anatomi di bahagian bawah mata

Anatomi di bahagian bawah mata

Okeh, sekarang perhatikan kembali anatomi mata di atas, dan lihat di bahagian BELAKANG mata, iaitu di bahagian saraf yang ke otak untuk memproses imej yang terhasil di dalam mata. Persoalan aku ialah, kenapa saraf tersebut menghala KE BAWAH? Bukankah ianya menghubungkan mata ke otak? Jika ke bawah, bukankah ianya akan memasuki bahagian hidung, seperti yang terlukis di dalam gambar kedua?

Ha, jawab jangan tak jawab!

Fikir dahulu dalam-dalam, jawapan aku bagi di bahagian akhir entri. Walaupun aku bukan doktor, InsyaAllah jawapan aku betul.πŸ˜€ (Tak perlu kepakaran doktor pun, cuma cara kita melihat gambar tersebut.)

Jawapan dia logik, dan tiada tipu muslihat di sini. Kalau tidak percaya anatomi mata dilukis begitu, sila lihat sendiri di dalam buku teks sains/medic mana-mana.

Sementara memikirkan jawapan, kita ke subjek yang berkaitan mata, iaitu CAHAYA. Selalu kita ‘tertipu’ dengan ungkapan seperti ‘Lihatlah pemandangan yang indah itu!’ atau ‘Sila lihat blog aku yang lawa ini!’ (promote sikit), sehingga kita beranggapan bahawa proses ‘melihat’ ini bermula dari mata, dan berakhir di objek yang kita lihat. Betul tak? Salah tu.

Sebenarnya (rasanya semua sudah tahu pun), mata kita adalah PENERIMA, iaitu penerima cahaya dan bukan tempat bermula proses mekanisma deria lihat. Mana-mana cahaya yang terpantul dari sesebuah objek dikesan oleh mata, dan hasil imej tersebut dibawa ke otak untuk ditafsirkan. Oleh sebab itu, yang sebetulnya bukanlah ‘Lihatlah pemandangan yang indah itu!’, tetapi ‘Palingkan matamu ke arah objek-objek pemandangan di sana yang indah supaya dapat terima cahaya yang terpantul darinya!’ (Mungkin ini sebab utama orang sains buat dek je terhadap ayat tu, walaupun sudah tahu ia kurang tepat, sebab akan jadi panjang tak tentu pasal)

Bagaimana pula warna-warna objek yang dilihat? Warna sebenarnya ialah pantulan cahaya yang tidak dapat diserap oleh objek yang dilihat. Semua sedia maklum, bahawa cahaya putih sebenarnya adalah gabungan 7 warna pelangi. Maka jika cahaya itu terkena objek, dan pantulan itu memasuki mata kita, dan kita tafsirkan warna objek tersebut ialah warna merah, itu bermakna objek tersebut berupaya menyerap 6 warna pelangi tersebut, kecuali MERAH! Senang cerita, merah itu bukan ‘kelebihan’ objek itu, malah ‘kelemahan’ (menyerap) objek itu! (Wow! Tiba-tiba terasa menyesal pula tak belajar betul-betul time matapelajaran sains dulu!)

Samalah juga untuk objek yang berwarna hitam, itu bermakna SEMUA warna diserap. Untuk putih pula, SEMUA warna dipantulkan. Oleh kerana objek berwarna hitam/gelap menyerap kesemua gelombang 7 warna cahaya, maka diketahui objek gelap senang serap haba, tetapi senang keluarkan haba yang ada di dalamnya. (Ye la, dah semua gelombang cahaya dia kaut. Cahaya membawa bersamanya tenaga, tu yang kita tak boleh tahan duduk di panas terik tu)

Putih pula susah serap haba, dan susah juga untuk keluarkan haba kembali. Atas sebab susah serap haba, lori yang membawa tangki minyak di cat dengan putih/warna terang/warna berkilat, untuk pantulkan cahaya matahari supaya tak menjadi panas.

Sejenak memikirkan ciptaan Allah

Mari kita berfikir sejenak, iaitu berkenaan kejadian rambut kita. Kenapa kita, iaitu orang-orang di kawasan beriklim panas sepanjang tahun mempunyai rambut hitam, dan apabila tua rambut kita beruban menjadi putih?

Salah satu jawapannya ialah, kita perlu lihat aktiviti harian golongan muda dan golongan tua. Golongan muda dan kanank-kanak lebih menjalankan aktiviti di luar berbanding golongan tua. (Tolak golongan muda yang kaki duduk depan komputer la ni.) Lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak, yang tidak tahu membezakan apa-apa, mereka memerlukan ‘penjaga’ untuk mereka tidak melakukan perkara yang merbahaya. Oleh sebab itu, terdapatnya deria kesakitan, supaya mereka elakkan diri dari tercedera.

Samalah juga dengan peranan rambut hitam, di mana kelebihannya menyerap haba yang tinggi menyebabkan mereka yang suka bermain di tengah-tengah panas akan terasa panas dengan cepat dan akan menyebabkan mereka mencari perlindungan dari panas tersebut, sebelum panas tersebut menyebabkan mereka pening, atau pitam tak tentu pasal. Bagi mereka yang bekerja pula, ia akan memberi isyarat time out, untuk mereka berhenti seketika daripada kerja tersebut. Ini penting kerana mereka akan mengulangi kerja tersebut berulang kali pada masa akan datang. (Kalau dah asyik petam sebab panas je, mau kena fire terus!)

Bagi golongan tua, mereka tidak seaktif dengan aktiviti luar seperti golongan muda. Mungkin banyak menghabiskan masa di dalam rumah (atau warung kampung, promote skit). Lalu fungsi rambut hitam kurang diperlukan berbanding dengan golongan muda. Malah, bila mereka keluar sekali pun, kelajuan mereka berjalan adalah lambat berbanding golongan muda, dan disebabkan ini, mereka susah untuk mencari perlindungan secepat golongan muda. Oleh sebab itu, mereka memerlukan perlindungan semula jadi, iaitu rambut putih untuk fungsi ini. Berbanding golongan muda, aktiviti luar mereka kurang di luar, jadi mereka tidak perlu kepada rambut hitam kerana mereka tidak menghabiskan masa yang lama di luar.

Moral of the story: Allah sebagai Khaliq (pencipta) sudah menciptakan kita sebagai sebaik-baik ciptaan. Kenapalah nak pergi celup rambut dengan warna lain? Berbanggalah dengan identiti sendiri!

Oh ya, jawapan bagi soalan di atas. Jawapannya ialah, sebenarnya cara kita melihat gambar anatomi mata tersebut ialah salah. Soalan ini perlukan anjakan paradigma (kelainan cara melihat sesuatu). Sebenarnya memang saraf tersebut ke atas, dan jika dilihat di dalam sesetengah buku, memang saraf tersebut dilukis ke arah atas! (Tapi memang lebih banyak dilukis ke arah bawah)

Sebenarnya anatomi tersebut ialah potongan melintang, bukan menegak seperti anatomi bawah mata itu!

Sila lihat anatomi kedua-dua belah mata

Anatomi kedua-dua belah mata

Anatomi kedua-dua belah mata

Ini adalah keratan rentas anatomi mata yang melintang (sama macam anatomi mata yang pertama). Dalam erti kata lain, kita belah kepala dia bukan dari atas kepala, tapi dari tepi ke tepi, atau dari telinga ke telinga. Mata sebelah kiri kita berkait dengan otak kanan, dan mata kanan pula dengan otak kiri. Jadi, jika dilihat dari konteks gambarajah ini, sebenarnya gambar pertama mata di atas adalah gambar anatomi mata sebelah kanan! (Cuma mata tersebut adalah ke arah <– kiri) Oleh yang demikian, saraf dibelakang mata kelihatan ke arah bawah (kerana kita anggap keratan adalah keratan menegak!), walhal sebenarnya saraf tersebut memang ke atas, tetapi ke arah otak kiri!

Sesiapa yang terasa tertipu, tepuklah dahi sendiri. Heh heh. Pergilah ‘pekena’ kawan lain pula.

Mak aih, panjang juga penulisan aku ini. Aku berhenti dahulu di sini. Ada mana-mana bahagian yang tak faham, sila beritahu, aku menjawab sekadar mampu. Kita sambung di dalam kuliah seterusnya!

Artikel ini ditulis di atas ilmuku yang cetek lagi jahil ini. Jika ada tersilap di mana-mana, aku amat menghargai sekiranya sesiapa dapat membetulkannya. Terima kasih, dan belanjalah diri sendiri sebatang lagi aiskrim Malaysia.


Responses

  1. πŸ™‚ Hmmm… tak terfikir pulak ana. Thanx, lepas ni boleh ana pekena orang lain pulak.

  2. terkena jugak aku… penat aku pikiaq.

  3. Nice artikel.Sebuah komunikasi yang baik dan perkongsian 2 hala yang menghubungkan pembaca dengan isi kanduangan artikel.Sebuah corak penulisan yang membawa pembacanya mengajar dirinya sendiri.Good jod.Jazakallah.

    Salam Ramadhan.πŸ™‚

  4. Terima kasih warkahraudhah. semoga ia bermanfaat. (Rasanya terkena gak tu,cuma malu nak sebut. hihi)

    Salam RamadhanπŸ™‚

  5. waa..bagus sungguh artikel warung kampung ni..
    sy xtrlintas lngsung plak yg psl rambut tu.
    you made me see the “light”.hehe.
    time kacih psl “misteri” mata tu. pasni nak tanye kat bdk2 medic.mesti dorang pn cam ragu2 nk jawab.haha.
    keep up the good work bro.

  6. Hehe. Terima kasih sheffwed. Orang yang paling sedap di’kena’kan ialah budak medic, priceless! hihi. :p

  7. huh.. sabor je la..
    budak medic jugak yang priceless.. haha..

  8. Bukan sahaja budak medic. Mama medic pun terkena jugak. Nasib baik ada Papa medic kelab suami doktor tenangkan. Grr…

  9. Salam..

    Erk.. priceless?? (terbakar!!)

    cuti2.. bca je.. mls nk pk.. xphm.. (mle2)

    sbb dh dikata priceless.. bca balik.. ha.. phm2!!

  10. To Abu Saif –> Terima kasih kerana menenangkan. Hihi (Tengah senyum lebar saya, setakat ini tiada siapa yang dapat jawab lagi. hihi)

    To c’s –> kalo dapat faham, alhamdulIllah. jika tidak, boleh saya terangkan lagi. btw, c’s ni ambil medic di mesir ke?

  11. alhamdulillah, so far faham..

    1.keratan rentas mata tuh horizontal, bkn vertical spt yg selama ini kte fikirkan.. kn?
    2.psl serapan chy. alhmdlh phm..hhuhu

    tp siyes.. psl keratan rentas mata tuh.. mmg ler x terpk..huhu

    Yerps.. medik mesir..msk bln 10 nih bru msk thn 2..jln msh jauh:D

  12. Bukan sahaja untuk nak kenakan orang sebenarnya.
    Cuba perhatikan link di bawah (saya type ‘eye anatomy’ di google),hampir SEMUA akan menghalakan saraf mata itu ke bawah!

    Mengkonfiuskan orang!

    http://images.google.co.jp/images?um=1&hl=ja&client=firefox-a&rls=org.mozilla%3Aen-US%3Aofficial&q=eye+anatomy&btnG=%E3%82%A4%E3%83%A1%E3%83%BC%E3%82%B8%E6%A4%9C%E7%B4%A2

  13. haih…sabo je la dgn entri ni…punya la meneliti setiap patah perkataan cr jwpn, rupa2 nya ini ke??? aishhh….nsb baik bulan pose….

  14. seperti yang saya kata, bukan tipu muslihat saya, memang jika disemak di dalam internet atau buku pun, kebanyakkannya akan ke arah bawah!

    type sendiri `eye anatomy` di `image` laman google dan bilang berapa banyak saraf mata yang ke bawah…

    i rest my case.πŸ˜€

  15. salamua3laikum..
    oh,perkaitan yg sgt menarik..πŸ˜‰

    fikir2 smbil bukak buku anatomy “GRANT’S”-atlas,11th edition..try cari jwapan..

    Alhamdullillah,jumpe jawapan..(m/s 644-651)
    (optic nerve yg melintang dan naik skt ke atas..)
    Subhanallah..!sekecil2 mata pun terselindung hikmah yg maha besar..

    Anyway,thanks a lot!
    rs mcm ‘terkene’ jgk..

  16. waalaikumsalaam
    dan salam ramadhan jua.

    oh,terima kasih atas info. ada juga buku yang tidak ‘menipu’.πŸ™‚

    akan saya muatkan entri cahaya dan konsep melihat part2 tidak lama lagi.

    semoga setia menunggu.πŸ™‚

  17. Mula2 ingat nak cakap, “alah, gamba tu tipu, gamba dari saintis belah barat..”
    Rupa2nya diri sendiri yg tertipu..aishh
    Pasal warna tu, shiranakatta..(x amik sains tulen kat skolah)
    priceless info, thanks!

    • setahu saya, org pertama yg perkenalkan konsep ni ialah saintis Islam di zaman kegemilangan sains Islam dulu. tapi tak ingat saintis yang mana satu. doitashimashite!

  18. soalan teka-teki je…tapi siap cerita pasal warna lagi…huhu
    tapi dapat r refresh sains darjah 5 sket-sket..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: