Posted by: y4ku24 | August 31, 2008

Bahasa ITU pembuka bicara!

“Erm…ana uriidu an al’ab kuratul qodam fir riyadh…fir riyadhus sooliheen!” ujarku (Saya ingin bermain bola di taman…taman orang-orang soleh*!)

Tergelak para hadirin (yang faham bahasa arab la). Aduhai, berkarat sungguh Bahasa Arab aku! Inilah akibatnya belajar secara exam oriented, maka apabila habis periksa, habis juga ilmu yang dibelajar. Bak kata salah seorang kawanku setelah menghadapi peperiksaan besar, “Exam semakin menjauhi kita!”, begitulah juga penguasaan Bahasa Arab ku. Makin jauh peperiksaan, makin berkaratlah ia.

Pun begitu, alhamdulIllah, sekurang-kurangnya strategi ice breaking ku menjadi. Hadirin dari negara arab mula melakarkan senyuman, walaupun pada asalnya kami agak kekok untuk berbual.

Peluang aku untuk belajar di Jepun selalu aku gunakan dengan bergaul dengan semua orang. Bagiku, komuniti di sini boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan: Komuniti Malaysia, komuniti orang Jepun (termasuk rakan-rakan sekolah dan juga orang-orang biasa), komuniti foreigners, yang terbahagi pula kepada dua, iaitu yang Muslim dan bukan Muslim.

Sepanjang pemerhatian aku di sini terhadap pergaulan pelajar Malaysia dengan komuniti lain, aku fikirkan ianya masih di tahap yang tidak memuaskan, terutamanya terhadap komuniti foreigners yang lain. Bersama komuniti Malaysia, tiada masalah. Masakan tidak, jika tidak pandai bergaul dengan para senior, susah untuk mendapat kakomon (kertas peperiksaan lepas)! Dengan komuniti Jepun pula, mungkin mereka fikirkan perlu, kerana kepentingan tertentu (untuk diajar mata pelajaran yang kurang faham, untuk membuat repot bersama, untuk dibuat rakan perbualan di dalam bahasa Jepun dan lain-lain).

Tetapi kenapa pula susah untuk berbaik dengan komuniti foreigners yang lain? Teoriku ialah, kerana tiada kepentingan. Tiada tekanan yang memerlukan pelajar di sini untuk merapatkan diri dengan komuniti itu. Mungkin sesekali akan terhasil perhubungan, sekiranya terdapat kepentingan itu. Kerana satu kelas, oleh itu boleh berbincang kerja rumah bersama, dan lain-lain. Di mana hilangnya persahabatan di atas dasar semata-mata ingin mengenali antara satu sama lain?

Mungkin alasan pelajar kita akan beri ialah kerana tidak tahu apa yang boleh disembangkan. Bagiku, individu dari komuniti ini ialah yang paling senang untuk berbual!

Nema problema! (No problem!)**” kataku kepada seorang Muslim Bosnia.

Oh, you know our language!” sambutnya dengan terkejut.

AlhamdulIllah, seumur hidupku tidak pernah aku terfikir untuk menggunakan ungkapan ini, satu ungkapan yang diajarkan oleh Ayahku sejurus selepas kembalinya beliau dari Bosnia atas sebab kerja. Secara tidak langsung, ia telah menjadi pembuka bicara di antara kami (walaupun itu sahaja ungkapan yang aku tahu, dan tak kena pada tempat pulak tu!).

Ya, bagiku, bahasa, malah budaya mereka itu pembuka bicara! Begitu banyak perkara yang belum diketahui berkenaan negara asing yang lain, kenapa tidak perkara itu menjadi ice breaker perbualan? Walaupun di antara komuniti Islam pun, kaedah ini masih valid. “Berapakah peratus masyarakat Muslim di negara anda?”, “Apakah bahasa ibunda negara anda?”, “Bagaimana situasi komuniti Muslim di tempat anda?”, dan banyak lagi perkara lain yang boleh dijadikan bahan perbualan. Jadi saya fikirkan tiada bahan perbualan tidak boleh dijadikan alasan utama untuk tidak bergaul dengan komuniti foreigners lain.

Akhirnya hanya tinggal satu lagi asbab utama pelajar Malaysia susah untuk bergaul dengan masyarakat luar negara yang lain, iaitu segan/malu. Malangnya masalah ini perlu digagahi sendiri, dan aku fikirkan tiada solusi khas buatnya. Walaupun dahulu aku juga tergolong dalam golongan yang malu untuk bergaul, tetapi satu pemangkin yang aku tanam di dalam diri untuk aku hilangkan perasan itu, iaitu hadirkan minat terhadap orang tersebut. Lebih-lebih lagi sekiranya mereka foreigners, maka lebih bersinarlah mata aku untuk bertanyakan pelbagai persoalan berkenaan dirinya, bahasanya dan negara asalnya, kerana aku suka untuk mempelajari kepelbagaian budaya!

  • Jika anda ingin membeli kopi Columbia yang bergred tinggi, jangan ke Columbia, kerana kopi bergred tinggi semua dieksport ke luar!
  • Di Itali, terdapat suatu budaya yang dinamakan “The art of doing nothing”, iaitu menghabiskan masa dengan tidak membuat apa-apa! (Satu seni tu!)
  • Pada suatu masa tertentu akan terdapat EMPAT musim di empat bahagian yang berlainan di negara Iran sahaja!

Dan banyak lagi contoh-contoh perbualan yang pernah terbangkit hasil dari perbualan aku bersama mereka. Bagiku, ianya adalah mutiara ilmu yang terlalu jarang untuk dijumpai di dalam buku. Sayang sekali sekiranya peluang untuk begaul dengan mereka tidak dimanfaatkan.

‘(SETIAP) BAHASA JIWA BANGSA (MASING-MASING)’

Jika benar ungkapan di atas, sehingga melayakkan bahasa digelar jiwa kepada bangsa, maka kenapa tidak kita ‘menyentuh’ jiwa mereka, agar mereka lebih terbuka untuk berbual dengan kita?

“O Mankind, We created you from a single (pair) of a male and a female and made you into nations and tribes, that you may know each other. Verily the most honored of you in the sight of God is he who is the most righteous of you” (Quran 49:13).

BERSAMBUNG…

*’Taman orang-orang soleh’ adalah buku karangan Imam Nawawi, seorang imam terkenal pada tahun 631-676 Hijriah.

**Nema problema! : Satu ungkapan yang selalu dituturkan di Bosnia, mungkin salah satu bukti yang mereka itu masyarakat yang ringan tulang dan baik hati.


Responses

  1. Kadang-kadang,kan, aku rasa malu-malu nak mula dulu. Tapi, bila aku dah pandai cakap urdu sepatah dua kata, bukan main seronok jemaah dari Pakistan tu.

    Betullah cakap kau, kalau tak ada kepentingan, kita susah nak bergaul. Maknanya, kenal mengenali itu yang mesti dijadikan kepentingan.

    Atau aku set mind camni; “hari ni, kalau aku tak dapat 4 kawan baru, aku takkan balik rumah.” Perkh… bukan senang tu, tapi tak mustahil.

  2. 🙂

    Bila anta pulang ke tanahair, cuba amalkan perkataan tamil ini… ‘Rumbu Nandri’ (Many Thanks).

    Paling berguna kalau ke kedai mamak atau india muslim. Insya’Allaah layanannya berbeza sedikit. Mungkin pesanan makanan akan sampai lebih awal.🙂

  3. Terima kasih Ibnu Ahmad Shah. Akan cuba dipraktikkan nanti. Kekadang rasa rugi juga duduk di Malaysia, tetapi tidak tahu cakap bahasa tamil atau bahasa cina. InsyaAllah boleh mula sikit-sikit.🙂

  4. menarik. Ntah bila la nak sampai negara jepun nih.

  5. cam2 gak bile first2 aku cakap arab..
    nak tergelak jer

  6. salam

    mmg malu pun nak mula bicara. tp ble dah dpt sembang, best! ade kwn2 dr luar ngr penah bgth yg dorang pun malu nak tegur kite.
    agak rugi jg xtahu bhs cina n tamil sdgkan dorang faham bhs melayu. amik bhs mandarin dl pun xleh ingat sgt, sbb xpraktis…rugi2…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: